Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 15, 2008

Assalamu'alaikum.. tazkirah hari ini

MANUSIA DI ATAS AGAMANYA

Alhamdulillah dapat kita bertemu sekali lagi dalam sesi muzakarah kali ini. Kadang-kadang kita merancang untuk bertemu setiap minggu tapi atas Allah jua segala penentuan. Sebagai insan kita pohonkan kemaafan dan beristighfar atas segala kelemahan.

Hari ini masalah pendidikan seharusnya diberikan penekanan yang paling serius. Dalam keadaan yang serba maju dan moden, manusia teraba-raba dalam kemanusiaannya. Oleh sebab tiada contoh ikutan, maka ramai yang tenggelam tanpa punca. Apa saja yang datang terus dipegang menjadi satu ideologi. Akhirnya akal dan kemanusiaan tenggelam. Nafsu dan kebinatangan menjadi ketua menerajui setiap tindakan.

Para guru atau pendidik yang sepatutnya mentarbiah anak didik juga tidak terlepas dari fenomena ini. Mereka hilang punca. Sudah tentulah anak-anak didik mereka lebih-lebih merasakan kehilangan dan hanyut dalam arus yang tidak ada penghujung. Jalan penyelesaian menemui jalan buntu.

Justeru, pendidikan merupakan sesusatu yang maha penting untuk memandu kehidupan manusia. Ia mesti berlandas kepada falsafah dan dasar yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith. Pendidikan moden yang berorientasikan fahaman sekular gagal mentarbiah manusia. Kita mesti mengembalikan pendidikan beragama kepada anak-anak. Jatuh bangunnya manusia berpunca dari agama. Bagus agama maka baguslah kemanusiaannya. Buruk agama maka buruklah kesudahannya. Pendeknya manusia itu atas agama anutannya.

Nabi Muhammad telah merintis jalan ke arah budaya beragama. Baginda adalah contoh terbaik untuk diikuti dalam semua aspek kehidupan. Baginda dilahirkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Dalam zaman kegawatan akhlak ini, pendidikan perlu kembali berteraskan kepimpinan Baginda yang mempelopori 'uswah' dan 'qudwah' hasanah - ikutan terbaik. Semua gerakgeri Nabi Muhammad adalah didorong oleh wahyu Allah. Manusia tidak akan sesat sekiranya berpegang dan menjadikan Baginda sebagai ikutan. Masyarakat itu atas kepimpinan ketua. Penerapan uswah dan qudwah Baginda harus bermula dari pemimpin/ketua. Ketua, pemimpin atau guru yang baik melahirkan generasi yang baik. Mereka perlu bertindak sebagai 'role-model' dalam usaha penerapan budaya beragama. Ciri-ciri hasanah ini perlu dijelmakan dalam realiti kehidupan.

Ciri-ciri jahiliah zaman dulu masih ada malahan semakin tegak dalam zaman moden ini. Kejahatan, kefasikan, kesesatan, kekafiran dan kemunafikan bermaharajalela dewasa ini. Amar makruf dan nahi mungkar tidak menjadi teras dalam pendidikan. Kegawatan moral kemanusiaan berada di ambang atau tepi jurang neraka perlu diberikan perhatian serius melebihi daripada kawalan membanteras kegawatan ekonomi yang hanya menyentuh masa terdekat. Manusia diserang penyakit yang memusnahkan keseluruhan kemanusiaannya. Mereka memerlukan sejenis terapi perubatan bagi merawat dan menyembuhkan ciri-ciri kemanusiaan. Farmasi yang mampu memberikan penyembuhan tidak lain daripada Islam yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Inilah ubat sebenar bagi penyakit masa kini. Hakikat yang wujud sekarang ialah ramai cuba memberikan jalan penyelesaian tetapi terpesong kerana tidak berlandaskan fitrah dan sunnah. Akhirnya ubat yang diberikan tidak menyembuhkan penyakit kerana penyakit lain, ubat yang diberikan pula berlainan dan bercanggah dengan penyakit yang diidapi. Ibarat penyakit barah diubati dengan panadol.

Orang kafir terutama Yahudi mengeksploit kelemahan orang Islam. Mereka sedar keruntuhan yang sedang berlaku di kalangan umat Islam. Kegawatan ini mereka jadikan asas untuk menjahanamkan lagi keIslaman yang ada pada diri mereka. Mereka tidak sekali-kali berpuas hati dan redha selagi umat Islam tidak mengikuti jejak langkah mereka sehasta demi sehasta sehinggalah orang Islam menganuti budaya dan cara hidup mereka. Mereka akan cuba menerapkan budaya murtad atau semi-murtad di kalangan anak-anak muda Islam. Islam dilanyak seperti mana melanyak Iraq dan negeri Islam lain. Apabila Islam dan budaya Islam punah dan hancur barulah mereka gembira dan berpuas hati. Orang Yahudi suka orang Islam sesat seperti mereka, biar sama-sama menjadi penghuni neraka. Inilah konsep yang menjadi asas perjuangan Yahudi dan syaitan laknatullah.

Alhamdulillah kita berasa syukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Para sahabat bersama Nabi Muhammad saw. menyebarkan agama Islam dengan begitu perit dan susah. Mereka berjuang hingga ke titisan darah mengorbankan harta dan nyawa untuk menegak dan menghadiahkan Islam kepada kita. Sekarang kita sudah menerima Islam hasil pengorbanan mereka. Apakah setelah menerima Islam kita patut berdiam diri. Lupakah kita akan perjuangan mereka yang menghadiahkan Islam kepada kita? Kalaupun tidak berjuang untuk menegakkan keislaman pada orang lain, kita berkewajipan menjaga Islam sekurang-kurangnya pada diri kita dan keluarga.

Nikmat Allah tidak terhitung. Setiap detik kita kecapi nikmat tersebut. Kita wajib bersyukur kepada Allah atas nikmat panca-indera, infra-struktur dan segala kemudahan di dunia ini. Lebih-lebih lagi bersyukur atas nikmat Islam dan Iman. Sebagai tanda kesyukuran, kita patut berpegang dengan tali Allah iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi. Kedua-dua sumber itu adalah kekuatan Islam. Di samping itu perlu dihidupkan semula budaya yang hampir lenyap iaitu amar makruf dan nahi mungkar. Adalah menjadi tanggungjawab bersama membangunkan Islam yang sedang rebah dan munuju saat-saat tenat. Pembinaan masyarakat madani adalah menjadi tanggungjawab semua muslim. Penerapan sifat taqwa perlu diusahakan di samping menunjuk atau mengimarahkan ciri-ciri keislaman meskipun dibenci oleh orang kafir.

Inilah yang perlu kita bangunkan bagi meneruskan usaha dan perjuangan Nabi Muhammad saw. Baginda akan bangga jika umatnya tegak dalam Islam sebaliknya baginda akan berduka jika umat yang dibinanya musnah dalam kegelapan aqidah. Marilah sama-sama kita melakukan sesuatu yang boleh menyukakan hati baginda di samping menjauhi diri dari meluka dan menyebabkan Baginda berdukacita. Semoga Allah membantu kita dalam merealisasikan hasrat ini. Amin..

~ melukut.com ~
Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari