Unit Amal Kota Tinggi bersama-sama dengan penduduk kampong serta persatuan-persatuan lain (seperti anggota Polis, Belia 4B) di sekitar Kg. Makam Kota Tinggi telah bersama-sama membantu membina sebuah rumah yang didiami oleh pasangan warga emas yang begitu daif sekali. Sikap prihatin dan toleransi yang ditunjukkan menggambarkan keterbukaan penduduk setempat menjemput Unit Amal untuk bersama dalam program tersebut. Syabas Unit Amal kerana telah berjaya membina jambatan untuk mendekatkan PAS kepada masyarakat dengan kerja-kerja kebajikan dan berprinsip beramal kerana Allah tanpa mengira fahaman politik. Semuga dengan keikhlasan ini akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
Turut kelihatan YDP PAS Kota Tinggi, Tn. Hj. Kamaldin dalam gotong royong tersebut. Tidak ketinggalan Ketua Pemuda Tenggara, Hj. Mohzit bersama salah seorang AJK iaitu Sdr. Mamat.