Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 04, 2008

Minyak Naik Lagi?


Rakyat sekali lagi di kejutkan dengan kenaikan harga minyak ke paras yang paling tidak di duga. Pengumuman lewat petang 4 Jun 2008 mencatatkan sekali lagi sejarah di zaman pemerintahan Imam Hadhari bahawa kenaikan bahan bakar tersebut bukan lagi di dalam lingkungan dua puluh sen atau pun ketika di era Tun Mahathir. Zaman pemerintahan Pak Lah, tiada maknanya dua puluh sen ini malah berbangga dengan kenaikan sehingga berpuluh-puluh sen. Yang terbaru diumumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70, manakala RM1 bagi diesel kepada RM2.50 seliter.

Seperti kebiasaannya selepas pengumuman kenaikan harga petrol, rakyat akan membanjiri stesen-stesen minyak bagi mengisi tangki kenderaan masing-masing. Keadaan bertukar seperti pesta mengisi petrol pada kenderaan masing-masing seolah-olah esok akan kehabisan petrol di muka bumi ini. Masing-masing berlumba-lumba sehingga jalan raya sesak dengan deretan kenderaan beratur untuk mendapatkan bekalan petrol. Rakyat seolah-olah ketakutan untuk mengisi petrol untuk keesokkannya. Tetapi apakah dengan mengisi minyak petrol pada malam kenaikan harga akan menyelesaikan masalah? Minyak yang di isi akan tetap diisi juga untuk hari-hari yang seterusnya. Apakah minyak yang diisi akan dapat bertahan lama di dalam tangki kenderaan masing-masing? Apakah pemimpin kerajaan BN turut sama beratur bagi mengisi minyak pada kenderaannya? Percayalah, dengan kenaikan harga petrol ini kocek pemimpin BN jugalah akan akan diisi oleh penat lelah rakyat. Selepas ini terlihat akan kita, akan sandiwara yang paling bodoh dalam negara ini bila mana stesen televisyen dan akhbar tempatan yang akan menemuramah pelacur-pelacur jalanan yang di beri upah untuk berkata-kata bagi pihak kerajaan dengan dialog yang sama, dulu, kini dan selagi BN memerintah. Minyak kita masih murah dibandingkan dengan negara lain di Asean seperti Singapura dan Thailand. Kita lihat sajalah episod dungu ini yang diarahkan oleh sutradara terkenal Imam Hadhari.

Rakyat jelata kebanyakannya merungut atas kenaikan ini. Seperti biasa yang di duga, apabila kerajaan ingin mengumumkan sesuatu kenaikan harga barang, sesuatu isu akan dimainkan terlebih sebagai kambing hitam bagi mengaburi mata rakyat. Kalau di lihat akan isu minyak ini, perasan atau tidak sejak dua menjak ini kerajaan sibuk dengan penstrukturan harga minyak, penyekatan jualan minyak kepada kenderaan asing dan berbagai-bagai lagi tetapi perlaksanaannya tetap belum diputuskan serta mengambil masa yang lama. Tetapi di sebalik isu yang memang di jana untuk membodohkan rakyat, kerajaan terus menyelitkan kenaikan harga petrol dalam keadaan rakyat di beri penerangan tentang pemberian subsidi yang dieksploitasi oleh kenderaan asing. Inilah perancangan dan teknik yang memualkan. Tapi, rakyat sudah faham disebalik semua sandiwara yang dimainkan oleh kerajaan.

Terima kasih BN atas keperihatinan kamu kepada rakyat marhaein. Kepentingan rakyat kebanyakan makin lama semakin mencengkam sedangkan pemimpin yang di lantik oleh rakyat sedikit pun tidak merasai bahang kenaikan bahan bakar ini. Yang terbakar adalah hati rakyat. Adakah pemimpin ini merasakan betapa peritnya rakyat ingin mendapatkan rezeki bagi menyara anak isteri serta keluarga masing-masing? Pemimpin seperti ini tidak merasakan betapa kecilnya nilai wang apabila pergi berbelanja di pasar-pasar malam hanya untuk mendapatkan keperluan harian? Pemimpin BN ini tidak merasai suasana berbelanja di pasar-pasar malam yang terpaksa berlaga bahu. Rata-rata mereka lebih selesa berbelanja di luar negara hatta rasanya bekalan keperluan harian pun turut sama di subsidi dengan wang rakyat. Mereka inilah pemimpin yang hanya pandai berkata-kata, hipokrit. Bila kena pada keperluan rakyat jelata, mereka akan mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat perlu menyedari akan hakikat pasaran maka rakyat perlu menerima perubahan gaya hidup!! Ubah cara pemakanan? Ubah gaya penghidupan?? Layakkah mereka berkata sedemikian bilamana rakyat menilai semula kehidupan mereka yang serba mewah? Relakah wakil-wakil rakyat BN ini mendermakan sebahagian daripada elaun mereka untuk membantu rakyat yang kesusahan? Sedarlah bahawa segala sumbangan yang selama ini di berikan kepada rakyat yang mendapat publisiti meluas sebenarnya memang peruntukan yang diberikan kepada setiap wakil rakyat? Jadi, janganlah berbangga bahawa wakil rakyat BN yang terkedepan dalam menjuarai kepentingan rakyat? Rakyat sedang memerhatikan tingkah laku anda. Teruskanlah mendera rakyat dengan kenaikan yang bermacam-macam lagi selepas ini. Ini akan memudahkan Pakatan Rakyat menghadapi BN pada PRU yang akan datang dan semuga selepas itu akan termakbullah doa rakyat yang teraniaya bahawa BN akan menjadi Be End untuk selamanya.

Lan --> mata-hijauku