GST was introduced as part of a larger tax restructuring exercise, to enable Singapore to shift its reliance from direct taxes to indirect taxes. GST has also enabled Singapore to sustain a lower income tax rate. Being a tax on consumption, and not income, GST inherently encourages savings and investments.
Tinjau akan isu ini dari perspektif Cukai Pendapatan Individu (Individual Income Tax). Itu tidak menyentuh mengenai ketirisan cukai yang di kenakan kepada golongan korporat yang sukar untuk di mengerti.
Di Singapura, cukai peribadi tertinggi ialah 20 peratus. Itupun kalau pendapatan anda mencapai S$320,000 (RM768,000)ke atas dalam setahun.
Berbanding di Malaysia, cukai pendapatan bagi individu begitu tinggi!. Kadang kala naik pengsan ketika membayarnya. Gaji bukanlah besar mana, tetapi cukai yang menakutkan dan kena bayar secara beransur-ansur melalui Pungutan Cukai Berjadual (PCB) lagi setiap bulan selain kena menambah bayaran selepas declare pendapatan apabila di lihat ada ruang untuk di kenakan cukai.
Dulu ada terdengar cerita dari Al Jazeera di KL. Ramai wartawan mat salleh yang masuk bekerja di pejabat itu (di Petronas Towers 2) yang melonjak bila dapat kerja di sana. Gaji besar! Ada yang dapat RM20,000 sebulan, ada yang RM30,000 sebulan. Tetapi mereka terlupa untuk bertanya tentang cukai pendapatan di Malaysia. Pada penghujung tahun, semua meraung dan memaki hamun! Kena cukai 15-25 peratus!
(Pelajaran penting: Bila dapat kerja di luar negeri, jangan syok bila dapat gaji tinggi. Tanya 'hidden costs' seperti cukai pendapatan, harga menyewa rumah, harga makanan, membeli kereta, bayaran sekolah anak-anak).
Di Malaysia, cukai individu tertinggi ialah 27 peratus sebelum ini. Selepas ini cukai tersebut diturunkan ke 26 peratus.
Tapi cukai di Malaysia ini berhadapan dengan masalah besar untuk pembayar cukai seperti kebanyakan rakyat yang bertungkus lumus bekerja siang malam. Sebab kalau di Singapura, gaji tahunan di antara RM768,000 baru kena cukai 20 peratus. Di Malaysia, baru kena satu-pertiga dari itu - RM250,000 - dah kena 27 peratus! Iaitu sama juga jika gaji bulanan kita di Malaysia RM3,000, RM5,000 atau RM8,000. Cukainya tinggi jika dibanding dengan di Singapura atau Hong Kong. Susahlah bro.
Lihat jadual cukai di Singapura dan Malaysia lagi - jika di KL, gaji RM5,000 sebulan, atau RM60,000 setahun - cukai lebih kurang 12-19 peratus! Di Singapura, gaji sama, cukai hanyalah 5.5 peratus (ia mengikut kiraan kasar).
Jadi dengan GST di Malaysia, kita harap cukai individu ini akan turun mendadak. Ada harapan cukai di Malaysia jatuh sama dengan cukai di Singapura.
Dan sales tax (cukai penjualan) pun di tiadakan. Iaitu secara teori, harga barangan dan servis - seperti makan di restoran - kurang.