Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

February 10, 2010

Ceramah Penerangan PAS Kota Tinggi


Selasa, 12 Februari 2010 Taman Hijrah, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kota Tinggi berhasil merencanakan program penerangan dengan mengetengahkan penceramah jemputan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Hj Mohd Sabu yang merupakan AJK Pas Pusat.

Majlis bermula dengan ucapan YDP Kota Tinggi, Tuan Hj. Kamaldin Bin Hj Tahir yang memberikan ucapan aluannya dengan menyentuh sedikit tentang permasalahan penduduk Kg. Sg. Buntu yang tertanya-tanya akan status tanah mereka yang terlibat dengan pembangunan pendaratan minyak. Beliau juga menasihati penduduk ketika sesi lawatan dewan harian Pas agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji sesetengah pihak yang ingin menawarkan harga tanah tanpa usul periksa. Terbaiknya perlu di bentuk jawatankuasa penduduk bagi menangani permasalahn tersebut.

Penceramah pertama yang menggantikan tempat Tuan Hj. Halim Dawam pada malam tersebut ialah Tuan Hj Aminulhuda. Dalam ceramahnya beliau menyentuh isu-isu semasa yang cuba ditutupi oleh media milik Umno, BN antaranya isu kehilangan jet kapalterbang yang baru-baru ini telah ditemui di Uruguay, isu kenaikan harga minyak dengan hanya helah kerajaan dengan menukar grad minyak.

Beliau juga menyentuh tentang isu royalti minyak Kelantan yang hangat diperkatakan ketika ini apabila individu yang mula-mula menulis atau draft akta petroleum masih hidup dan turut memberikan ceramahnya ketika himpunan menuntut wang royalti yang di adakan baru-baru ini di stadium.



Dalam ucapannya juga turut menyentuh bagaimana nazaknya belanjawan negeri Johor yang mengalami defisit berturut-turut selam tiga tahun. Kepimpinan Umno, BN Johor dilihat gagal mentadbir negeri ini sehinggakan hampir muflis walaupun Johor dikurniakan hasil bumi yang subur serta industri yang rancak membangun.

Bagi menyelamatkan keadaan ini, beliau menyeru kepada pengundi-pengundi agar berani membuat perubahan dengan menjatuhkan Umno, BN dalam pilihanraya umum yang ke tigabelas nanti.



Penceramah yang terakhir, yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh hadirin yang mula memenuhi ruang ceramah bagi mendengar hujah beliau. Beliau yang sememangnya masih mempunyai aura mula membuka bicara dengan mengajak rakyat agar membuang pemikiran dan stigma kolot bahawa hanya Umno, BN sahaja yang layak memerintah bumi Malaysia ini.

Pada awalnya, beliau menyentuh tentang perubahan yang ketara berlaku di negeri benteng terakhir Umno dengan melihat akan kehadiran di setiap program ceramah yang di hadirinya. Keadaan ini dapat dilihat cukup berbeza ketika 20 tahun yang lampau dan ini menandakan tahap pemikiran dan keterbukaan orang melayu sudah mula berubah.

Umno dalam usaha untuk mengekalkan kuasanya, mula memainkan rentak perkauman sebagai jalan terakhir untuk mendapatkan semula pengaruhnya yang kian terhakis. Perkara ini dapat di lihat dalam isu-isu yang berlaku baru-baru ini. Umno menggambarkan bahawa Pas adalah parti pelampau yang ekstrim dan radikal dan sebaliknya orang melayu di beri gambaran bahawa DAP merupakan parti komunis dan anti melayu.

Senjata Umno ini semakin tumpul bilamana PAS, DAP dan PKR dapat duduk semeja dalam usaha menjatuhkan Umno, BN dan perkara ini cukup menakutkan mereka. Sebab itu, senjata terakhir yang akan di gunakan mereka iaitu isu perkauman baru-baru ini tidak menjadi dan memakan tuan. Ini cukup menggusarkan mereka dan bagi meraka, Umno akan merasa selesa sekiranya perkara racist ini terus di suburkan ke dalam masyarakat Malaysia ini.

Melihat kepada isu-isu yang cuba dimainkan oleh Umno dalam negeri-negeri yang diperintah oleh PR sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, mereka terus menerus meniupkan isu perkauman walaupun mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut. Umno menggambarkan bahawa orang melayu hidup merempat dan dalam kesempitan ketika PR memerintah.

Sebab itu, beliau menjelaskan perlunya program penerangan seperti ini di lakukan bagi membolehkan rakyat menerima maklumat yang tepat. Walaupun dunia tanpa sempadan dengan perubahan teknologi maklumat tetapi dalam kontek di Malaysia ianya suatu yang masih tercicir.

Sebelum beliau menamatkan ceramahnya, beliau turut menyentuh tentang kejayaan PR dalam meningkatkan kredibiliti pemerintahannya yang diperakui oleh Ketua Audit Negara. Di Pulau Pinang, bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat meningkat tetapi tidak dinyatakan di dalam media perdana. Peruntukan Hal Ehwal Islam juga ditingkatkan daripada 20.5 juta (2009) kepada 24.3 juta (2010).

Kontaraktor-kontaraktor melayu mendapat 66% projek melalui tender terbuka yang kebanyakannya di siarkan di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Beliau juga menyentuh tentang kedudukan Malaysia dalam indek rasuah yang semakin meningkat. Kedudukan Malaysia ketika ini sebaris dengan negara seperti Republik Tonga, Papua New Gunea, Kenya dan jauh tertinggal dibandingkan dengan negara jiran. Ajaran Islam dipraktikkan di Singapura, Jepun dan Australia dengan indek rasuah lebih rendah berbanding Malaysia.

Beliau mengingatkan bahawa rakyat perlu ada kesedaran bahawa rasuah menyebabkan peruntukan rakyat akan terhakis dan rakyat perlu ada kesedaran untuk menjatuhkan kerajaan yang korup dengan menggantikan dengan kerajaan yang bersih.

~matahijauku~