Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

February 13, 2010

Ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi

Felda Lok Heng Timur, 12 Feb 2010 menempa sejarah sepanjang kempen ceramah penerangan Pakatan Rakyat Kota Tinggi apabila pertama kalinya menerima kehadiran kami untuk mengadakan ceramah di sini. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah seisi keluarga kerana mengizinkan kediaman beliau di jadikan pentas ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi dan tahniah kepada penduduk di situ yang berani keluar bagi mendengar sendiri maklumat-maklumat terkini yang telah di sampaikan daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Saudara Zabidi Abas selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor merangkap setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bertindak sebagai penceramah pertama menggantikan Saudara Mazlan Aliman yang tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur.

Beliau yang cukup masak dan hadam akan isu yang berlingkaran di dalam Felda mula menyusun rentak ceramahnya berkenaan isu warga felda di Kemahang 3 yang baru-baru ini menang kes saman ke atas Felda. Beliau membangkitkan bagaimana masyarakat felda di sana begitu berani berganding bahu tanpa mengira ideologi politik dalam menuntuk hak dan keadilan bagi peneroka yang telah di tipu dan di tindas oleh Felda.

Dalam ucapannya beliau menggambarkan bahawa felda merupakan produk yang menjana permasalahan sosial yang membarah. Begitu sukar bagi beliau dan rakan-rakannya yang bergerak di dalam NGO mahupun parti untuk membangunkan masyarakat felda yang terlalu dijolokkan dengan budaya hedonisme.



Kebejatan sosial yang begitu membarah ini dibiarkan oleh pihak pengurusan felda tanpa ada langkah-langkah konklusif untuk menanganinya. Malah sekiranya terdapat pihak-pihak yang berhajat untuk memberikan sumbangan khidmat nasihat akan di tapis dengan teliti agar dipastikan ianya tidak berbau politik yang dikhuatiri akan menghakis kekuatan Umno di situ.


Usai sahaja uacapan Saudara Zabidi Abas, ruang di berikan kepada Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Kota Tinggi merangkap Naib Ketua PKR Cabang Kota Tinggi, Saudara Abd Razak Hj. Esa untuk menyampai sedikit ucapannya pada malam tersebut. Beliau menyentuh mengenai perubahan positif yang dapat di lihat daripada masyarakat felda di sini yang mula berani mencari kebenaran di atas isu-isu semasa politik tanahair dengan mempelawa ceramah-ceramah di adakan di premis kediaman mereka tanpa takut akan ugutan JKKK hatta pengurusan Felda itu sendiri.



Kemuncak daripada program ceramah pada malam tersebut adalah ceramah yang telah di sampaikan oleh Saudara Badrul Hisham Saharin (Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia) juga bekas calon DUN Rembau pada PRU 12 yang lepas.

Beliau yang sebelum ini pernah mendiami felda ketika berkhidmat sebagai pendidik cukup arif akan kepincangan pengurusan felda ketika ini yang tersasar jauh daripada asas kewujudan felda suatu ketika dahulu. Sejarah pengwujudan felda yang di asaskan oleh Tun Razak dahulu telah tergelincir jauh ketika ini. Ketika dulu, pendapatan felda menjadi sumber pendapatan negara sebagai satu komuditi dagangan kepada negara.

Namun ketika ini ianya dilihat sebagai satu lubuk kekayaan yang perlu di faraidkan sesama mereka tanpa memikirkan nasib peneroka. Dengan sumber kewangan yang ada, Felda telah membeli dan seterusnya mendirikan hotel di Mekah tetapi hotel bertaraf esklusif tersebut tidak mampu di sewa oleh peneroka felda itu sendiri. Apa ertinya bila wang peneroka yang bersusah payah memajukan felda tetapi mereka tidak dapat menikmati kemudahan tersebut?



Banyak lagi kepincangan yang berlaku dalam pengurusan felda ini. Seperti mana skim rumah untuk generasi ke dua, maklumat di perolehi yang terbanyak menguasai skim perumahan tersebut hanyalah kakitangan-kakitangan felda itu sendiri. Kakitangan felda ini di bayar gaji mereka dengan hasil peneroka, sepatutnya mereka berkhidmat dengan cemerlang untuk peneroka bukannya peneroka yang di paksa berkhidmat untuk mereka.

Dalam isu yang lain, beliau menyebutkan di sini antaranya isu kalimah Allah yang di mainkan sepenuhnya oelh Umno bagi menarik sokongan orang melayu terhadap parti perkauman ini. Persoalannya dalam isu kalimah Allah, sejak bilakah Umno cukup serius mempertahankan Islam ini? Seingat beliau, Umno hanya pandai mempergunakan Islam untuk tujuan politik sempit mereka. Contohnya, di dalam isu Allahyarham Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom yang telah di pecat ketika mempertahankan hukum Islam? Mana pendirian Umno ketika itu?

Serbuan Jawi di Kelab eksekutif The Zouk suatu ketika dahulu. Mana pendirian Umno dalam isu tersebut? Umno membela Islam? Isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad dulu, adakah Umno bangkit menghunuskan kerisnya menentang keras penghinaan tersebut? Umno menikus, hanya retorik dalam ertikata sebenarnya.

Terlalu banyak hujah-hujah dangkal Umno untuk menarik sokongan orang melayu terhadap parti yang membusuk ini. Bagaimana isu yang sama di mainkan bagi mengalihkan sokongan melayu terhadapnya. Isu ketuanan melayu adalah senjata terakhir Umno untuk mendapatkan semula sokongan orang melayu bilamana tapak atau asas Umno lemah.

Umno melagukan isu ketuanan melayu di Pulau Pinang, mereka mendakwa orang melayu akan kehilangan hak ketuanan melayu sekiranya terus menyokong Pakatan Rakyat. Itulah modal terakhir Umno yang akan di jaja ke hulu kehilir bagi menunjukkan mereka pejuang bangsa yang terkenal seantero dunia. Isu lapuk itu akan berakhir di dalam usus-usus yang kian membusuk dari kepala hingga ke usunya.


Chegu Bard bergambar bersama-sama AJK PKR Kota Tinggi.

~matahijauku~