Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

December 30, 2008

Assalamu'alaikum... tazkirah hari ini

SUNGAI NIL PATUH KEPADA SAIDINA UMAR

Ketika bergotong royong membersihkan kawasan rumah yang hendak dijadikan PASTI di Sedili hari Sabtu lalu, saya ada bercerita kepada seorang sahabat tentang kisah Saiyidina Umar Al-Khattab yang mengarahkan Sungai Nil agar tidak kering dan Sungai Nil 'patuh' kepada arahan Khalifah terbilang ini. Namun, oleh kerana beliau belum pernah mendengar cerita tersebut, pada mulanya beliau menyangka saya cuma melawak.. kebetulan memang sebelum itu saya bergurau mengatakan saya telah mengarahkan api untuk memerun sampah agar tidak merebak ke tempat lain. Saya pula pada tak berapa ingat kisah ini, lalu saya cuba surf internet kalau-kalau ada. Cari punya cari, jumpa juga akhirnya.

Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar Al-Khattab RA. Beliau adalah seorang mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah SWT.

Semasa pemerintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.

Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Khalifah Umar telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru Al-As RA sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.

Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru Al-As RA menjadi Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.

Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.

Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru Al-As RA supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini. Walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru Al-As RA keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar Al-Khattab RA bagi menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.

Amru Al-As RA menulis sepucuk surat kepada khalifah menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat.

Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca, air muka beliau berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir. Katanya, “Adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku sama sekali tidak akan membenarkan penduduk Mesir melakukan adat yang kejam dan bodoh ini”.

Setelah itu, Umar al-Khattab RA mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir. Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.

Amru Al-As sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya Umar Al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil. Setelah membacanya Amru Al-As pun terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.

Surat khalifah Umar al-Khattab itu berbunyi antara lain maksudnya "Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil, kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir seperti sediakala".

MORAL DAN IKTIBAR
  1. Kita hendaklah berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT agar doa kita sentiasa diperkenankan oleh-Nya.
  2. Kita hendaklah yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi rezeki dan mendatangkan musibah kepada kita.

Sumber: http://aqustatic.blogspot.com

~ melukut.com ~
Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari

December 27, 2008

PASTI BERTAPAK DI SEDILI

Sabtu, 27 Disember 2008.
Dengan rasa kesyukuran pada Allah S.W.T, usaha untuk memperkembangkan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) di Kota Tinggi khususnya di pekan Tanjung Sedili akhirnya dimakbulkan Allah. Pada awalnya, hasrat untuk menubuhkan PASTI di sana terbantut ekoran ketiadaan premis yang sesuai untuk di jadikan tempat belajar namun dengan keizinan Allah, PASTI Kws Kota Tinggi di beri peluang untuk mencapai hasrat tersebut. Bermula dengan perbincangan ringkas dan seterusnya membawa kepada persepakatan untuk membangunkan sebuah PASTI di Tg. Sedili yang berpotensi untuk menarik golongan ibubapa untuk menghantar anak mereka mendapat didikan awal. Memandangkan lokasi premis yang strategik di tengah-tengah pekan Sedili maka ianya bagaikan satu rahmat buat PASTI dan juga PAS Cawangan Tg. Sedili.

















Walaupun di fahamkan premis yang ditawarkan tersebut mengalami sedikit kerosakan dari segi infrastruktur namun keazaman yang tinggi ditunjukkan oleh ahli PAS Cawangan Tg. Sedili berserta komitmen Dewan Muslimah bagi sama-sama membantu membersihkan kawasan sekeliling premis tersebut amat memberangsangkan. Ini menunjukkan minat mereka agar sebuah PASTI dapat di wujudkan di sini.

















Dengan kerjasama AJK PASTI Kws Kota Tinggi, Unit AMAL Kota Tinggi berserta ahli-ahli PAS Tg. Sedili bersatupadu mengerah tenaga membersihkan dan mengindahkan kawasan sekeliling premis tersebut agar dapat beroperasi mengikut rancangannya begitu membanggakan. InsyaAllah, dalam siri-siri kerja gotong-royong pada minggu depan di harapkan dapat merealisasikan harapan PASTI Kawasan untuk menabur bakti menanam bibit-bibit Islam ke dalam generasi baru anak-anak di Tg. Sedili.

~matahijauku~

December 20, 2008

URA-URA MENAIKKAN BIL AIR?

Kenaikan tarif air ditangguh

PUTRAJAYA: Kenaikan tarif air di Johor 18.9 peratus mulai 1 Januari ini seperti dijadualkan dalam perjanjian konsesi antara kerajaan negeri dan Syarikat SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJH) tidak akan dilaksanakan buat sementara waktu.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat kerajaan Persekutuan tidak lama lagi.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat selepas kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan kerajaan Johor dan SAJH mengenai skim semula penyusunan perkhidmatan air di negeri terbabit.

“Kebanyakan terma penyusunan semula sudah dirundingkan dan dipersetujui semua pihak dan akan dibentangkan bulan depan,” katanya, semalam.

Dalam post yang di siarkan mengenai kenaikan bil air baru-baru ini, aku telah pergi ke kaunter SAJ bagi mendapatkan kepastian tentang bil yang berbeza dengan bulan sebelumnya. Aku mengajukan soalan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter pembayaran tersebut mengenai perbezaan bil yang perlu di jelaskan. Aku mencerikatan kepada kakitangan tersebut bahawa bil yang perlu dijelaskan sejumlah RM20.32 walaupun bacaan meter 0 meter padu. Maknanya memang tida penggunaan langsung dan aku memang sedia maklum bahawa caj minima ialah RM18.48. Mengikut penjelasan kakitangan tersebut, perbezaan bil yang tercatat di sebabkan oleh kelewatan pembacaan meter oleh pegawai SAJ iaitu bil tersebut di kira melebihi tempoh sebulan. Tapi aku tetap dalam kebingungan, kalaupun bacaan meter yang di ambil melebihi 1 bulan atau lebih tapi bagi penggunaan yang sifar, minima caj tetap pada RM18.48 seperti yang tercatat di belakang bil tersebut. Entahlah, mungkin aku kurang arif tentang pengiraan bil air ini tapi yang jelas aku mula bimbang akan berlaku kenaikan tarif air. Tapi hal begini kepada siapa yang perlu di adu? Aku adalah rakyat biasa yang hidup di bumi yang melimpah ruah dengan nikmat Allah tapi dieksploitasi oleh nafsu serakah manusia yang mengejar keuntungan duniawi semata-mata.

Begitulah keluhan seorang sahabat kepada saya. Apa yang boleh saya jawab, bersabarlah hidup di negara yang di perintah oleh UMNO, BN ini walaupun kita di cengkam dengan perbagai cubaan. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

~matahijauku~

Sekadar Renungan..








Surah Al-‘Ankabut, ayat 40-42 ;


Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.


Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.


Sesungguhnya Allah mengetahui (kepalsuan) apa jua yang mereka sembah yang lain daripadaNya dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Renungan:
Ayat di atas mengingatkan akan amaran Allah bagi memperlihatkan kepada manusia bahawa perlawanan terhadap kebenaran pasti akan hancur. Allah menyatakan setiap dugaan berupa bencana adalah dari natijah perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri.

Baru-baru ini kerajaan memanggil kesemua pakar-pakar geologi, jurutera JKR, pakar kaji tanah dari IKRAM bagi membincangkan masalah keruntuhan tanah yang semakin kerap berlaku di negara ini. Tetapi, dalam banyak-banyak agensi yang di panggil tiada seorang pun dari pakar agama yang di jemput untuk memberi pandangan dari sudut Islam. Golongan agama di ketepikan bagi sama-sama memberi pandangan untuk kebaikan negara. Inilah kerajaan Islam Hadhari, mengambil Islam untuk kepentingan peribadi dan parti dan menolak Islam bila menggugat keuntungan diri dan parti.

~matahijauku~

December 18, 2008

AKTIVITI PERLOMBONGAN YANG MELAMPAU

16 Disember 08, Selasa. Kepimpinan PAS Kawasan Kota Tinggi bersama-sama penduduk kampong Baru Pasak serta wartawan dan jurukameranya sekali telah di dedahkan dengan aktiviti perlombongan yang tidak terkawal yang berlaku berhampiran penempatan kampong mereka. Penduduk kampong melahirkan rasa tidak puas hati di atas pihak berkuasa yang seolah-olah lepas tangan di atas projek perlombongan tersebut. Penduduk menyatakan bahawa pendapatan mereka sebagai nelayan terjejas teruk dan aktiviti perlombongan tersebut menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar. Di fahamkan penduduk sebelum ini telah mengadukan perkara tersebut kepada pihak Pejabat Tanah, Alam Sekitar dan juga pihak Polis namun sehingga kini tiada tindakan susulan yang di lakukan. Penduduk yang sebilangannya menjadikan sungai disini sebagai sumber mata pencarian mengaku sedikit terjejas dengan aktiviti perlombongan yang ada.

Wakil dari pihak wartawan juga di fahamkan oleh penduduk di situ bahawa projek perlombongan ini di punyai oleh anak orang ahli politik yang berpengaruh di sini. Di maklumkan kepada kami juga bahawa aktiviti perlombongan ini telah mendapat kelulusan daripada agensi kerajaan seperti PTG sahaja. Kemuncak dari kemarahan penduduk bilamana berlaku pecahan ban pasir yang teruk pada 13 & 14 Disember yang lalu.

Penduduk tempatan percaya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa mengenai kebenaran melombong dengan agresif kerana sehingga kini aktiviti tersebut masih berjalan seperti biasa dan keluasan aktiviti tersebut sedang menghampiri penempatan penduduk di situ. Sehubungan itu, penduduk memohon agensi kerajaan yang bertanggungjawab dapat memantau dengan lebih kerap agar keselamatan dan keselesaan penduduk kampong terus di ambil perhatian.

December 16, 2008

TAK PATRIOTIK TUKAR KERETA NASIONAL

BANGI: Sikap Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menggunakan kereta import untuk Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menunjukkan mereka tidak patriotik kerana mengutamakan produk luar negara berbanding tempatan.

Selain memperlekehkan produk tempatan tanpa menyokongnya, Kerajaan Pakatan Rakyat jelas hanya mahu memboikot projek kereta nasional yang menjadi kebanggaan rakyat di negara ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sepatutnya Kerajaan Pakatan Rakyat jangan melihat projek kereta nasional dikendalikan Kerajaan Pusat sebaliknya ia projek negara yang menjadi kebanggaan semua.

Menurutnya, mereka hanya mahu memperlekehkan tanpa menaikkan imej negara kerana rakyat sentiasa berbangga dengan kejayaan negara mengeluarkan kereta nasional.

“Dalam hal ini kita perlu ketepikan politik kerana kereta nasional keluaran Malaysia dan ia sepatutnya disokong,” katanya.

Kelmarin Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mahu membeli kereta import untuk Exco dan pegawai kanannya bagi kegunaan urusan kerajaan negeri itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah juga turut bercadang mengikut jejak langkah menggantikan kereta Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanannya jika kedudukan kewangan kerajaan negeri itu mengizinkan.

Alasan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang itu membeli kereta import kerana mendakwa kos penyelenggaraan untuk Perdana V6 agak tinggi.

Bagaimanapun, Proton sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang kos penyelenggaraan Perdana V6 tidak tinggi seperti didakwa sebelum ini jika ia diselenggara di pusat servisnya.








Lihatlah perbandingan ini....

Harga 14 buah Mercedes E200 Kompressor
RM 3.43 juta (setelah ditolak cukai)
Harga sebuah
RM 245,000
Sila rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Harga 16 buah Toyota Camry 2.4
RM 2.672 juta (tidak ditolak cukai)
Harga sebuah
RM 167,000
Sila rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Aduhai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang baru balik dari menunaikan ibadah Haji..biarlah menampakkan ciri-ciri haji yang mabrur. Takkan dah lupa bagaimana ketika dulu kerajaan negeri Terengganu yang lebih hebat menggantikan dengan kereta Mercedes? Adakah tindakan tersebut menampakkan semangat patriotik? Ketepikan dahulu laporan akhbar sebelum ini yang menyatakan pembelian kereta rasmi kerajaan negeri Terengganu adalah tidak menggunakan wang royalti. Kalau di nilai dari segi patriotiknya pun sudah lari...inikan pula mengaku pembelian tersebut bukan hasil dari pemberian wang royalti. Habis, kalau bukan dari wang royalti...apakah pembelian tersebut menggunakan duit saku pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu ke? Paling tidak pun, ianya tetap akan menggunakan duit rakyat Terengganu..? Maknanya duit rakyat juga yang hangus...kalaupun menggunakan duit royalti, bukankah duit royalti itu juga hak rakyat Terengganu? Tak tau lah persepsi pemimpin UMNO Terengganu mengganggap duit royalti tersebut merupakan duit mereka yang perlu di faraidkan bersama...kalau begitu, tunggulah kesannya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. InsyaAllah, rakyat Terengganu bijak memilih kali ini...

~matahijauku~


December 15, 2008

BIL AIR NAIK LAGI KE??

Terkejut dan tergamam melihatkan bil terbaru bagi bulan Disember 2008 bagi kegunaan perdagangan. Apa tidaknya, penggunaan air 0m3 juga dikenakan caj sebanyak RM20.32 sedangkan kadar bayaran bagi satu meter padu penggunaan sepertimana yang tercatat di belakang bil tersebut menunjukkan baru RM18.48 bagi kegunaan 0-20 m3. Apa maknanya ini? Adakah menetap dan menjalankan perniagaan di negeri Johor ini seterusnya berdepan dengan kenaikan kadar penggunaan air? Apakah tiada keistimewaannya duduk di negeri yang totok UMNOnya ini yang sinonim dengan kubu UMNO yang paling kuat di dunia berbanding dengan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat? Kalaulah negeri yang diperintah oleh PR yang memang digambarkan sebagai jelek di mata UMNO masih mampu memberi 20m3 padu air percuma untuk rakyatnya tanpa mengira fahaman politik, mengapa tidak dengan Johor ini? Jadi, tiadalah apa-apa istimewanya duduk di negeri yang di perintah oleh UMNO, BN ini?

Renung-renungkanlah warga Johor...Adakah pemimpin yang dilantik ini ada mengambil kira kebajikan dan keselesaan rakyatnya? Ya, mungkin kita berasa selesa tapi keselesaan kita memungkinkan kita mengeluarkan lebih perbelanjaan berbanding orang lain? Keselesaan kita yang terpaksa mengeluarkan kos lebih tetapi pemimpin yang di pilih oleh kita yang meneguk kesenangannya..


Tariff

Usage Category

Rate
(m³)

Price Per m³ (RM)

Minimum Payment(RM)

1

Domestic

0 - 15
16-30
31-45
46-100
>100

0.38
1.31
1.82
2.20
2.23

4.00

2

Industrial

0-20

21-40
>40

2.22
2.96

2.96

18.48

3

Government and Hospitals

Average rate

2.13

9.24

4

Shipping

Average rate

5.20

-

6

Estate

Average rate

1.14

-

7

Apartment

Average rate

1.18

4.00







~matahijauku~

December 13, 2008

CERAMAH PENERANGAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDUL ADHA

Alhamdulillah, dengan izin Allah ceramah yang di rancang oleh PAS Kaw Kota Tinggi berjaya dilaksanakan dengan keadaan yang harmoni. Cuaca pada malamnya cukup terang dengan bulan mengambang penuh menghiasi langit berserta dengan tiupan angin dingin menghembus bumi Kota Tinggi yang sememangnya cukup fobia bila menjelang musim tengkujuh ini. Apapun jua keadaan, perjuangan tetap diteruskan dengan mengharapkan pertolongan Allah SWT agar membuka pintu hati masyarakat Kota ini untuk hadir bersama mendengar ceramah yang di anjurkan oleh PAS Kota Tinggi.

Ceramah pada malam tersebut turut menyediakan juadah sop kambing sempena ibadah Qurban baru-baru ini. Kehadiran yang boleh dibanggakan untuk taraf masyarakat Kota Tinggi ini yang cukup berkarat dengan UMNOnya walaupun di hidangkan dengan penceramah yang hebat dari segi pidato dan hujah-hujah yang di sampaikan namun masih belum mampu menarik sejumlah pendengar khususnya masyarakat setempat untuk hadir bersama. Mungkin ceramah pada malam tersebut bersaing rapat dengan program lain tajaan UMNO seperti Juara Lagu kategori Pop Rock memungkinkan masyarakat Kota ini lebih selesa memerapkan punggung di sofa empuk di rumah berbanding duduk kedinginan di atas jalan raya dan beratapkan langit! Memang realitinya begitu, tidak menjadi satu kehairanan bagi masyarakat Kota ini yang memang meminati dunia hiburan. Sedangkan satu ketika bandar Kota ditenggelami banjir dulu pun, orang Kota masih mampu menganjurkan pertandingan karaoke di pusat pemindahan mangsa banjir. Hebat orang Kota ni...

Ceramah pada malam tersebut di mulakan oleh ucapan alu-aluan YDP Kaw Kota Tinggi, Tn Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kehadiran hadirin muslimin & muslimat pada malam tersebut. Dalam ucapannya juga, beliau memohon kemaafaan di atas ketidakhadiran penceramah jemputan iaitu Sdr. Hanipa Maidin di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan dan mengikut maklumat yang telah di sampaikan kepada beliau bahawa Sdr Hanipa berjanji kepada ahli-ahli PAS, penyokong PAS dan penyokong Pakatan Rakyat akan turun memberikan ceramahnya di Kota Tinggi ini.

Ceramah tetap di teruskan dengan penceramah yang pertama merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, ustaz muda iaitu Al- Fadhil Ust. Azlisham. Berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, seorang yang berani berdiri di pentas ceramah dalam menyampaikan dakwahnya mengajak masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang hakiki dan bukannya Islam Hadhari. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh tentang pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dalam menyampaikan dakwahnya dan kesetiaan di dalam menjalankan perintah Allah. Sesuatu yang perlu di contohi oleh umat Islam pada zaman ini. Begitulah keistimewaannya mendengar ceramah PAS ini, selain mendapat ilmu agama yang berguna sebagai benteng menghadapi fitnah akhir zaman ianya juga dapat mengajak para pendengar memikirkan dan melihat sesuatu isu itu dari perspektif yang berbeza.
Penceramah kedua pula merupakan seorang lagi anak muda tempatan yang cukup dikenali di Pasir Gudang, merupakan EXCO Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merangkap Ketua Lujnah Setinggan Bandar iaitu Sdr Syed Othman. Nama beliau memang sinonim dengan isu pembelaan Kg. Plentong Baru yang menerima nasib yang memilukan apabila diperlakukan oleh pemimpin yang mereka sanjung dan sokong selama ini. Dalam ceramahnya beliau menggambarkan bagaimana dulunya kampung tersebut merupakan kubu kuat lagi kebal bagi petugas-petugas PAS untuk memasukinya semasa PR umum yang dulu dan sokongan yang tidak berbelah bagi menyokong pemimpin UMNO dalam PR. Tapi itu semua tidak menjamin keselamatan kampung mereka yang telah di terokai lebih 30 tahun untuk terus merempat di bumi sendiri dengan pemimpin yang mereka sokong inilah yang membuat onar. Harapkan UMNO yang ingin membela nasib melayu tapi UMNO jugalah yang menjahanamkan orang melayu itu sendiri. Menurut beliau lagi, usaha membuat laporan Polis dan BPR telah dilakukan dan mendesak penyiasatan yang telus atas permasalahan penduduk Kg. Plentong tersebut agar penduduk kampung merasakan terjamin untuk terus menetap di situ. Begitu banyak kepincangan pemimpin UMNO ini, yang selama ini begitu tegas kononya menjadi tulang belakang orang melayu dalam mempertahankan hak orang melayu tapi melihat kepada dokumen yang dilampirkan dalam laporan yang dihantar kepada BPR dan Polis itu melihatkan betapa rakus dan tamaknya pemimpin UMNO ini mengejar keuntungan poket sendiri berbanding rakyat yang telah mengangkatnya ke satu tempat yang tinggi itu. Mungkin ini adalah musibah dan dugaan yang Allah turunkan untuk menduga hambanya terutama penduduk kampung yang teraniaya tersebut dan setiap dugaan yang Allah turunkan pasti ada hikmah di sebaliknya. Percayalah dan lihatlah sekarang ini, tembelang pemimpin UMNO yang hanya retorik semata-mata bila bercakap tentang hak orang melayu ini. Semua terbukti bila puak-puak inilah juga yang mengambil kesempatan di atas kejujuran dan murah hati orang melayu ini. Melayu mudah lupa....!

~matahijauku~

December 01, 2008

HARI KELUARGA PAS KOTA TINGGI

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya PAS Kws Kota Tinggi dapat juga menjayakan program yang telah di rancang pada awal tahun ini. Program tersebut di adakan pada 28 @ 29 November lepas, bertempat di Jason Bay, Tanjung Sedili. Program bermula pada petang Jumaat iaitu 28 November 2008 bermula dengan pendaftaran di Chalet masing-masing. Selepas 'check-in', tiada aktiviti khusus di lakukan. Sekadar bersantai di tepi pantai. Program bermula dengan solat Maghrib berjamaah di ikuti dengan solat Isyak dan seterusnya kuliah agama . Kehadiran yang membanggakan dengan mendapat kerjasama sepenuhnya oleh PAS Caw Tg. Sedili yang di ketuai oleh Sdr. Azmi apabila pihak cawangan Tg. Sedili turut menyerikan program tersebut dengan membawa ikan segar untuk di bakar. Program pada malam tersebut diteruskan dengan jamuan ikan bakar diselang seli oleh ucapan kepimpinan PAS Kawasan di mulai dengan YDP iaitu Tn Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir, di ikuti oleh Timb. YDP iaitu Tn. Hj. Monaim Bin Hassan. Program diteruskan dengan memberi laluan kepada Ketua Penerangan berucap pada malam tersebut, di ikuti oleh Ketua Pemuda PAS Kws dan akhirnya oleh Ketua Cawangan PAS Tg. Sedili. Program pada malam tersebut berakhir pada jam 12 malam dan akan diteruskan pada keesokannya dengan Qiammullail dan solat Subuh berjamaah.

Seawal pagi iaitu jam 4:30 pagi, program diteruskan dengan Qiammullail, solat Subuh serta kuliah Subuh. Selepas bersarapan, program riadah sambil bersantai diteruskan dengan permainan bola sepak pantai. Seterusnya, sukanika di teruskan sehinggalah berakhir pada jam 11 pagi. Program diteruskan walaupun peserta yang menginap di Chalet dikehendaki menyerahkan bilik masing-masing pada 12 tengahari. Walaupun begitu, aturcara pada hari itu masih berjalan dengan jamuan makan sambil beramah mesra di kalangan ahli-ahli PAS yang hadir. Program bersurai pada jam 1 petang.
Terima kasih di uacapkan pada ahli PAS yang turut menjayakan Hari Keluarga PAS Kota Tinggi terutama pada Pengarah Program iaitu Sdr Abd. Hamid selaku Ketua Penerangan berserta ahli jawatankuasanya. Terima kasih juga di atas kerjasama PAS Cawangan Tg. Sedili dan mereka yang telah menjayakan Hari Keluarga tersebut. Semuga berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Antara gambar menarik yang sempat di rakam sepanjang program tersebut.


November 27, 2008

Assalamu'alaikum.. tazkirah hari ini

APABILA MANUSIA BEROTAK KELKATU

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kelkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAKSANA dan MAHA MENGETAHUI.


Pada suatu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kelkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kelkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kelkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kelkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kelkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menemui maut.


Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kelkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kelkatu pun masih bernasib baik kerana selepas kematiannya ia tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kelkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun tetap merokok. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kelkatu.


MORAL & IKTIBAR

  • Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kelkatu .
  • Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat .
  • Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya mereka mengejar api neraka.

~ melukut.com ~

Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari

November 26, 2008

Assalamu'alaikum.. tazkirah hari ini

PERBANDINGAN DUA NEGARA

Ada 2 negara yang diperintah oleh dua kerajaan. Negara pertama diperintah oleh seorang raja yang warak, alim dan adil. Baginda mempunyai sistem pemerintahan yang benar-benar berlandaskan ajaran Allah yang suci - Islam. Visi dan misi ialah ketaatan kepada Allah dan Rasul demi kesejahteraan umat dunia dan akhirat. Berpaksikan hukum Allah dan sunnah Rasul, baginda membina empayarnya dengan saksama; dibantu oleh barisan menteri yang celik agama dan politik kenegaraan serta mempunyai prinsip yang teguh 'menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar'. Dari segi pelaksanaan undang-undang, mereka berpegang pada 'kami dengar dan kami patuh'. Ini bermakna apa jua arahan dari pihak raja akan mereka laksanakan sebaik mungkin asalkan semua arahan itu tidak menyempang dari agama Islam.

Saban siang, kesemua mereka menjalankan urusan pemerintahan dengan bersungguh-sungguh kerana menyedari bahawa mereka dipikulkan dengan satu tanggungjawab yang amat berat iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi. Mereka bertanggungjawab di atas apa jua tindakan yang dilakukan. Kepentingan sendiri mereka ketepi kerana mengutamakan hak dan kepentingan rakyat jelata. Oleh sebab Sang Raja mempunyai stail pentadbiran yang benar-benar telus dan lurus, maka kesemua barisan menteri, kakitangan awam dan juga swasta serta rakyat amnya memberikan sokongan padu menjayakan segala projek kerajaan sehingga negaranya sangat dihormati kerana kejayaan yang amat cemerlang dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk ukhrawi atau duniawi. Kesemua tenaga kerja menyumbang ke arah menjayakan negara Islam sehinggakan doktor, peguam, peniaga, guru, arkitek, engineer, pegawai kerajaan dan lain-lain pekerja bersatu dalam menyempurnakan aspirasi Islam.

Pada malamnya pula, raja dan para menteri bangun mengerjakan solat tahajjud, meminta istighfar dan petunjuk dari Allah dalam menjalankan tugas yang dipikulkan ke atas mereka. Siang mereka bersama manusia, malamnya bersama Allah Pencipta sekalian alam.
Kejayaan dan kecemerlangan negara amat terserlah. Yang kaya menjadi bank kepada yang miskin, yang kuat menjadi pelindung yang lemah, yang mulia menjadi naungan kepada yang hina dan yang alim menjadi pemimpin yang jahil. Etika sosial begini menjadi asas kepada kejayaan negara keseluruhan. Pembangunan berjalan dengan pesat meskipun tiada projek mega yang membeban rakyat. Taraf pendidikan begitu maju dengan menekankan aspek fardhu 'ain terlebih dulu sebelum fardhu kifayah. Dalam bidang sosial pula, tidak terdapat golongan manusia yang bertuhankan kebendaan. Masalah jenayah, maksiat dan budaya lepak hampir tiada. Kecurian, penzinaan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa hampir tidak wujud di dalam kamus mereka. Pasukan polis dan askar amat mudah menjalankan tugas. Begitu juga dalam bidang ekonomi, negara menjadi kaya walaupun tidak mengamalkan sistem riba'.


Pendek kata, berkat ketaqwaan dan kepatuhan kepada Allah, negara ini menjadi contoh teladan kepada negara lain seantero dunia. Allah meredhai pemerintahan raja yang menjadikan dirinya sebagai role model pemimpin yang adil. Sebagai balasan, negaranya berkat dan mendapat pengampunan dan keredhaan Allah 'Baldatun Thaiibatun Wa Rabbun Ghafur' - negara yang baik dan berkat serta mendapat pengampunan Allah. Raja negara ini berjaya membawa rakyat ke mercu kejayaan dunia dan akhirat.

Sebuah negara lagi adalah sebaliknya. Mempunyai pemerintah yang zalim. Menteri-menterinya juga ikut zalim dan rakus kuasa. Sesiapa saja yang cuba mendirikan keadilan akan dihukum dan tidak sesuai berada di dalam barisan menterinya. Harta negara dibahagi sesama mereka tanpa mempeduli hak rakyat jelata. Hak dan harta rakyat menjadi hak mereka diambil dengan sewenang. Kebajikan rakyat dan orang bawahan tidak dijaga baik, sebaliknya pendokong kerajaan dan juga para korporatnya begitu ditatang seperti menatang minyak penuh. Nama baik negara dijaga dari pandangan antarabangsa meskipun tidak diperkenan oleh rakyat jelata. Projek mewah yang langsung tiada kaitan dengan kepentingan orang bawahan begitu serius dijaga; sehingga mengorbankan kepentingan jelata.

Oleh sebab prioriti adalah untuk menegakkan ekonomi negara, maka soal lain menjadi perkara kedua yang tidak begitu penting dan tidak diberikan keutamaan. Sikap pemimpin ini menjadi ikutan orang bawah. Akhirnya matlamat hidup sebagai hamba Allah kian pupus. Manusia hidup untuk benda. Para korporat dibela. Rakyat jelata yang menaikkan mereka dibiarkan saja. Agama katanya masalah peribadi. Lahirlah satu generasi rakyat yang kosong jiwa walaupun kaya harta. Kerana mengejar benda, manusia lari dari Allah, tidak lagi melakukan solat 5 waktu. Amar makruf dan nahi mungkar tidak lagi jadi pegangan. Surau dan masjid semakin terpinggir walaupun tersergam dibina macam istana. Masjid dihias dan diceria tapi ke mana pergi jemaahnya? Yang dewasa mula longgar agama. Anak-anak mereka tidak dijaga. Larilah mereka dari rumah menurut rakan sebaya. Budaya mereka berpoya-poya. Amal ibadat jadi persenda. Ulama dan nabi dikatakan tipu daya.


Orang kaya semakin mengada, orang miskin pula kian melata. Kepada siapa ingin mengadu? Sang Menteri tidak ambil tahu. Orang ramai semakin menderita. Dunia mereka tidak dijaga. Akhirat pula dipandang hina. Akhirnya rugilah mereka kedua-dua. Sang Menteri tidak peduli apa berlaku pada remaja. Ramai melepak tak tentu hala. Pegangan agama tidak diambil kira. Sang Ulama dan Nabi dipandang hina. Tindakan mereka menjemput bala. Negara menuju saat kehancuran. Tapi menteri masih mendabik dada kononnya mereka membawa negara ke mercu jaya.


Benar sekali kata hukama, barangsiapa mengejar dunia, dunia akan terus lari. tetapi barangsiapa yang mengejar akhirat, mereka akan perolehi keduanya.

MORAL & IKTIBAR

  • Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada corak kepimpinannya.
  • Pemimpin yang berjiwa Islam membawa rakyatnya ke mercu kejayaan. Sebaliknya pemimpin sekular terlalu mementingkan kekayaan dunia hingga melupakan bahagian akhirat yang kekal. Mereka sesat lagi menyesatkan.
  • Pemimpin Islam sentiasa bergantung kepada Allah tetapi pemimpin sekular kuat pergantungannya dengan kemajuan ekonomi. Mereka percaya jika ekonomi kukuh, segala yang lain akan turut maju. Sikap begini boleh menjerumus atau membawa rakyat ke lembah syirik. Menganggap selain Allah memberi manfaat atau mendatangkan mudharat boleh membawa pada syirik.
  • Ideologi yang tidak memberikan penekanan kepada Islam adalah sesat.
    Mana-mana raja atau pemimpin yang adil akan mendapat keredhaan Allah pada hari kiamat. Manakala pemimpin yang zalim akan dihumban ke neraka untuk menerima balasan yang setimpal dengan kezalimannya.
  • Sebagai rakyat, kita wajib memberi sokongan padu kepada raja yang adil. Menyokong pemimpin yang zalim adalah haram. Memberikan sokongan kepada mereka bererti bersekongkol atau bersekutu dalam melakukan kezaliman.
  • Di akhirat kita akan bersama dengan orang yang kita sayangi atau sokongi. Jika pemimpin zalim yang kita sokong masuk neraka, kita juga akan turut dimasukkan ke neraka, wal'auzubillah. Oleh itu sokonglah dan sayangilah pemimpin Islam yang berjuang menegak atau mendaulatkan agama Islam. Jika mereka masuk syurga, insyallah kita juga akan dimasukkan ke syurga. Kita bersama dengan orang yang kita sayangi.
  • Amar makruf dan nahi mungkar merupakan asas kebahagiaan dan keselamatan sesebuah negara.
  • Ulama adalah pewaris Nabi. Menyayangi ulama bererti menyayangi nabi. Membenci ulama jelas menunjukkan kebencian kepada nabi.
  • Seseorang yang arif dan alim (tahu) dalam satu bidang keagamaan boleh dianggap ulama dalam bidang tersebut dan perlu dihormati. Tidak semestinya alim dalam kesemua bidang agama diiktiraf ulama. Mereka yang alim dalam satu perkara pun dimuliakan Allah betapa pula yang alim dalam banyak urusan agama. Siapalah kita untuk mempertikai kewibawaan ulama terutama ulama' muktabar seperti Imam Shafei atau Imam Ghazali.
  • Raja adil perlu disanjung, raja zalim mesti disanggah.
  • Berbahagialah sesebuah negara di mana umara' (pemimpin)nya menjadikan ulama sebagai penasihat. Tetapi amat malang sekali jika ulamanya pula mengikut telunjuk umara'nya. Ulama' begini dikategorikan sebagai ulama' suu' (ulama' jahat yang menjual agama untuk mendapat habuan dunia).
  • Hidup adalah perjuangan untuk menegakkan syariat Islam. Inilah wawasan umat Islam.
    Pemimpin yang sombong dan ujub tidak layak menjadi pemimpin orang-orang Islam. Sesebuah negara ibarat sebuah kapal yang sarat dengan penumpang manakala rajanya adalah jurumudi. Jurumudi yang mahir akan berjaya mengemudikan kapal ke tanah darat dengan selamat. Manakala jurumudi yang mabuk dan gila akan menyebabkan kapal terbalik dan membahayakan keselamatan penumpangnya.

~ melukut.com ~

Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari

November 20, 2008

SEMBANG WARONG LILIN – UMNO OH UMNO

Gendang sudah di palu, gelanggang sudah di persiapkan menandakan pertarungan akan bermula. Masing-masing akan memperlihatkan kemahiran bermain senjata dan seni membela diri setelah bertahun-tahun berguru dengan sifu masing-masing. Paling menarik di kala sibuk saling cabar mencabar, timbul pula orang ketiga yang di kira-kira ingin turut serta menghayunkan senjata melengkapkan peperangan tiga penjuru..

UMNO, ketika rakyat merintih kesusahan dek kerana kegawatan ekonomi, kerenah pemimpin UMNO masih sibuk memperhitung jejak politik masing-masing. Semua berkira-kira hendak berebutkan jawatan di dalam parti. Kalau adapun dasar-dasar baru bagi menangani masalah ekonomi, ia hanyalah sekadar bermain wayang dengan mengaburi mata rakyat yang sememangnya sudah kabur dengan kegawatan ekonomi. Mengharapkan penurunan harga tol yang hanya boleh dinikmati selepas jam 12 malam sehingga menjelang pagi sahaja. Niat macam nak tolong rakyat tapi kaedahnya menyusahkan rakyat. Kaki ’clubing’ suka lah mendengar alternatif menolong rakyat ini. Kerajaan di lihat masih nak berkira-kira untuk menolong rakyat jelata...tapi kalau menolong syarikat-syarikat kroni tiada pula kaedah yang menyusahkan tapi menyakitkan hati rakyat yang mendengarnya. Susah sangatkah kepimpinan UMNO dan BN ini hendak memahami dan menghayati kepayahan rakyat bawahan ini. Walaupun minyak sudah di turunkan ke paras yang menghampiri lantai tapi ianya di lihat masih mahal jika di bandingkan dengan harga setong ketika ini. Kalau bab nak turunkan minyak, keluarlah istilah harga lantai, lepas ini keluarlah pulak harga dinding, lepas itu harga tembok. Semuanya istilah yang sengaja di reka bagi menutupi kegagalan kerajaan BN dalam menangani masalah ekonomi, pendek kata UMNO, BN gagal dalam mengesan atau ’predict’ ekonomi dunia pada peringkat awalnya.

Rasanya pemimpin UMNO ketika itu sudah mula mencongak strategi ampuh bukan untuk menangani masalah rakyat tetapi sibuk memikirkan kedudukan strategik bagi menempatkan diri dalam kelompok elit UMNO. Begitulah UMNO, parti tua yang masih tidak sedar diri. Pada peringkat umur begini, kubur panggil mari bagi UMNO yang masih berebut untuk duduk di singgah sana. Kita lihat kesudahan kisahnya..

Buah salak dalam piring,
Ambil galah dalam perahu
Seekor jalak seekor biring
Alah menang belum tahu...

~matahijauku~

November 08, 2008

BUDAYA DALAM UMNO IBARAT SERIGALA BEREBUTKAN MANGSA

Bagaikan serigala berebut melahap mangsa! Itulah perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan sikap sebahagian ahli dan pimpinan UMNO yang berebut jawatan dan seterusnya merebut peluang-peluang bagi mendapatkan pelbagai projek.

Pimpinan yang terlibat tidak kira dari peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya di peringkat pusat semuanya saling cuba menjatuhkan lawan dengan cara yang tidak beretika dan bercakaran sesama sendiri demi kepentingan peribadi.

Lihat sajalah serigala, mereka memburu mangsa secara berkumpulan namun hakikatnya kalau boleh mangsa buruan dibaham sendirian. Biasanya serigala hanya rela berkongsi mangsa buruan dengan anak-pinaknya sahaja! Begitulah halnya dengan UMNO, yang jadi kroni saja yang tumpang kenyang... yang tak kena mengena atau tak sehaluan kirim salam!

Antara senario yang dapat kita lihat ialah bagaimana kecohnya UMNO bahagian Kota Tinggi di bawah pimpinan Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mana DS Syed Hamid telah diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian setelah pencabarnya, Daing Malik digantung keahlian oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana mengamalkan rasuah politik. Sedangkan pada hakikatnya, menurut sumber daripada orang-orang UMNO sendiri, DS Syed Hamid sendiri pun mengamalkan perkara yang sama!

Oleh itu, apabila PAS Johor melaporkan kepada BPR tentang salah lakunya, DS Syed Hamid telah melenting, melatah tak tentu pasal menuduh PAS mencampuri urusan rumah tangga UMNO dan menabur fitnah kepadanya. Fitnah apa? Bila masa PAS Johor buat tuduhan ke atas beliau? Yang buat tuduhan ialah beberapa orang ahli UMNO sendiri, PAS hanya menjalankan tanggungjawab melaporkan perkara itu kepada BPR berdasarkan bukti yang diperolehi agar BPR menjalankan SIASATAN! Bukankah BPR sendiri menyatakan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kita menyembunyikan maklumat tentang rasuah yang dilakukan oleh satu-satu pihak? Terpulanglah kepada BPR hendak menyiasat atau tidak; PAS telah pun menjalankan tanggungjawab berdasarkan perlembagaannya – Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar.

Hmmm... serigala – sejenis haiwan buas dan liar. Di mana tempat yang sesuai untuknya? Mana lagi kalau bukan di zoo. Tak pun, latih jadi jinak letak kat sarkis. Alif Mim Nun Wau = SARKIS.

Fikir-fikirkan!

Serigala jadian -
sekadar gambar hiasan

~ melukut.com ~
Tahu diri hamba belum memadai; hati merasa hamba itulah yang dicari