Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

December 13, 2008

CERAMAH PENERANGAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDUL ADHA

Alhamdulillah, dengan izin Allah ceramah yang di rancang oleh PAS Kaw Kota Tinggi berjaya dilaksanakan dengan keadaan yang harmoni. Cuaca pada malamnya cukup terang dengan bulan mengambang penuh menghiasi langit berserta dengan tiupan angin dingin menghembus bumi Kota Tinggi yang sememangnya cukup fobia bila menjelang musim tengkujuh ini. Apapun jua keadaan, perjuangan tetap diteruskan dengan mengharapkan pertolongan Allah SWT agar membuka pintu hati masyarakat Kota ini untuk hadir bersama mendengar ceramah yang di anjurkan oleh PAS Kota Tinggi.

Ceramah pada malam tersebut turut menyediakan juadah sop kambing sempena ibadah Qurban baru-baru ini. Kehadiran yang boleh dibanggakan untuk taraf masyarakat Kota Tinggi ini yang cukup berkarat dengan UMNOnya walaupun di hidangkan dengan penceramah yang hebat dari segi pidato dan hujah-hujah yang di sampaikan namun masih belum mampu menarik sejumlah pendengar khususnya masyarakat setempat untuk hadir bersama. Mungkin ceramah pada malam tersebut bersaing rapat dengan program lain tajaan UMNO seperti Juara Lagu kategori Pop Rock memungkinkan masyarakat Kota ini lebih selesa memerapkan punggung di sofa empuk di rumah berbanding duduk kedinginan di atas jalan raya dan beratapkan langit! Memang realitinya begitu, tidak menjadi satu kehairanan bagi masyarakat Kota ini yang memang meminati dunia hiburan. Sedangkan satu ketika bandar Kota ditenggelami banjir dulu pun, orang Kota masih mampu menganjurkan pertandingan karaoke di pusat pemindahan mangsa banjir. Hebat orang Kota ni...

Ceramah pada malam tersebut di mulakan oleh ucapan alu-aluan YDP Kaw Kota Tinggi, Tn Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kehadiran hadirin muslimin & muslimat pada malam tersebut. Dalam ucapannya juga, beliau memohon kemaafaan di atas ketidakhadiran penceramah jemputan iaitu Sdr. Hanipa Maidin di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan dan mengikut maklumat yang telah di sampaikan kepada beliau bahawa Sdr Hanipa berjanji kepada ahli-ahli PAS, penyokong PAS dan penyokong Pakatan Rakyat akan turun memberikan ceramahnya di Kota Tinggi ini.

Ceramah tetap di teruskan dengan penceramah yang pertama merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, ustaz muda iaitu Al- Fadhil Ust. Azlisham. Berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, seorang yang berani berdiri di pentas ceramah dalam menyampaikan dakwahnya mengajak masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang hakiki dan bukannya Islam Hadhari. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh tentang pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dalam menyampaikan dakwahnya dan kesetiaan di dalam menjalankan perintah Allah. Sesuatu yang perlu di contohi oleh umat Islam pada zaman ini. Begitulah keistimewaannya mendengar ceramah PAS ini, selain mendapat ilmu agama yang berguna sebagai benteng menghadapi fitnah akhir zaman ianya juga dapat mengajak para pendengar memikirkan dan melihat sesuatu isu itu dari perspektif yang berbeza.
Penceramah kedua pula merupakan seorang lagi anak muda tempatan yang cukup dikenali di Pasir Gudang, merupakan EXCO Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merangkap Ketua Lujnah Setinggan Bandar iaitu Sdr Syed Othman. Nama beliau memang sinonim dengan isu pembelaan Kg. Plentong Baru yang menerima nasib yang memilukan apabila diperlakukan oleh pemimpin yang mereka sanjung dan sokong selama ini. Dalam ceramahnya beliau menggambarkan bagaimana dulunya kampung tersebut merupakan kubu kuat lagi kebal bagi petugas-petugas PAS untuk memasukinya semasa PR umum yang dulu dan sokongan yang tidak berbelah bagi menyokong pemimpin UMNO dalam PR. Tapi itu semua tidak menjamin keselamatan kampung mereka yang telah di terokai lebih 30 tahun untuk terus merempat di bumi sendiri dengan pemimpin yang mereka sokong inilah yang membuat onar. Harapkan UMNO yang ingin membela nasib melayu tapi UMNO jugalah yang menjahanamkan orang melayu itu sendiri. Menurut beliau lagi, usaha membuat laporan Polis dan BPR telah dilakukan dan mendesak penyiasatan yang telus atas permasalahan penduduk Kg. Plentong tersebut agar penduduk kampung merasakan terjamin untuk terus menetap di situ. Begitu banyak kepincangan pemimpin UMNO ini, yang selama ini begitu tegas kononya menjadi tulang belakang orang melayu dalam mempertahankan hak orang melayu tapi melihat kepada dokumen yang dilampirkan dalam laporan yang dihantar kepada BPR dan Polis itu melihatkan betapa rakus dan tamaknya pemimpin UMNO ini mengejar keuntungan poket sendiri berbanding rakyat yang telah mengangkatnya ke satu tempat yang tinggi itu. Mungkin ini adalah musibah dan dugaan yang Allah turunkan untuk menduga hambanya terutama penduduk kampung yang teraniaya tersebut dan setiap dugaan yang Allah turunkan pasti ada hikmah di sebaliknya. Percayalah dan lihatlah sekarang ini, tembelang pemimpin UMNO yang hanya retorik semata-mata bila bercakap tentang hak orang melayu ini. Semua terbukti bila puak-puak inilah juga yang mengambil kesempatan di atas kejujuran dan murah hati orang melayu ini. Melayu mudah lupa....!

~matahijauku~