Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 01, 2010

Tiada lagi sambutan tahun baru


Menjelang detik 12 malam, skuad XPDC dakwah cuba meninjau di sekitar bandar Kota Tinggi. Alhamdulillah, tiada lagi sambutan-sambutan menyambut tahun baru dengan konsert, count down atau membakar bunga api serta mercun yang lebih menjurus ke arah maksiat.

Tinjaun disekitarnya hanyalah pasangan remaja yang ingin menyambut kedatangan tahun baru bersama pasangan masing-masing. Pada masa yang sama turut kelihatan anggota-anggota keselamatan membuat rondaan dan pemeriksaan keatas remaja-remaja yang menunggang motosikal.

Manakala di sepanjang sungai Kota Tinggi, hanyalah kelihatan pemancing-pemancing yang meneruskan minat masing-masing meredah kesejukan malam tanpa menghiraukan detik dua belas malam.

Selepas kejadian banjir luar biasa yang melanda dan melumpuhkan bandar Kota Tinggi sekitar tahun 2006/2007, program-program yang tidak berfaedah dan mungkar sedikit tersisih daripada kalendar sambutan di Kota Tinggi. Memang rahmat kejadian banjir tersebut begitu besar impaknya dan berjaya membersihkan sedikit bandar Kota Tinggi daripada aktiviti-aktiviti yang melalaikan.