Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 30, 2010

Terminal Petroleum Laut Dalam : Rakyat perlu tahu projek RM3.5 bilion


PENGERANG: Rakyat, terutama penduduk Kampung Sungai Buntu dan berhampiran sehingga hari ini masih terpinga-pinga, apakah status projek Terminal Petroleum Laut Dalam yang menelan belanja RM3.5 bilion di Tanjung Ayam, Pengerang.

Walaupun selepas enam bulan, Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara kerajaan negeri Johor dengan sebuah syarikat kontraktor, Dialog Group Berhad, rakyat masih tidak diberitahu secara rasmi.

Bagaimana nasib kira-kira 100 penduduk kampung nelayan di situ? Mengikut perancangan projek itu, kampung nelayan itu akan dipindahkan dan seribu satu kemungkinan isu bakal berbangkit mengenai masa depan mereka.

PROJEK MINYAK - uji tanah 1 Memetik sumber akhbar siaran 9 Jun 2009, iaitu sehari selepas MoU itu ditandatangani di Kuala Lumpur, projek yang dianggarkan bernilai RM3.5 bilion itu akan dibina di Tanjung Ayam, Kampung Sungai Buntu dan bersempadan dengan dua buah kampung tradisional iaitu Kampung Sungai Rengit dan Kampung Sungai Kapal.


Menurut sumber itu, kawasan laut seluas kira-kira 500 ekar akan ditambak untuk menempatkan terminal minyak dan projek itu dibayangkan sama seperti Kertih, Terengganu dan Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, Johor.

Projek itu dijadualkan akan memulakan kerja-kerjanya pada suku pertama tahun ini, dan kerja-kerja penilaian alam sekitar (EIA ) sudah dijalankan dan sudah di peringkat akhir.

Menurut Pengerusi yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Dialog Group Bhd, Ngau Boon Keat, projek itu mengambil kesempatan dari permintaan tinggi terhadap terminal penyimpanan petroleum di rantau ini.

Ia sekali gus memberikan saingan secara langsung kepada Singapura yang ketika ini adalah hab penyimpanan petroleum terbesar di Asia Tenggara.

“Apabila siap, terminal penyimpanan di Tanjung Awam itu mampu menawarkan kos penyimpanan jauh lebih kompetitif berbanding negara jiran” katanya

Hasil tinjauan PAS negeri Johor dan PAS Kawasan Pengerang ke Kampung Sungai Buntu dan bertemu penduduk Ahad lalu, mendapati ada banyak perkara yang penduduk kurang jelas dan menyifatkan cara kerajaan negeri melindungi projek itu di mata rakyat seperti ada ‘agenda yang tersembunyi’.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, yang mengetuai rombongan itu bersama enam orang ahli jawatankuasa PAS negeri dan Pengerang bertegas untuk membawa isu itu ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada bulan Mac akan datang.

Beliau berkata, dari pemantauan itu mendapati kerja-kerja uji tanah (soil test) jelas sedang dijalankan pada jarak kira-kira 2 kilometer daripada pantai, dan penduduk kampung jelas melihat kerja-kerja itu dijalankan.

Malah, beliau difahamkan nelayan sudah mengadu mengenai alat tangkapan mereka habis rosak akibat terlanggar sisa tiang-tiang besi pancang kerja uji tanah itu.

Beliau berkata, “ini projek besar, ini juga hasil kekayaan baru negara yang melibatkan nasib dan masa depan rakyat. Mengapa Menteri Besar tidak turun bertemu penduduk untuk menjelaskan secara berterus terang?”

“Kita sudah ada banyak pengalaman seperti projek lebuh raya dan Iskandar Malaysia. Kita tak mahu nasib yang menimpa kampung nelayan Kampung Kepok, Gelang Patah berlaku pula kepada penduduk Kampung Sungai Buntu,” ujar beliau.

“Soal ambil tanah dan bayar pampasan kepada penduduk mesti dibuat dengan cara yang sewajarnya. Isu pampasan kepada penduduk amat penting, kerana mereka selepas ini sudah tidak jadi nelayan lagi.

Bolehkah mereka menukar cara hidup dengan begitu cepat dan mudah, sesuaikah kerja-kerja yang akan ditawarkan kepada mereka nanti?” soal beliau.

Menurutnya, dari maklumat yang beliau perolehi zon tanah di kawasan situ adalah zon pelancongan dan pertanian. Apabila statusnya ditukar kepada zon industri, nilai tanah disitu secara automatik melambung tinggi. Oleh itu, jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada penduduk juga mesti tinggi.

PAS Johor berpendapat, apabila kerja-kerja uji tanah sudah dijalankan, kerja-kerja susulan selepas ini adalah kerja penambakan dan arahan supaya penduduk berpindah juga semakin hampir.

Pihaknya bimbang kerajaan akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah sama ada mengikut Seksyen 4 atau 8. Atau besar kemungkinan soal pengambilan tanah penduduk itu boleh dibuat lebih cepat, dan yang biasa menjadi mangsa adalah penduduk.

Sehubungan itu, PAS Johor mendesak supaya kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, segera turun padang bertemu penduduk untuk menjelaskan mengenai projek itu termasuk berdialog mengenai masa depan mereka.

Menurut penduduk, sudah lebih dua bulan jentera penggerudi minyak dan uji tanah berada di perairan laut bertentangan dengan kampung itu.

Penduduk pada peringkat awal tertanya-tanya apakah minyak sudah ditemui di perairan laut itu? Selepas mendapat penjelasan secara ringkas daripada ADUN Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah, sebahagian nelayan mula faham secara umum tentang projek itu.

Buat masa ini, antara isu yang ingin diketahui oleh penduduk adalah kemana mereka akan dipindahkan. Wakil penduduk, Haris Yunus secara tegas menyatakan mereka tidak mahu dipindahkan ke kawasan petempatan yang jauh daripada kampung asal, sebaliknya mahu terus kekal berada dalam kampung itu.

Beliau pada dasarnya tidak menolak projek yang mahu dibangunkan di Tanjung Ayam itu. Tetapi, beliau mahu memastikan nasib mereka benar-benar dibela bukannya berlaku peminggiran seperti yang sudah banyak terjadi apabila projek-projek mega dibangunkan oleh kerajaan di negara ini.

Rujukan : Klik di sini