Kota Tinggi, 1 Januari 2010. Ceramah anjuran PAS berjaya memecahkan keheningan malam sehari selepas tahun baru dengan hadiah yang cukup bermakna daripada Umno, BN iaitu kenaikan harga gula mulai detik 12 malam semalam. Dengan kehadiran yang cukup bersemangat untuk mendengar kupasan isu-isu semasa yang kian di pinggirkan oleh media arus perdana semata-mata untuk menjaga singgahsana sang penguasa yang rakus merompak dan seterusnya memperbodohkan rakyat terutamanya penyokong tegar Umno, BN.
Pembukaan ceramah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP Pas Kota Tinggi, Tuan Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh mantan calun Parlimen Kota Tinggi yang bertanding di dalam PRU 12 yang lalu. Kedua-dua ucapan tersebut menyebut tentang permainan politik Umno, BN yang sememangnya tidak lagi dilihat seiringan dengan nada Rakyat Diutamakan ataupun Tradisi Membela Rakyat. Segala yang berlaku ini lebih kepada menjaga perut masing-masing dengan memfaraidkan harta kekayaan masyur negara.
Ceramah YB Dr. Mohamad Taslim selaku ADUN Maharani dengan menerangkan situasi semasa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat setelah kehadiran enam wakil Pakatan Rakyat yang berjaya memberi tekanan kepada para Exco Umno, BN untuk lebih serius dalam melaksanakan tanggungjawab menguruskan harta negeri Johor. Ternyata kehadiran enam wakil ini berupaya mengubah situasi dewan daripada keadaan seperti pasar awam kepada dewan tempat ahli dewan memikirkan kaedah mengembleng usaha untuk memajukan ekonomi Johor dengan lebih baik lagi.
Kehadiran mereka memberi tekanan kepada Umno, BN melalui kuasa majoriti mereka untuk mengubah peraturan dewan semata-mata untuk mengelak atau memperkecilkan peranan ahli dewan daripada Pakatan Rakyat untuk memberi hujah dan membahaskan sesuatu isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Ternyata peraturan-peraturan lama banyak diubah semata-mata untuk menyekat suara rakyat di dengar di dalam dewan.
Mereka juga turut meminda undang-undang tubuh kerajaan dengan meletakkan kuasa SPRM sepenuhnya bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi tersebut. Ini bermakna peranan SPRM tidak ubah seperti parti komponen BN yang semestinya berlaku bias dalam keputusannya.
YB juga menyatakan bagaimana tenatnya ekonomi Johor yang diuruskan oleh Umno,BN dan kenyataan beliau menyakinkan bahawa Johor bakal muflis dalam masa tiga bulan jika ekonominya tidak diuruskan secara efisien.
Manakala ceramah Ust Kamal Ashaari lebih memperlihatkan akan senario persidangan dewan yang berbeza berbanding Johor. Tegas beliau, di Selangor waktu yang diperuntukan oleh Speaker kepada setiap wakil rakyat pembangkang (Umno,BN) tiada had dan gangguan serta boleh berucap selagi mana yang mereka suka. Di Selangor, ceramah penerangan semakin kerap dilakukan setiap kali dewan bersidang bagi memberi penerangan dan pengetahuan kepada rakyat mengenai perjalanan di dalam dewan.
Beliau turut membidas peranan media arus perdana yang bersifat mengadu domba dan memburuk-burukkan kepimpinan serta corak pemerintahan Pakatan Rakyat. Ini merupakan usaha Umno, BN untuk memberi tekanan kepada kepimpinan PR dalam usaha untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai oleh PR dengan cara yang serupa seperti di Perak.
Ust Kamal Ashaari menyatakan juga bahawa pemimpin Umno, BN cukup bimbang sekiranya segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PR mendapat publisiti yang meluas kerana dibimbangi akan menyukarkan tugas mereka untuk merampas kembali negeri-negeri tersebut.
Di akhirnya beliau membandingkan keupayaan Selangor dalam memberi kemudahan kepada rakyatnya dalam kehidupan harian sesuai dengan merakyatkan kekayaan Selangor. Hasil negeri yang mampu ditakbir dengan baik dan kesudahannya di berikan semula kepada rakyat dalam bentuk kemudahan-kemudahan asas yang dulunya tidak termimpi oleh rakyat jika Umno, BN masih memerintah.
~matahijauku~