Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 30, 2010

Terminal Petroleum Laut Dalam : Rakyat perlu tahu projek RM3.5 bilion


PENGERANG: Rakyat, terutama penduduk Kampung Sungai Buntu dan berhampiran sehingga hari ini masih terpinga-pinga, apakah status projek Terminal Petroleum Laut Dalam yang menelan belanja RM3.5 bilion di Tanjung Ayam, Pengerang.

Walaupun selepas enam bulan, Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara kerajaan negeri Johor dengan sebuah syarikat kontraktor, Dialog Group Berhad, rakyat masih tidak diberitahu secara rasmi.

Bagaimana nasib kira-kira 100 penduduk kampung nelayan di situ? Mengikut perancangan projek itu, kampung nelayan itu akan dipindahkan dan seribu satu kemungkinan isu bakal berbangkit mengenai masa depan mereka.

PROJEK MINYAK - uji tanah 1 Memetik sumber akhbar siaran 9 Jun 2009, iaitu sehari selepas MoU itu ditandatangani di Kuala Lumpur, projek yang dianggarkan bernilai RM3.5 bilion itu akan dibina di Tanjung Ayam, Kampung Sungai Buntu dan bersempadan dengan dua buah kampung tradisional iaitu Kampung Sungai Rengit dan Kampung Sungai Kapal.


Menurut sumber itu, kawasan laut seluas kira-kira 500 ekar akan ditambak untuk menempatkan terminal minyak dan projek itu dibayangkan sama seperti Kertih, Terengganu dan Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, Johor.

Projek itu dijadualkan akan memulakan kerja-kerjanya pada suku pertama tahun ini, dan kerja-kerja penilaian alam sekitar (EIA ) sudah dijalankan dan sudah di peringkat akhir.

Menurut Pengerusi yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Dialog Group Bhd, Ngau Boon Keat, projek itu mengambil kesempatan dari permintaan tinggi terhadap terminal penyimpanan petroleum di rantau ini.

Ia sekali gus memberikan saingan secara langsung kepada Singapura yang ketika ini adalah hab penyimpanan petroleum terbesar di Asia Tenggara.

“Apabila siap, terminal penyimpanan di Tanjung Awam itu mampu menawarkan kos penyimpanan jauh lebih kompetitif berbanding negara jiran” katanya

Hasil tinjauan PAS negeri Johor dan PAS Kawasan Pengerang ke Kampung Sungai Buntu dan bertemu penduduk Ahad lalu, mendapati ada banyak perkara yang penduduk kurang jelas dan menyifatkan cara kerajaan negeri melindungi projek itu di mata rakyat seperti ada ‘agenda yang tersembunyi’.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, yang mengetuai rombongan itu bersama enam orang ahli jawatankuasa PAS negeri dan Pengerang bertegas untuk membawa isu itu ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada bulan Mac akan datang.

Beliau berkata, dari pemantauan itu mendapati kerja-kerja uji tanah (soil test) jelas sedang dijalankan pada jarak kira-kira 2 kilometer daripada pantai, dan penduduk kampung jelas melihat kerja-kerja itu dijalankan.

Malah, beliau difahamkan nelayan sudah mengadu mengenai alat tangkapan mereka habis rosak akibat terlanggar sisa tiang-tiang besi pancang kerja uji tanah itu.

Beliau berkata, “ini projek besar, ini juga hasil kekayaan baru negara yang melibatkan nasib dan masa depan rakyat. Mengapa Menteri Besar tidak turun bertemu penduduk untuk menjelaskan secara berterus terang?”

“Kita sudah ada banyak pengalaman seperti projek lebuh raya dan Iskandar Malaysia. Kita tak mahu nasib yang menimpa kampung nelayan Kampung Kepok, Gelang Patah berlaku pula kepada penduduk Kampung Sungai Buntu,” ujar beliau.

“Soal ambil tanah dan bayar pampasan kepada penduduk mesti dibuat dengan cara yang sewajarnya. Isu pampasan kepada penduduk amat penting, kerana mereka selepas ini sudah tidak jadi nelayan lagi.

Bolehkah mereka menukar cara hidup dengan begitu cepat dan mudah, sesuaikah kerja-kerja yang akan ditawarkan kepada mereka nanti?” soal beliau.

Menurutnya, dari maklumat yang beliau perolehi zon tanah di kawasan situ adalah zon pelancongan dan pertanian. Apabila statusnya ditukar kepada zon industri, nilai tanah disitu secara automatik melambung tinggi. Oleh itu, jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada penduduk juga mesti tinggi.

PAS Johor berpendapat, apabila kerja-kerja uji tanah sudah dijalankan, kerja-kerja susulan selepas ini adalah kerja penambakan dan arahan supaya penduduk berpindah juga semakin hampir.

Pihaknya bimbang kerajaan akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah sama ada mengikut Seksyen 4 atau 8. Atau besar kemungkinan soal pengambilan tanah penduduk itu boleh dibuat lebih cepat, dan yang biasa menjadi mangsa adalah penduduk.

Sehubungan itu, PAS Johor mendesak supaya kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, segera turun padang bertemu penduduk untuk menjelaskan mengenai projek itu termasuk berdialog mengenai masa depan mereka.

Menurut penduduk, sudah lebih dua bulan jentera penggerudi minyak dan uji tanah berada di perairan laut bertentangan dengan kampung itu.

Penduduk pada peringkat awal tertanya-tanya apakah minyak sudah ditemui di perairan laut itu? Selepas mendapat penjelasan secara ringkas daripada ADUN Tanjong Surat, Datuk Harun Abdullah, sebahagian nelayan mula faham secara umum tentang projek itu.

Buat masa ini, antara isu yang ingin diketahui oleh penduduk adalah kemana mereka akan dipindahkan. Wakil penduduk, Haris Yunus secara tegas menyatakan mereka tidak mahu dipindahkan ke kawasan petempatan yang jauh daripada kampung asal, sebaliknya mahu terus kekal berada dalam kampung itu.

Beliau pada dasarnya tidak menolak projek yang mahu dibangunkan di Tanjung Ayam itu. Tetapi, beliau mahu memastikan nasib mereka benar-benar dibela bukannya berlaku peminggiran seperti yang sudah banyak terjadi apabila projek-projek mega dibangunkan oleh kerajaan di negara ini.

Rujukan : Klik di sini

Goods and Services Tax (GST)

Negara kita cuba untuk menggunakan kaedah baru mengutip cukai langsung daripada rakyat. Mengikut perancangannya, mekanisme ini akan dilaksanakan dalam bulan May 2011. Sebelum itu, apakah sebenarnya GST tersebut?

GST = Cara mudah untuk mendapatkan (merompak) wang rakyat (contoh : penjenamaan semula petrol di mana harga tidak setimpal dengan kualiti). Kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang bersifat produktif dan mempunyai kesan gandaan. Sebagai contoh, projek infrastruktur gergasi seperti PLUS semada Tun Dr. Mahathir yang mempunyai aktiviti upstream dan downstream.

GST merupakan satu reformasi cukai yang secara sistematis dan exhaustif (menyeluruh) menghapus elemen subsidi. Ianya sudah dimulakan dengan petrol dan gula.

Inisiatif yang begini besar perlu kepada referendum rakyat dimana kajian Merdeka Centre pada akhit November 2009 mendapati 74% rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST (65% Melayu, 88% Cina, 81% India).

Sekiranya langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST ini dalam keadaan pertumbuhan ekonomi kurang dari 5% setahun, kesannya amat parah dan bersifat struktural.

ASPEK-ASPEK LAIN GST

GST juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan yang mempunyai asas yang luas (broad-based consumption tax). Ini bermakna semua warganegara terlibat atas dasar bahawa semua warganegara adalah pengguna (consumers). Cukai bentuk ini adalah biased terhadap pengguna berbanding pengeluar (producers) yang memiliki modal dan sekaligus kekayaan. Atas dasar inilah juga cukai ini dilihat lebih berbentuk regresif dan tidak progresif. Cukai yang progresif bermakna lagi tinggi pendapatan seseorang maka lagi tinggi kadar cukainya. Dalam kes yang bersifat regresif pula, bermakna secara puratanya mereka yang relative miskin memikul beban cukai yang lebih berat atau tinggi berbanding mereka yang kaya. Apa yang lebih memudaratkan ialah GST juga dikenakan ke atas barangan keperluan asasi seperti beras, air, elektrik dan sebagainya. Ini bermakna kelompok masyarakat miskin yang menggunakan barangan keperluan asasi turut dikenakan cukai. Sekiranya berdasarkan kepada pendapatan, mereka yang miskin akan dikecualikan. GST akan menghakis kesejahteraan awam dan ini bercanggah dengan peranan utama Negara moden dalam system demokrasi iaitu untuk mempromosikan kebajikan awam bagi manfaat rakyat.

Perubahan kepada sistem cukai yang radikal. Apakah kerajaan dan kominiti perniagaan mempunyai sumber seperti IT dan perundangan bagi menjayakan projek ini? Australia misalnya yang melaksanakan GST pada 1 Julai 2000 berdepan dengan sumber yang terhad dan terpaksa mengimportnya dari Britain, New Zealand, Afrika Selatan dan Kanada. Kesan segera dari GST ini ialah meningkatnya harga hartanah khususnya rumah sebanyak 8%.

Bagaimana dengan struktur cukai yang sedia ada khususnya dalam konteks hubungan Pusat dengan Negeri di bawah sistem Federalisme? Apakah akan berlaku pengagihan cukai yang lebih adil kepada negeri-negeri yang ada oleh Kerajaan Pesekutuan selepasnya terlaksana GST kelak?

Singapura, contoh terdekat yang memperkenalkan GST untuk melebarkan asas cukai yang disebabkan peratusan mereka yang tua semakin meningkat sekaligus tidak lagi produktif. Di Malaysia keadaan tersebut tidak semestinya sama atau setinggi di Singapura. Di Singapura juga, tujuan mereka memperkenalkan GST supaya rakyat mereka tidak akan berbelanja sekaligus dapat menyimpan dan simpanan yang tinggi tersebut boleh digunakan untuk tujuan pelaburan. Rakyat akan mendisiplinkan diri meraka untuk tidak berbelanja secara berlebihan. Bagi mengimbangi kesan negatif perlaksanaan GST ini, mereka memperkenalkan pelbagai pakej-pakej offsets. Ini termasuklah cukai pendapatan yang rendah, cukai hartanah yang rendah, rebat ke atas sewa dan perkhidmatan, subsidi tambahan untuk kesihatan, pendidikan dan khidmat masyarakat. Singapura mampu melaksanakan pakej-pakej ini kerana belanjawan tahunan mereka bersifat lebihan (surplus budget) dan bukan defisit. Berbanding Malaysia yang mengalami bajet defisit, apakah mampu untuk menyedian pakej-pakej tersebut (terutamanya kepada golongan bawahan)? Jawapannya sudah semestinya tidak, kiranya ada ianya bersifat terhad dan tidak mencukupi.

Maka kesimpulannya, GST=Gagalkan Sebelum Terlambat

January 25, 2010

Kota Tinggi mempunyai bijih hitam?

Trafigura’s Johor oil terminal starts operations
24 Sep, 2009
Source: Malaysian Insider



A general view of a storage facility for crude oil at in India. The Trafigura oil storage terminal in Johor is now operational. — Reuters pic

SINGAPORE, Sept 23 — The first phase of European trader Trafigura’s 400,000 cubic metre (cu m) oil storage terminal in Malaysia has been completed and received its first cargo, one of its joint-venture partners, the MISC Group, said today.

Phase 1 of the Tanjung Langsat terminal in Johor, which has a capacity of 130,000 cu m, is for clean oil products, mainly naphtha and middle distillates, it said in a statement.

Phase 2, with 270,000 cu m capacity, is slated for fuel oil storage and is expected to be completed by March next year.

The terminal, a joint-venture between Trafigura subsidiary Puma, MISC and the Dialog Group, received its first gas oil parcel on Saturday.

Trafigura has also leased another terminal in the same area in Johor, which neighbours the Singapore oil trading hub, that is still under repair following a fire about a year ago.

The European trader currently has about 250,000 cu m of storage for clean oil products, mainly gasoline, in Singapore.

It also occupies part of a floating storage facility, the 265,000-tonne Titan Mercury, offshore Malaysia, with Western traders Glencore and Astra Oil for its fuel oil trading activities.

Trafigura had previously occupied an entire Very Large Crude Carrier, the Kadriah I, for its fuel oil trading business. It gave up the lease about a year ago before moving into the Titan Mercury.

Traders such as Trafigura optimise their trading activities by acquiring storage facilities. — Reuters

Rujukan : Klik di sini dan di sini.

Mana perginya Petronas?

January 22, 2010

Benarkah Umno juara mempertahankan Islam?

MELAYU UMNO AKAN BERTINDAK MENGHUNUSKAN KERIS SEKIRANYA DAP MENGHINA ISLAM. DIMANA PENDEKAR-PENDEKAR SERTA HULUBALANG UMNO SEWAKTU ISLAM DIHINA OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA SENDIRI?


Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan : Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92 : ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”


Seriuskah Umno dalam mempertahankan Islam? Atau sekadar retorik dan irama lama untuk mengaburi mata rakyat yang sokong membuta pada parti ini?

Ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi

Jemput datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi di Felda Lok Heng Timur pada 23 Januari 2010, Sabtu jam 9 malam.

January 20, 2010

Ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi


Kota Tinggi, 19 Jan 2010 bertempat di Pasti Al-Falah 2, Taman Hijrah ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Kota Tinggi dengan menjemput penceramah-penceramah muda yang tidak asing lagi bagi dunia politik masa kini.

Dengan membariskan penceramah-penceramah seperti Saudara Syed Othman Abdullah yang juga merupakan Penyelia PAR Permas dan AJK PAS Johor selaku penceramah pertama diikuti dengan Saudara Fariz Musa (Timbalan AMK) yang menggantikan YB Amirudin Shari dan seterusnya Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK) suasana di malam tersebut menjadi hangat dengan topik-topik menarik yang di sampaikan.


Bermula dengan ucapan Saudara Syed Othman yang menyifatkan perwatakan Umno ketika ini dalam memperjuangkan isu kalimah Allah adalah bersifat retorik semata-mata. Umno seolah-olah ingin menunjukkan kepada dunia bahawa merekalah parti yang wahid dalam memperjuangkan agama Islam walhal sebelum ini Umno jugalah menerusi lidah-lidah pemimpin mereka terus menerus memperlekeh dan menghina hukum hudud yang terkandung di dalam undang-undang jenayah. Siapa yang tidak kenal dengan Tun Dr Mahathir, kenyataan DS Najib dalam menyumbang kepada penghinaan terhadap hukum Allah ini? Tiba-tiba mereka mengubah nada apabila tiba isu kalimah Allah ini.

Dalam pada itu, Syed Othman juga menilai akan slogan rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan yang menjadi trademark pemimpin-pemimpin Umno juga merupakan omongan kosong yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. Rakyat ketika ini sedang dihimpit dengan kenaikan barangan keperluan di samping kenaikan-kenaikan lain yang bakal menyusul kemudian. Mana perginya slogan rakyat di dahulukan bilamana kejadian yang berlaku di penempatan setinggan Plentong tidak mendapat pembelaan dan simpati daripada pemimpin Umno.



Saudara Fariz Musa yang menggantikan YB Amirudin Shari di saat-saat akhir ternyata tidak mengecewakan hadirin yang hadir. Dengan kritikan pedas sambil diselitkan dengan unsur-unsur komidi ternyata menggamatkan ruang di sekitar tempat ceramah.

Beliau yang sebelum ini memang bergerak aktif semasa menerajui Umno (disifatkan sebagai zaman jahiliah) menegaskan bagaimana Umno memanipulasikan BTN untuk kepentingan politik mereka. Sekarang isu tersebut sudah gagal untuk dimainkan oleh Umno bagi tujuan mendapatkan simpati rakyat untuk menyokongnya.

Beliau juga menyifatkan Umno yang mengamalkan mazhab politik lain-agama lain terus menerus di rundung masalah yang tidak henti-henti. Kita lihat bagaimana kadar jenayah yang semakin meningkat, indeks rasuah yang meningkat dan ketelusan sistem kehakiman dan badan-badan kerajaan yang lain yang terus dipertikaikan.

Lihat bagaimana sikap double standard Umno yang kononnya juara memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah ini tetapi dalam masa yang sama, Umno jugalah yang meruntuhkan masjid-masjid sebelum ini. Diatas perbuatan Umno itulah maka ketika ini Allah membalas perbuatan tersebut dengan pelbagai kejadian bangunan runtuh, retak dan sebagainya seperti yang berlaku di Terengganu.



Pada malam tersebut, Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Kota Tinggi, Saudara Abd Razak Bin Hj. Esa telah menjemput wakil kaum India yang merupakan bekas ahli PPP Kota Tinggi untuk menyerahkan borang keahlian kepada Saudara Shamsul Iskandar. Wakil kaum India tersebut melihat akan ketelusan perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat untuk merubah iklim politik yang lebih sihat. Sejumlah 35 borang telah diserahkan pada malam tersebut dan ini merupakan satu tamparan hebat kepada parti komponen BN bilamana kaum India sudah berani untuk melakukan perubahan.



Penceramah terakhir iaitu Ketua AMK Malaysia, Saudara Shamsul Iskandar. Dalam kenyataannya, beliau dalam siri road tour menjelajah semenanjung untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku ketika ini. Kota Tinggi merupakan destinasi yang ke 35 dalam siri-siri penerangannya dan akan diteruskan ke merata kawasan sebelum tarikh perbicaraan DSAI.

Dalam penerangannya, beliau menyatakan bahawa akan berlaku konspirasi ke dua dalam usaha mengheret DSAI ke penjara setelah dilihat mampu menggugat singgahsana pemimpin Umno ketika ini. Maka akan berlakulah episod-episod bodoh dan dangkal seperti yang berlaku sebelum ini. Mahkamah Malaysia sekali lagi akan menjadi gelanggang raja lawak yang terhebat.

Beliau juga menceritakan bagaimana jemputan ulama terkemuka dunia Syekh Yusof Al-Qardawi ketika menerima penghormatan selaku Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Umno, BN disebelah malamnya terus memberi kuliah dalam sebuah program yang di anjurkan di Shah Alam itu. Tokoh Ulama tersebut terus membidas tindakan kerajaan dalam usaha mengaitkan DSAI dengan kes liwat tersebut.

Kritikan Ulama tersebut tidak mampu di tutup oleh pemimpin Umno walaupun beliau diberikan Tokoh Maal Hijrah. Beliau menyifatkan tuduhan ini tidak masuk akal dan sepatutnya DSAI dituduh di bawah undang-undang Syariah kerana menuduh seseorang itu melakukan liwat tanpa saksi. Tapi memang niat sebenar mereka untuk mencampakkan karier politik DSAI ke penjara maka pelbagai cara di lakukan untuk menghalalkan perbuatan mereka.



Diakhirnya, beliau menceritakan bagaimana penyiasat persendirian, Bala yang heboh dengan akuan bersumpahnya yang mengaitkan penglibatan secara langsung DS Najib dan Big Mama di hilangkan. Dan yang terbaru, Bala tampil dengan kenyataannya lagi bahawa terdapat pemimpin Umno yang menjanjikan habuan RM2 juta untuk menafikan akuan bersumpahnya dan beliau dilarikan ke India dengan berbagai-bagai insentif lainnya.

Bala tampil ketika ini apabila habuan yang di janjikan tidak dipenuhi oleh mereka dan atas kenyataan itu, Saudara Shamsul telah melapurkan perkara tersebut kepada SPRM untuk tindakan seterusnya. Namun sehingga kini, seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada SPRM terhadap aduan tersebut.

Maka dapatlah disifatkan bahawa Malaysia semakin caca marba dengan campurtangan pemimpin politik demi untuk menutupi kesalahan mereka dan menjadi kewajipan rakyat sekelian untuk mengubah senario politik ini dengan sama-sama menumbangkan Umno, BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

January 17, 2010

Menyakitkan mata



Melintasi jambatan yang mengubungi bus stand sementara dengan Taman Mawai Baru akan kelihatan pemandangan yang begitu menjelekkan. Kedudukan yang berhampiran dengan tempat perhentian bas Kota Tinggi dan boleh dikatakan sebagai pemandangan terawal apabila menuruni bas memberikan perspektif negatif terhadap bandar ini.

Melihat kepada lalang yang tumbuh meninggi dan atap nipah yang digunakan hampir tercabut menggambarkan ianya memang tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa. Projek yang dibangunkan ini sudah tentu memakan belanja yang tinggi tetapi kemudahan yang disediakan tidak di selenggara dengan sempurna. Apakah projek tersebut sekadar melepaskan batuk di tangga?

Sebagai rakyat yang mengerti bahawa wang yang di gunakan untuk membangunkan setiap projek yang dibangunkan di negara ini menggunakan wang rakyat maka sudah tentu ia ingin melihat setiap yang dilaburkan memberikan pulangan yang setimpal dengan hasilnya. Jika alasan yang diberikan kepada projek tersebut bahawa tempat riadah tersebut tidak mendapat perhatian pengguna kenapa sebelum ini tidak di kaji terlebih dahulu sebelum membuatnya?

Betapa projek sebegini membazirkan wang rakyat yang sepatutnya boleh disalurkan kepada projek-projek lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Contoh yang ketara, di kawasan bandar Kota Tinggi ini masih tidak terdapat stadium bolasepak yang boleh memberikan remaja-remaja ini tempat untuk bermain bolasepak ataupun padang futsal yang menjadi kegilaan remaja ketika ini untuk bermain futsal.

Banyak lagi kemudahan asas untuk riadah masih kurang di bandar Kota Tinggi ini. Fikirkanlah sekurang-kurangnya sediakanlah tempat untuk remaja-remaja yang tinggal berhampiran dengan kawasan bandar mendapat kemudahan yang baik. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan duduk melepak dengan tidak ada tujuan.

January 16, 2010

CERAMAH TERKINI

January 15, 2010

TAHUKAH ANDA?

1. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, nisbah kecairantunai (Liquidity Ratio) Kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Tahukah anda jumlah Aset Semasa Negeri Selangor adalah RM 1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adaiah RM 1,025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor. Tahukah anda siapakah yang mentadbir Negeri Selangor dan Pulau Pinang?

2. Perbelanjaan/Bajet Negeri Johor adalah lebih kurang RM785 juta setahun @ RM65 juta sebulan. Ini bermakna jika tiada penghasilan baru maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja sebelum....!!

3. Keadaan kewangan Kerajaan Negeri Johor adalah lemah sehinggakan bajet bagi tempoh 3 tahun berturut-turut adalah defisit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit bajet adalah sebanyak RM2.04 juta (Bajet 2008), RM2.746juta (Bajet 2009) dan RM1.5 juta (Bajet 2010).

4. Hutang Kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6% dari RM841.13 juta (2007) kepada RM1.01 bilion (2008)

5. Hutang terkumpul Johor Corporation (JCorp) adalah berjumlah RM4.032 bilion. Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam Sidang DUN Johor pada 8/9/2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai, 2012 adalah RM 3.58 bilion!!

6. Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012, dijangkakan JCorp hanya akan mampu menjana RM1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Persoalannya bagaimanakah JCorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM2 bilion atau RM2,000 juta itu? Kerajaan Negeri Johor, sebagai penjamin kepada bon-bon (surat hutang) yang diterbitkan oleh JCorp, perlu menimbal kekurangan tersebut pada tahun 2012. Tetapi persoalannya, di mana kerajaan negeri nak cari duit dalam keadaan kewangan negeri yang tenat?

7. Kegagalan Kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion atau RM 2,000 juta ini boleh menyebabkan kerajaan Negeri Johor dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan "MUFLIS" pada tahun 2012? Kecuali jika kerajaan negeri dan JCorp "TERPAKSA" mengambil "JALAN PINTAS" dengan menjual aset-aset ataupun hartanah strategik mereka. Tentu anda boleh mengagak jawapannya kenapa JCorp menjual Menara Pejabat Plaza Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kenapa kerajaan negeri menjual tapak CIQ di Stulang juga kepada IIB. Bukankah kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang? Selepas ini apa pulak yang akan dijual?? Tahukah anda aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah atau pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN?

January 14, 2010

Serangan cat di gereja katholik St. Elizabeth







Kota Tinggi, 14 Januari 2009 satu lagi serangan yang ditujukan ke gereja tetapi kali ini berlaku di gereja katholik St. Elizabeth, Jalan Kota Kecil, Kota Tinggi rentetan daripada isu penggunaan nama Allah yang hangat diperkatakan ketika ini.

Serangan berupa simbahan cat merah di lihat bertaburan di perkarangan kawasan lapang di dalam gereja tersebut. Insiden yang berlaku dianggarkan berlaku pada awal pagi berdasarkan keadaan cat yang masih basah.

Pihak Polis ketika ini masih menyiasat perbuatan tersebut dan meminta orang awam yang melihat insiden tersebut agar tampil memberikan maklumat.

Bagi pihak Pas Kota Tinggi, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan merosakkan rumah ibadat penganut agama lain sepertimana yang telah digariskan dalam Islam. Rasulullah mencegah sahabat-sahabatnya merosakkan rumah ibadah penganut agama lain walaupun ketika itu di dalam peperangan. Banyak lagi platfom yang betul untuk merungkai permasalahan ini tanpa perlu mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Antara merebut nama Allah dan mempertahankan akidah




BANYAK pihak mendesak saya memberi pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya Kristian di Malaysia. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberi pandangan ringkas dengan berkata: “Ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan. Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible bahasa Melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak edisi Inggerisnya? Adakah ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu

Didesak

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: “Jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-sunah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut. Kadangkala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu terpenting adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap Muslim atau bukan Muslim di negara ini. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis. Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya : Mengapakah kita sentiasa merasakan akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil Tuhan Allah? Mengapakah tidak dirasakan itu lebih memudahkan bagi menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam? Maka apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam atau kebimbangan disebabkan kelemahan umat Islam?”

Jika kita membaca al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya) Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah! (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dialah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman! (Surah al-Zukhruf ayat 87-88). Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah.” Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (surah al-Ankabut ayat 63). Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantah golongan bukan Muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w. disuruh mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik. Justeru, soal bukan Muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah. Apakah patut kita kata kepadanya: “Awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan Muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan.” Apakah ini tindakan betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah.” Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha Suci Allah dari dakwaan awak.”