Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 13, 2009

Sekitar Ceramah Pakatan Rakyat

















Ahad, 12 April 2009 Pakatan Rakyat Kota Tinggi yang diterajui oleh PAS telah mengadakan ceramah penerangan yang menampilkan penceramah pertama Saudara Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor & AJK PAS Pusat), penceramah kedua YB Br. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai & Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor) dan penceramah terakhir YB Mohd Nasir Mustafa (ADUN Kubang Rotan).

Ceramah berjalan dalam suasana yang dingin kerana disebelah petangnya berlaku hujan yang lebat. Ceramah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PAS Kota Tinggi, Tuan Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir yang memulakan ucapan terima kasih diatas sambutan kehadiran yang begitu menggalakkan. Beliau yang baru pulang daripada Bukit Gantang seminggu yang lalu menceritakan sedikit sebanyak pengalaman menarik ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini. Bagaimanapun beliau tidak mengambil masa yang begitu lama kerana menyedari ada tiga lagi penceramah yang menunggu untuk berceramah pada malam tersebut. Diakhir ucapannya sempat beliau mengusik hadirin dengan mengatakan baru-baru ini Unit Amal Kota Tinggi telah diarahkan bergerak ke Putrajaya dengan adanya tugasan penting yang perlu dilaksanakan. Hadirin mula tertanya-tanya akan perkara apa yang dimaksudkan tersebut. Rupa-rupanya, beliau maksudkan ialah Unit Amal ditugaskan mengangkat barang-barang Syed Hamid untuk dibawa pulang ke Kota Tinggi kerana tidak terpilih mengganggotai barisan kabinet Najib yang baru.

Penceramah pertama, Saudara Mazlan Aliman turut menceritakan pengalaman berhadapan dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimana ia menceritakan angin perubahan yang jelas ditunjukkan oleh komposisi kaum lain yang menyokong Pakatan Rakyat. Isyarat jelas yang ditunjukkan oleh rakyat diatas kesedaran BN tidak mampu mentadbir negara ini sebaik mungkin. BN yang masih dipalit dengan rasuah menjadi bahan kempen Pakatan Rakyat yang tidak mampu ditangkis oleh jentera pilihanraya BN. Disamping itu sikap keterbukaan masyarakat Tionghua diperlihatkan sepanjang kempen Pakatan Rakyat menandakan segala tohmahan BN yang bersikap perkauman ternyata meleset.

Penceramah kedua, YB Dr. Boo Cheng Hau pula tidak ketinggalan dalam mengulas isu yang sering dimainkan oleh media BN bagi melaga-lagakan kepimpinan DAP dan PAS serta PKR. Antaranya isu Apertheid yang heboh sejak kebelakangan ini. Namun itu tidak mematahkan semangat juang YB ini bagi mempertahankan apa yang telah dinyatakan dalam sidang yang lalu. Dalam masa yang sama, YB Dr. Boo juga menyatakan pendirian beliau tentang isu penggunaan petikan ayat Al-Quran sepertimana yang dicanang oleh media perdana sebagai menghina ayat suci Al-Quran. Dalam ucapannya, beliau meminta orang UMNO memperbetulkan bacaan orang Cina sekiranya apa yang dibacakan terdapat kesalahan bukannya dengan menghukumkan haram bagi orang bukan Islam membaca petikan ayat Al-Quran. Dengan cara itu berkemungkinan besar dapat menarik minat orang bukan Islam bagi membaca dan mengkaji isi kandungan ayat suci Al-Quran.

Terakhir, YB Mohd Nasir yang memulakan ceramahnya dengan menceritakan suasana hangat sekitar pilihanraya kecil Bukit Selambau dan bersesuaian sekali dengan tugas beliau sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Bkt Selambau. Beliau menceritakan secara lengkap kronologi sehingga berlakunya pilihanraya kecil dimana UMNO, BN memang tidak henti-henti mensabotaj ikatan Pakatan Rakyat bagi menidakkan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12. BN tidak dapat menerima kekalahan secara zahirnya, lantaran itu berbagai strategi diatur bagi memporak perandakan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Dalam ceramahnya juga beliau menyentuh tentang sokongan masyarakat Siam yang cukup padu terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Kedah khususnya sehinggakan ceramah bagi majoriti masyarakat Siam ini diadakan didalam Rumah Ibadat masyarakat Siam. Ini memberikan satu keyakinan bahawa Pakatan Rakyat sekali lagi akan memenangi PRK tersebut. Ditambah dengan kewujudan 13 calon bebas yang memang ditaja oleh pihak-pihak tertentu begi memecahkan undi kepada calon yang ditampilkan oleh PR. Namun akhirnya, rakyat mengembalikan mandat kepada calon PR.

Ceramah berakhir sekitar jam 11:50 malam dalam keadaan orang ramai berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan. Diharapkan ini dapat membuka minda orang yang mendengarnya dan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi menumbangkan BN dalam PRU yang akan datang. InsyaAllah dan kemenangan ini merupakan referundum rakyat terhadap kerajaan kepimpinan Najib yang baru.




















~matahijauku~