Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 20, 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kota Tinggi

Berikut adalah ucapan alu-aluan Ketua Pemuda PAS Kota Tinggi semasa mesyuarat agung DPPKT:

Ucapan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kesempatan yang dikurniakan kepada kita, menghadiri program tahunan parti iaitu mesyuarat agung DPPKT. Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih diberikan kesempatan waktu sementara usia muda bagi sama-sama memikirkan masa depan perjuangan mendaulahkan Islam yang diwariskan kepada kita oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, para pejuang terdahulu serta para ulama .

AMRU BIN MAIMUN R.A MERIWAYATKAN, NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA, “ADA LIMA PERKARA YANG SANGAT BERHARGA YANG DIBERIKAN PERCUMA OLEH ALLAH SWT KEPADA SEMUA UMAT MANUSIA. LIMA PERKARA ITU PERLU DIMANFAATKAN OLEH SEMUA UMAT MANUSIA SEBAIK-BAIKNYA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA YANG LAIN. IA ADALAH MASA MUDA SEBELUM DATANG MASA TUA, MASA SIHAT SEBELUM DATANG MASA SAKIT, MASA SENANG SEBELUM DATANG MASA SUSAH, MASA LAPANG SEBELUM DATANG MASA SIBUK, SERTA MASA HIDUP SEBELUM DATANG KEMATIAN”.

Alhamdulillah, pada mesyuarat kali ini akan di adakan pemilihan peringkat kawasan. InsyaAllah, saya meyakini akan ketentuan Allah, sesiapa pun yang terpilih pada kali ini mampu memicu sayap kanan ini sebagai anggota penting Pemuda PAS Kawasan Kota Tinggi itu sendiri. Saya sebagai Ketua Pemuda PAS sebelum ini pertamanya ingin memohon kemaafan sepanjang saya di amanahkan menjawat Ketua Pemuda ini terdapat ketidakaliran fahaman atau kurang bermaya membawa sayap kanan ini terbang jauh.

Medan mesyuarat ini perlu dijadikan sebagai tempat kita bermuhasabah, memikirkan apakah sumbangan kita kepada perjuangan parti selama setahun yang sudah. Apakah kita telah melakukan yang terbaik dan sebaik mungkin untuk memperkukuhkan perjuangan parti kita? Apakah kita sudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada ini? Dalam medan ini jugalah, kita perlu tegur menegur dan membina kembali kekuatan ukhuwah sesama kita, merenung kembali gerak kerja setahun yang lalu bagi sama-sama memperteguhkan saf pemuda khususnya di Kota Tinggi ini.

Dalam menghadapi cabaran politik alaf baru, kita perlu memikirkan pendekatan lain bagi menarik minat golongan muda bagi menyertai parti PAS. Berdasarkan trend sekarang ini sudah menampakkan peralihan minat golongan ini untuk mendekati perjuangan PAS. Cuma method atau kaedah yang dikira sealiran dengan mereka akan mencetuskan evolusi pemikiran dan minat terhadap PAS. Peranan kita sebagai pemuda, bagaimanakah kita dapat menyelami dan mendekati golongan ini agar mereka inilah yang dapat di tarbiah supaya menjadi pewaris kepada perjuangan PAS di Kota Tinggi khasnya dan negara umumnya? Saya mengharapkan persoalan ini tidak dibiarkan begitu sahaja, perlu ada tindakan susulan daripada kita.

Mengimbas kembali helaian-helaian sejarah aktiviti DPPKT sepanjang sesi lalu, agar kita mendapat gambaran serba sedikit akan perjalanan DPPKT ini, bermula pada bulan Januari iaitu persiapan bagi menghadapi PRU 12 dengan kerja2 persedian bendera, risalah2 kempen pilihanraya, poster dan mesyuarat dengan kepimpinan negeri Johor bagi merangka pelan strategi. Memainkan peranan dalam menguruskan sistem multimedia bagi setiap ceramah yang di adakan. Di samping itu pemuda juga ditugaskan menguruskan kerja2 menampal poster baik untuk ceramah ataupun semasa PRU12 yang lalu.

Walaupun DPPKT mempunyai keahlian yang sedikit, namun dengan kekuatan dan iltizam sahabat2 , kita mempu menggerakkan jentera pemuda semaksima mungkin dan saya bersyukur kepada Allah SWT dengan komitmen, semangat juang dan didikasi sahabat2 semua. Berkat program pentarbiahan di dalam Lajnah Tarbiah yang di kemudikan oleh Ust. Syariful Annam, saya melihat akan keberhasilan program tarbiah ini. Program tarbiah yang digerakkan melalui usrah pemuda dan kawasan sepanjang minggu berterusan membawa impak positif terhadap pemahaman ahli2 PAS akan tanggungjawab mereka terhadap parti.

Unit Amal memainkan peranan sendiri dalam usaha mendekati masyarakat dengan pendekatan beramal kerana Allah mampu bergerak lebih jauh dalam menghalusi usaha dakwah ini. Unit Amal yang di ketuai oleh Sdr Zainuddin Bin Non berjaya menjadi penghubung antara PAS dan masyarakat luar dengan program rewang dalam majlis walimatulurus, baik dalam program parti maupun program luar. Unit Amal meneruskan kesinambungan imej tentera merah yang cukup dikenali oleh penduduk Kota Tinggi semasa mereka diuji dengan banjir dahulu.

DPPKT juga dalam rangka program bersama PAS Kws menjadi tulang belakang di dalam program yang dianjurkan oleh kws. Antaranya saya sebutkan di sini seperti program Konvoi Kembara Merdeka, Ihya Ramadhan, hari terbuka PAS Kws, penubuhan sekretariat Pakatan Rakyat disamping program ahli keluarga PAS Kws dan sebagainya.

Tidak dilupakan juga DPPKT memainkan peranan penting dalam menguruskan PASTI Kws Kota Tinggi yang kini bertambah menjadi 3 buah keseluruhannya. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan kekuatan menguruskan dan menubuhkan PASTI yang baru iaitu di Tg. Sedili.

Sahabat2 yang dikasihi sekelian, dalam perjuangan menegakkan daulah Islamiah ini, tiada yang mudah untuk di harungi. Melihat akan sejarah2 lampau perjuangan Islam, tiada yang mengambil jalan mudah untuk menemui Tuhan meraka dalam keadaan yang Allah redhai. Justeru itu, marilah kita sama2 memperkemaskan jentera pemuda untuk meneruskan kerja2 para Aulia sebelumnya. Semuga usaha kita yang sedikit dan tenaga yang sedikit akan mendapat keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi).


Saudara Mohd Faisul Bin Mohd Salleh, setiausaha DPPNJ berucap selaku perasmi.