Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 02, 2009

Penyerahan kuasa

Penyerahan kuasa: PM, Najib jumpa Agong
Malaysiakini, Apr 2, 09 10:00am

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mengikut pelan peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdullah tiba di Istana Negara pada jam 10 pagi untuk menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Seri Paduka dilihat tiba di istana 10 minit lebih awal. Pada jam 10.50 pagi, Abdullah masih berada di dalam Istana Negara.

Seorang pegawai kerajaan berkata Abdullah "akan memaklumkan kepada Seri Paduka hasratnya untuk meletak jawatan serta memaklum bahawa Najib sudah bersedia untuk memegang jawatan perdana menteri".

"Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu.

Sebelum itu, Abdullah tiba dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi.

Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.

















Najib sebelum ini memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengangkat sumpah pagi isi bagi memenuhi pelan penyerahan kuasa ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Abdullah pula akan menghadiri satu majlis di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, dipercayai majlis perpisahan untuknya pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib pula tiba di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka kira-kira setengah jam selepas Abdullah meninggalkan istana.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka kira-kira 45 minit, Najib meninggalkan istana tanpa mengambil sebarang soalan dari pemberita mengenai pertemuan empat mata mereka.

"Terima kasih," katanya sambil tersenyum meninggalkan perkarangan istana dengan menaiki kenderaan Proton Perdana bernombor WRP 11 kira-kira 12.15 tengah hari, selain melambai-lambai ke arah sekumpulan media.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan semalam berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi esok di Istana Negara.