Alhamdulillah, satu lagi sayap PAS Kawasan Kota Tinggi telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agungnya semalam dengan kehadiran yang begitu menggalakkan. Pada mesyuarat tersebut yang telah dirasmikan oleh Puan Nor Hayati Bte Bidin selaku AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Johor berlangsung di Restoran Cengkih, Taman Hijrah. Mesyuarat yang bermula seawal jam 2 petang dengan pendaftaran perwakilan Muslimat serta ketibaan para jemputan disusuli dengan ucapan aluan Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Tinggi sebelum dirasmikan dengan ucapan perasmian oleh Puan Norhayati Bte Bidin.
Berikut sedikit ucapan daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Tinggi, Puan Rosnani Bte Jusoh :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah ia) kerana sesungguhnya golongan yang berpegang teguh kepada agama Allah itulah yang tetap menang". (Surah Al-Maidah, ayat 55-56)
Syukur ke hadrat Ilahi diatas limpah perkenannya dapat kita semua hadir pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Tinggi kali ke-2. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat-sahabat serta para pejuang hingga ke akhir zaman.
Alhamdulillah, kita bermesyuarat kali ini bukan sahaja bertujuan memenuhi tuntutan perlembagaan parti, tetapi juga berpeluang untuk mengemukakan idea-idea yang bernas dalam perbahasan bagi tujuan mempereratkan silaturrahim di kalangan ahli dan ini penting bagi memperkukuhkan persaudaraan Islam. Membina asas persaudaraan Islam yang kukuh adalah juga peranan yang seharusnya dimainkan oleh parti politik dan gerakan Islam seperti PAS.
Kita juga bermesyuarat dalam suasana lanskap politik tanahair yang kian menyebelahi Pakatan Rakyat. Dalam pilihanraya lepas, BN gagal menafikan kuasa dua pertiganya. Lantaran itu, marilah dengan mood kemenangan ini, kita memperkasakan aspek pentarbiyahan dan penyusunan jemaah, akhlak dan keperibadian Islam perlu dijelmakan supaya kekuatan dalaman parti akan terus teguh dan mantap. Kemenangan Islam itu sesungguhnya terbina atas dasar kefahaman dan penghayatan dalam mengisi erti kemenangan.
Akhirnya saya ingin merakamkan sekalung penghargaan buat seluruh AJK DMPK Kota Tinggi yang telah bertungkus lumus bagi memastikan mesyuarat ini dapat dijalankan dengan izin dan perancangan Allah. Semuga mesyuarat ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk kesejahteraan ummat seluruhnya.
PAS UNTUK SEMUA, KITA BERSAUDARA
Di fahamkan DMPK Kota Tinggi sejurus menghabiskan sesi mesyuarat agungnya terus bergegas ke Bukit Gantang bagi membantu kerja-kerja pilihanraya serta melihat situasi pilihanraya di sana. InsyaAllah, laporan-laporan terkini akan disampaikan untuk mengisi slot di blog ini. Tahniah diatas kesungguhan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Tinggi.