Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 28, 2009

Catatan Mesyuarat Agung PAS Kota Tinggi










Sedutan ucapan perasmi, Y.B Abd Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu) sewaktu merasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Kota Tinggi.

Dalam ucapan perasmiannya, beberapa panduan dan motivasi yang berguna untuk dipraktikkan sebagai ahli jemaah parti Islam khususnya di Kota Tinggi ini. Sebagai ahli di dalam jemaah PAS ini, kita memikul tanggungjawab besar dari segi pentarbiahannya. Bukan sahaja kita sebagai ahli kepada parti politik yang mempunyai dasar Islam malah tugas sebagai ahli PAS ini meliputi tugas-tugas pendakwah dalam mengajak masyarakat kembali kepada Islam secara total. Sehubungan itu, perlu membina kekuatan dalam perjuangan ini secara berterusan dan istiqomah dalam membuat kerja-kerja dakwah. Yang penting, perlu beriltizam untuk memperbanyakkan lagi cawangan-cawangan PAS yang akhirnya akan memudahkan kerja-kerja untuk memenangkan jemaah Islam ini. Janji Allah untuk memberi kemenangan kepada jemaah Islam dengan pra-syarat yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Pendokong PAS perlu ada keyakinan akan kemenangan serta pertolongan Allah di pihak Islam seperti mana yang berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil yang lalu dimana Allah turunkan kemenangan dengan pertolongan kaum India dan Cina walaupun ketika itu kedudukan PAS tidaklah sekuat mana.

Mengambil contoh di Terengganu, ketika komposisi kaum-kaum India dan Cina tidaklah begitu ramai tetapi Allah memudahkan kerja PAS dengan pertolongannya memporak perandakan kekuatan UMNO itu sendiri. Yang penting pendokong PAS terus berkerja secara konsisten dalam usaha menambat hati para pengundi pada abad ini. PAS mesti melakukan approach yang dapat memenangi hati pengundi, win the heart and mind kerana ketika ini kita berdepan dengan polar pengundi di peringkat umur 20 ke 40 tahun yang sememangnya lebih intelek dan terbuka yang menguasai 60% pengundi keseluruhannya. Dalam gerak kerja ini, ahli PAS perlu mempamerkan contoh yang baik kepada rakyat walaupun hakikatnya kita memang serba kekurangan. Program-program ziarah antara kaedah personnel touch yang perlu dilakukan tanpa mengira parti dan ini adalah dakwah yang cukup berkesan.

Ahli PAS perlu mengambil kesempatan ini meletakkan PAS di hadapan kerana persepsi masyarakat sudah berubah dimana sebelum ini imej PAS seperti sudah dipotretkan mengikut acuan UMNO kini dipandang sebaliknya. Ini adalah kesan daripada kerja-kerja dakwah yang dilakukan sebelum ini walaupun kesannya mengambil masa yang lama. Contoh yang nyata iaitu penubuhan Kelab Penyokong PAS yang subur disetiap kawasan memperlihatkan persepsi kaum India dan Cina terhadap perjuangan PAS sudah berubah. Mereka lebih terbuka dalam menilai kejujuran dan keikhlasan PAS untuk mewakili mereka mempertahankan hak mereka dengan lebih adil berbanding orang melayu yang begitu ortodok dengan fahaman UMNOnya. Perkara ini sudah berlaku ketika dizaman Rasullullah lagi iaitu contoh terdekat bapa saudara Nabi iaitu Abd Mutalib yang terang-terang menyokong perjuangan Nabi menegakkan agama Islam walaupun dirinya ketika itu masih belum memeluk agama yang dibawa oleh Nabi. Inilah yang dibimbangi oleh UMNO kerana usaha mereka untuk menakut-nakutkan kaum lain terhadap PAS sudah tidak berhasil dan kegagalan mereka dalam menjuarai hak kaum-kaum ini perlu diambil kesempatan bagi PAS untuk memenangi hati mereka untuk terus menyokong perjuangan PAS.

Dalam pada itu, pra-syarat kepada kemenangan Islam perlu dihalusi antaranya :

· Dalam kontek dakwah, pentarbiahan memainkan peranan penting. Dari segi politiknya, PAS perlu memenangi hati dan pemikiran rakyat, jangan mencari musuh tetapi kalau berdepan dengan musuh jangan lari.

· Istiqomah dalam perjuangan ini.

· Jangan putus hubungan dengan Allah, bina kekuatan dalaman antara ahli-ahli PAS.

· Jangan berbalah sesame sendiri kerana ini merugikan parti itu sendiri.

· Banyak bersabar di dalam perjuangan kerana pengorbanan dalam perjuangan memerlukan kesabaran. Bersabar bila diuji dengan kekalahan dan sebaliknya. Jangan cepat berputus asa kerana landskap politik ketika lebih menyebelahi kita dan yakinlah denga perjuangan ini, insyaAllah kemenangan pasti menjelma. Disamping itu, kekalkan hubungan di antara rakan dalam Pakatan Rakyat.

Di akhir ucapan beliau, mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini dan berharap PAS Kota Tinggi meneruskan perjuangan ini dengan lebih bersemangat selepas mesyuarat agung ini.