Ahad, 19 April 2009 penduduk sekitar bandar Kota Tinggi tidak menyangka awan mendung sebelah petangnya menandakan hujan yang teramat lebat berserta dengan angin kencang bertiup yang mampu memusnahkan harta benda. Dalam hujan berserta angin yang bertiup kencang, beberapa peniaga makanan yang terletak di jalan Johor berdekatan dengan pusat latihan AKLI atau dulunya dikenali dengan JOHORCRAFT mengalami trauma kesan daripada angin kencang yang menerbangkan gerai mereka.
Kejadian berlaku dalam waktu 5:30 petang tersebut, mengakibatkan beberapa gerai yang terletak disitu terjejas teruk dimana khemah dan balai yang didirikan turut diterbalikkan angin ribut tersebut. Saya bersama YDP PAS Kota Tinggi, Hj. Kamaldin bin Hj. Tahir yang turut meninjau ke tempat kejadian amat terkejut dengan keadaan yang berlaku dimana keadaan balai yang ada dalam terbalik dipukul ribut.
Kami juga sempat menemubual salah seorang mangsa iaitu Sdr Abdul Razak Othman yang menurutnya gerai mereka baru sahaja diperbesarkan bagi menampung penambahan pelanggan. Semasa kejadian berlaku, difahamkan beliau tidak berada dilokasi dan beliau dimaklumkan akan kejadian tersebut oleh anaknya beberapa minit selepas kejadian tersebut. Namun begitu tiada kemalangan jiwa berlaku cuma saya dimaklumkan ketika kejadian berlaku terdapat salah seorang peniaga yang baru untuk memulakan perniagaannya dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.
Melihat kepada lokasi kejadian, bukanlah menjadi laluan ribut kencang tetapi kejadian tersebut memperlihatkan akan kekuasaan Allah dalam mentadbir alam ini. Mingkin ada hikmah disebalik kejadian ini yang manusia tidak memahaminya. Semuga mereka yang terlibat diberikan kekuatan oleh Allah untuk menghadapinya dan sabar menghadapi dugaan ini. Bagi pihak PAS Kota Tinggi, merakamkan salam takziah diatas apa yang berlaku dan semuga mereka yang terlibat tabah menghadapi salah satu ujian Allah.
~matahijauku~