Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 03, 2009

Mahathir berkuasa semula dalam kerajaan, Umno

Oleh Tok Janggut

Kalau semasa Pak Lah menerajui kerajaan, saban hari kita mendengar dan membaca kritikan pedas dan sindirin dari mantan PM Tun Mahathir, dan ketika itu juga ketika melihat dan mendengar suara-suara sayup dari kalangan pem impin Umno membalas kritikan dan sindiran Mahathir itu yang kononya membela Pak lah dari terus dibelasah oleh mantan PM itu. Berbagai kata-kata yang berbentuk penghinaan dilemparkan oleh puak pengampu Pak Lah ketika itu sehinggakan Mahathir tak tahan dan keluar dari Umno.



Walaubagaimanapun semua lakunan mereka ini terjawab di malam penutup perhimpunan Umno baru-baru ini. Kita lihat bagaimana sambutan pemimpin dan perwakilan Umno terhadap Mahathir, tepukan sambil berdiri sebagai menghormati mantan PM itu seolah-olah mereka sudah tidak sabar untuk 'menyah' kan Pak Lah.

Ada yang datang berpelukan dan mencium tangan Mahathir. Jelas kelihatan Mahathir tidak mengizinkan Pak Lah memeluknya ketika mereka bersalaman walaupun Pak Lah kelihatan cuba untuk mendakapnya. Yang kelihatan isteri mantan PM itu berlaga pipi dengan isteri Najib.

Kini hasrat dan perancangan Mahathir bersama Najib sudah tercapai. Naiknya Najib menggantikan Pak Lah bermakna empayar dan kuasa Mahathir kembali semula dalam kerajaan dan Umno. Kelihatan seolah-olah kekalahan teruk Umno dalam pilihanraya lalu adalah dirancang oleh Mahathir dan Najib serta kuncu-kuncunya kerana dengan cara itu saja mereka boleh memberi alasan kukuh untuk mendesak dan memaksa Pak Lah berundur.

Kasihan tengok wajah Pak Lah seolah-olah tidak dipedulikan dan tidak diperlukan lagi. Sambutan dan sorakan yang diberikan oleh pemimpin dan perwakilan Umno terhadap Mahathir malam itu sungguh memeranjatkan sebaliknya Pak lah dibiarkan. Apakah kedatangan Mahathir ini memang dirancangkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya untuk memalukan Pak Lah?

Itulah Umno disanjung bila diperlukan, dihina dan tidak dipedulikan bila kamu tidak lagi punya kuasa. Kini Mahathir boleh buat dan bersuara apa saja kerana Najib adalah proksinya. Kesemua yang menang (kecuali Khairy) adalah proksinya. Kini mungkin baru Pak Lah tahu bagaimana lakunan pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini bersungguh-sungguh menyokong dan membelanya ketika dia dipuncak kuasa, kini apa sudah jadi. Pemimpin-pemimpin pembangkang bakal menerima nasib buruk selepas ini kerana segala arahan dan perancangan akan dibuat dan diatur oleh Mahathir, Najib dan sekutunya hanya melaksanakannya sahaja.

Bagaimana seorang seperti Mahathir yang bukan lagi ahli Umno boleh masuk dan menghadhiri perhimpunan Umno malahan diberikan sambutan luar biasa pula? Dimana Umno meletakkan kritikan dan sindiran Mahathir terhadap Umno selepas bersara selama ini? Mereka telan dan buang tepi saja demi untuk menjaga hati Najib, menjaga kerusi empuk, gaji dan kuasa. Jika mereka lawan Mahathir ketika ini, padah akan membawa celaka kepada mereka. Akhirnya jelaslah golongan Umno ini jenis manusia hipokrit saja. Tidak punya maruah, moral, akhlak dan adab lagi. Nilai agama langsung dibuang jauh.

Kini rakyat, Negara dan agama bakal menempuh zaman gelap seperti zaman Mahathir dulu. Kezaliman, penindasan, kemungkaran dan penghinaan terhadap Islam bakal muncul kembali. Dalam perhimpunan, mereka berapi-api bercakap pasal Melayu tetapi mereka lupa bahawa Umnolah yang selama ini menyebabkan Melayu miskin, merempat dan papa kedana. Siapakah yang menggadai tanah orang Melayu, meroboh rumah orang Melayu selama ini?

Yang paling jelas yang berlaku di Tererngganu sebaik sahaja Umno berjaya merampas negeri Terengganu dari PAS pada tahun 2004 lalu. Tanah orang melayu miskin, tak punya tanah, hidup merempat dirampas dengan kasar dan secara paksaan. Rumah-rumah dalam pembinaan di roboh dengan rakus dengan kawalan pihak polis.

Siapa punya angkara ini? DAP, MCA, Gerakan atau MIC kah? Begitu juga yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan diseluruh negeri, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu. Inilah Umno sebenarnya. Kini perhimpunan golongan Munafik lagi zalim itu sudah berakhir. Tugas mereka selanjutnya selepas ini ialah merompak harta rakyat, menipu rakyat dan menindas rakyat yang tidak akan ada kesudahanya selagi mereka berkuasa.