Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

April 30, 2009

Swine Flu



















Dulu yang selalu kena selsema adalah manusia.

Tidak lama kemudian, burung pulak yang kena - Bird Flu.

Sekarang, babi pulak tumpang semangkuk. Namanya Selsema Babi - Swine Flu.

Babi memang teruk. Makan najis dia sendiri, dan makan juga najis kawan dia.

Sebahagian manusia apa kurang- Makan juga benda kotor, jijik pada syarak.

Rasuah, judi, riba. Semua ini kotor, tidak halal, kalau tidak bertaubat, confirm masuk neraka.

Babi memang teruk. Bau badan dia memang busuk.

Sebahagian manusia apa kurangnya. Busuk hati, hasad- tidak boleh tengok orang lain senang.

Dendam kesumat- Kalau kalah pilihanraya, siap laa.

Mana-mana yang tidak sokong dia, dinafikan hak walaupun layak untuk menerima. Peruntukan di lambat-lambatkan, silap-silap, ditarik terus.

Ditukar tempat kerja tak pasal-pasal, hingga menyusahkan kehidupan anak-isteri.

Dinafikan hak kenaikan pangkat. Yang kuat membodek naik pangkat dulu sebab satu bendera dengan dia, walau bangang dan tak tau buat kerja.

Issh! Pendek kata, lebih teruk dari babi yang bawa virus tu la......

Ini lah kisahnya, belum pun habis dunia dilanda dengan kegawatan ekonomi persis tahun 98 dulu, kini muncul pula satu bala yang Allah turunkan buat peringatan kepada manusia yang lalai dan engkar akan suruhannya.

~matahijauku~

April 28, 2009

Catatan Mesyuarat Agung PAS Kota Tinggi










Sedutan ucapan perasmi, Y.B Abd Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu) sewaktu merasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Kota Tinggi.

Dalam ucapan perasmiannya, beberapa panduan dan motivasi yang berguna untuk dipraktikkan sebagai ahli jemaah parti Islam khususnya di Kota Tinggi ini. Sebagai ahli di dalam jemaah PAS ini, kita memikul tanggungjawab besar dari segi pentarbiahannya. Bukan sahaja kita sebagai ahli kepada parti politik yang mempunyai dasar Islam malah tugas sebagai ahli PAS ini meliputi tugas-tugas pendakwah dalam mengajak masyarakat kembali kepada Islam secara total. Sehubungan itu, perlu membina kekuatan dalam perjuangan ini secara berterusan dan istiqomah dalam membuat kerja-kerja dakwah. Yang penting, perlu beriltizam untuk memperbanyakkan lagi cawangan-cawangan PAS yang akhirnya akan memudahkan kerja-kerja untuk memenangkan jemaah Islam ini. Janji Allah untuk memberi kemenangan kepada jemaah Islam dengan pra-syarat yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Pendokong PAS perlu ada keyakinan akan kemenangan serta pertolongan Allah di pihak Islam seperti mana yang berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil yang lalu dimana Allah turunkan kemenangan dengan pertolongan kaum India dan Cina walaupun ketika itu kedudukan PAS tidaklah sekuat mana.

Mengambil contoh di Terengganu, ketika komposisi kaum-kaum India dan Cina tidaklah begitu ramai tetapi Allah memudahkan kerja PAS dengan pertolongannya memporak perandakan kekuatan UMNO itu sendiri. Yang penting pendokong PAS terus berkerja secara konsisten dalam usaha menambat hati para pengundi pada abad ini. PAS mesti melakukan approach yang dapat memenangi hati pengundi, win the heart and mind kerana ketika ini kita berdepan dengan polar pengundi di peringkat umur 20 ke 40 tahun yang sememangnya lebih intelek dan terbuka yang menguasai 60% pengundi keseluruhannya. Dalam gerak kerja ini, ahli PAS perlu mempamerkan contoh yang baik kepada rakyat walaupun hakikatnya kita memang serba kekurangan. Program-program ziarah antara kaedah personnel touch yang perlu dilakukan tanpa mengira parti dan ini adalah dakwah yang cukup berkesan.

Ahli PAS perlu mengambil kesempatan ini meletakkan PAS di hadapan kerana persepsi masyarakat sudah berubah dimana sebelum ini imej PAS seperti sudah dipotretkan mengikut acuan UMNO kini dipandang sebaliknya. Ini adalah kesan daripada kerja-kerja dakwah yang dilakukan sebelum ini walaupun kesannya mengambil masa yang lama. Contoh yang nyata iaitu penubuhan Kelab Penyokong PAS yang subur disetiap kawasan memperlihatkan persepsi kaum India dan Cina terhadap perjuangan PAS sudah berubah. Mereka lebih terbuka dalam menilai kejujuran dan keikhlasan PAS untuk mewakili mereka mempertahankan hak mereka dengan lebih adil berbanding orang melayu yang begitu ortodok dengan fahaman UMNOnya. Perkara ini sudah berlaku ketika dizaman Rasullullah lagi iaitu contoh terdekat bapa saudara Nabi iaitu Abd Mutalib yang terang-terang menyokong perjuangan Nabi menegakkan agama Islam walaupun dirinya ketika itu masih belum memeluk agama yang dibawa oleh Nabi. Inilah yang dibimbangi oleh UMNO kerana usaha mereka untuk menakut-nakutkan kaum lain terhadap PAS sudah tidak berhasil dan kegagalan mereka dalam menjuarai hak kaum-kaum ini perlu diambil kesempatan bagi PAS untuk memenangi hati mereka untuk terus menyokong perjuangan PAS.

Dalam pada itu, pra-syarat kepada kemenangan Islam perlu dihalusi antaranya :

· Dalam kontek dakwah, pentarbiahan memainkan peranan penting. Dari segi politiknya, PAS perlu memenangi hati dan pemikiran rakyat, jangan mencari musuh tetapi kalau berdepan dengan musuh jangan lari.

· Istiqomah dalam perjuangan ini.

· Jangan putus hubungan dengan Allah, bina kekuatan dalaman antara ahli-ahli PAS.

· Jangan berbalah sesame sendiri kerana ini merugikan parti itu sendiri.

· Banyak bersabar di dalam perjuangan kerana pengorbanan dalam perjuangan memerlukan kesabaran. Bersabar bila diuji dengan kekalahan dan sebaliknya. Jangan cepat berputus asa kerana landskap politik ketika lebih menyebelahi kita dan yakinlah denga perjuangan ini, insyaAllah kemenangan pasti menjelma. Disamping itu, kekalkan hubungan di antara rakan dalam Pakatan Rakyat.

Di akhir ucapan beliau, mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini dan berharap PAS Kota Tinggi meneruskan perjuangan ini dengan lebih bersemangat selepas mesyuarat agung ini.










April 22, 2009

7 pensyarah digantung

Metro, Rabu 22 April 2009

KULIM: Tujuh pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, digantung selama dua minggu kerana dituduh menghalang sekumpulan pelajar mengadakan perarakan ala perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.

Pensyarah terbabit bertindak demikian kerana kurang senang dengan kesanggupan sebahagian pelajar universiti berkenaan memakai pakaian rakyat Israel sambil membawa bendera negara Zionis itu sambil menari ala Yahudi ketika mengadakan persembahan kebudayaan sempena perarakan itu.

Mereka juga mempertikaikan tindakan sekumpulan pelajar Islam lain yang memakai pakaian seperti sami Buddha bagi mewakili Kemboja.

Perarakan berkenaan diadakan dalam kampus universiti terbabit pada pertengahan Mac lalu sebagai sebahagian subjek Bahasa Inggeris yang meliputi 20 peratus daripada keseluruhan markah subjek itu.

Kira-kira 200 pelajar mengambil bahagian dalam perarakan itu termasuk ada yang mengadakan persembahan statik.

Selain Israel dan Kemboja, pelajar yang mengambil bahagian juga mewakili delegasi Amerika Syarikat, United Kingdom, Sepanyol, China, India, Jepun, Iraq dan Mexico.

Dalam sidang akhbar di sini, semalam, kumpulan pensyarah berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati dan terkilan terhadap tindakan pelajar yang kebanyakannya Melayu mengambil bahagian dengan mewakili Israel dan membuat persembahan kebudayaan negara Zionis itu.

Mereka turut menyoal pelajar yang memakai pakaian serta menggayakannya seperti sami Buddha.

Seorang daripada mereka yang enggan namanya disiarkan berkata, perarakan itu menunjukkan pengurusan universiti berkenaan tidak sensitif kepada masyarakat Islam.

“Ketika seluruh negara Islam memboikot Israel dan Malaysia sendiri tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Zionis itu, tetapi kenapa pihak pengurusan membenarkan pelajarnya berarak seperti mewakili Israel,” katanya.

Selain menyoal pelajar yang mengambil bahagian, satu memorandum ditandatangani lebih 100 kakitangan universiti berkenaan juga diserahkan kepada pihak pengurusan sebagai bantahan kepada program yang tidak menghormati sensitiviti agama.

Bagaimanapun, disebabkan bantahan itu, kumpulan pensyarah terbabit pula menerima akibat dengan digantung tugas selama dua minggu bermula kelmarin, atas dakwaan membuat gangguan terhadap pelajar yang mengambil bahagian.

Ulasan :

Dimanakah sensitiviti pihak Universiti terbabit. Sedarkah bahawa umat Islam dilarang meniru gaya dan pemakaian pengamal anutan agama lain lebih-lebih lagi kompromi dalam melibatkan Yahudi laknatullah?

Adakah sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan toleransi antara agama dengan membelakangkan kesucian agama Islam? Teringat akan kes suatu ketika dahulu pelajar agama di sebuah sekolah sekitar Negeri Sembilan dihalang daripada menghadiri seisi persekolahan hanya kerana memakai serban? Adakah untuk mengamalkan sunnah Nabi di Malaysia dikira satu kesalahan tetapi bilamana kes begini berlaku di institusi pengajian tinggi ianya dibolehkan? Malah tindakan pensyarah yang menegur itu di gantung? Aduh, sedih sekali melihat fenomena ini?


April 20, 2009

Ribut Melanda Kota

















Ahad, 19 April 2009 penduduk sekitar bandar Kota Tinggi tidak menyangka awan mendung sebelah petangnya menandakan hujan yang teramat lebat berserta dengan angin kencang bertiup yang mampu memusnahkan harta benda. Dalam hujan berserta angin yang bertiup kencang, beberapa peniaga makanan yang terletak di jalan Johor berdekatan dengan pusat latihan AKLI atau dulunya dikenali dengan JOHORCRAFT mengalami trauma kesan daripada angin kencang yang menerbangkan gerai mereka.

Kejadian berlaku dalam waktu 5:30 petang tersebut, mengakibatkan beberapa gerai yang terletak disitu terjejas teruk dimana khemah dan balai yang didirikan turut diterbalikkan angin ribut tersebut. Saya bersama YDP PAS Kota Tinggi, Hj. Kamaldin bin Hj. Tahir yang turut meninjau ke tempat kejadian amat terkejut dengan keadaan yang berlaku dimana keadaan balai yang ada dalam terbalik dipukul ribut.

Kami juga sempat menemubual salah seorang mangsa iaitu Sdr Abdul Razak Othman yang menurutnya gerai mereka baru sahaja diperbesarkan bagi menampung penambahan pelanggan. Semasa kejadian berlaku, difahamkan beliau tidak berada dilokasi dan beliau dimaklumkan akan kejadian tersebut oleh anaknya beberapa minit selepas kejadian tersebut. Namun begitu tiada kemalangan jiwa berlaku cuma saya dimaklumkan ketika kejadian berlaku terdapat salah seorang peniaga yang baru untuk memulakan perniagaannya dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.

Melihat kepada lokasi kejadian, bukanlah menjadi laluan ribut kencang tetapi kejadian tersebut memperlihatkan akan kekuasaan Allah dalam mentadbir alam ini. Mingkin ada hikmah disebalik kejadian ini yang manusia tidak memahaminya. Semuga mereka yang terlibat diberikan kekuatan oleh Allah untuk menghadapinya dan sabar menghadapi dugaan ini. Bagi pihak PAS Kota Tinggi, merakamkan salam takziah diatas apa yang berlaku dan semuga mereka yang terlibat tabah menghadapi salah satu ujian Allah.

































~matahijauku~

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kota Tinggi

Berikut adalah ucapan alu-aluan Ketua Pemuda PAS Kota Tinggi semasa mesyuarat agung DPPKT:

Ucapan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kesempatan yang dikurniakan kepada kita, menghadiri program tahunan parti iaitu mesyuarat agung DPPKT. Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih diberikan kesempatan waktu sementara usia muda bagi sama-sama memikirkan masa depan perjuangan mendaulahkan Islam yang diwariskan kepada kita oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, para pejuang terdahulu serta para ulama .

AMRU BIN MAIMUN R.A MERIWAYATKAN, NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA, “ADA LIMA PERKARA YANG SANGAT BERHARGA YANG DIBERIKAN PERCUMA OLEH ALLAH SWT KEPADA SEMUA UMAT MANUSIA. LIMA PERKARA ITU PERLU DIMANFAATKAN OLEH SEMUA UMAT MANUSIA SEBAIK-BAIKNYA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA YANG LAIN. IA ADALAH MASA MUDA SEBELUM DATANG MASA TUA, MASA SIHAT SEBELUM DATANG MASA SAKIT, MASA SENANG SEBELUM DATANG MASA SUSAH, MASA LAPANG SEBELUM DATANG MASA SIBUK, SERTA MASA HIDUP SEBELUM DATANG KEMATIAN”.

Alhamdulillah, pada mesyuarat kali ini akan di adakan pemilihan peringkat kawasan. InsyaAllah, saya meyakini akan ketentuan Allah, sesiapa pun yang terpilih pada kali ini mampu memicu sayap kanan ini sebagai anggota penting Pemuda PAS Kawasan Kota Tinggi itu sendiri. Saya sebagai Ketua Pemuda PAS sebelum ini pertamanya ingin memohon kemaafan sepanjang saya di amanahkan menjawat Ketua Pemuda ini terdapat ketidakaliran fahaman atau kurang bermaya membawa sayap kanan ini terbang jauh.

Medan mesyuarat ini perlu dijadikan sebagai tempat kita bermuhasabah, memikirkan apakah sumbangan kita kepada perjuangan parti selama setahun yang sudah. Apakah kita telah melakukan yang terbaik dan sebaik mungkin untuk memperkukuhkan perjuangan parti kita? Apakah kita sudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada ini? Dalam medan ini jugalah, kita perlu tegur menegur dan membina kembali kekuatan ukhuwah sesama kita, merenung kembali gerak kerja setahun yang lalu bagi sama-sama memperteguhkan saf pemuda khususnya di Kota Tinggi ini.

Dalam menghadapi cabaran politik alaf baru, kita perlu memikirkan pendekatan lain bagi menarik minat golongan muda bagi menyertai parti PAS. Berdasarkan trend sekarang ini sudah menampakkan peralihan minat golongan ini untuk mendekati perjuangan PAS. Cuma method atau kaedah yang dikira sealiran dengan mereka akan mencetuskan evolusi pemikiran dan minat terhadap PAS. Peranan kita sebagai pemuda, bagaimanakah kita dapat menyelami dan mendekati golongan ini agar mereka inilah yang dapat di tarbiah supaya menjadi pewaris kepada perjuangan PAS di Kota Tinggi khasnya dan negara umumnya? Saya mengharapkan persoalan ini tidak dibiarkan begitu sahaja, perlu ada tindakan susulan daripada kita.

Mengimbas kembali helaian-helaian sejarah aktiviti DPPKT sepanjang sesi lalu, agar kita mendapat gambaran serba sedikit akan perjalanan DPPKT ini, bermula pada bulan Januari iaitu persiapan bagi menghadapi PRU 12 dengan kerja2 persedian bendera, risalah2 kempen pilihanraya, poster dan mesyuarat dengan kepimpinan negeri Johor bagi merangka pelan strategi. Memainkan peranan dalam menguruskan sistem multimedia bagi setiap ceramah yang di adakan. Di samping itu pemuda juga ditugaskan menguruskan kerja2 menampal poster baik untuk ceramah ataupun semasa PRU12 yang lalu.

Walaupun DPPKT mempunyai keahlian yang sedikit, namun dengan kekuatan dan iltizam sahabat2 , kita mempu menggerakkan jentera pemuda semaksima mungkin dan saya bersyukur kepada Allah SWT dengan komitmen, semangat juang dan didikasi sahabat2 semua. Berkat program pentarbiahan di dalam Lajnah Tarbiah yang di kemudikan oleh Ust. Syariful Annam, saya melihat akan keberhasilan program tarbiah ini. Program tarbiah yang digerakkan melalui usrah pemuda dan kawasan sepanjang minggu berterusan membawa impak positif terhadap pemahaman ahli2 PAS akan tanggungjawab mereka terhadap parti.

Unit Amal memainkan peranan sendiri dalam usaha mendekati masyarakat dengan pendekatan beramal kerana Allah mampu bergerak lebih jauh dalam menghalusi usaha dakwah ini. Unit Amal yang di ketuai oleh Sdr Zainuddin Bin Non berjaya menjadi penghubung antara PAS dan masyarakat luar dengan program rewang dalam majlis walimatulurus, baik dalam program parti maupun program luar. Unit Amal meneruskan kesinambungan imej tentera merah yang cukup dikenali oleh penduduk Kota Tinggi semasa mereka diuji dengan banjir dahulu.

DPPKT juga dalam rangka program bersama PAS Kws menjadi tulang belakang di dalam program yang dianjurkan oleh kws. Antaranya saya sebutkan di sini seperti program Konvoi Kembara Merdeka, Ihya Ramadhan, hari terbuka PAS Kws, penubuhan sekretariat Pakatan Rakyat disamping program ahli keluarga PAS Kws dan sebagainya.

Tidak dilupakan juga DPPKT memainkan peranan penting dalam menguruskan PASTI Kws Kota Tinggi yang kini bertambah menjadi 3 buah keseluruhannya. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan kekuatan menguruskan dan menubuhkan PASTI yang baru iaitu di Tg. Sedili.

Sahabat2 yang dikasihi sekelian, dalam perjuangan menegakkan daulah Islamiah ini, tiada yang mudah untuk di harungi. Melihat akan sejarah2 lampau perjuangan Islam, tiada yang mengambil jalan mudah untuk menemui Tuhan meraka dalam keadaan yang Allah redhai. Justeru itu, marilah kita sama2 memperkemaskan jentera pemuda untuk meneruskan kerja2 para Aulia sebelumnya. Semuga usaha kita yang sedikit dan tenaga yang sedikit akan mendapat keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi).


Saudara Mohd Faisul Bin Mohd Salleh, setiausaha DPPNJ berucap selaku perasmi.


April 18, 2009

Membazir Diadakan PRK












"KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Katanya, pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

“Perletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-63 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM).

Ditanya adakah perbuatan ADUN Penanti itu mengkhianati pengundi di kawasan itu, Najib berkata itu terpulanglah kepada rakyat."

Perhatikan untuk lima pilihan raya kecil terakhir yang dikendalikan iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau, kerajaan telah berbelanja RM33.4 juta!

RM2.4 juta bagi SPR dan RM31 juta dibelanjakan oleh pihak Polis.

Bagi SPR tu kita boleh terimalah, alasan diberikan bagi membayar kakitangan petugas, kos mencetak kertas undi dan yang berkaitan dengannya, pengangkutan termasuk helikopter di Batang Ai dan penginapan petugas. Tetapi mengapa mesti pihak polis berbelanja begitu banyak malah lebih banyak dari belanja SPR sendiri selaku pengurus pilihan raya?

Menurut akhbar tersebut perbelanjaan pihak polis melibatkan kos pusat sementara dan khemah (kebanyakkan yang berhawa dingin), logistik, pengangkutan, penginapan (dah ada khemah, ada pulalagi penginapan), sewa, bekalan letrik dan elaun “outstation”.

Pecahan belanja pihak polis adalah seperti berikut:

Permatang Pauh RM2.5 juta
Kuala Terengganu RM11.5 juta
Bukit Gantang RM7 juta
Bukit Selambau RM5 juta
Batang Ai RM5 juta

Inilah dikatakan oleh Perdana Menteri kita bahawa pilihanraya yang berterusan adalah membazir. Barangkali Najib lebih menggemari cara perampasan kuasa daripada pilihanraya. Sebab, sudah tentu dapat merampas kerajaan yang sedia ada tanpa perlu memerah tenaga dan wang ringgit dengan keputusan yang belum tentu memihak kepadanya. Melihat kepada trend pengundi ketika ini begitu digeruni oleh BN apatah lagi bila berlaku pilihanraya maka sudah pasti Najib terpaksa menggunakan intrument kerajaan untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Yang paling tidak disenangi, isu Antantuya akan kembali kedengaran sedangkan Najib cuba melupakan episod tersebut daripada diari rakyat. Susungguhnya pertempuran ini akan menguatkan lagi ikatan di dalam Pakatan Rakyat. Pilihanraya demi pilihanraya kecil akan mematangkan Pakatan Rakyat sebelum bertempur dalam Pilihanraya Umum yang ke-13 nanti.

~matahijauku~



April 17, 2009

Kursus Intensif AKRINE

Kursus Intensif Rawatan Islam akan di adakan di Johor Bharu.
Tarikh: 27-28 Jun 2009

Permohonan dibuka sekarang

Sila sms nama dan lokasi kursus ke 019-7584801. Kursus hanya akan dijalankan sekiranya bilangan peserta mencukupi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman blog AKRINE dengan [KLIK] disini.

~matahijauku~

April 16, 2009

Kerusi DUN Penanti Kosong

Desas desus mengatakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti kemungkinan dikosongkan telah menjadi kenyataan berikutan perletakan jawatan oleh Adunnya, Mohamad Fairus Khairudin (KeADILan).

Rakyat Malaysia akan melihat satu lagi episod haru biru kempen BN yang akan mempergunakan pilihanraya kecil ini sebagai platform untuk menghentam segenap sudut kepimpinan PKR. Umum sedia maklum sebelum ini bagaimana penasihat umum parti tersebut di serang seteruknya sehinggakan timbul isu liwat dengan Saiful yang sehingga kini masih lagi di dalam perbicaraan. Namun, percayalah oleh kerana terdapat pilihanraya kecil yang memang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh tidak mustahil isu ini akan dijaja disegenap ruang dan sudut Penanti tersebut.

Apapun, kita akan lihat perubahan tektikal transformasi UMNO, BN untuk menghadapi serangan jentera Pakatan Rakyat. Sudah pasti, isu Altantuya akan dihukumkan haram untuk dijadikan isu ketika itu. Rakyat akan melihat, adakah ini suatu referandum rakyat atau sebaliknya.

~matahijauku~


April 13, 2009

Sekitar Ceramah Pakatan Rakyat

















Ahad, 12 April 2009 Pakatan Rakyat Kota Tinggi yang diterajui oleh PAS telah mengadakan ceramah penerangan yang menampilkan penceramah pertama Saudara Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor & AJK PAS Pusat), penceramah kedua YB Br. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai & Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor) dan penceramah terakhir YB Mohd Nasir Mustafa (ADUN Kubang Rotan).

Ceramah berjalan dalam suasana yang dingin kerana disebelah petangnya berlaku hujan yang lebat. Ceramah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PAS Kota Tinggi, Tuan Hj. Kamaldin Bin Hj. Tahir yang memulakan ucapan terima kasih diatas sambutan kehadiran yang begitu menggalakkan. Beliau yang baru pulang daripada Bukit Gantang seminggu yang lalu menceritakan sedikit sebanyak pengalaman menarik ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini. Bagaimanapun beliau tidak mengambil masa yang begitu lama kerana menyedari ada tiga lagi penceramah yang menunggu untuk berceramah pada malam tersebut. Diakhir ucapannya sempat beliau mengusik hadirin dengan mengatakan baru-baru ini Unit Amal Kota Tinggi telah diarahkan bergerak ke Putrajaya dengan adanya tugasan penting yang perlu dilaksanakan. Hadirin mula tertanya-tanya akan perkara apa yang dimaksudkan tersebut. Rupa-rupanya, beliau maksudkan ialah Unit Amal ditugaskan mengangkat barang-barang Syed Hamid untuk dibawa pulang ke Kota Tinggi kerana tidak terpilih mengganggotai barisan kabinet Najib yang baru.

Penceramah pertama, Saudara Mazlan Aliman turut menceritakan pengalaman berhadapan dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimana ia menceritakan angin perubahan yang jelas ditunjukkan oleh komposisi kaum lain yang menyokong Pakatan Rakyat. Isyarat jelas yang ditunjukkan oleh rakyat diatas kesedaran BN tidak mampu mentadbir negara ini sebaik mungkin. BN yang masih dipalit dengan rasuah menjadi bahan kempen Pakatan Rakyat yang tidak mampu ditangkis oleh jentera pilihanraya BN. Disamping itu sikap keterbukaan masyarakat Tionghua diperlihatkan sepanjang kempen Pakatan Rakyat menandakan segala tohmahan BN yang bersikap perkauman ternyata meleset.

Penceramah kedua, YB Dr. Boo Cheng Hau pula tidak ketinggalan dalam mengulas isu yang sering dimainkan oleh media BN bagi melaga-lagakan kepimpinan DAP dan PAS serta PKR. Antaranya isu Apertheid yang heboh sejak kebelakangan ini. Namun itu tidak mematahkan semangat juang YB ini bagi mempertahankan apa yang telah dinyatakan dalam sidang yang lalu. Dalam masa yang sama, YB Dr. Boo juga menyatakan pendirian beliau tentang isu penggunaan petikan ayat Al-Quran sepertimana yang dicanang oleh media perdana sebagai menghina ayat suci Al-Quran. Dalam ucapannya, beliau meminta orang UMNO memperbetulkan bacaan orang Cina sekiranya apa yang dibacakan terdapat kesalahan bukannya dengan menghukumkan haram bagi orang bukan Islam membaca petikan ayat Al-Quran. Dengan cara itu berkemungkinan besar dapat menarik minat orang bukan Islam bagi membaca dan mengkaji isi kandungan ayat suci Al-Quran.

Terakhir, YB Mohd Nasir yang memulakan ceramahnya dengan menceritakan suasana hangat sekitar pilihanraya kecil Bukit Selambau dan bersesuaian sekali dengan tugas beliau sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Bkt Selambau. Beliau menceritakan secara lengkap kronologi sehingga berlakunya pilihanraya kecil dimana UMNO, BN memang tidak henti-henti mensabotaj ikatan Pakatan Rakyat bagi menidakkan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12. BN tidak dapat menerima kekalahan secara zahirnya, lantaran itu berbagai strategi diatur bagi memporak perandakan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Dalam ceramahnya juga beliau menyentuh tentang sokongan masyarakat Siam yang cukup padu terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Kedah khususnya sehinggakan ceramah bagi majoriti masyarakat Siam ini diadakan didalam Rumah Ibadat masyarakat Siam. Ini memberikan satu keyakinan bahawa Pakatan Rakyat sekali lagi akan memenangi PRK tersebut. Ditambah dengan kewujudan 13 calon bebas yang memang ditaja oleh pihak-pihak tertentu begi memecahkan undi kepada calon yang ditampilkan oleh PR. Namun akhirnya, rakyat mengembalikan mandat kepada calon PR.

Ceramah berakhir sekitar jam 11:50 malam dalam keadaan orang ramai berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan. Diharapkan ini dapat membuka minda orang yang mendengarnya dan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi menumbangkan BN dalam PRU yang akan datang. InsyaAllah dan kemenangan ini merupakan referundum rakyat terhadap kerajaan kepimpinan Najib yang baru.




















~matahijauku~


April 09, 2009

Cadangan Dr Mohd Asri Tentang Pembentukan Kabinet Baru

Saya mencadangkan agar pihak yang akan membentuk kabinet baru bagi pentadbiran negara mengambil kira secara bersungguh-sungguh tentang amanah yang dipikul dan menilai keperluan semasa politik negara. Bertitik tolak dari perintah Allah dalam Surah al-Nisa ayat 58: (maksudnya) “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak” maka saya mencadangkan beberapa perkara;

  1. Anggota kabinet yang hendak dibentuk hendaklah benar-benar dipastikan bersih dari segala unsur yang boleh merosakkan negara. Mereka yang mempunyai rekod buruk, atau telah meleburkan kepercayaan rakyat hendaklah dipinggirkan. Jika tidak, perlantikan tersebut adalah pengkhianatan.
  2. Anggota kabinet yang hendak diberikan amanah kepimpinan hendaklah benar-benar atas asas kemampuan dan kecekapan dalam bidang yang diamanahkan. Dengan itu, seseorang sekalipun anggota kuat parti yang memerintah, atau ahli Majlis Tertinggi tidak boleh dilantik jika tidak mempunyai kewibawaan dan kecekapan.
  3. Saya mencadangkan perlantikan anggota kabinet merentasi sempadan parti pemerintahan. Dalam ertikata lain, tokoh professional atau ahli politik parti pembangkang, atau bebas terutama jika mereka anggota parlimen yang berwibawa dan mahir dilantik dalam kabinet yang hendak dibentuk. Ini tidak semesti menunggu kerajaan campuran, sebaliknya dilantik sesiapa sahaja anggota pembangkang yang berpotensi menunaikan amanah dengan cemerlang. Jika ini berlaku menunjukkan kesungguhan kerajaan menjaga perpaduan dan membangunkan negara bukan sekadar menjadi kepentingan parti semata. Dengan perlantikan seperti itu, ketelusan, kewibawaan dan kepercayaan rakyat terhadap kabinet negara akan ditingkatkan. Hendaklah kerajaan sedar, peranan para menteri bukan untuk kepentingan yang terbatas bagi sesebuah parti politik sahaja, sebaliknya, ia adalah demi kepentingan rakyat awam yang merentasi sempadan kepartian dan puak. Negara mesti bergerak ke arah politik yang lebih matang.

Sekian, saya mencadangkan,
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
30/3/09, Dubai [link]

BN Menuju Transformasi Kehancuran

Kemenangan PAS di PRK Bukit gantang dan PKR di Bukit selambau sekali lagi memberi kejutan yang hebat selepas Pakatan Rakyat telah pun menawan Parlimen Kuala Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Permatang Pauh. Entah apa yang tidak kena dengan UMNO parti yang didominasikan oleh orang Melayu sebagai kepala keretapi dan kaum-kaum lain sebagai gerabaknya hilang populariti dalam arus perdana politik tanah air. Penganalisis politik telah merungkai banyak faktor kejatuhan UMNO dan rasionalnya UMNO-BN dalam politik abad ke-21 ini.

Pemberian undi yang besar oleh masyarakat Cina di Kuala Sepetang dan orang India di beberapa tempat khususnya di Simpang Halt sekaligus menguburkan BN dan memenangkan PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihanraya umum ke -12. Apakah sebabnya orang Cina mampu hidup dengan Pakatan Rakyat. Apakah protes sebenar yang mahu ditunjukkan oleh pengundi Cina dan India terhadap BN yang selama ini didokongnya melalui MCA dan MIC.


Sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian masyarakat Cina dan India sudah pun memberi isyarat kemenangan kepada Pakatan rakyat apabila menurunkan jentera-jentera mereka yang bernaung di bawah Kelab Penyokong PAS seluruh negara berkampung di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk membantu jentera PAS berkempen. Kehadiran mereka ini menyuntik semangat pengundi-pengundi Cina dan India untuk mencalit lambang bulan di kertas undi dan sekaligus memberikan PAS dan PKR juara dalam peperangan di dua bukit walaupun terpaksa akur dengan kekalahan di Batang Ai.


UMNO-BN yang masih berlabelkan semangat Melayu akhirnya terpaksa tunduk dengan kuasa rakyat yang tidak lagi mahu bersekongkol dengan pemimpin -pemimpin UMNO yang terang-terangan menghalalkan politik wang dan rasuah walaupun UMNO sendiri telah mewujudkan Biro Disiplin untuk mengekang penularan politik wang di kalangan UMNO dan nampaknya biro ini tidak begitu berfungsi dengan baik sehinggakan beberapa keputusan telah mencetuskan kemarahan di kalangan UMNO sendiri.


UMNO yang pernah menggunakan moto " Bersih Cekap dan Amanah" nampaknya tidak begitu bersih apabila cuba melindungi orang-orang tertentu yang rakyat nampak bersalah dan memperkotak- katikkan undang-undang dalam beberapa isu dan menyebabkan gambar dacing yang sebelum ini nampak seimbang sudah semakin senget di mata rakyat. beberapa pemimpin kanan yang disiasat oleh SPRM sebelum menjelang pemilihan agung UMNO dan Pilihanraya kecil di tiga kawasan sekali lagi memalitkan lumpur yang sukar dibersihkan. Rakyat akan melihat bahawa pemimpin UMNO memang gemar menggunakan wang ringgit sebagai jalan singkat bagi memenangkan satu-satu kelompok. Rakyat tidak akan merestui tabiat begini dan rakyat perlu tunjukkan bahawa pilihanraya adalah hak rakyat dan rakyat adalah penentunya.


Ramai pelancong politik yang bertandang ke Bukit Gantang hadir atas nama penganalis bebas dan memantau keikhlasan sebenar UMNO dalam menambat hati pengundi. Apa yang menyedihkan mereka masih ada segelintir jentera-jentera UMNO yang cuba menyogok dengan bermcam-macam habuan seperti basikal, beras, gula dan ayam. Di Kg. Cheh sebagai contohnya disogokkan dengan ayam satu lori sehingga mencetuskan insiden kecil di kalangan penyokong UMNO sendiri yang berebut-rebut untuk mendapatkan ayam sehingga memaksa polis campur tangan. Sekiranya UMNO ikhlas untuk membantu rakyat, UMNO perlu melakukan khidmat dan bantuan ini berterusan bukannya hanya pada musim pilihanraya sahaja. Tabiat ini menyebabkan rakyat merasakan UMNO masih gemar menggula-gulakan rakyat dan memperbodoh-bodohkan rakyat hanya semata-mata untuk mendapatkan undi dan selepas itu dibiarkan rakyat hidup sengsara tanpa perhatian.

Beberapa pemimpin UMNO-BN pula tidak mencerminkan pemimpin yang berjiwa rakyat dan lebih banyak mementingkan kroni-kroni untuk habuan projek-projek besar dan bernilai tinggi. Ahli puteri UMNO sewaktu meraih undi agak ligat dan tidak mencerminkan Melayu Islam yang terlompat-lompat sehingga hilang adat kesopanan atas nama wanita Melayu.

Rakyat sekarang tidak sebodoh dulu. Mereka ini telah mendapat maklumat yang secukupnya melalui internet. Rakyat bukan lagi berkiblatkan Utusan Melayu, Berita harian dan beberapa media yang dipengaruhi kerajaan tapi mereka sudah mampu membawa maklumat ke bilik tidur mereka dengan jaringan internet yang luasnya tanpa sempadan. Maklumat yang diterima akan dianalisis dan diperhalusi dan akhirnya diterjemahkan di kertas undi.


Tahniah atas kejayaan PAS dan PKR di kedua-dua Bukit ini. Kemenangan ini merupakan kemenangan rakyat yang semakin hari semakin bijak berpolitik. Tiga parti PAS, PKR dan DAP yang berada sebumbung atas nama Pakatan Rakyat adalah bukti penyatuan kaum tanpa mengira agama dan warna kulit. Kemenangan PAS di Bukit Gantang adalah mesej jelas bahawa rakyat bencikan politik perkauman yang hanya mengundang kepada perpecahan.

Renungan Buat UMNO

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. PR telah menang dan UMNO telah kalah. UMNO pula tidak wujud di Sarawak. Maknanya yang menang di Sarawak bukannya UMNO. Tahniah dan syabas kepada semua pengundi dan petugas serta mereka yang mendoakan kejayaan PR dalam PRK ini....

Tetiba teman teringat pada MB D'Pulau. Mane idaknye, sepanjang jalan di PRK Bukit Gantang, gambor Zambry sama banyak dengan gambor Mail dan Najib. Gambor berdacing. Berbeza dengan PAS, gambor MB Nizar jer yang banyak. Malunye, tiga dacing lawan satu bulan. Bulan yang satu tu boleh kalahkan tiga dacing. Udahler kalah, tuaih teruih. Langsung tak berterima kasih pada pengundi deme.

Apa khabor Dr. Zambry Kadir? Mike tahukan, bahawa rakyat memang tidak restu mike jadi MB. Rakyat Perak tak sior mike jadi MB. Mike telah derhaka kepada rakyat Perak. Apa lagi alasan mike selepaih ini? Apa lagi alasan yang akan mike sebut untuk menghalalkan yang mike itu MB Perak? Ciptaler 1001 alasanpun, jawapannya, majoriti rakyat tak akan percaye.

Tempoh edah kerajaan Perak cuma tinggal 40 hari lagi. Jikalau sehingga 15 Mei 2009, DUN Perak tidak bersidang, seluruh rakyat Perak kene ngundi lagi. Orang Bukit Gantang sekali lagi akan mengundi dalam masa 40 hari ini. Tapi mike udah tentu ada rancangan lain. Rancangan untuk halalkan ape sajer walaupun terpaksa melanggar perlembagaan. Rancangan untuk tak bubar DUN. Tapi kalo DUN tak dibubarkan, apa yang mike boleh buat dengan kuasa mike itu? Jawatan mike itupun belum tentu sah lagi. Mana ada pegawai kerajaan yang berani nak sain projek. Dulu bolehler. Suruh sain deme terpaksa juga sain. Tapi sekarang, mampuih deme tak sior sain. Kalo silap sain, nanti ke dalam.

Teman ghase mike udah nyesei jadi MB. Tapi maluler kalo kate nyesei. Oghang UMNO mane ade ghase malu. Bangge aper dapat nonggeng ponggong bile keter lalu. Bangge aper bile dapat peluang londehkan seluar srikandi. Bangge aper bila FRU iring hantu dalam bas. Bangge aper bila kalah dalam PRK. Temanpun numpang bangge bila kome bangge macam itu.

Untuk Mail Pian, pengundi Bukit Gantang bukan nolak mike. Deme getik bebenor pada Zambry dan Najib. Oleh kerana mike berkawan dengan Najib dan Zambry, mikepun deme getik sama. Ituler lain kali bila nak cari kawan, jangan cari macam Najib atau Zambry. Cariler yang macam MB Nizar. Gerenti MB Nizar tak benorkan lagi mike ke Danok. Tentu MB Nizar akan tunjuk ajor mike sehingga boleh jadi imam di Masjid Simpang.

Kepada Najib, rakyat amat percaye yang mike terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Mike liat bebenor nak nyaman Liberation. Mike sanggup ditohmah dan dihina oleh rakyat sendiri kerana melindungi Liberation. Rakyat udah cemuih dengan mike. Kerana cemuihkan mikeler, UMNO yang jadi busuk sebusuk busuknye.

Kome yang masih nyokong UMNO, pikioler semula. Apakah UMNO masih relevan dalam PRU 13 nanti. Tak perasan ker kome di sepanjang tempoh kempen dan pengundian tadi, UMNO telah hilang serinye walaupun dibariskan dengan puteri yang cantik jelita. Sebelum ini banyak kenderaan yang bawak bendera UMNO. Tapi tadi udah terbalik. Bendera PAS pulak yang deme ikat pada kenderaan deme. Kenderaan yang tak taruk apa-apa bendera, angkat tangan pulak pada petugas PAS. Apa maknanye itu? Takkan kome oghang UMNO tak paham-paham?

Sumber [link]