Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

August 20, 2009

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam.

Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu. Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

















Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir. "Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya. Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, jua pun kebaikan-kebaikan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya..

Ni kira yang terbaik dah ni Tengku..pasal dia songlap sikit saja.. kalau yang lain-lain tu depa songlap lagi banyak..


Mainan politik BN di Permatang Pasir

Ini adalah risalah yang di jumpai oleh petugas-petugas Pas semasa meninjau di persekitaran UPU Pelet. Di percayai ianya diedarkan diseluruh DUN Permatang Pasir. Siapakah empunya angkara yang masih mengamalkan propaganda era 80 an ini? Perkara ini telah lama diperjelaskan oleh kepimpinan Pas tetapi malangnya Umno yang tidak mempunyai modal untuk menghentam Pas telah memilih untuk menggunakan kaedah ini. Adakah pengundi di Permatang Pasir mudah termakan akan dakyah seperti ini?

Kita lihat keputusannya nanti yang akan menterjemahkan segalanya.


































































































Kerja propaganda Umno, BN.

August 15, 2009

Surau yang terbiar

Dalam seminggu yang lepas, YDP bersama-sama dengan kepimpinan Pas Cawangan Tanjung Sedili telah meninjau ke sebuah surau yang terbiar tanpa apa-apa tindakan lanjutan daripada pihak Jabatan Agama Islam Kota Tinggi. Berikutan aduan yang di terima daripada penduduk setempat, pihak kami terpanggil untuk melihat sendiri akan keadaan yang sebenar.

Apa yang begitu dikhuatiri oleh penduduk setempat, surau yang terbiar tersebut kini di jadikan tempat penginapan beberapa pekerja warga Indonesia yang di katakan berkerja di kampung tersebut. Yang menjadi persoalan di situ akan kebenaran yang di perolehi untuk membenarkan surau tersebut di jadikan sebagai tempat penginapan. Perlu ada tindakan susulan daripada pihak Jabatan Agama dalam persoalan ini samada untuk memelihara surau tersebut atau sebaliknya. Di maklumkan kepada kami bahawa kebenaran menempatkan sekumpulan pekerja Indonesia di situ atas kebenaran salah seorang daripada penduduk kampung yang dipercayai mempunyai kekuasaan politik di situ.

Semuga pendedahan ini mendapat tindakan selanjutnya daripada agensi yang terlibat.

































Sekelilingi surau di penuhi dengan semak samun.





























































Anjing kelihatan berkeliaran di sekitar tapak surau. Sementara itu, YDP menunjukkan tempat penternakan ikan yang bersebelahan dengan surau tersebut.

August 14, 2009

Lawatan Timbalan Presiden













































































































































Memorandum Bantahan Sek Agama Johor














































Gambar penyerahan memorandum bantahan keatas masa depan Sekolah Agama Johor yang dilaporkan bakal berkubur menjelang 2011. Bagi anda yang perihatin tentang sistem persekolahan agama tradisi Johor, sama-samalah berdoa akan kesinambungan sistem pendidikan agama yang telah lama diterajui oleh Kerajaan Negeri Johor. Yang paling mudah untuk mempertahankan sistem pendidikan ini ialah dengan menumbangkan Umno dalam pilihanraya yang akan datang.

August 12, 2009

Local Agenda 21 Di batalkan?


























Setelah hampir sebulan wakil setiap taman yang terlibat di dalam program Local Agenda seperti yang di rancang oleh Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) bermesyuarat untuk menjayakan program tersebut tiba-tiba dua hari sebelum tarikh yang di persetujui bersama iaitu berlangsungnya seisi dialog bersama rakyat pada 9 Ogos 2009 di batalkan dengan tergesa-gesa. Pembatalan program tersebut hanya di maklumkan melalui surat yang di edarkan kepada setiap wakil daripada taman masing-masing seperti Taman Hijrah, Taman Guru, Jalan Kota Kechil, Jalan Mohideen serta Jalan Mohaman tanpa sebarang alasan. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi di atas tindakan tersebut.

Seperti yang di ketahui, setiap taman yang terlibat didalam Local Agenda ini telah bermesyuarat dan melantik ahli jawatankuasa masing-masing bagi melibatkan dengan sebarang program seperti gotong royong dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka juga telah bersedia dengan soalan masing-masing untuk seisi dialog. Kerana telah dimaklumkan kepada mereka bahawa di dalam seisi dialog tersebut yang melibatkan berbagai agensi kerajaan yang lain yang akan responsif segala pertanyaan penduduk yang berkaitan dengan keselesaan mereka. Sememangnya daripada responsif penduduk yang terlibat, masing-masing begitu teruja dengan soalan masing-masing yang sekian lama terpendam ataupun sebelum ini yang telah membuat laporan tetapi masih di peram oleh agensi yang terlibat.

Berpegang pada aspirasi PM, Rakyat di utamakan, Pencapaian di dahulukan, kami menuntut kepada MDKT agar dapat meneruskan Local Agenda ini bagi kepentingan rakyat. Jangan biarkan penduduk yang terlibat dalam Local Agenda tersebut tertanya-tanya akan pembatalan program tersebut. Ketepikan soal politik, setiap agensi yang terlibat perlu melihat akan keutamaan penduduk yang membayar cukai kepada mereka dan sememangnya menjadi hak mereka menuntut sesuatu yang bermanfaat daripada agensi kerajaan yang terlibat. Jangan di sebabkan segelintir makhluk yang terdapat di dalam struktur kerajaan tersebut yang mempunyai kepentingan politik maka hak penduduk di ketepikan begitu sahaja. Agensi kerajaan tempatan perlulah bertindak proaktif dalam hal berkaitan, jika rakyat lewat membayar cukai sudah tentu akan di kenakan kompaun tetapi jika kerajaan tempatan melengah-lengahkan kepentingan rakyat...kemanakah aduan hendak di buat? Selama ini pelbagai laporan kerosakan telah di adukan kepada agensi-agensi tertentu tapi tindakan susulan teramatlah mendukakan.

Jadi, minta kepada MDKT agar dapat bertindak secara rasional akan program Local Agenda ini. Kami menantikan jawapan yang lebih rasional.

~matahijauku~

August 11, 2009

Majlis Ceramah Pakatan Rakyat Kota Tinggi

Alhamdulillah, memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas keizinannya dapat Pas dan PKR Kota Tinggi atas wadah perjuangan Pakatan Rakyat berhasil menganjurkan ceramah dengan dihadiri oleh kesemua penceramah yang di undang. Malam yang pada awalnya kelihatan lesu dapat dihangatkan oleh hujah-hujah penceramah yang sememangnya berpotensi menjadi penceramah yang disegani.

Bermula dengan ucapan Saudara Onn Bin Jafar selaku mantan calon PAS bagi Parlimen Kota Tinggi yang bertanding semasa PRU 12 yang lepas, menggantikan YDP Pas Kota Tinggi menyampaikan ucapan alu-aluannya dengan ungkapan mengutuk keganasan dan kezaliman Polis yang secara sah diperkudakan oleh pemimpin Umno. Umno yang ketika ini dilihat semakin lemah, hanya bergantung pada beberapa kerat pegawai kerajaan untuk memberi bantuan oksigen pada mereka. Tindakan ganas pihak Polis semasa perhimpunan Mansuhkan ISA tempohari membuktikan Umno sebenarnya sedang menggunakan talian hayat untuk mereka terus berkuasa.

Penceramah seterusnya iaitu Saudara Ahmad Bin Ton selaku Naib Pengerusi DAP Johor pula mengajak orang Melayu agar tidak terus dimomok-momokkan dengan parti DAP kerana terbukti DAP bukanlah parti racist atau perkauman yang hanya membenarkan satu kaum sahaja menjadi ahlinya. Tindakan Umno memainkan isu perkauman kepada orang Melayu dengan menakut-nakutkan orang Melayu akan nasib mereka sama seperti orang Melayu di Singapura apabila kekuasaan politik diberikan kepada DAP. Sebaliknya beliau menegaskan Umno, BN lah parti yang mengamalkan dasar perkauman dengan menyatakan MCA lebih kepada perjuangan bagi kepentingan kaum mereka, begitu juga dengan MIC dan Umno itu sendiri. Masing-masing mengejar kepentingan sendiri.


Slot berikutnya di isi oleh Ust Mohd Azam bin Abd Razak selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Atas kapasiti beliau sebagai Ketua Penerangan, beliau menjelaskan dalam ceramah tersebut soal akidah, soal perjuangan yang di bawa oleh PAS berbanding Umno yang lebih mementingkan soal assobiyah. Beliau menjelaskan dalam perbandingan pemerintahan Nabi Muhammad saw dan pemerintahan yang dilakukan oleh Umno yang kabur dalam mengambil dasar pemerintahan dan perjuangannya. Umno atas nama itu sendiri tidak memperlihatkan dasar perjuangannya..melayukah atau golongan bangsawan di dalam Umno? Sebaliknya tegas beliau, PAS sentiasa mendukung undang-undang Islam yang terkandung di dalamnya suatu hukum yang lengkap sebagai pedoman untuk manusia. Bodohlah manusia yang tidak mengambil isi kandungan tersebut yang di cipta oleh penciptanya iaitu Allah yang lebih mengetahui akan manusia sebagai makhluk ciptaannya. Atas dasar inilah, PAS sentiasa komited dalam memartabatkan daulah Islamiyah terus subur di muka bumi ini.

Mempersoalkan akan ISA yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri yang meletakkan hak keadilan di peringkat tertinggi dalam menghukum sesuatu perkara, PAS sentiasa menyokong akta zalim ISA ini di hapuskan terus. Bayangkan, hanya dengan pendapat dan arahan seorang Menteri, seseorang itu boleh ditangkap dan disumbat ke penjara atas nama menjaga ketenteraman awam sedangkan tiada pembuktian tentang kesalahan yang di lakukannya. Beliau menegaskan lagi, semasa di zaman Tun Razak, ISA ini khusus di gunakan untuk membenteras kegiatan komunis di tanah air ini tetapi selapas daripada itu ISA digunakan sewenang-wenangnya kepada musuh politik mereka. Beliau juga mengambil contoh di zaman Nabi Musa a.s ketika berdepan dengan Firaun yang terkenal dengan kezalimannya, Firaun masih mangajak Nabi Musa memperlihatkan mukjizatnya bilamana berdepan dengan tukang-tukang sihir mereka. Bermakna, Firaun masih memberi ruang dan membuktikan kenabian Nabi Musa dalam membuktikan beliau sebenarnya utusan Allah. Kalau Firaun masih menggunakan ruang untuk Nabi Musa membuktikan beliau seorang Rasul, apakah istimewanya ISA ini yang menafikan hak seseorang yang disyaki bersalah tanpa di buktikan kesalahannya?


Yang terakhir berceramah pada malam tersebut iaitu Saudara Fariz Musa, Timbalan AMK Pusat. Beliau yang sebelum ini merupakan bekas ahli Umno merangkap Ketua Penerangan Pemuda, melemparkan kenyataan bahawa Umno memang tidak berniat untuk meletakkan siasah di dalam agama. Sepertimana yang dinyatakan, manusia dipilih untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan muka bumi ini mengikut acuan yang telah di gariskan oleh Islam. Meletakkan agama dalam semua urusan dunia, bukannya mengasingkan antara agama dan politik. Beliau menjelaskan, Umno lebih dilihat sebagai parti yang kuat menipu..UMNO ialah Umno, Menipu NOmbor 1. Dalam Umno pula, yang dikatakan pengkhianat besar ketika ini adalah Muhyiddin Yassin yang sebelumnya ini pernah menjadi Menteri Besar Johor yang menjual tanah-tanah orang Melayu kepada taukeh-taukeh padang golf, Nirvana serta kondo mewah ketika itu. Siapa yang menukarkan cuti mingguan Johor daripada Jumaat kepada Ahad? Bagaimana pula dengan skim ASJ?

Dalam ceramahnya lagi, Umno ketika ini cukup bernafsu untuk merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat sepertimana yang telah diusahakannya di Perak dengan sekali lagi memperkudakan institusi kerajaan seperti Polis, SPRM dan Jabatan Kehakiman. Ini diperlihatkan dengan jelas akan keterlibatan Ketua Hakim dan Polis dalam usaha menyelamatkan Umno daripada terus longlai selepas kekalahan teruk PRU yang lepas. Juga atas usaha mereka merampas Perak ketika itu. Terlalu banyak bukti-bukti yang sehingga kini masih dibekukan seperti dulunya kes di Bt Burok yang mana mangsa kekejaman Polis di dakwa, manakala kes Beng Hock ini di segerakan siasatannya sehingga membawa kepada kematiannya sedangkan kes Khir Toyo dengan rumah ala Balinya terus di peti sejukkan.

Diakhir ucapannya, beliau mengajak pendengar yang hadir pada malam tersebut agar berani membuat perubahan. Tinggalkan label Umno itu Felda dan Felda itu Umno. Buat perubahan untuk kesejahteraan dan keadilan semua.

~matahijauku~

August 10, 2009

14 Golongan Yang Dilaknat Allah

1. Golongan yang tidak percaya kepada Al-Quran.
Pada zaman Rasulullah SAW terdapat golongan yang telah mendustakan wahyu yang disampaikan oleh baginda dan menuduh bahawa Al-Quran itu ciptaan baginda. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka)." (Al-Ahzab:64)

2. Orang-orang yang ingkar terhadap kebenaran hukum Al-Quran (apabila suatu hukum diturunkan, mereka menolak dan tidak bersetuju dengan hukum berkenaan).
Firman Allah SWT: "Dan setelah datang kepada mereka Al-Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir. Maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah ke atas orang-orang yang ingkar itu." (Al-Baqarah:89)

3. Golongan yang menyembunyikan kebenaran Al-Quran seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkn berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknat." (Al-Baqarah:159)

4. Golongan yang memeluk Islam namun mereka tidak yakin tentang Islam, contohnya perkara berkenaan dosa, pahala, syurga, neraka dan lain-lain.
Firman Allah SWT: "Mereka itu, balasannya ialah: bahawasanya laknat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) laknat para malaikat dan manusia seluruhnya." (Ali Imran:87)

5. Mengelirukan makna-makna perkataan dalam agama.
Firman Allah SWT: "Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: "Kami mendengar", tetapi kami tidak mahu menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula): "Dengarlah", sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan): "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan: "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, kerana kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis." (An-Nisa':46)

6. Melanggar larangan Allah.
Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, berimanlah kamu kepada apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu sebelum Kami mengubah muka(mu), lalu Kami putarkan ke belakang atau Kami kutuki mereka sebagaimana Kami telah mengutuki orang-orang (yang berbuat maksiat) pada hari Sabtu dan ketetapan Allah pasti berlaku." (An-Nisa': 47)

7. Mengambil sebahagian ajaran Al-Quran.
Firman Allah SWT: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al-Kitab? Mereka percaya kepada jibt dan taghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Makkah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman. Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah. Sesiapa yang dikutuk Allah, nescaya kamu sekali-kali tidak akan memperoleh penolong baginya." (An-Nisa':51 - 52)

8. Munafik.
Firman Allah SWT: "Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah melaknati mereka, bagi mereka azab yang kekal." (At-Taubah:68)

9. Membunuh orang beriman/mukmin.
Firman Allah SWT: "Dan sesiapa yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya." (An-Nisa': 93)

10. Berdusta terhadap Allah SWT.
Firman Allah SWT: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim." (Hud:18)

11. Menuduh wanita mukminah melakukan zina.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar." (An-Nur:23)


12. Merosakkan perjanjian dan membuat kerosakan di bumi.
Firman Allah SWT: "Orang-orang yang merosakkan janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam)." (Ar-Ra'd:25)

13. Zalim.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku." (Al-Mukmin:52)

14. Tidak mengambil iktibar dari ajaran Al-Quran.
Firman Allah SWT: "Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan dipekakkan telinganya dan dibutakan penglihatan mereka. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?" (Muhammad:23 - 24)

Dipetik daripada Majalah Anis keluaran Julai 2009 oleh melukut.com

August 08, 2009

Dedicated to Datuk Ibrahim Ali : Why I'm Pro-ISA

Why I’m Pro-ISA
I am pro-ISA because I have no desire to live in a democratic society.
I am pro-ISA because I rather live in a society where the rule of law does not prevail.
I am pro-ISA because I rather be governed by arbitrary whims of some individuals.
I am pro-ISA because I support Umno/BN and do not want to give up power.
I am pro-ISA because I would rather see Umno hold on to power at any cost.
I am pro-ISA because I am afraid that Umno will lose its stranglehold on the country.
I am pro-ISA because I don’t care if that law is immoral.
I am pro-ISA because I don’t value human rights.
I am pro-ISA because I don’t know any better.
I am pro-ISA because I find a false sense of security is better than being just.
I am pro-ISA because I cannot figure out the difference between just and unjust.
I am pro-ISA because I rather support a corrupt regime than seek justice.
I am pro-ISA because I feel having a right to trial is overrated.
I am pro-ISA because I could care less about abuse of power.
I am pro-ISA because I am not bothered if we practice torture.
I am pro-ISA because I am in favour of political persecution.
I am pro-ISA because I am afraid of free speech.
I am pro-ISA because I don’t know how to engage in open dialogue.
I am pro-ISA because I am afraid of being exposed.
I am pro-ISA because I endorse one-party rule.
I am pro-ISA because I prefer to live in an authoritarian state.
I am pro-ISA…because I am delusional.

Ko pilih la mana satu alasan nak bagi pasal sokong ISA. Jangan pulak nanti tiba PRU-13 ko yang beria-ia nak sokong mansuhkan akta drakonian ni. Almaklum la..... putera katak.

August 03, 2009

Pengalaman Perhimpunan Mansuhkan ISA

Terpanggil untuk turut serta dalam demo pemansuhan akta zalim dan ketinggalan zaman, ISA begitu kuat. Dalam kekuatan meninggalkan rumah untuk menuju ke bandaraya yang bukan menjanjikan keindahan pada hari tersebut. Seperti yang dirancang, penulis bersama-sama dengan ahli PAS dari Kota Tinggi dan pemuda Tenggara yang cintakan keadilan terus melangkah ke bandaraya Kuala Lumpur seawal jam 8 pagi. Perjalanan yang begitu lancar cuma beberapa sekatan jalanraya seperti di Kluang dan lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tangkak tidak mematahkan semangat kami untuk turut merasai ketidakpuasan hati membantah akta yang zalim ini. Sahabat-sahabat yang terlebih dahulu sampai di Kuala Lumpur turut memberikan info berguna kepada kami bagi mengelak kesesakan lalulintas yang sememangnya di rancang oleh pihak keselamatan bagi memberikan gambaran awal akan berlaku rusuhan di sana.



Setibanya di Plaza tol Sg. Besi menuju ke Sg. Besi, kami sudah dapat mengesan akan berlaku kesesakan jalanraya disebabkan sekatan yang di buat oleh pihak polis. Dalam keadaan hati yang gundah gulana melihat beberapa 'notis board' yang memaparkan info penutupan jalanraya di sekitar Jalan Istana mengesahkan ramalan awal kami. Melihat akan kesesakan yang begitu teruk, kami memutuskan untuk meletakkan kenderaan kami di Mid Valley dan seterusnya menaiki komuter untuk ke destinasi yang di tuju ketika jam menunjukkan pukul 12:15 tengahari. Tanpa melengahkan masa, kami terus mendapatkan tiket untuk ke Stesyen KTM Kuala Lumpur. Suasana di sekitar Mid Valley begitu bersahaja, orang ramai seperti tidak mengambil kesah, masing-masing dengan aktiviti harian mereka. Sehinggalah jam 12:30, bila sahaja menaiki komuter tersebut, penulis sudah dapat melihat akan kepadatan penumpang yang entah dari mana datangnya..suasana bersesak-sesak serta berhimpitan. Penulis cuba meninjau di sekitar penumpang komuter tersebut, sudah terlihat mereka yang memakai baju yang tertera Mansuhkan ISA dan baju-baju berwarna merah serta hitam. Rasanya mereka turut sama ke destinasi yang sama dengan penulis.



Memang tepat jangkaan penulis, kebanyakan mereka yang ada di dalam komuter tersebut turun di Stesyen yang sama. Keluar daripada laluan penumpang, sudah dilihat anggota polis bertugas di situ dengan mengarahkan orang ramai agar tidak menunggu di stesyen tersebut. Penulis bersama kawan-kawan memutuskan untuk terus ke Centre Market. Penangkapan pertama ketika sampai di situ sudah mula kelihatan dengan beberapa peserta demo yang memakai pakaian yang tertulis Mansuhkan ISA dibawa ke dalam Black Maria. Kelihatan pelbagai pemberita sudah mula berkumpul di situ untuk mendapatkan bahan berita. Kawasan sekitar CM sudah di penuhi oleh anggota polis yang berpakaian lengkap dan juga preman yang membawa 'cable tie'. Turut berada di sekitar kawasan tersebut, unit anjing yang bersedia menerkam sesiapa sahaja menurut arahan tuannya. Samalah juga anjing-anjing yang turut berada di situ yang sedia menurut arahan pihak atasannya.



Penulis meneruskan langkah untuk terus ke Mesjid Negara kerana pada waktu tersebut sudah kedengaran laungan azan. Mencari laluan untuk ke Mesjid Negara, penulis dapat berjumpa dengan beberapa sahabat-sahabat dari kawasan lain. Langkah terus di susun rapi menuju ke Mesjid Negara. Terkejut dengan panorama yang di lihat di sekitar Mesjid Negara yang di penuhi dengan kebanyakan anggota polis yang di kerah menjaga laluan masuk ke Mesjid Negara dengan hanya satu laluan sahaja di buka. Melihat akan kebanjiran anggota polis yang ada di kawasan itu, mengingatkan penulis seolah-olah berada di Masjidil Aqsa yang dipenuhi dengan askar Israel yang sedang mengawal umat Islam beribadah di situ. Satu fenomena yang begitu asing bagi penulis.
Selesai menunaikan solat, sudah kedengaran di bawah sana laungan takbir bergema serta laungan hidup rakyat mula memecah kesunyian di Mesjid Negara. Dari satu sudut pula, penulis dapat melihat seperti berlaku pergelutan di antara penyokong GMI dengan anggota polis. Kemudian bermulalah perarakan para demontrasi menuju ke Sogo. Di situlah penulis melihat lautan manusia memenuhi jalan yang memang menakjubkan. Masing-masing dengan peralatan penutup muka, sapu tangan yang siap di basahkan serta air mineral sebagai langkah berjaga-jaga. Perarakan diteruskan sehingga sampai di persimpangan 'fly over/Bank Rakyat' menuju ke Sogo bilamana pihak polis mula menutup laluan tersebut. Maka di sinilah bermulanya episod polis melepaskan gas pemedih mata dan pancuran air berasid yang mula memecahkan sekumpulan peserta demo tersebut. Apa yang dapat dilihat di sini, pihak polis menggunakan kuasa yang ada padanya terus mengarahkan bersurai dan dalam masa yang sama mula memancutkan air berasid serta lepasan gas pemedih mata. Rasanya kali ini peritnya merasai kepedihan, kesesakan nafas, kepanahan muka menahan sakit akibat daripada gas tersebut. Apa yang dapat di katakan pada kali ini, ada peningkatan atau gas tersebut seperti di up-grade dengan kesan yang lebih besar. Mungkinlah ada benarnya seperti yang di katakan kesan daripada perjumpaan Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel, maka gas pemedih mata dapat di up-grade kesannya.
Dalam pada itu, para peserta demo sudah mula berpecah. Penulis dapat melihat bagaimana segelintir orang tua, makcik serta wanita yang terkena air berasid membersihkan badan dengan menyiram air di tepi longkang sementara peserta demo mula bergerak balik ke arah Mesjid Negara. Ada juga peserta demo yang membawa garam memberikan kepada mangsa-mangsa yang terkena gas pemedih mata. Penulis turut juga merasai bagaimana pedihnya, sakitnya tekak, serta sukar untuk bernafas apabila terhidu sahaja gas tersebut. Turut kelihatan ketika, Dr Yusof Rawa sedang membasuh muka kesan daripada gas tersebut. Beliau mula membangkitkan semangat peserta demo dengan bertakbir serta mengutuk kekerasan pihak polis dalam usaha untuk menghuraikan peserta demo. Ketika penulis berada di bawah kaki Bukit Aman, penulis melihat anggota polis yang berada di pejabat Bkt Aman menjerit dan memprovoke peserta demo dengan kata-kata menghina. Kami hanya memandang sinis sikap mereka. Malas untuk melayan, penulis mengambil ruang yang ada untuk berehat sebentar sementara menantikan episod berikutnya. Sebaliknya, penulis melihat orang ramai mula bertempiaran lari apabila pihak polis mula menembak gas pemedih mata dari arah Mesjid Negara dan bermakna kami peserta demo sudah terkepung. Di sinilah sekali lagi pengalaman yang menyedihkan melihat akan makcik-makcik yang tercungap-cungap, mengesat mata dan terbatuk-batuk menahan keperitan gas tersebut. Penulis cuba mencari tempat yang selamat dengan menuruni anak bukit untuk menghala ke Kelab DiRaja Selangor tapi malangnya sudah terdapat anggota polis yang berpakaian preman yang mengarahkan kami kembali ke tempat asal yang sudah di penuhi dengan kepulan gas.
Mengambil sikap berdiam diri dengan menyembunyikan diri di dalam belukar dan mengharapkan tiada tindakan susulan daripada pihak polis, penulis mancari ruang untuk menghirup udara segar. Malangnya tempat persembunyian itu di hidu pihak polis dan sekali lagi polis terus menembak gas pemedih mata ke arah kami yang bersembunyi di situ. Sekali lagi kami bertempiaran lagi mencari tempat yang selamat dan ketika ini tidak lagi kelihatan anggota polis yang mengawal di situ, mungkin mereka turut merasai kenikmatan menghidu gas tersebut. Penulis mengambil ruang ini untuk menjauhkan diri daripada tempat tersebut dan bergerak menuju ke Stesyen KTM dengan selamat. Menelefon rakan-rakan yang terpisah untuk bertemu di check point yang di tentukan. Apabila bertemu maka masing-masing manceritakan pengalaman sendiri. Tergelak ada, menyumpah seranah pun ada. Tapi yang banyaknya memang menyumpah akan kebaculan pemimpin UMNO yang berselindung di sebalik anggota keselamatan. Tapi penulis terfikir, ini adalah sedikit daripada penyiksaan yang penulis alami berbanding dengan penyiksaan mangsa-mangsa ISA yang di alami sendiri bertahun-tahun di kurung dan di seksa tanpa di buktikan kesalahan mereka. Ini adalah sedikit rintitan keperitan yang perlu di rasai. ISA memang zalim, MANSUHKAN ISA bukan di pinda.
~matahijauku~