Penulis balik ke Kota Tinggi setelah bercuti menyambut hari raya pada hari Jumaat minggu lepas. Pada keesokkannya, penulis keluar untuk mencari suratkhabar dan terlihat satu fenomena yang pada asalnya menjadi satu kebiasaan bagi banner-banner ucapan hari raya daripada wakil rakyat yang bebas diletakkan di mana-mana sudut di bandar Kota ini. Tetapi pada kali ini, mata penulis tertumpu pada muka Dato' Seri Hamid Albar (DSHA) wakil parlimen Kota Tinggi yang menjadi mangsa serangan vendalisme ataupun tindakan yang bermotifkan lain.
Sebelum ini dalam blog ini juga, penulis pernah menyiarkan gambar-gambar papan kenyataan wakil perlimen tersebut yang di conteng dengan perkataan-perkataan yang cukup menghinakan. Rupanya perkara tersebut tidak berakhir pada hari kejadian tersebut sahaja dan masih terbawa-bawa hingga ke hari ini. Buktinya, banner ucapan hari raya DSHA ini masih menerima nasib yang sama dengan papan-papan kenyataan milik beliau sebelum ini. Yang lebih menghairankannya pula, warna yang sama juga di gunakan untuk menconteng?
Rasanya, masih lagi terbuku perasaan tidak puas hati terhadap DSHA ini. Mungkinkah ini petanda karier politik beliau sudah sampai ke penghujung? Atau populariti beliau telah menurun di kalangan ahli-ahli Umno Kota Tinggi?
Pada keesokkannya, penulis cuba meninjau kembali tempat banner tersebut namun banner tersebut telah tiada di tempatnya. Mungkin seseorang telah menyedari bahawa gambar pemimpin kesayangan mereka telah di conteng dan sebelum semua menyedari akan kejadian tersebut maka wajarlah banner tersebut di turunkan.
Susah juga menjadi wakil rakyat Umno ini, walaupun bebas sesuka hati menggantung banner di mana-mana tetapi terbatas juga dek kerana ada sesetengah pihak yang tidak menyukainya. Berbeza dengan PAS, kalau boleh hendak menggantung banner sepertimana keistimewaan yang diperolehi oleh Umno, tetapi pegawai-pegawai pengguatkuasa/musuh-musuh politik lebih pantas menghilangkannya.
~matahijauku~