Yang pasti, demontrasi tersebut tetap berlaku walaupun tidak mendapat permit polis seperti mana yang diberitahu oleh Ketua Polis Selangor. Dalam kenyataannya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya bertenang ekoran protes oleh 50 penduduk di Shah Alam yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah cadangan memindahkan kuil Hindu di situ.
Mereka terdiri daripada penduduk Seksyen 23 Shah Alam bersama beberapa NGO Melayu.
Khalid juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mengadakan demonstrasi yang menyentuhkan sensitivi agama.
"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.
"Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya," katanya kepada Malaysiakini.
Sehingga ini, kata Khalid, tidak ada laporan polis yang dibuat berhubung insiden tersebut.
"Jika ada laporan polis dibuat, pasti kita akan mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya.
Apa yang dapat dilihat disini, protes tersebut juga mendapat respon daripada Ketua Pemuda Umno sendiri yang menyatakan tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.
"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.
Polis hanya memerhati
Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.
Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.
"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Siapakah dalang disebalik protes tersebut? Protes tersebut di lihat cuba membakar sentimen perkauman di Selangor setelah isu arak yang melibatkan kaum Cina tidak berkesan di adu dombakan oleh Umno. Kini mereka cuba beralih kepada kaum India dengan memainkan isu pembinaan kuil pula. Berikut sokongan yang semakin menurun dengan siri-siri pilihanraya kecil yang berterusan menerima kekalahan, Umno cuba bangkit untuk menjuarai isu-isu kepentingan Melayu bagi menarik sokongan golongan pertengahan.
Sesungguhnya, propaganda yang mereka canangkan tidak mampu mengubah minda rakyat yang memang telah terbuka dengan persefahaman yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti di dalam Pakatan Rakyat.
"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami menjadikan setiap umat menggangap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembalo mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (QS, Al-An'am : 108)
~matahijauku~