Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

February 11, 2009

PPSMI - Kemana Arah Tuju?

PENCAPAIAN MEROSOT

Harian Metro, Selasa 10 Februari : Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kesal tindakan Kementerian Pelajaran tidak mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains.

Setiausaha Agung PKPIM Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) itu mendapati majoriti negara menduduki tangga teratas dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai bahasa penghantar dalam pembelajaran kedua-dua subjek.

“Laporan TIMMS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia menggambarkan program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merudumkan prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains,” katanya.

Inilah antara hasil kerja UMNO yang cuba merendahkan kredibiliti penggunaan bahasa kebangsaan terhadap sistem pembelajaran negara sama seperti hasil kerja UMNO dalam menghapuskan penggunaan tulisan Jawi dalam sistem pembelajaran. Apa yang UMNO usahakan ini natijahnya berlaku sekarang ini di mana kebanyakan anak muda dan remaja tidak mampu membaca dan menulis dalam tulisan Jawi. Pemikiran UMNO yang beranggapan dengan penggunaan bahasa Inggeris mampu membawa perubahan kepada tahap pengguasaan bahasa tersebut dan seterusnya mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Mereka terlupa, mereka yang selama ini begitu ego memperjuangkan bangsa tapi mereka jugalah yang berusaha mengkhianati bangsanya sendiri. Bukankah apa yang di katakan “bahasa jiwa bangsa” itu melambangkan kekuatan bangsanya apabila bahasanya di martabatkan?

UMNO sebenarnya menggunakan isu PPSMI ini sebagai modal politik murahan mereka. Setelah hampir enam tahun ianya menjadi satu eksperimen kepimpinan UMNO dalam menerajui Kementerian Pelajaran, hasil yang diterjemahkan begitu mendukacitakan sekali. Siapakah yang puratanya menjadi mangsa di atas keputusan yang tidak bijaksana ini? Bukankah orang melayu juga, lebih-lebih lagi mereka yang bersekolah di luar bandar?

Retorik UMNO ini akan berakhir menjelang PRU akan datang nanti. Percayalah, ini adalah senjata di saat akhir akan di gunakan UMNO bagi menarik simpati orang melayu yang selama ini telah di perbodohkan oleh mereka dengan pelbagai eksperimen yang sama sekali tidak mengguntungkan anak-anak melayu, sistem pembelajaran itu sendiri malah ianya seolah-olah tindakan kebelakang.


~matahijauku~