Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 01, 2009

Tahun 2008 Melabuhkan Tirai

Tahun 2008 meninggalkan kita dengan berbagai kenangan pahit dan juga manis. Meninggalkan 2008 bererti umur kita juga semakin meningkat, semakin matang menghadapi ujian di dunia ini. Sebaiknya peninggalan 2008 ini juga dijadikan medan muhasabah diri untuk menilai kemampuan diri ini dalam melaksanakan amanah Allah di muka bumi ini sebagai khalifahNya. Berakhirnya malam 31 Disember 2008 bukanlah satu lesen untuk kita menyambutnya dengan acara yang gilang gemilang, di hidangi dengan konsert artis-artis tempatan, di hiasi kaki langit yang gelap dengan kilauan cahaya bunga api yang semestinya di beli menggunakan duit rakyat. Tahun ini, fenomena seperti ini tidak berlaku di bandar Kota Tinggi (KT) tapi di fahamkan suasana begini di mainkan di Parlimen Penggerang yang sedia maklum di wakili oleh Menteri Pelancongan.


Mengimbau kembali kenangan tahun 2008, bilamana berlaku kejutan atau tsunami politik yang tidak mungkin di lupakan melanda tanahair ini. Pakatan Rakyat memenangi beberapa negeri di Semenanjung dan memperkukuhkan kedudukannya di Kelantan. PRU12 tersebut, rakyat bangkit melahirkan rasa kejelekan pada kepimpinan UMNO, BN yang di ketuai oleh Pak Lah. Dalam PRU12 itu jugalah, isu kelemahan Pak Lah di dalam pemerintahannya dieksploitasikan sepenuhnya untuk memenangi hati rakyat untuk memberikan ’swing’ yang menarik pada Pakatan Rakyat. Turut merasainya di KT bilamana menjadi satu kejayaan apabila wang deposit PRU tidak lenyap oleh kekurangan undi. Orang di Kota ini terutama di bandar yang majoritinya keturunan Cina memberikan isyarat jelas bahawa kepimpinan UMNO, BN tidak mampu membawa keuntungan dalam perniagaan mereka. Terkejut dan hampir tidak mempercayainya apabila sewaktu pengiraan undi, undi yang berpihak kepada PAS tidak jauh berbeza berbanding BN. Satu tamparan yang hebat untuk UMNO, BN.


Pergolakan yang berlaku dalam UMNO, BN ini tidak berakhir selepas PRU12 sahaja malah turut berlanjutan kepada pemilihan Cawangan & Bahagian di KT. Dilihat terdapat 2 kumpulan yang berbeza ideologi dan matlamat yang dilihat mampu membawa UMNO Bhg Kota Tinggi ini kearah yang lebih kukuh. Namun, ianya tidak berlanjutan kerana pergerakan kumpulan Daing Malek cepat di hidu oleh lawannya. Maka, berlakulah pertembungan antara dua kumpulan tersebut dan berlakulah perang psikologi dengan pengedaran flyer-flyer yang bermaksud untuk menjatuhkan kredibiliti pihak lawan. Perkara ini nampak menarik bilamana ianya di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah injuksi dan dalam masa yang sama turut di rujuk ke panel dalaman UMNO itu sendiri. Dan sehingga ke hari ini, pergolakan dalaman UMNO ini masih dilihat berterusan dengan beberapa insiden yang menterjemahkan ketidakpuasan beberapa pihak. Kita menantikan apakah selepas ini ada reaksi-reaksi menarik untuk tatapan warga KT menjelang bulan Mac 2009.


Disudut PAS pula, tahun 2008 memberi makna kepada perjuangan PAS. Bermula dengan gerak kerja PRU12 yang di lihat lebih tersusun dengan program penerangan saban hari dan di tingkatkan menjelang PRU. Paling bersyukur kehadrat Allah SWT bilamana PAS dapat bergerak disegenap ruang felda yang terdapat di jajahan KT ini. Walaupun menerima kutukkan dan ejekan sinis namun ianya tidak mematahkan semangat juang ahli-ahli dan pendokong PAS di Kota Tinggi ini. Dalam masa yang sama, PAS Kota Tinggi memperkukuhkan organisasinya dengan tertubuhnya sayap kiri pergerakan ini iaitu wujudnya Dewan Muslimah PAS Kota Tinggi (DMPKT). Bagaikan satu rahmat kepada PAS KT untuk memperkemaskan lagi pergerakan dalam satu jemaah Islamiah. Dalam misi dakwah dan politik di KT ini, pelbagai program telah di susun dan di rancang sepanjang tahun ini. Alhamdulillah, kesemuanya dapat dibuat dengan jayanya.


Dewan Pemuda PAS Kota Tinggi (DPPKT), dengan sepenuh kudrat dan keazaman untuk membantu PAS Kawasan dalam apa jua perancangan dan perlaksanaannya. Ketika PRU12, DPPKT memainkan peranan proaktif apabila bergerak seiringan dengan program penerangan menggunakan multimedia sebagai medium untuk memberi sokongan kepada ceramah yang di sampaikan. Disamping itu, peranan DPPKT dapat dilihat dengan kehadiran Unit AMAL yang bersedia berkhidmat untuk apa jua kemungkinan dan sokongan kepada PAS KT itu sendiri. Ada kalanya Unit AMAL ini di tugaskan untuk program WalimatulUrus di kalangan ahli ataupun permintaan masyarakat KT.



PASTI juga tidak ketinggalan dengan peranan yang di mainkan untuk memberikan didikan berorientasikan Islam kedalam jiwa anak-anak.Alhamdulillah, pada tahun ini PASTI Kws KT melebarkan sayapnya dengan penubuhan PASTI AL-FALAH (3) bertempat di Tg. Sedili.





Kenangan dan peristiwa yang berlaku di tahun 2008 semuga menjadi muhasabah dan titik tolak kepada PAS KT untuk terus memperkukuhkan kedudukannya dalam polar politik tanahair khususnya di KT ini. Untuk tujuan tersebut, PAS KT sekali lagi bergerak kearah positif dengan menubuhkan Seretariat Pakatan Rakyat bersama-sama dengan Parti KeAdilan Kota Tinggi. Semuga segala yang berlaku di dalam tahun 2008 ini di jadikan kayu pengukur untuk bergerak di dalam tahun 2009. Diharapkan sesuatu yang lebih dapat diimplikasikan di dalam tahun ini untuk menjadikan PAS KT ini lebih disenangi dan mendapat tempat di hati masyarakat KT serta menjadi perintis untuk lebih maju. Salam kenangan untuk tahun 2008, ahlan wah sahlan 2009.


~matahijauku~