Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

January 03, 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Selepas kemenangan Pakatan rakyat di lima buah negeri pada PRU ke-12 yang lepas, media perdana begitu lantang membangkitkan isu penternakan babi di Selangor dan Kedah yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kedua-dua kerajaan negeri ini digambarkan sebagai kerajaan yang tidak bertanggungjawab serta tidak sentitif dengan sensitiviti rakyat terutama kaum Melayu yang beragama Islam. Mereka mengambarkan seolah-olah penternakan babi mula diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan tiada projek seumpamanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional. Isu tersebut diputar-belitkan untuk mencemarkan imej Pakatan Rakyat serta Parti PAS terutamanya yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.




Hakikatnya Projek pembukaan ladang ternakan babi turut diusahakan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional(BN). Contohnya, satu permohonan pembukaan projek ternakan babi yang melebihi 50 ekar telah dibuat oleh syarikat Singamdia Sdn Bhd kepada kerajaan negeri Johor di Daerah Kota Tinggi baru-baru ini. Permohonan penukaran status tanah di Hulu Sedili Besar daripada tiada kepada TERNAKAN BABI telah dikemukakan kepada pihak Pentadbir Tanah Kota Tinggi dalam surat yang bertarikh pada 5 Oktober 2007 yang lalu (sebagaimana lampiran).

Melalui surat rasmi Pejabat Pentadbir Tanah Kota Tinggi tersebut, permohonan penukaran syarat tanah tersebut dikatakan akan dipertimbangkan selepas mendengar penjelasan dari pihak syarikat terbabit. Terdapat 11 lot tanah yang jumlah luasnya melebihi 50 ekar diluluskan untuk projek tersebut. Lot-lot tanah yang terlibat dalam projek ini ialah lot 204 dan lot 405 hingga 414. Persoalannya, apakah mereka tidak mengetahui bahawa kawasan Hulu Sungai Sedili Besar itu didiami oleh masyarakat yang rata-rata melayu dan beragama Islam? Yang menghairankan lagi, majoriti penduduk di daerah Kota Tinggi ini adalah terdiri daripada orang melayu, jadi apa rasionalnya pusat penternakan babi tersebut hendak di bangunkan di sini? Tidak mencukupikah selama ini tempat-tempat penternakan babi yang terdapat melata di seluruh Johor? Adakah masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang Johor yang meminati keenakkan daging tersebut? Adakah projek tersebut akan meniru projek ternakan babi berteknologi tinggi di Selangor dan Kedah yang selama ini diperlekehkan oleh mereka?

Sehingga kini, media masih lagi memainkan isu ternakan babi dengan tujuan menjatuhkan imej Parti PAS di mata para pengundi. Pada masa yang sama mereka tidak memperkatakan isu ternakan babi di negeri-negeri bawah kekuasaan Barisan Nasional yang semakin parah dan tidak terkawal. Tindakan yang berat sebelah ini telah lama disedari oleh rakyat Malaysia yang tidak lagi memberi kepercayaan yang penuh pada media massa perdana. Amat malang bagi orang Kota Tinggi sekiranya permohonan tersebut di luluskan...tunggulah hasil daripada kenikmatan aroma terapi yang bakal di hasilkan oleh salah satu projek Barisan Nasional ini. Mana perginya ADUN Sedili?