Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 17, 2008

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) merupakan projek sulung Kerajaan Negeri Johor melalui Jab. Agama Islam Negeri memperkenalkan sekolah satu sesi yang merangkumi pengajian akademik dan agama dalam masa persekolahan antara 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Perintis projek yang mendapat sambutan menggalakkan daripada ibubapa di setiap daerah yang ada di Johor ini pada asalnya memperlihatkan sikap pengurususan yang profesional dengan memperlihatkan keputusan peperiksaan UPSR yang dapat menyaingi sekolah Kementerian yang lain khususnya di Kota Tinggi ini. Namun entah di mana silapnya sejak-sejak ini memperlihatkan kebimbangan serta rungutan ibubapa mula terngiang-ngiang.

Ibubapa yang mengamanahkan kepada pihak SRAB dalam mendidik anak-anak mereka berteraskan pendidikan Islam mula terdetik di hati masing-masing apabila melihatkan fenomena yang berlaku di SRAB Kota Tinggi akhir-akhir ini. Kegirangan dan kegembiraan terpancar di wajah anak-anak di tambah dengan wajah kelesuan setiap kali pulang dari sesi persekolahan. Apabila di tanya akan keadaan tersebut, anak-anak akan menceritakan keadaan di sekolah dengan memenuhi jadual persekolahan dengan aktiviti memain sesama sendiri. Apabila di tanya akan keadaan guru, biasanya anak-anak akan menyatakan bahawa ketiadaan guru yang mencukupi.

Menjadi kebimbangan di kalangan ibubapa apabila keadaan ini tidak di tangani dengan lebih efisien. Sejak kebelakangan ini, hasil daripada pemerhatian di dapati ramai di kalangan guru-guru yang berpengalaman telah bertukar ke sekolah lain samada di sekolah Kementerian ataupun sekolah Agama. Kekosongan ini tidak di penuhi dengan segera dan jika adapun akan di penuhi oleh guru-guru baru yang belum terbukti kebolehannya untuk menghasilkan produk yang berjaya di dalam peperiksaan. Tiada alasan kukuh dengan pemindahan guru-guru tersebut samada menerima tawaran yang lebih terjamin ataupun menghadapi masalah dengan pihak sekolah.

Persoalannya disini, apakah langkah-langkah daripada Kerajaan Negeri dalam menangani permasalahan ini. Umum mengetahui bahawa guru-guru yang mengajar Sekolah Agama Kerajaan Johor adalah terdiri daripada guru-guru yang berstatus kontrak walaupun mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Ada dikalangannya mempunyai Diploma Pendidikan tetapi masih di pandang sebelah mata oleh Kerajaan Negeri. Guru tiada laluan untuk bersuara bagi menzahirkan rasa ketidakpuasaan hati masing-masing malah takut akan disenarai hitamkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sampai bilakah keadaan ini akan membelenggu guru-guru tersebut? Tidak bersediakah pihak Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Pendidikan Agama mengenepikan sentimen negatif di dalam pengurusannya. Cubalah berlapang dada dan memberi peluang kepada mereka yang berkelayakan dengan memberikan imbuhan yang sewajarnya. Sempena hari Guru ini, sambutlah hari tersebut dengan mengiktiraf jasa-jasa mereka dalam suasana yang lebih bermakna lagi. Masa sudah berubah!!