Pulau Batu Putih
Pulau Batu Putih, begitu nama sebuah pulau terumbu yang menjadi titik hitam sejarah tanah melayu. Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa bangsa, tewasnya kita dalam mempertahankan watan. International Court of Juctice atau ICJ yang berpengkalan di The Hague telah memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura. Pulau Batu Putih yang di-istiharkan oleh ketetapan barat sebagai pulau "terra nullis" pulau yang dikira bukan milik sesiapa. Sekitar tahun 50an ketika itu negara masih belum lagi merdeka, Singapura adalah sebahagian semenanjung tanah melayu. Walaupun termaktub dalam sejarah, Pulau Batu Putih adalah milik jajahan kesultanan Johor. Tetapi barat yang ditunjangi British, penjajah pada hari itu mengistiharkannya sebagai "terra nullis". Kita amat maklum dan begitu arif dengan penjajah British ini memang sejak dahulu lagi, telah mula memporak perandakan negara-negara yang pernah mereka jajah. Onar pemerintahan dan empayar British begitu banyak membawa derita kepada raayat dan negara yang pernah mereka jajah diserata dunia.
Palestin, sehingga kini masih bergolak dan derita saudara kita disana tiada nampak akan jalan penyelesaian walaupun banyak dekad yang berlalu. Empayar British-lah punca segala masaalah yang terus mengalirkan darah-darah saudara kita di Palestin. British-lah yang menyebabkan berhijrahnya puluhan ribuan yahudi ketanah Palestin yang menjadi salah satu tanah jajahannya di timur tengah.
Pulau Batu Putih sekali lagi menjadi lambang kejahatan Empayar British terhadap bangsa melayu. Walupun kini tiada lagi kita dijajah dan bernaung dibawah Ratu England namun pengaruh kerajaan British dibenua Eropah masih besar, jadi tidaklah menjadi satu keheranan ' terra nullis' tajaan British terus mempamirkan sifat buruk penjajah dan ketidak adilan ICJ. Haruslah disedari Singapura adalah pulau bekas jajahan yang paling disenangi oleh penjajah British, sebagai pusat dagangan terbesar di Asia Selatan dimana disini terletaknya segala bentuk institusi kewangan, perdagangan dan bermacam lagi milik bangsa British. Selepas Malaya mendapat kemerdekaan hampir semua operasi syarikat milik British berpindah ke Singapura, untuk terus mengaut keuntungan dan harta galian dari semenanjung tanah melayu. Sebenarnya pengaruh penjajah masih lagi ada dinusantara ini dengan begitu ketara sekali walau pun telah lebih 50 tahun Malaya dan Indonesia merdeka. Apa ada pada singapura pada masa itu, tetapi kini menjadi negara yang begitu maju disebabkan sokongan penjajah sehingga hari ini. Malah sifat menjajah pula kini mengalirkan dikalangan pemerintah singapura.
Lupakah kita akan penambakan pantai dipihak singapura dimana sekitar perairan Tg Pengelih, menjadi sempit dan laluan kapal dagang ke pelabuhan Pasir Gudang menjadi lebih sukar. Apakah ada kekuatan jiwa bangsa dikalangan pemimpin kita bagi membantah perbuatan singapura. Malah apa yang terjadi, adalah pembelotan dan sifat tiada cinta watan terhadap negara dan bangsa sendiri dikalangan pemimpin melayu dari elit umno. Bagaimana ribuan juta tan bongkah batu granit, pasir dan tanah melalui Pengerang, Tg Belungkur dan Pasir Bogok dipunggah ke- singapura buat membantu penambakan itu.
Kini kita kehilangan Pulau Batu Putih pula. Bilakah kita sebagai negara yang berdaulat dapat mempamirkan kedaulatan yang jitu. Kini tangan yang memberi kebebasan merdeka kepada singapura sedikit demi sedikit digigit kembali. Kita kehilangan singapura, diabad moden atas kebodohan pimpinan bangsa sendiri, Umno terus mengadai dan menjual kedaulatan tanah air.
Singapura yang terkenal dengan sifat penting diri sendiri dan telah lama menjadi jiran yang tidak pernah menunjukan sikap yang baik. Singapura yang terus menunjukan keangkuhannya dengan begitu galak kerana mereka tahu sekutu kuat mereka British dan Amerika menjadi jaguhnya. Sehingga perjanjian sumber bekalan air pun tiada nampak akan kesungguhan kita buat menanganinya. Singapura terus angkuh dan sombong atas kelemahan pimpinan bangsa melayu dibawah teraju umno. Sebenarnya sikap lembut dan peri kemanusian serta tolak ansur bangsa melayu tiada nilai dikalangan bangsa gelandangan ini.
Sikap tiada bertanggung jawab kita, terutama dikalangan penjawat awam bangsa melayu sendiri menjadi punca kita kehilangan satu lagi hak negara. Surat Setiausaha Kerajaan Negeri En Mohd Seth Said ,Johor pada tahun 1953 menjadi punca kekalahan kita dikamar ICJ.
Malah keruntuhan jati diri dan cinta agama, watan dan bangsa dikalangan pemimpin kita dan penjawat kanan dalam pemerintah semakin parah. Leluasanya rasuah dan sambil lewa-"lackasidical attitude" dikalangan kakitangan awam sesunggunya semakin parah dan membarah. Tiada lagi berjiwa bangsa, tiada lagi agama sebagai sempadan segala usaha tiada lagi pemimpin yang benar berjiwa jihad.
Inilah surat puncanya kita kalah, bila kuasa yang tak sepatutnya ada-padanya dijadikan kuasa sesedap rasa. Bertarikh 23 Sep 1953.
Maka berputih matalah kita kehilangan Pulau Batu Putih, kita terus juga setuju, apa ICJ putuskan harus akur. Penjajah bentuk baru diabad zaman teknologi tinggi ini.
Raayat Johor terutamanya, sedikit demi sedikit tanah berdaulat ini akan dijajah dan tergadai, malah akan lebih parah lagi jika Wilayah Iskandar yang di-war warkan dikalangan pimpinan umno akan menjadi kenyataan, dimana Musa Hitam menjadi ketuanya dengan angkatan pemimpin melayu umno menjadi dalangnya, WI menjadi wilayah di-era globalisasi bagai penjajahan bentuk baru. Singapura menjadi jaguh pelaburnya - melebarkan sayap penjajahan dalam bentuk pembangunan bersama. Raayat Johor fikir-fikirkan lah!!