Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 14, 2008

ISU SITI FATIMAH TAN KELUAR ISLAM MENGECEWAKAN UMAT ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah meneliti terhadap kes murtad yang melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia yang telah memeluk agama Islam pada tahun 1998 dan akhirnya telah diistiharkan murtad atau keluar daripada agama Islam pada 8 Mei 2008 yang lalu.

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah membuat keputusan tersebut dengan mengambil kira hujah-hujah yang telah disampaikan oleh peguambela Siti Fatimah Tan dengan menyatakan bahawa Siti Fatimah Tan sejak daripada memeluk agama Islam tidak pernah mengamalkan ajaran Islam malah masih lagi mengamalkan agama asalnya iaitu agama Buddha.

DPPNJ memandang serius terhadap perkara ini kerana ia adalah merupakan satu keputusan yang memeranjatkan umat Islam di Malaysia. Walaupun penghujahan terhadap kes ini adalah untuk menentukan status agama Siti Fatimah setelah beliau telah memeluk agama Islam kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Iran dan selama mana beliau mendaftarkan diri sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengamalkan amalan sebagai penganut Islam malah masih lagi mengamalkan agama asalnya iaitu agama Buddha.

DPPNJ melihat bahawa apapun penghujahan yang diberikan terhadap kes ini sehinggalah Siti Fatimah berjaya menukarkan status agamanya kepada agama Buddha namun ia tetap bermakna bahawa Siti Fatimah telah keluar daripada agama Islam. Perkara ini tidak disangkal lagi kerana realitinya Siti Fatimah telahpun mengucap syahadah ketika memohon untuk memeluk Islam pada tahun 1998.

Kes seperti yang dialami oleh Siti Fatimah sebenarnya bukanlah perkara yang pelik di Malaysia ini kerana kes orang bukan Islam memeluk agama Islam di atas tujuan berkahwin dengan orang Islam sudah menjadi perkara biasa. Orang bukan Islam yang ingin berkahwin dengan orang Islam mestilah menukarkan agamanya kepada Islam supaya perkahwinan dapat diteruskan. Namun, kes menukarkan agama hanya kerana mahu berkahwin dengan orang Islam tidak menjadi persoalan sama ada penganut baru itu mengamalkan Islam atau tidak dalam kehidupan sehariannya namun statusnya tetap Islam. DPPNJ percaya bahawa kes memeluk Islam kerana berkahwin sekiranya tidak ada susulan bimbingan kepada penganutnya maka akan menyebabkan seseorang itu akan hanya tinggal nama Islam sahaja pada nama.

Apa yang pastinya, dalam kes Siti Fatimah, beliau tidak pernah dipaksa untuk menganuti agama Islam namun beliau telah bersetuju untuk menganuti agama Islam sebelum ini kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Iran yang akhirnya meninggalkan Siti Fatimah tanpa khabar berita.

DPPNJ cukup bimbang dengan perkembangan ini kerana keputusan kes ini sudah pasti akan menjadi kes rujukan kepada mana-mana kes yang akan dibawa ke mahkamah Syariah pada masa akan datang. Seperti mana yang telah disebut oleh Presiden MCA, Ong Ka Ting bahawa ia adalah merupakan hak Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga berhak untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.

Tidak mustahil selepas daripada ini, golongan muallaf yang terasa sudah tidak mahu lagi menjadi penganut agama Islam akan menggunakan penghujahan yang sama iaitu pemohon tidak pernah mengamalkan agama Islam sejak menganuti agama Islam malah masih lagi menganuti agama asalnya.

Kes ini juga bukan sahaja boleh dijadikan rujukan oleh golongan muallaf tetapi juga kepada penganut agama Islam sejak daripada kecil yang mereka telah diislamkan oleh keluarga mereka. Permohonan untuk menukar status agama akan berhujah di atas perkara bahawa pemohon tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam seperti tidak penah berpuasa, sembahayang dan membayar zakat tetapi terpaksa menganuti agama Islam kerana telah ditentukan oleh keluarga.

Apapun keadaannya, sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia. Sebelum perkara ini akan menjadi lebih parah, DPPNJ mendesak agar kerajaan :-

1. Melaksanakan segera Undang-undang Murtad di Malaysia. Dengan cara ini, agama Islam tidak akan dipermain-mainkan. Apabila ingin berkahwin maka mereka akan memeluk Islam manakala bila sudah berpisah atau seumpamanya mereka boleh keluar sesuka hati dengan pelbagai alasan.

2. Memperkasakan kembali institusi agama seperti Jabatan Agama, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah agar ia benar-benar dapat menjalankan perintah Allah tanpa sekatan dan halangan

3. Mengadakan sesi kaunseling, temubual dan tarbiyah kepada mana-mana pemohon yang ingin menganuti agama Islam terutamanya kerana atas dasar ingin berkahwin. Ini terbukti apabila Siti Fatimah menyebut bahawa beliau tidak pernah yakin dengan Islam walaupun telah memeluk Islam.

4. Mewajibkan kelas pendidikan agama secara berkala kepada muallaf. Majlis Agama Islam tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak yang lain kerana perkara ini memerlukan perhatian yang serius.

DPPNJ juga mengesak agar tokoh-tokoh Islam termasuk Mufti-mufti dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya mengeluarkan pandangan dan pendirian mereka terhadap perkara ini.

DPPNJ menegaskan bahawa tujuan membangkitkan perkara ini bukan kerana DPPNJ memusuhi kepada mana-mana agama tetapi desakan ini dibuat di atas dasar untuk menjaga kesucian agama Islam yang semakin dipandang rendah oleh pelbagai pihak. Lebih-lebih lagi selepas Islam Hadhari dilaksanakan di Malaysia, kefahaman umat Islam terhadap agama semakin bertambah bercelaru dan keliru.