Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

May 29, 2008

Sukan PASTI Peringkat Negeri Johor



SUKAN PASTI

Sukan PASTI Negeri Johor yang di adakan pada 24 Mei 2008 di perkarangan Stadium Muar memperlihatkan penglibatan PASTI hampir di setiap kawasan. Suasana yang penuh meriah dengan penglibatan anak-anak murid PASTI mempertaruhkan semangat kesukanan yang tinggi. Kota Tinggi tidak ketinggalan dengan mengambil bahagian dalam setiap pertandingan samada pertandingan bagi anak-anak PASTI ataupun untuk Ibubapa yang hadir. Sekalung tahniah buat anak-anak PASTI Kota Tinggi yang mempamirkan semangat juang yang tinggi walaupun terkandas memasuki antara kumpulan pemenang untuk memasuki peringkat yang seterusnya. Walaupun begitu, anak-anak tersebut tetap mempamirkan semangat kesukanan sehingga menduduki tempat ke dua bagi kumpulan yang kalah (loser pool).

Tidak menghampakan bagi Bapa yang menunjukkan skil timbang bola yang baik sehingga tiga orang bapa di kalangan peserta yang memenangi permainan tersebut (tempat ke 2, 3 & 5) datangnya dari Kota Tinggi. Manakala bagi Ibu pula turut menyumbang kemenangan bagi Kota Tinggi. Tahniah buat semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Gambar-gambar di bawah antara gelagat anak-anak PASTI yang terlibat pada hari tersebut.

Lan --> mata-hijauku

May 26, 2008

Hilangnya 0.2 hektar hak kita diabad ini.

Pulau Batu Putih



Pulau Batu Putih, begitu nama sebuah pulau terumbu yang menjadi titik hitam sejarah tanah melayu. Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa bangsa, tewasnya kita dalam mempertahankan watan. International Court of Juctice atau ICJ yang berpengkalan di The Hague telah memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura. Pulau Batu Putih yang di-istiharkan oleh ketetapan barat sebagai pulau "terra nullis" pulau yang dikira bukan milik sesiapa. Sekitar tahun 50an ketika itu negara masih belum lagi merdeka, Singapura adalah sebahagian semenanjung tanah melayu. Walaupun termaktub dalam sejarah, Pulau Batu Putih adalah milik jajahan kesultanan Johor. Tetapi barat yang ditunjangi British, penjajah pada hari itu mengistiharkannya sebagai "terra nullis". Kita amat maklum dan begitu arif dengan penjajah British ini memang sejak dahulu lagi, telah mula memporak perandakan negara-negara yang pernah mereka jajah. Onar pemerintahan dan empayar British begitu banyak membawa derita kepada raayat dan negara yang pernah mereka jajah diserata dunia.

Palestin, sehingga kini masih bergolak dan derita saudara kita disana tiada nampak akan jalan penyelesaian walaupun banyak dekad yang berlalu. Empayar British-lah punca segala masaalah yang terus mengalirkan darah-darah saudara kita di Palestin. British-lah yang menyebabkan berhijrahnya puluhan ribuan yahudi ketanah Palestin yang menjadi salah satu tanah jajahannya di timur tengah.

Pulau Batu Putih sekali lagi menjadi lambang kejahatan Empayar British terhadap bangsa melayu. Walupun kini tiada lagi kita dijajah dan bernaung dibawah Ratu England namun pengaruh kerajaan British dibenua Eropah masih besar, jadi tidaklah menjadi satu keheranan ' terra nullis' tajaan British terus mempamirkan sifat buruk penjajah dan ketidak adilan ICJ. Haruslah disedari Singapura adalah pulau bekas jajahan yang paling disenangi oleh penjajah British, sebagai pusat dagangan terbesar di Asia Selatan dimana disini terletaknya segala bentuk institusi kewangan, perdagangan dan bermacam lagi milik bangsa British. Selepas Malaya mendapat kemerdekaan hampir semua operasi syarikat milik British berpindah ke Singapura, untuk terus mengaut keuntungan dan harta galian dari semenanjung tanah melayu. Sebenarnya pengaruh penjajah masih lagi ada dinusantara ini dengan begitu ketara sekali walau pun telah lebih 50 tahun Malaya dan Indonesia merdeka. Apa ada pada singapura pada masa itu, tetapi kini menjadi negara yang begitu maju disebabkan sokongan penjajah sehingga hari ini. Malah sifat menjajah pula kini mengalirkan dikalangan pemerintah singapura.

Lupakah kita akan penambakan pantai dipihak singapura dimana sekitar perairan Tg Pengelih, menjadi sempit dan laluan kapal dagang ke pelabuhan Pasir Gudang menjadi lebih sukar. Apakah ada kekuatan jiwa bangsa dikalangan pemimpin kita bagi membantah perbuatan singapura. Malah apa yang terjadi, adalah pembelotan dan sifat tiada cinta watan terhadap negara dan bangsa sendiri dikalangan pemimpin melayu dari elit umno. Bagaimana ribuan juta tan bongkah batu granit, pasir dan tanah melalui Pengerang, Tg Belungkur dan Pasir Bogok dipunggah ke- singapura buat membantu penambakan itu.

Kini kita kehilangan Pulau Batu Putih pula. Bilakah kita sebagai negara yang berdaulat dapat mempamirkan kedaulatan yang jitu. Kini tangan yang memberi kebebasan merdeka kepada singapura sedikit demi sedikit digigit kembali. Kita kehilangan singapura, diabad moden atas kebodohan pimpinan bangsa sendiri, Umno terus mengadai dan menjual kedaulatan tanah air.

Singapura yang terkenal dengan sifat penting diri sendiri dan telah lama menjadi jiran yang tidak pernah menunjukan sikap yang baik. Singapura yang terus menunjukan keangkuhannya dengan begitu galak kerana mereka tahu sekutu kuat mereka British dan Amerika menjadi jaguhnya. Sehingga perjanjian sumber bekalan air pun tiada nampak akan kesungguhan kita buat menanganinya. Singapura terus angkuh dan sombong atas kelemahan pimpinan bangsa melayu dibawah teraju umno. Sebenarnya sikap lembut dan peri kemanusian serta tolak ansur bangsa melayu tiada nilai dikalangan bangsa gelandangan ini.

Sikap tiada bertanggung jawab kita, terutama dikalangan penjawat awam bangsa melayu sendiri menjadi punca kita kehilangan satu lagi hak negara. Surat Setiausaha Kerajaan Negeri En Mohd Seth Said ,Johor pada tahun 1953 menjadi punca kekalahan kita dikamar ICJ.

Malah keruntuhan jati diri dan cinta agama, watan dan bangsa dikalangan pemimpin kita dan penjawat kanan dalam pemerintah semakin parah. Leluasanya rasuah dan sambil lewa-"lackasidical attitude" dikalangan kakitangan awam sesunggunya semakin parah dan membarah. Tiada lagi berjiwa bangsa, tiada lagi agama sebagai sempadan segala usaha tiada lagi pemimpin yang benar berjiwa jihad.

Inilah surat puncanya kita kalah, bila kuasa yang tak sepatutnya ada-padanya dijadikan kuasa sesedap rasa. Bertarikh 23 Sep 1953.



Maka berputih matalah kita kehilangan Pulau Batu Putih, kita terus juga setuju, apa ICJ putuskan harus akur. Penjajah bentuk baru diabad zaman teknologi tinggi ini.
Raayat Johor terutamanya, sedikit demi sedikit tanah berdaulat ini akan dijajah dan tergadai, malah akan lebih parah lagi jika Wilayah Iskandar yang di-war warkan dikalangan pimpinan umno akan menjadi kenyataan, dimana Musa Hitam menjadi ketuanya dengan angkatan pemimpin melayu umno menjadi dalangnya, WI menjadi wilayah di-era globalisasi bagai penjajahan bentuk baru. Singapura menjadi jaguh pelaburnya - melebarkan sayap penjajahan dalam bentuk pembangunan bersama. Raayat Johor fikir-fikirkan lah!!








May 17, 2008

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) merupakan projek sulung Kerajaan Negeri Johor melalui Jab. Agama Islam Negeri memperkenalkan sekolah satu sesi yang merangkumi pengajian akademik dan agama dalam masa persekolahan antara 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Perintis projek yang mendapat sambutan menggalakkan daripada ibubapa di setiap daerah yang ada di Johor ini pada asalnya memperlihatkan sikap pengurususan yang profesional dengan memperlihatkan keputusan peperiksaan UPSR yang dapat menyaingi sekolah Kementerian yang lain khususnya di Kota Tinggi ini. Namun entah di mana silapnya sejak-sejak ini memperlihatkan kebimbangan serta rungutan ibubapa mula terngiang-ngiang.

Ibubapa yang mengamanahkan kepada pihak SRAB dalam mendidik anak-anak mereka berteraskan pendidikan Islam mula terdetik di hati masing-masing apabila melihatkan fenomena yang berlaku di SRAB Kota Tinggi akhir-akhir ini. Kegirangan dan kegembiraan terpancar di wajah anak-anak di tambah dengan wajah kelesuan setiap kali pulang dari sesi persekolahan. Apabila di tanya akan keadaan tersebut, anak-anak akan menceritakan keadaan di sekolah dengan memenuhi jadual persekolahan dengan aktiviti memain sesama sendiri. Apabila di tanya akan keadaan guru, biasanya anak-anak akan menyatakan bahawa ketiadaan guru yang mencukupi.

Menjadi kebimbangan di kalangan ibubapa apabila keadaan ini tidak di tangani dengan lebih efisien. Sejak kebelakangan ini, hasil daripada pemerhatian di dapati ramai di kalangan guru-guru yang berpengalaman telah bertukar ke sekolah lain samada di sekolah Kementerian ataupun sekolah Agama. Kekosongan ini tidak di penuhi dengan segera dan jika adapun akan di penuhi oleh guru-guru baru yang belum terbukti kebolehannya untuk menghasilkan produk yang berjaya di dalam peperiksaan. Tiada alasan kukuh dengan pemindahan guru-guru tersebut samada menerima tawaran yang lebih terjamin ataupun menghadapi masalah dengan pihak sekolah.

Persoalannya disini, apakah langkah-langkah daripada Kerajaan Negeri dalam menangani permasalahan ini. Umum mengetahui bahawa guru-guru yang mengajar Sekolah Agama Kerajaan Johor adalah terdiri daripada guru-guru yang berstatus kontrak walaupun mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Ada dikalangannya mempunyai Diploma Pendidikan tetapi masih di pandang sebelah mata oleh Kerajaan Negeri. Guru tiada laluan untuk bersuara bagi menzahirkan rasa ketidakpuasaan hati masing-masing malah takut akan disenarai hitamkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sampai bilakah keadaan ini akan membelenggu guru-guru tersebut? Tidak bersediakah pihak Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Pendidikan Agama mengenepikan sentimen negatif di dalam pengurusannya. Cubalah berlapang dada dan memberi peluang kepada mereka yang berkelayakan dengan memberikan imbuhan yang sewajarnya. Sempena hari Guru ini, sambutlah hari tersebut dengan mengiktiraf jasa-jasa mereka dalam suasana yang lebih bermakna lagi. Masa sudah berubah!!

Sembang-sembang di Warung Lilin

Bagi mereka yang sudah biasa dengan persekitaran Tmn Hijrah, nama yang sinonim sebagai ’port’ parti Pakatan Rakyat akan mengenali akan Warung Lilin yang menjadi tempat lepak sambil ’ngetih’ pekene roti canai, mee rebus ataupun nasi lemak. Ketika kempen PRU12 yang lepas, port inilah menjadi tempat bersembang para petugas maupun pemerhati-pemerhati ’luar’ yang mengintai dari jauh akan kemeriahan Bilik Gerakan PAS. Kini PRU12 sudahpun melabuhkan tirainya dengan keputusan-keputusan yang semua sudah mengetahuinya. Namun begitu, cerita-cerita mengenai parti-parti politik, ketuanan Melayu masih menjadi isu-isu hangat yang masih merah di bibir rakyat kebanyakan seperti merahnya bibir Timb. Perdana Menteri kita.

Apa yang hendak dinyatakan disini adalah pegangan hampir kebanyakan masyarakat Melayu yang masih kabur akan pengertian UNDI yang di pegang mereka selama ini. Orang melayu khususnya di Kota Tinggi ini yang terkenal sebagai daerah yang terkuat fahaman Islam Hadharinya di nusantara melalui ‘platform’ UMNO yang dikira dapat membela nasib orang Melayu dulu kini dan selamanya...masih tidak jelas akan kepentingan undi mereka. Mereka begitu susah untuk mengikiskan fahaman hanya UMNO saja lah yang mampu membela nasib mereka walhal telah banyak kepincangan dan kebobrokan yang di tonjolkan oleh pemimpin mereka yang telah di perjelaskan dan di perincikan oleh media Pakatan Rakyat khususnya PAS yang bertanding di Parlimen Kota Tinggi ini. Apa yang menghairankan lagi, terdapat dikalangan mereka yang menjadi peminat nombor wahid akhbar Harakah, Siasat ataupun akhbar yang pro-Pakatan Rakyat tetapi kesan daripada pembacaan mereka masih di takuk yang lama...

Cerita berkisar mengenai segelintir masyarakat yang ditemui semasa sembang-sembang di Warung Lilin menyatakan bahawa mereka masih memberikan undi kepada BN kerana mereka masih menyokong dasar-dasar yang baik yang di bawa oleh UMNO dan menolak dasar atau perkara-perkara khurafat yang terdapat di dalam UMNO. Maknanya mereka masih menyokong kepimpinan UMNO atas perkara yang baik sahaja walaupun mereka tidak bersetuju atas perkara-perkara yang zalim dan mereka memberi undi kepada UMNO, BN hanya kerana kebaikan yang di bawa oleh parti sekular tersebut. Sesungguhnya mereka ini masih kurang pendedahan ataupun sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata untuk melihat kebenaran yang nyata.

Bercerita tentang undi tadi, kefahaman yang betul perlu di perjelaskan. Walaupun masyarakat beranggapan hanya memberi undi kepada UMNO atas dasar yang baik sahaja tetapi menolak kepada perkara-perkara yang membinasakan, itu bukanlah jalan terbaik untuk mengelakkan diri daripada persoalan bila berhadapan dengan Allah kelak. Kita tetap akan di pertanggungjawabkan atas tangan-tangan kita yang digunakan semasa memberi undi kepada kepimpinan yang dipertanggungjawab untuk memimpin ummah ke arah kesejahteraan dunia maupun akhirat. Sedar atau tidak setiap undi yang di berikan kepada pemimpin yang di pilih berkait antara satu sama lain. Maknanya, kita mempunyai saham keatas apa jua perlakuan pemimpin yang di pilih tadi. Dalam Islam, urusan perlantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Menurut Islam, kewajipan ke atas perlantikan pemerintah adalah fardu kifayah seperti jihad. Hukum mengundi pada asalnya adalah harus, tetapi jika calon yang baik di ketengahkan maka hukum harus tadi bertukar menjadi wajib. Sebaliknya calon yang diketahui jahat maka hukumnya adalah haram malah menyokongnya juga adalah haram. ’Jangan kamu cenderung kepada golongan yang zalim kelak kamu akan di sambar oleh api neraka’,.

Kalau dulu, peperangan dipilih untuk memenangi sesuatu tujuan kerana ketika tersebut hanya jalan tersebut sajalah yang di yakini akan memberikan kuasa kepada pihak yang menang. Ini dapat juga di lihat dalam perkembangan Islam di muka bumi ini, terpaksa melalui jalan-jalan perit dengan peperangan pada awal penyebaran Islam dan masih juga menghadapi peperangan untuk mempertahankan akidah maupun mengembangkan Islam walaupun telah diberikan peringatan awal akan kebaikan Islam. Revolusi manusia membawa pemikiran-pimikiran baru dalam istilah Barat menceduk kebaikan Islam dengan membawa istilah demokrasi. Maka sistem digunapakai dalam bentuk undi bagi memilih pemimpin. Maka pengertian undi disini dapatlah disamakan dalam bentuk peperangan alaf baru. Tidak lagi menghunus senjata memerah keringat untuk mangapai kemenangan tetapi hanya sekadar mengangkat pensil dan menterjemahkannya ke kertas undi. Jika yang diperangi adalah pihak musuh yang ingin membawa Islam ke arah kehancuran maka selayaknya dia disingkirkan dalam bentuk tidak memberi undi atau tidak memangkah parti tersebut. Sebaliknya jika diyakini bahawa pihak yang satu lagi bertanding membawa fahaman Islam yang syumul yang ingin menegakkan atau menerapkan daulah Islamiah ke dalam pemerintahannya maka menjadi kewajiban untuk memberi kemenangan ke atasnya. Jika inilah fahaman yang ada pada masyarakat di Kota Tinggi ini maka tidak mustahil warong lilin ini akan berubah wajah menjadi warung yang di sinari dengan cahaya kemenangan.
Lan --> mata-hijauku

May 14, 2008

ISU SITI FATIMAH TAN KELUAR ISLAM MENGECEWAKAN UMAT ISLAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah meneliti terhadap kes murtad yang melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia yang telah memeluk agama Islam pada tahun 1998 dan akhirnya telah diistiharkan murtad atau keluar daripada agama Islam pada 8 Mei 2008 yang lalu.

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah membuat keputusan tersebut dengan mengambil kira hujah-hujah yang telah disampaikan oleh peguambela Siti Fatimah Tan dengan menyatakan bahawa Siti Fatimah Tan sejak daripada memeluk agama Islam tidak pernah mengamalkan ajaran Islam malah masih lagi mengamalkan agama asalnya iaitu agama Buddha.

DPPNJ memandang serius terhadap perkara ini kerana ia adalah merupakan satu keputusan yang memeranjatkan umat Islam di Malaysia. Walaupun penghujahan terhadap kes ini adalah untuk menentukan status agama Siti Fatimah setelah beliau telah memeluk agama Islam kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Iran dan selama mana beliau mendaftarkan diri sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengamalkan amalan sebagai penganut Islam malah masih lagi mengamalkan agama asalnya iaitu agama Buddha.

DPPNJ melihat bahawa apapun penghujahan yang diberikan terhadap kes ini sehinggalah Siti Fatimah berjaya menukarkan status agamanya kepada agama Buddha namun ia tetap bermakna bahawa Siti Fatimah telah keluar daripada agama Islam. Perkara ini tidak disangkal lagi kerana realitinya Siti Fatimah telahpun mengucap syahadah ketika memohon untuk memeluk Islam pada tahun 1998.

Kes seperti yang dialami oleh Siti Fatimah sebenarnya bukanlah perkara yang pelik di Malaysia ini kerana kes orang bukan Islam memeluk agama Islam di atas tujuan berkahwin dengan orang Islam sudah menjadi perkara biasa. Orang bukan Islam yang ingin berkahwin dengan orang Islam mestilah menukarkan agamanya kepada Islam supaya perkahwinan dapat diteruskan. Namun, kes menukarkan agama hanya kerana mahu berkahwin dengan orang Islam tidak menjadi persoalan sama ada penganut baru itu mengamalkan Islam atau tidak dalam kehidupan sehariannya namun statusnya tetap Islam. DPPNJ percaya bahawa kes memeluk Islam kerana berkahwin sekiranya tidak ada susulan bimbingan kepada penganutnya maka akan menyebabkan seseorang itu akan hanya tinggal nama Islam sahaja pada nama.

Apa yang pastinya, dalam kes Siti Fatimah, beliau tidak pernah dipaksa untuk menganuti agama Islam namun beliau telah bersetuju untuk menganuti agama Islam sebelum ini kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki Iran yang akhirnya meninggalkan Siti Fatimah tanpa khabar berita.

DPPNJ cukup bimbang dengan perkembangan ini kerana keputusan kes ini sudah pasti akan menjadi kes rujukan kepada mana-mana kes yang akan dibawa ke mahkamah Syariah pada masa akan datang. Seperti mana yang telah disebut oleh Presiden MCA, Ong Ka Ting bahawa ia adalah merupakan hak Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga berhak untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.

Tidak mustahil selepas daripada ini, golongan muallaf yang terasa sudah tidak mahu lagi menjadi penganut agama Islam akan menggunakan penghujahan yang sama iaitu pemohon tidak pernah mengamalkan agama Islam sejak menganuti agama Islam malah masih lagi menganuti agama asalnya.

Kes ini juga bukan sahaja boleh dijadikan rujukan oleh golongan muallaf tetapi juga kepada penganut agama Islam sejak daripada kecil yang mereka telah diislamkan oleh keluarga mereka. Permohonan untuk menukar status agama akan berhujah di atas perkara bahawa pemohon tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam seperti tidak penah berpuasa, sembahayang dan membayar zakat tetapi terpaksa menganuti agama Islam kerana telah ditentukan oleh keluarga.

Apapun keadaannya, sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia. Sebelum perkara ini akan menjadi lebih parah, DPPNJ mendesak agar kerajaan :-

1. Melaksanakan segera Undang-undang Murtad di Malaysia. Dengan cara ini, agama Islam tidak akan dipermain-mainkan. Apabila ingin berkahwin maka mereka akan memeluk Islam manakala bila sudah berpisah atau seumpamanya mereka boleh keluar sesuka hati dengan pelbagai alasan.

2. Memperkasakan kembali institusi agama seperti Jabatan Agama, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah agar ia benar-benar dapat menjalankan perintah Allah tanpa sekatan dan halangan

3. Mengadakan sesi kaunseling, temubual dan tarbiyah kepada mana-mana pemohon yang ingin menganuti agama Islam terutamanya kerana atas dasar ingin berkahwin. Ini terbukti apabila Siti Fatimah menyebut bahawa beliau tidak pernah yakin dengan Islam walaupun telah memeluk Islam.

4. Mewajibkan kelas pendidikan agama secara berkala kepada muallaf. Majlis Agama Islam tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak yang lain kerana perkara ini memerlukan perhatian yang serius.

DPPNJ juga mengesak agar tokoh-tokoh Islam termasuk Mufti-mufti dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya mengeluarkan pandangan dan pendirian mereka terhadap perkara ini.

DPPNJ menegaskan bahawa tujuan membangkitkan perkara ini bukan kerana DPPNJ memusuhi kepada mana-mana agama tetapi desakan ini dibuat di atas dasar untuk menjaga kesucian agama Islam yang semakin dipandang rendah oleh pelbagai pihak. Lebih-lebih lagi selepas Islam Hadhari dilaksanakan di Malaysia, kefahaman umat Islam terhadap agama semakin bertambah bercelaru dan keliru.

May 12, 2008

SEJENAK BERSAMA PAS KAWASAN KOTA TINGGI

Disini kami muatkan beberapa keping gambar pilihan buat tatapan pengunjung aktiviti-aktiviti Pas Kawasan Kota Tinggi.


Gambar kenangan serta aktiviti-aktiviti Pas Kota Tinggi Bersama Naib Presiden Pas saudara Mohammad Sabu.
YB Saudara Salahudin Ayub ketika pelancaran Kelab Penyokong Pas (India)

Lagi gambar.... pelancaran Kelab Penyokong Pas...


Bergambar kenangan dengan Saudari Kamutha dihari pelancaran
Kelab Penyokong Pas (India) Johor.

Bergambar beramai dihari pelancaran Kelab Penyokong Pas - Johor


Kenangan bersama Pesuruh Jaya Pas Perak Ustaz Ahmad Awang.

Suasana dihari pencalonan pada PRU12....... Kota Tinggi

Gambar kenangan bersama Ustaz Abu Bakar Chik.....dihadapan
bilik gerakan pilihanraya pada PRU12 - DUN Sedili.

Unit Amal bersama membersih dan mengecat bangunan PASTI.

Lagi gambar membersih dan mengecat bangunan PASTI.

Unit Amal bersama membersih kawasan keliling
Masjid Jamek Kota Tinggi.
Unit Amal Pas Kota Tinggi.
Antara aktiviti-aktiviti Unit Amal Kota Tinggi.

Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung - Rupanya dah berumur 62 tahun baru baligh.

Azamin Amin Mon May 12, 08 10:08:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Tahniah! Itulah kalimah yang wajar ditujukan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana 'terpaksa' mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.
Ramai yang berpendapat, RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam.
Dalam satu artikel di akhbar tempatan Hamidah Hamzah yang sering kali tampil sebagai pembaca berita Dunia Hari ini jam 11 malam dan Warta 1.30 pagi menyatakan kegembiraannya setelah sekian lama 'berjuang' untuk melaksanakan tuntutan agama dan impiannya selama tiga tahun lalu akhirnya tercapai.
"Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira.
"Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ianya dibenarkan dilaksanakan," katanya yang merupakan penyampai wanita bertudung pertama dalam RTM.
Namun katanya dalam wawancara itu, beliau mestilah tampil gaya tudung yang sesuai seperti yang digayakan dan ira-kira 20 gambar gaya ikat tudung pelbagai cara telah dihantar untuk dinilai dalam mesyuarat tersebut.
"Ini kerana mengikut antara syarat yang ditetapkan, cirinya mestilah beridentitikan tudung RTM," katanya.
Sementara itu bekas penyampai beriuta RTM, Wan Chik Hashim atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata tindakan RTM harus dilakukan sejak dulu lagi.
Beliau mencerita permintaannya untuk tampil bertudung telah disuarakan semenjak tahun 1984 selepas pulang menunaikan haji, namun tidak dibenarkan sama sekali.
Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio.
Ramai pembaca artikel berkenaan merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi.
Bagi hash117 yang menghantar pandangan terhadap artikel tersebut di Tranungkite amat terkejut dengan sikap RTM selama ini.
"Saya amat terkejut bila membaca satu artikel di akhbar di Malaysia hari ini. Mengucap panjang entah nak percaya atau tidak artikel ni..

"Sekian lama Malaysia dikenali dengan Negara Islam dan perkhidmatan RTM selama 62 tahun tetapi... Saya berkata begitu atas kenyataan dua orang pembaca berita Wanita yang RTM tidak membenarkan mereka memakai tudung.
"Malah kelulusan sekarang ini pun menpunyai syarat syarat yang ketat. Tudung mesti berciri RTM, 'colour' tudung mesti .....Hancur hancur ..." RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu, katanya
.

May 10, 2008

Hanya Islam Yang Dapat Mengangkat Martabat Umat Melayu

Kenyataan Media Oleh DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam. Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat. Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat.
Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan kita meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandasan yang sebenar. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak kita hargai.
PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalkan oleh penjajah British. Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu. Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.
Umno lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini. Di antaranya ciri ilmu, dimana Umno lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah.
Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabilah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalis atau semangat kebangsaan Arab. PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan , dasar dan matlamat hidup.

4 Mei, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

PresidenParti Islam Se-Malaysia (PAS)

Yayasan Amal berlepas ke Mynmar Sabtu ini


Saidah Hairan Foto Wan Zahari Wan Sall

SHAH ALAM, 8 Mei (Hrkh) - Kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor membela nasib rakyat bukan saja diterjemahkan kepada rakyat Selangor tetapi turut dihulurkan kepada mangsa Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.
Keprihatinan kerajaan Selangor itu dibuktikan dengan penyaluran sumbangan kewangan sebanyak RM1 juta di atas nama Yayasan Amal Malaysia.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan cek bernilai RM1 juta itu kepada Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamaluddin Elias di tingkat lima, bangunan SUK, Shah Alam, petang tadi.
Turut serta dalam penyerahan cek tersebut ialah Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Speaker DUN, Teng Chang Khim; Adun Meru, Dr Rani Othman; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus dan wakil Yayasan Amal Pusat dan Selangor.
Yayasan Amal Malaysia akan menghantar kumpulan pertama atas nama Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Mynmar pada hari Sabtu, 10 Mei ini.
Kumpulan pertama diketuai Presiden Yayasan Amal, Haji Hussein Ismail bersama Jamaluddin dan tiga orang doktor perubatan iaitu, Dr Rani sebagai Naib Presiden Yayasan Amal; Pengerusi Cawangan Selangor, Dr Ahmad Yunus dan Ketua Biro Perubahan, Dr Hamdan.
Kerajaan Selangor turut menyediakan ruang di Dataran Usahawan Bangunan SUK sebagai pusat operasi atau bilik gerakan sementara Yayasan Amal Malaysia.
Menurut Jamaluddin, sukarelawan Yayasan Amal yang telah melaporkan diri untuk menyertai misi itu kini mencecah 85 orang.
"Mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran bersedia ke Mynmar untuk memberi bantuan bagi meringankan bebanan dan tekanan rakyat yang ditimpa bencana alam," ujar Jamaluddin.
Katanya, kumpulan Yayasan Amal pertama yang akan berlepas Sabtu ini cuba mengesan kawasan yang paling kritikal dan selamat untuk tenaga sukarelawan Yayasan Amal menjalankan tugasan.- tajdid

May 09, 2008

Antara Perasuah dan Haramnya Babi

Bak kata pepatah, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Banyak kepincangan yang berlaku sekarang baik di dalam dunia perniagaan, politik, kemasyarakatan dan sebagainya menjelaskan kepada kita bahawa unsur-unsur kebendaan, sifat ananiah (mementingkan diri sendiri) dan runtunan hawa nafsu merupakan paksi utama yang digunapakai oleh kebanyakan anggota masyarakat di dalam membuat keputusan mereka. Lebih malang lagi apabila ia menjadi pedoman utama segelintir pihak yang mempunyai kuasa di dalam sesebuah badan atau pertubuhan.
Maka tak hairanlah jika dalam pada kerajaan berusaha sedaya upaya menyemai nilai-nilai murni di dalam anggota masyarakat baik di peringkat keluarga, masyarakat, syarikat korporat mahupun di kalangan penjawat awam melalui pelbagai dasar dan slogan; kita masih lagi dihidangkan dengan kes-kes rasuah, salah guna kuasa, keruntuhan akhlak (baik remaja mahupun dewasa) dan sebagainya.
Di sini kekuatan iman dilihat amat perlu dalam diri setiap insan kerana iman bukan saja dapat memelihara dirinya daripada melakukan perkara yang menyalahi arahan agama bahkan juga dapat mencegah dirinya daripada menjerumuskan dirinya ke dalam suasana yang boleh mendatangkan syak wasangka masyarakat ke atas dirinya dan juga institusi yang diwakilinya.
Sebagaimana Islam melarang perlakuan zina dengan mengharamkan punca kepadanya seperti berdua-duaan di tempat sunyi, begitulah pendekatan yang perlu diambil dalam menangani masalah rasuah ini.
Sebab itulah generasi awal Islam menolak sebarang perkara yang boleh mendorong mereka untuk terjebak dalam amalan ini. Malah mereka cuba mengelaknya sehabis mungkin sehinggakan para hakim dilarang untuk dipayung ketika hujan kerana dikhuatiri mereka akan terasa terhutang budi yang akhirnya boleh menyebabkan mereka tidak dapat memberi keadilan semasa menjalankan tugas.
Dengan kata lain, dalam usaha mencegah sebarang kemungkaran yang berlaku, agama Islam menganjurkan pendekatan pencegahan di peringkat akar umbi lagi, bukan bila masalah sudah merebak dan membesar.
Berbanding kaum Cina -yang merupakan penggemar daging babi - masyarakat Melayu Islam merupakan yang paling ramai terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia. Secara purata, daripada tahun 1998 hingga 2006, sekitar 62.58% golongan Melayu ini terlibat dalam jenayah integriti berbanding 15.69% di kalangan kaum Cina.
Dalam hal ini kita perlu fikirkan sesuatu untuk mengatasi masalah amalan rasuah terutamanya di kalangan orang Islam di negara kita. Mungkinkah dengan mengubah tanggapan masyarakat bahawa rasuah dan salah guna kuasa , bukan sahaja haram, bahkan menjijikkan - sebagaimana penghukuman yang dibuat ke atas haiwan babi- dapat mengurangkan masalah ini?

PAS KOTA TINGGI

INILAH LAMAN BLOG UNTUK PAS KOTA TINGGI