Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

November 07, 2010

Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik [2]

Mesej titah Sultan Kedah kesal politik banjir dituju pada pusat?

Malah bagi mereka yang berakal di dalam membaca mesej Tuanku Abdul Halim yang turut menitahkan zakat negeri dikeluarkan sebanyak RM500,000 dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri bagi membantu mangsa. Malah, puteri baginda yang menjadi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) juga mengeluarkan sumbangan YSB sebanyak RM200,000 untuk tujuan membantu mangsa banjir. Ini secara terus-terang menunjukkan kerajaan negeri memang tidak pernah diperuntukkan dengan begitu banyak wang kecemasan bencana kerana perjanjian persekutuan Malaysia telah memberikan tanggungjawab itu dikemudikan di peringkat pusat yakni MKN.

Saya yakin keadaan ini iaitu tiada peruntukan besar untuk bencana adalah jelas dan sama sahaja di dalam akaun mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Namun, Azizan juga diyakini tertekan kerana kegagalan jentera pusat MKN yang sepatutnya membantu negeri itu. MKN mungkin juga sengaja melambatkan menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat kepada mereka untuk menyalurkan ratusan juta ringgit wang kecemasan, bekalan makanan simpanan dan logistik yang hebat semata-mata mencari peluang untuk sengaja mencari kelemahan musuh politik sesetengah pemimpin pusat.

Ini dengan jelasnya bagi mereka ini meletakkan kepentingan survival parti sendiri melebihi keperluan rakyat tidak kira fahaman politik yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya hak mereka untuk diberikan . Perlu diingatkan setiap tahun, JPM yang mempunyai banyak agensi yang dicipta khas dengan pelbagai sebab telah mendapat peruntukan besar termasuklah MKN sendiri. Malah, jumlah peruntukan kepada JPM dalam pengumuman bajet 2011 juga dilihat jauh lebih banyak daripada peruntukan bajet yang diumumkan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini.

Saya yakin Azizan dan jenteranya juga sudah berjaya mengenalpasti masalah yang menyebabkan keadaan banjir memburuk di Kedah. Antara sebab utamanya ialah akibat daripada pembinaan landasan berkembar oleh MMC-Gamuda sepanjang negeri itu. Pembinaan tersebut telah menyebabkan saluran-saluran air banjir terganggu, tersumbat dan telah sempit dengan tanah dan sisa bahan binaan. Saluran sepatutnya membawa air banjir masuk ke kawasan sawah dan sungai-sungai berhampiran. Namun begitu, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Parlimen Alor Setar akhirnya mengakui hakikat pembinaan ini antara punca utama.

Media nasional cara terbaik memanipulasi isu banjir

Berbalik semula kepada peranan pusat mengetuai pasukan kecemasan, Muhyiddin dilihat telah gagal sama sekali. Beliau tahu rakyat di negeri Kedah yang rata-ratanya berpendidikan rendah dan dengan menggunakan media massa nasional seperti berita di televisyen dan radio, Muhyiddin sengaja memburuk-burukkan kerajaan negeri sebagai gagal bertindak. Orang-orang kampung atau luar bandar ini yang majoriti masih menggunakan saluran media berkenaan untuk maklumat tidak mengetahui bahawa kesilapan sebenarnya datang dari agensi pusat. Saya yakin begitu ramai mangsa-mangsa banjir Kedah tidak tahu pun mengenai isu pentadbiran kecemasan seperti pengurusan bencana banjir ini adalah tanggungjawab pusat sepenuhnya melalui MKN. Maka, seperti biasa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan rakyat Kedah yang tidak tahu mengenai kewujudan dan peranan MKN ini dengan menjuruskan kesemua masalah ke atas kerajaan pimpinan Azizan.

Namun begitu, saya yakin itu hanyalah helah dan agenda Muhyiddin sendiri semata-mata dan adalah silap sekali jika dilihat sebagai usaha sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Cuba para pembaca sekalian bayangkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang uzur terpaksa bingkas dari katil hospitalnya sendiri untuk mengemudi dan mengarahkan jentera pusat bagi membantu kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti Perlis dan Kelantan tanpa mengira kawan atau lawan politik.

Perdana Menteri lebih telus membantu mangsa banjir Usaha Najib nampak begitu ikhlas yang mungkin kerana melihat Muhyiddin yang sepatutnya melakukan yang terbaik mengenainya sebelum ini telah gagal gara-gara Muhyiddin menjadikan urusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan lawat-melawati rumah terbuka Deepavali parti-parti komponen BN untuk kepentingan politiknya sendiri walaupun banjir sudah pun bermula sejak tempoh kempen di Galas dan Batu Sapi baru bermula beberapa hari selepas hari penamaan calon. Oleh itu, apabila Muhyiddin berkata semalam dalam media akan melawat ke Kedah hari ini bagi meninjau masalah banjir, maka beliaulah yang gagal kerana lewat bertindak sepatutnya sebagai Pemangku Pengerusi MKN semasa ketiadaan Najib yang bercuti sakit.

Oleh itu amat penting sekali bagi kerajaan PAS negeri Kedah sekarang memberikan penerangan kepada rakyat jelata yang terlibat di dalam banjir ini bahawa kerajaan pusat telah gagal menyalurkan bantuan logistik dan bantuan kewangan kecemasan pusat yang sememangnya wujud selama ini untuk menangani masalah sebegini. Kerajaan pimpinan Azizan kena lebih bijak menangkis polemik manipulasi sebegini oleh Muhyiddin dan jangan biarkan mesej atau tuduhan Muhyiddin yang dimain-mainkan di corong radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), siaran berita media televisyen milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar kerajaan daripada menyiarkan tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin Azizan hari ini di dalam menguruskan bencana.

Mahu atau tidak mahu, political mileage Muhyiddin bagi meneruskan usaha manipulasi kotor menawan negeri Kedah semula dengan cara fitnah ini perlu diperjelaskan kepada rakyat terutamanya tentang perjanjian persekutuan-negeri dan kewujudan MKN sebagai agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya. PAS dan komponen-komponen Pakatan Rakyat(PR) perlu memberitahu rakyat sedaya-upaya mengenai wujudnya MKN yang seharusnya tampil paling ke hadapan menangani isu bencana seperti ini. Jika gagal berbuat demikian, minda rakyat Kedah akan mudah dimanipulasikan oleh media nasional yang mungkin berakhir kepada kekalahan PR pada PRU akan datang.

Masalah kelewatan bantuan pusat sebenarnya tidak patut dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk kepentingannya. Ini kerana sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya banjir besar dalam musim tengkujuh yang pernah melanda negeri-negeri Kelantan dan Terengganu (di bawah kerajaan PAS selepas PRU 1999), pihak MKN telah melakukan tugasan mereka yang baik bagi menyelia kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira siapa yang memerintah kerajaan negeri. Muhyiddin diharapkan faham fungsi menjadi kerajaan yang dipilih dan menjadi pemimpin parti adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Muhyiddin masih gagal faham perbezaan di antara kedua-duanya, maka beliau adalah satu liabiliti kepada konsep pentadbiran Najib yang melihat ’era kerajaan lebih tahu daripada rakyat sudah berakhir’ dan menjunjung konsep pemisahan kuasa dalam perlembagaan negara.

Ini petunjuk masalah dalaman antara Najib-Muhyiddin

Jika anda sedar dari cubaan saya mengisahkan kegagalan Muhyiddin menangani isu banjir di Kedah yang dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan musuh politik di sana dengan bantuan media di bawah cengkamannya tanpa menghiraukan keutamaan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Muhyiddin sewajarnya dilihat sebagai satu masalah kepada Najib. Malah difikirkan dalam isu pentadbiran negara, walaupun Najib yang sedang uzur terpaksa memaksa dirinya mengambil alih menguruskan masalah bencana yang berlaku, ini bermakna Najib tahu Muhyiddin telah gagal dan Najib terpaksa masuk campur sambil menahan rasa sakit bagi menyelesaikan masalah deadlock politik yang sengaja dicipta oleh Timbalannya itu dalam isu bencana ini.

Malah, saya yakin Najib mungkin lebih memahami maksud atau mesej titah Tuanku Abdul Halim yang kecewa dengan golongan politik tertentu yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang diperintah. Saya bolejh mentafsirkan titah tuanku sebagai ’kecewa’ dengan jentera pusat yang gagal mengetuai atau mengelola masalah bencana sepertimana yang sepatutnya oleh MKN bersama-sama dengan bantuan kerajaan negeri dengan meletakkan rakyat di hadapan melebihi kepentingan politik sempit. Atau dalam lain perkataan, apabila Najib masuk campur isu pentadbiran semasa cuti sakitnya, ini bermaksud Muhyiddin tidak dipercayainya. Maka mungkin ada benarnya hubungan Najib-Muhyiddin tidaklah semesra yang disangkakan. Jadi, apa pendapat atau pandangan anda sekarang?