Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri.
Dalam lain perkataan, penulis mengagak tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih teruja dengan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di Galas dan Batu Sapi telah melihat ’peluang’ yang ada dalam bencana banjir ini. Dengan menurut akal strategi kepartian dan nafsunya yang mungkin dangkal telah sengaja mempolitikkan masalah banjir besar yang melanda negeri Jelapang Padi negara itu.
Strategi Muhyiddin sengaja menuduh kerajaan negeri
Muhyiddin sebenarnya dilihat sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada. Ini termasuklah kelewatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengadakan mesyuarat bencana peringkat tertinggi negeri hanya selepas lima hari banjir melanda negeri itu sebagai satu senjata politik dengan harapan rakyat Kedah ‘menyedari’ atau akan menuduh segala-galanya ke atas kerajaan PAS sebagai gagal bertindak.
Tidak dinafikan kelewatan Azizan memanggil mesyuarat merupakan satu tindakan yang boleh dipersoalkan ramai tetapi banyak perkara perlu dirujuk terlebih dahulu dengan beliau sendiri dan juga kekurangan pengalaman yang baru sahaja mentadbir negeri Kedah selama 2 tahun jika dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negeri itu sebelum tsunami 2008 yang melebihi 50 tahun.
Tetapi hakikatnya di sini ialah tanggungjawab bagi menyelia dan mengambil alih pengurusan bencana sebesar ini tidak terletak di tangan Azizan dan kerajaannya semata-mata atau teraju utama tetapi adalah satu tugas mutlak yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka yang diberikan tugas menjaga rakyat di peringkat kerajaan pusat yang termaktub dalam perjanjian pentadbiran Pusat-Negeri sejak dahulu lagi.
MKN adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya
Dalam lain perkataan, mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah Muhyiddin sendiri selaku ‘Pemangku’ Perdana Menteri Malaysia yang secara automatik memangku jawatan ‘Pemangku’ Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk makluman pembaca, urusan bencana sebegini secara zahirnya adalah tanggungjawab utama kepada kerajaan pusat yang dikawalselia melalui majlis tersebut.
MKN ditubuhkan dan operasinya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Fokus pengurusan bencana adalah salah satu penumpuan MKN selain dari isu keselamatan siber, kesihatan (wabak), keselamatan angkasa, ancaman dan pengurusan pos-pengganas, isu raja berpelembagaan, pelbagai bentuk hanruh dan lain-lain lagi melibatkan kepentingan kenegaraan termasuklah pelaksanaan 1Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun walaupun negara-negara tersebut mengamalkan kerajaan persekutuan atau federalisasi yang mengandungi kesatuan negeri-negeri seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, agensi pusat seperti Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang perlu tampil di hadapan dan memimpin sesiapa sahaja termasuklah kerajaan negeri (tidak kira politik) bagi membantu rakyat jelata yang dilanda musibah alam sekitar dan bencana.
Jika kita masih ingat lagi dahulu semasa musibah yang melanda penduduk di Lousiana, Alabama dan Florida akibat Taufan Katrina pada tahun 2005, anda mungkin teringat kegagalan Presiden George W. Bush ketika itu di dalam mengemudi jabatan bertanggungjawab mengenai bencana alam di negara itu yang mendapat perhatian media, birokrat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara itu dan juga seluruh dunia. Jabatan yang diletakkan di peringkat pusat itu yang dikenali sebagai Federal Emergency Management Agency (FEMA) itu adalah agensi kerajaan pusat sepertimana agensi-agensi kerajaan pusat di Amerika Syarikat yang anda pernah dengar iaitu FBI, CIA, US Marsyal, Secret Service dan macam-macam lagi melalui pengetahuan anda dan penonjolan dalam skrin layar hiburan Hollywood.
Ketika itu, bukannya para gabenor dari negara-negara itu yang dipersalahkan terlebih dahulu tetapi Presiden Bush sendiri yang dipersalahkan di atas kelembapannya bertindak membantu mangsa Katrina sepertimana beliau lembap menangani keadaan pos trauma pengeboman bangunan World Trade Centre di New York beberapa tahun sebelum itu. Gabenor-gabenor dan datuk bandar ketika itu terutamanya Datuk Bandar New Orleans sudah pun diketahui umum sebagai tidak mempunyai kemampuan yang diperlukan dari segi logistik, peruntukan kewangan kecemasan dan macam-macam lagi bagi mengemudi jentera bantuan bencana. Oleh itu, mereka tidak dipersalahkan sepenuhnya.
Oleh itu, keadaan ini juga adalah dikira sama dengan apa yang dialami oleh Azizan sendiri sebagai pemimpin negeri yang kurang berkemampuan dari segi pengalaman dan logistik. Saya yakin Azizan telah melakukan yang terbaik dengan mencari punca dana bagi menyediakan bantuan awal yang mungkin sehinggakan sukar mencari masa untuk mengadakan mesyuarat ’rasmi’. Azizan terlalu sibuk ke sana-sini untuk mengemudi apa sahaja logistik yang ada untuk membantu yang benar-benar memerlukan dan mampu diberikan.