Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

November 11, 2010

Awas Pemimpin Rakyat 5 Tahun Sekali

Tan Sri Muhyidin Yasin menggesa semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.

PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta. Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.