Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

November 23, 2010

Akta Siber, Supaya Rakyat Pekak Dan Buta Maklumat


Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar di negara ini. PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN dapat diketahui oleh rakyat di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat. Pertarungan dan perbahasan di media baru berakhir dengan individu yang makan upah Umno BN lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan asakan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat.


Seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, ia hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja. Malahan setengah tempat Umno terpaksa swastakan program penerangan melalui NGO yang pro Umno supaya menganjurkan program, jika tidak orang tidak mahu datang jika atas lambang Umno. Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN seperti yang diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi BN.

PAS berpendapat tidak cukup lagi kah Umno mengongkong rakyat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. Kerajaan boleh bertindak, mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini. Jika maklumat yang didedahkan ini seperti maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa maka kerajaan boleh bertindak. Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewengan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

November 18, 2010

Pendidikan Seks Untuk Kenyang Kroni


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap rancangan kerajaan yang hendak melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, lebih kepada untuk membela kroni Umno BN sahaja melalui projek cetak buku dan alat bantu mengajar. Walaupun yang diuarkan-uarkan untuk mengatasi masalah buang bayi.




PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah. Seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.


Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.


PAS berpandangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin Umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang. Seketika dulu mereka heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni. Kemudian mereka buat-buat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka di kemukakan supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion. Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula.


Persoalannya bila pemimpin Umno BN ini prihatin kepada akhlak, bukankah mereka yang menjadi penaja besar kepada penyumbang keruntuhan akhlak. Apabila rakyat rosak akhlak mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran, maka senanglah mereka terus memerintah. Ketika Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam. Bukankah ini idea Pak Pandir namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun.




November 17, 2010

Program Korban 2010


Selamat Hari Raya Aidil Adha, alhamdulillah dengan sokongan semua maka terlaksana juga program korban 2010 seperti dalam perancangan. Program yang berlangsung agak lewat disebabkan proses penyembelihan terus di lakukan di ladang ternak kemudian di bawa terus ke Taman Hijrah untuk di uruskan sebaik mungkin.

Cuaca begitu baik pada awalnya bertukar menjadi hujan namun kerja-kerja melapah dan membungkus dapat di selesaikan dengan segera. Seusai sahaja kerja-kerja membungkus maka proses pengagihan daging korban mula di atur manakala tulang lembu terus di masak sop untuk jamuan petugas dan penduduk-penduduk berhampiran.

Berterima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semuga usaha ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.

LAPORAN AUDIT, SPRM MESTI BERANI BERTINDAK KEPADA JERUNG


Parti Islam Se-Malaysia PAS mengalu-ngalukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat 15 kes berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara 2009, termasuk yang melibatkan di Kementerian Pertahanan sebanyak RM310,000 untuk persiapan bilik VVIP di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. Antara pembeliannya set lampu (chandelier) RM10,000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.

Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita. Kita tentu masih ingat bagaimana pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN). Ramai terkejut bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik lagi apabila pihak Audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?

PAS berpendapat apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan. Sebab itu dalam laporan audit negara 2008 melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion. PAS mengharapkan supaya SPRM perlu bertegas dan mengharapkan supaya mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti diheret ke pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri. Pegawai tidak akan berani buat tanpa arahan orang atasan.

November 16, 2010

Selamat Hari Raya Idul Adha


PAS Kawasan Kota Tinggi ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua umat Islam khususnya di Kota Tinggi dan amnya di Malaysia. Bersama menghayati pengertian ibadah Qurban itu sendiri.

November 11, 2010

Awas Pemimpin Rakyat 5 Tahun Sekali

Tan Sri Muhyidin Yasin menggesa semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.

PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta. Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Jangan Jadikan 300,000 RELA Undi Pos Di Selangor

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan Selangor melalui taktik undi pos. PAS mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.


Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.


PAS mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menangani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno.

November 08, 2010




Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Selain Dajjal, ada yang lebih takut aku ke atas kamu daripada Dajjal sendiri. ”. Maka ditanya orang, siapakah dia wahai Rasulullah? Maka jawab Rasulullah: “ Ulama yang jahat. ”

Itulah ulama yang tidak mengamalkan ilmunya, suka menziarahi raja-raja. Janganlah anda percaya kepadanya. Janganlah anda menuntut ilmu darinya, yang mewarisi ilmu syaitan dan dilaknati Allah. Belajarlah dari ulama yakni guru yang Mursyid yang sentiasa merendah diri dan yang amat mengasihi sesama manusia.

Video Lengkap TGNA

Video lengkap bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaki hamun oleh seorang penyokong dan juga pendukung UMNO Kelantan. Lihatlah betapa hujah yang diguna pakai...melambangkan ketinggian ilmu seseorang itu.








November 07, 2010

Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik [2]

Mesej titah Sultan Kedah kesal politik banjir dituju pada pusat?

Malah bagi mereka yang berakal di dalam membaca mesej Tuanku Abdul Halim yang turut menitahkan zakat negeri dikeluarkan sebanyak RM500,000 dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri bagi membantu mangsa. Malah, puteri baginda yang menjadi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) juga mengeluarkan sumbangan YSB sebanyak RM200,000 untuk tujuan membantu mangsa banjir. Ini secara terus-terang menunjukkan kerajaan negeri memang tidak pernah diperuntukkan dengan begitu banyak wang kecemasan bencana kerana perjanjian persekutuan Malaysia telah memberikan tanggungjawab itu dikemudikan di peringkat pusat yakni MKN.

Saya yakin keadaan ini iaitu tiada peruntukan besar untuk bencana adalah jelas dan sama sahaja di dalam akaun mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Namun, Azizan juga diyakini tertekan kerana kegagalan jentera pusat MKN yang sepatutnya membantu negeri itu. MKN mungkin juga sengaja melambatkan menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat kepada mereka untuk menyalurkan ratusan juta ringgit wang kecemasan, bekalan makanan simpanan dan logistik yang hebat semata-mata mencari peluang untuk sengaja mencari kelemahan musuh politik sesetengah pemimpin pusat.

Ini dengan jelasnya bagi mereka ini meletakkan kepentingan survival parti sendiri melebihi keperluan rakyat tidak kira fahaman politik yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya hak mereka untuk diberikan . Perlu diingatkan setiap tahun, JPM yang mempunyai banyak agensi yang dicipta khas dengan pelbagai sebab telah mendapat peruntukan besar termasuklah MKN sendiri. Malah, jumlah peruntukan kepada JPM dalam pengumuman bajet 2011 juga dilihat jauh lebih banyak daripada peruntukan bajet yang diumumkan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini.

Saya yakin Azizan dan jenteranya juga sudah berjaya mengenalpasti masalah yang menyebabkan keadaan banjir memburuk di Kedah. Antara sebab utamanya ialah akibat daripada pembinaan landasan berkembar oleh MMC-Gamuda sepanjang negeri itu. Pembinaan tersebut telah menyebabkan saluran-saluran air banjir terganggu, tersumbat dan telah sempit dengan tanah dan sisa bahan binaan. Saluran sepatutnya membawa air banjir masuk ke kawasan sawah dan sungai-sungai berhampiran. Namun begitu, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Parlimen Alor Setar akhirnya mengakui hakikat pembinaan ini antara punca utama.

Media nasional cara terbaik memanipulasi isu banjir

Berbalik semula kepada peranan pusat mengetuai pasukan kecemasan, Muhyiddin dilihat telah gagal sama sekali. Beliau tahu rakyat di negeri Kedah yang rata-ratanya berpendidikan rendah dan dengan menggunakan media massa nasional seperti berita di televisyen dan radio, Muhyiddin sengaja memburuk-burukkan kerajaan negeri sebagai gagal bertindak. Orang-orang kampung atau luar bandar ini yang majoriti masih menggunakan saluran media berkenaan untuk maklumat tidak mengetahui bahawa kesilapan sebenarnya datang dari agensi pusat. Saya yakin begitu ramai mangsa-mangsa banjir Kedah tidak tahu pun mengenai isu pentadbiran kecemasan seperti pengurusan bencana banjir ini adalah tanggungjawab pusat sepenuhnya melalui MKN. Maka, seperti biasa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan rakyat Kedah yang tidak tahu mengenai kewujudan dan peranan MKN ini dengan menjuruskan kesemua masalah ke atas kerajaan pimpinan Azizan.

Namun begitu, saya yakin itu hanyalah helah dan agenda Muhyiddin sendiri semata-mata dan adalah silap sekali jika dilihat sebagai usaha sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Cuba para pembaca sekalian bayangkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang uzur terpaksa bingkas dari katil hospitalnya sendiri untuk mengemudi dan mengarahkan jentera pusat bagi membantu kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti Perlis dan Kelantan tanpa mengira kawan atau lawan politik.

Perdana Menteri lebih telus membantu mangsa banjir Usaha Najib nampak begitu ikhlas yang mungkin kerana melihat Muhyiddin yang sepatutnya melakukan yang terbaik mengenainya sebelum ini telah gagal gara-gara Muhyiddin menjadikan urusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan lawat-melawati rumah terbuka Deepavali parti-parti komponen BN untuk kepentingan politiknya sendiri walaupun banjir sudah pun bermula sejak tempoh kempen di Galas dan Batu Sapi baru bermula beberapa hari selepas hari penamaan calon. Oleh itu, apabila Muhyiddin berkata semalam dalam media akan melawat ke Kedah hari ini bagi meninjau masalah banjir, maka beliaulah yang gagal kerana lewat bertindak sepatutnya sebagai Pemangku Pengerusi MKN semasa ketiadaan Najib yang bercuti sakit.

Oleh itu amat penting sekali bagi kerajaan PAS negeri Kedah sekarang memberikan penerangan kepada rakyat jelata yang terlibat di dalam banjir ini bahawa kerajaan pusat telah gagal menyalurkan bantuan logistik dan bantuan kewangan kecemasan pusat yang sememangnya wujud selama ini untuk menangani masalah sebegini. Kerajaan pimpinan Azizan kena lebih bijak menangkis polemik manipulasi sebegini oleh Muhyiddin dan jangan biarkan mesej atau tuduhan Muhyiddin yang dimain-mainkan di corong radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), siaran berita media televisyen milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar kerajaan daripada menyiarkan tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin Azizan hari ini di dalam menguruskan bencana.

Mahu atau tidak mahu, political mileage Muhyiddin bagi meneruskan usaha manipulasi kotor menawan negeri Kedah semula dengan cara fitnah ini perlu diperjelaskan kepada rakyat terutamanya tentang perjanjian persekutuan-negeri dan kewujudan MKN sebagai agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya. PAS dan komponen-komponen Pakatan Rakyat(PR) perlu memberitahu rakyat sedaya-upaya mengenai wujudnya MKN yang seharusnya tampil paling ke hadapan menangani isu bencana seperti ini. Jika gagal berbuat demikian, minda rakyat Kedah akan mudah dimanipulasikan oleh media nasional yang mungkin berakhir kepada kekalahan PR pada PRU akan datang.

Masalah kelewatan bantuan pusat sebenarnya tidak patut dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk kepentingannya. Ini kerana sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya banjir besar dalam musim tengkujuh yang pernah melanda negeri-negeri Kelantan dan Terengganu (di bawah kerajaan PAS selepas PRU 1999), pihak MKN telah melakukan tugasan mereka yang baik bagi menyelia kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira siapa yang memerintah kerajaan negeri. Muhyiddin diharapkan faham fungsi menjadi kerajaan yang dipilih dan menjadi pemimpin parti adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Muhyiddin masih gagal faham perbezaan di antara kedua-duanya, maka beliau adalah satu liabiliti kepada konsep pentadbiran Najib yang melihat ’era kerajaan lebih tahu daripada rakyat sudah berakhir’ dan menjunjung konsep pemisahan kuasa dalam perlembagaan negara.

Ini petunjuk masalah dalaman antara Najib-Muhyiddin

Jika anda sedar dari cubaan saya mengisahkan kegagalan Muhyiddin menangani isu banjir di Kedah yang dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan musuh politik di sana dengan bantuan media di bawah cengkamannya tanpa menghiraukan keutamaan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Muhyiddin sewajarnya dilihat sebagai satu masalah kepada Najib. Malah difikirkan dalam isu pentadbiran negara, walaupun Najib yang sedang uzur terpaksa memaksa dirinya mengambil alih menguruskan masalah bencana yang berlaku, ini bermakna Najib tahu Muhyiddin telah gagal dan Najib terpaksa masuk campur sambil menahan rasa sakit bagi menyelesaikan masalah deadlock politik yang sengaja dicipta oleh Timbalannya itu dalam isu bencana ini.

Malah, saya yakin Najib mungkin lebih memahami maksud atau mesej titah Tuanku Abdul Halim yang kecewa dengan golongan politik tertentu yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang diperintah. Saya bolejh mentafsirkan titah tuanku sebagai ’kecewa’ dengan jentera pusat yang gagal mengetuai atau mengelola masalah bencana sepertimana yang sepatutnya oleh MKN bersama-sama dengan bantuan kerajaan negeri dengan meletakkan rakyat di hadapan melebihi kepentingan politik sempit. Atau dalam lain perkataan, apabila Najib masuk campur isu pentadbiran semasa cuti sakitnya, ini bermaksud Muhyiddin tidak dipercayainya. Maka mungkin ada benarnya hubungan Najib-Muhyiddin tidaklah semesra yang disangkakan. Jadi, apa pendapat atau pandangan anda sekarang?

Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik [1]

Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri.

Dalam lain perkataan, penulis mengagak tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih teruja dengan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di Galas dan Batu Sapi telah melihat ’peluang’ yang ada dalam bencana banjir ini. Dengan menurut akal strategi kepartian dan nafsunya yang mungkin dangkal telah sengaja mempolitikkan masalah banjir besar yang melanda negeri Jelapang Padi negara itu.

Strategi Muhyiddin sengaja menuduh kerajaan negeri

Muhyiddin sebenarnya dilihat sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada. Ini termasuklah kelewatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengadakan mesyuarat bencana peringkat tertinggi negeri hanya selepas lima hari banjir melanda negeri itu sebagai satu senjata politik dengan harapan rakyat Kedah ‘menyedari’ atau akan menuduh segala-galanya ke atas kerajaan PAS sebagai gagal bertindak.

Tidak dinafikan kelewatan Azizan memanggil mesyuarat merupakan satu tindakan yang boleh dipersoalkan ramai tetapi banyak perkara perlu dirujuk terlebih dahulu dengan beliau sendiri dan juga kekurangan pengalaman yang baru sahaja mentadbir negeri Kedah selama 2 tahun jika dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negeri itu sebelum tsunami 2008 yang melebihi 50 tahun.

Tetapi hakikatnya di sini ialah tanggungjawab bagi menyelia dan mengambil alih pengurusan bencana sebesar ini tidak terletak di tangan Azizan dan kerajaannya semata-mata atau teraju utama tetapi adalah satu tugas mutlak yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka yang diberikan tugas menjaga rakyat di peringkat kerajaan pusat yang termaktub dalam perjanjian pentadbiran Pusat-Negeri sejak dahulu lagi.

MKN adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya

Dalam lain perkataan, mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah Muhyiddin sendiri selaku ‘Pemangku’ Perdana Menteri Malaysia yang secara automatik memangku jawatan ‘Pemangku’ Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk makluman pembaca, urusan bencana sebegini secara zahirnya adalah tanggungjawab utama kepada kerajaan pusat yang dikawalselia melalui majlis tersebut.

MKN ditubuhkan dan operasinya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Fokus pengurusan bencana adalah salah satu penumpuan MKN selain dari isu keselamatan siber, kesihatan (wabak), keselamatan angkasa, ancaman dan pengurusan pos-pengganas, isu raja berpelembagaan, pelbagai bentuk hanruh dan lain-lain lagi melibatkan kepentingan kenegaraan termasuklah pelaksanaan 1Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun walaupun negara-negara tersebut mengamalkan kerajaan persekutuan atau federalisasi yang mengandungi kesatuan negeri-negeri seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, agensi pusat seperti Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang perlu tampil di hadapan dan memimpin sesiapa sahaja termasuklah kerajaan negeri (tidak kira politik) bagi membantu rakyat jelata yang dilanda musibah alam sekitar dan bencana.

Jika kita masih ingat lagi dahulu semasa musibah yang melanda penduduk di Lousiana, Alabama dan Florida akibat Taufan Katrina pada tahun 2005, anda mungkin teringat kegagalan Presiden George W. Bush ketika itu di dalam mengemudi jabatan bertanggungjawab mengenai bencana alam di negara itu yang mendapat perhatian media, birokrat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara itu dan juga seluruh dunia. Jabatan yang diletakkan di peringkat pusat itu yang dikenali sebagai Federal Emergency Management Agency (FEMA) itu adalah agensi kerajaan pusat sepertimana agensi-agensi kerajaan pusat di Amerika Syarikat yang anda pernah dengar iaitu FBI, CIA, US Marsyal, Secret Service dan macam-macam lagi melalui pengetahuan anda dan penonjolan dalam skrin layar hiburan Hollywood.

Ketika itu, bukannya para gabenor dari negara-negara itu yang dipersalahkan terlebih dahulu tetapi Presiden Bush sendiri yang dipersalahkan di atas kelembapannya bertindak membantu mangsa Katrina sepertimana beliau lembap menangani keadaan pos trauma pengeboman bangunan World Trade Centre di New York beberapa tahun sebelum itu. Gabenor-gabenor dan datuk bandar ketika itu terutamanya Datuk Bandar New Orleans sudah pun diketahui umum sebagai tidak mempunyai kemampuan yang diperlukan dari segi logistik, peruntukan kewangan kecemasan dan macam-macam lagi bagi mengemudi jentera bantuan bencana. Oleh itu, mereka tidak dipersalahkan sepenuhnya.

Oleh itu, keadaan ini juga adalah dikira sama dengan apa yang dialami oleh Azizan sendiri sebagai pemimpin negeri yang kurang berkemampuan dari segi pengalaman dan logistik. Saya yakin Azizan telah melakukan yang terbaik dengan mencari punca dana bagi menyediakan bantuan awal yang mungkin sehinggakan sukar mencari masa untuk mengadakan mesyuarat ’rasmi’. Azizan terlalu sibuk ke sana-sini untuk mengemudi apa sahaja logistik yang ada untuk membantu yang benar-benar memerlukan dan mampu diberikan.

Kedah sedia RM1 juta bantu mangsa banjir

ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar) berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

"Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya.

(Gambar: Pengerusi surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang menyerahkan sumbangan kepada ustaz Ghazali Omar (kanan) untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah)

Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah.

Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut.

Kekalahan Di Galas Sebagai Loceng Amaran PRU 13


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.


Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.

18493 Hilang Layak Undi Awam, SPR Papet Umno


Parti Islam Se-Malaysia PAS memandang berat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas menjadi papet Umno apabila 18493 orang hilang layak undi awam dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan jumlah tiga negeri paling ramai pengundi ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Dua negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN.

Tindakan ini jelas SPR mahu melaksanakan cita-cita Datuk Najib Razak yang akan mempertahankan kerajaan Umno walaupun dengan apa cara sekalipun seperti ucapan beliau di perasmian persidangan agung umno di PWTC, yang menyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

SPR perlu menjadi bapa dan pemudahcara untuk melicinkan proses demokrasi. SPR jangan menjadi pengadil yang berat sebelah dan memayahkan rakyat dan parti-parti politik yang bertanding. SPR jangan membantu untuk ubah tiang gol setiap kali pasukan BN hendak kalah. Pas ingin ingatkan beberapa pegawai SPR jangan halang kebangkitan rakyat, bebaskan diri SPR daripada menjadi abdi kepada Umno BN. Bertugaslah secara profesional, kerana kerajaan BN boleh bertukar bila-bila masa kepada PR, InsyaAllah.

November 04, 2010

Selamat Menyambut Deepavali

Program Terkini


Ahmad Maslan Minta Cerminkan diri, Sebelum Tuduh Kelantan Mundur


Parti Islam SeMalaysia PAS ingin menjawab cabaran Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mencabar apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. PAS ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara Malaysia, bukan berada di bawah negara Mozambique.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewaangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.

Dakwaan Ketua Penerangan Umno tidak ada pembangunan yang PAS laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manik Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula. Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.

Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan PAS mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan hutang lapok zaman Umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat royalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan Umno.

Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat orang miskin, majoritinya Melayu. Cabaran Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut. Sebelum beliau cabar apa PAS buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu kemana wang Felda telah mengucup daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak Sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah.

November 02, 2010

Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah

Parti Islam Se-Malaysia PAS, menegaskan memang Umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz Umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP. Banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja, tidak lebih daripada itu.

PAS mencabar Umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam Umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam Umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, Umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam Umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam Umno dahulu. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu.

Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam Umno yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai. PAS menyeru supaya orang agama tinggalkan sahaja Umno, sertailah PAS. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

Umno Yang Menyebabkan Melayu Dihina

Parti Islam SeMalaysia PAS, cuba memberi jawapan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, yang sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri. Beliau cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya, berada di dalam suasana yang terancam, dengan ini orang melayu akan menyalahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Ini adalah teknik lama Umno untuk memulihkan tenaga Umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”. Hakikatnya Umnolah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno putera, menyebabkan Melayu merempat diri sendiri.

Modal lapok mereka ialah bagaimana Melayu Pulau Pinang yang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah. Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang.

Zahid cuba hendak menyalahkan bahawa Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri. Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Bayak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal. Pemimpin Umno kena merasa malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri. Manakah pergi nillai saham khas bumiputera RM54 bilion?. RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Kemanakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar. Rumusannya Umno tidak layak untuk menjaga hak orang melayu, ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula marilah menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno.

Kerjasama Dengan Bukan Islam, Pas Tidak Tiru Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS menafikan dengan sekerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yasin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam. Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siyasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS. Sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.

PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. PAS sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

PAS mencabar Tan Sri Muhyidin tolong jelaskan, bilakah PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Tahaluf Siyasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu. Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yuang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.