Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

December 21, 2009

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KALI PERTAMA



Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama yang telah diadakan pada 19 Disember 2009 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam telah menempah sejarah baru dalam arena politik tanahair. Konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini telah menemukan kesemua kepimpinan utama dan perwakilan-perwakilan PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara. Diakhir konvensyen ini, setelah diperbahaskan dengan begitu baik oleh pembahas-pembahas yang mewakili ketiga-tiga parti, Dasar Pakatan Rakyat telah dipersetujui sebulat suara dan pemimpin-pemimpin utama iaitu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) dan Lim Kit Siang (Ketua DAP) telah menandatangani persetujuan dasar ini.



Dasar-dasar pakatan rakyat telah disampaikan oleh YB Salahuddin B Ayob (Naib Presiden PAS) bertajuk "Demokrasi telus dan tulen", YB Tony Pua (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) bertajuk "Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil" dan YB Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR) bertajuk "Keadilan sosial dan pembangunan insan".


Dewan MBSA, Shah Alam tempat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama telah melahirkan resolusi untuk memimpin agenda Pakatan Rakyat menghampiri Putrajaya.

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT
19HB DISEMBER 2009
AUDITORIUM MBSA.

I. KEYAKINAN KEPADA RAKYAT
Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan Pas. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-Bn, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung.

Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut. Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.

Maka kita mengadakan konvensyen ini bukan untuk mencerca dan mengkritik BN dan Umno. Pemerintahan yang ada sekarang sudah kehilangan keabsahan moral, legitimasi moral mereka sudah terhapus. Kita berada di sini untuk mengungkapkan dasar dan kebijakan Pakatan Rakyat, bukan sekadar sebagai gabungan parti-parti politik, tetapi juga sebagai gerakan politik. Pakatan Rakyat is not merely a political alliance, it is first and foremost a political movement.

Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.

Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi kita kini berada di persimpangan zaman. Kita tidak berjuang sekadar untuk mengganti satu kekuasaan dengan kekuasaan yang lain. Kita tidak berjuang untuk membuat perubahan runcit-runcitan. Kita berjuang untuk membuat perubahan besar, big change, fundamental change. Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. Maka kita perlu ada keberanian kebenaran, the courage of truth, keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people.