Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

December 12, 2009

Ceramah Pas Kota Tinggi


Kota Tinggi, 8 Disember 2009 bertempat di Pasti Al-Falah (2) Taman Hijrah berlangsungnya majlis ceramah politik setelah agak lama tidak kedengaran di Bandar Kota Tinggi. Mungkin disebabkan agak lama masyarakat Kota Tinggi kehausan maklumat terus daripada kepimpinan PAS baik di peringkat negeri ataupun pusat, kehadiran pada malam tersebut cukup memberangsangkan.

Majlis bermula agak lewat di sekitar jam 9:30 malam dan kehadiran YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan pengisian tazkirah di salah sebuah surau yang terletak di Taman Kota Jaya pada sebelah Maghribnya.

Ceramah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP Pas Kota Tinggi, Tuan Hj. Kamaldin bin Tahir. Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai kemelut yang melanda Umno Kota Tinggi lantaran terdapat perbuatan menyonteng dengan perkataan yang memalukan terhadap kepimpinan Umno Bahagian (sepertimana yang telah di siarkan dalam blog ini).

Ceramah pertama daripada Tuan Hj. Dzulkefli Ahmad selaku Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri Johor. Dalam pengisiannya yang telah di sampaikan pada malam itu, beliau lebih banyak memberi pendedahan dan penekanan tentang isu-isu tempatan yang melibatkan pentadbiran kerajaan Johor yang di lihat begitu lemah dan gagal mentadbir ekonomi Johor dengan baik. Ini di kukuhkan dengan fakta-fakta menarik begi mengukuhkan lagi hujah beliau.



Nusajaya yang nampak gah namun berselindung disebaliknya dibebani dengan hutang yang pastinya akan dibebankan keatas bahu rakyat Johor. Belanjawan yang defisit selama 3 tahun berturut-turut memperlihatkan Umno gagal dalam menguruskan pentadbiran negeri ini.

Dalam masa yang sama sebelum pembentangan belanjawan di dewan negeri, Pakatan Rakyat Johor terlebih dahulu telah melancarkan belanjawan ‘Mesra Rakyat’ sehari sebelum belanjawan kerajaan negeri di dewan rakyat pada keesokkannya.

Ternyata walaupun belum memerintah namun Pas dan Pakatan Rakyat berupaya membentangkan belanjawannya kerana di dalam Pas dan Pakatan Rakyat amnya mempunyai kepakaran yang pelbagai dalam segenap sudut. Inilah yang dinyatakan dalam komen Che Det dalam blognya, ramai golongan professional kini lebih berminat menyertai Pakatan Rakyat berbanding Umno, BN.



Meneruskan majlis dengan YB Drs Khalil Lim Abdullah, beliau selaku ADUN Titi Serong menggunakan pangalamannya menceritakan keadaan huru hara yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa oleh kerajaan haram Umno, BN. Umno menggunakan media untuk menghalalkan rampasan kuasa mereka dan media diarah menyampaikan maklumat yang salah kepada rakyat.

Disebabkan itulah walaupun mempunyai teknologi maklumat yang pantas ketika ini, tetapi masih relevan ceramah diteruskan untuk menyampaikan maklumat terus kepada masyarakat. Beliau menceritakan bagaimana pergolakan pentadbiran di Perak, ADUN yang melompat dengan membawa wang walaupun sudah di laporkan kepada SPRM tetapi masih tiada tindakan susulan yang di ambil.

SPRM dilihat mengikut telunjuk Umno dan bersekongkol dengan Umno dalam usaha mempertahankan kerajaan haram. Pelbagai lagi perkara pelik disepanjang perjalanan dewan ketika kerajaan haram Umno, BN memerintah Perak. Antaranya bagaimana belanjawan negeri berjumlah 739.68 juta telah diluluskan dalam masa 20 minit sahaja. Dalam masa yang sama, ADUN Pakatan Rakyat cuba dilengah-lengahkan untuk memasuki dewan.

Beliau juga menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak selama kurang setahun dulu. PR dituduh boneka kepada Cina kerana memberi tanah kepada kaum Cina. Tetapi apakah memberi tanah kepada rakyat Malaysia berketurunan Cina yang miskin dikatakan boneka sedangkan ketika Umno, BN memerintah diberikan tanah kepada kaum Cina yang kaya di katakan pejuang rakyat? Bagimana pula dengan isu di Johor? Menjual tanah kepada tauke-tauke dari Singapura?

Diakhirnya beliau optimis menyatakan tanda-tanda pembubaran DUN begitu positif sekali. Isu di Perak, jalan terakhir mengakhiri kemelut politik ini hanyalah melalui pembubaran DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih.


~matahijauku~