Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

December 04, 2009

Ceramah sempena penubuhan Pas Cawangan Kg. Gembut

Seluruh kepimpinan Pas Kawasan Kota Tinggi serta ahli-ahlinya mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat Allah SWT. Asalnya amat sukar untuk mempercayainya malah bimbang akan di tertawakan. Segunung penghargaan di ucapkan kepada Ketua Cawangan Pas Kg. Gembut berserta dengan AJKnya atas inisiatif mereka untuk mengadakan ceramah sempena penubuhan Pas cawangan di sana. Apakan tidak, ceramah yang direncanakan tersebut hendak di adakan di dewan serbaguna Kg. Gembut?

Maklumlah, kalau berbicara tentang penggunaan dewan ini bagi aktiviti Pas adalah sesuatu yang sukar untuk diterima akal. Walaupun berbayar tapi itulah mentaliti mereka-mereka yang di pertanggungjawabkan menjaga dewan tersebut. Kita tiada halangan walaupun di kenakan dengan bayaran untuk menggunakan dewan cuma pastinya ada golongan lain yang akan membantah seolah-olah dewan yang ada di muka bumi ini mereka yang empunyanya.

Segunung tahniah dan syabas patut diberikan kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengawal situasi di tempat ceramah daripada sebarang anasir provokasi daripada pihak Umno yang dimaklumkan akan melakukan bantahan dan gangguan semasa majlis ceramah tersebut. Terserlah sikap profesionalisme anggota keselamatan dalam memberi hak secara demokrasi kepada aktiviti parti yang berdaftar di Malaysia ini. Sikap begini amat disanjungi dalam merealisasikan inspirasi kerajaan 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.



Mazlan Aliman selaku penceramah utama


Penceramah pertama pada malam tersebut ialah Saudara Mazlan Aliman (AJK Pas Pusat merangkap presiden NGO ANAK). Beliau mengupas isu-isu semasa terutama kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin utama negara yang seperti biasa masih di selindungi oleh pihak SPRM. Terlalu banyak kes-kes tertunggak yang masih tidak selesai yang kononnya masih dalam siasatan SPRM.

Di dalam ceramahnya, beliau juga menyelar sikap pemimpin tempatan Umno serta penyokongnya yang tidak memahami erti demokrasi yang sebenarnya apabila cuba mengganggu program ceramah pada malam tersebut. Mazlan menyifatkan sikap pemimpin Umno tersebut sebagai penakut dengan bayang-bayang sendiri apabila mengetahui satu lagi cawangan Pas akan di tubuhkan di DUN nya.


Majlis penyerahan borang PAS

Sebelum YB Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah menyampaikan ceramahnya, terlebih dahulu Ketua Pas Cawangan Kg. Gembut, Saudara Azmi telah menyampaikan borang permohonan keahlian kepada YB Dato’ Nik Mohd Amar.

Dalam ceramah yang di sampaikan oleh YB Dato’ Nik Amar, beliau mengajak pendengar-pendengar yang hadir pada malam tersebut dapat berfikir akan hujah-hujah yang bakal di sampaikan olehnya. Beliau meminta hadirin dapat berfikir secara rasional mengapa perlu lagi untuk mereka terus menyokong perjuangan Umno ataupun meninggalkan parti yang sudah busuk tersebut. Ini di kuatkan lagi dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir di dalam laman Che Det bahawa Umno sudah busuk dari kepala hingga ke ususnya.


YB Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah sedang berceramah

Bagi menghadapi hujah Umno yang sering di perkatakan oleh mereka bahawa Umno merupakan parti yang membela orang Melayu serta mendaulatkan Islam di Malaysia maka seeloknya kita menilai akan kenyataan tersebut. Apakah ianya selari dengan apa yang di perkatakan oleh mereka ataupun hanya omongan kosong belaka.

Melihat kepada kenyataan Umno yang sering melagukan bahawa merekalah yang selama ini menjaga kepentingan orang melayu dapat di teliti dengan fakta-fakta berikut. Pertamanya, selama 52 tahun Umno memerintah Malaysia, ternyata ianya gagal dalam memelihara kepentingan orang melayu.

Buktinya, Singapura yang terlepas ke tangan orang lain. Mana perginya kenyataan Pemuda Umno ketika itu iaitu Dato’ Albar untuk melangkah mayatnya dahulu demi mempertahankan kedaulatan tanah melayu. Malah legasi itu turut di warisi oleh pewarisnya yang ketika itu menjadi Menteri Luar yang turut sama melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Malaysia yang merdeka pada tahun 1957, pada ketika itu statistik menunjukkan populasi penduduk melayu adalah seramai 82%. Angka tersebut semakin menurun sehingga kini iaitu 52% seperti yang di laporkan. Semakin lama Umno merintah maka semakin mengecil populasi bangsa melayu di bumi Malaysia ini. Jika di biarkan berlarutan maka bangsa melayu kelak akan menjadi golongan minoriti di bumi Malaysia ini.

Menyentuh kepada kepentingan orang melayu pula, YB Dato’ Nik Amar menyatakan ianya semakin merosot dan kalau adapun hanya berkisar pada segelintir elit orang melayu sahaja.

Dato’ Nik Amar juga menyatakan bahawa dalam masa pemerintahan Umno, Melayu menjadi juara dalam hal-hal berkaitan maksiat, penagihan najis dadah, rasuah, masalah sosial dan sebagainya yang di sifatkan amat kronik. Beliau turut menyatakan selama 52 tahun Umno menerajui pemerintahan Negara, menurut kenyataan Mufti Perak sebelum ini iaitu terdapat lebih dua ratus ribu orang melayu yang murtad. Angka ini begitu membimbangkan malah jika di bandingkan dengan penjajah yang menjajah bumi Malaysia selama lebih lima ratus tahun, tidak terdapat di dalam buku sejarah yang menunjukkan angka orang melayu yang telah murtad ketika itu.

Seterusnya beliau menerangkan kepada hadirin semua akan fitnah yang berleluasa ketika ini yang cuba menjatuhkan kredibiliti Tuab Guru. Beliau juga menjelaskan akan isu-isu terkini yang heboh di perdagangkan oleh media yang kuasai Umno. Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dengan bijaksana.


~matahijauku~