Rasa-rasanya apa pandangan jiran kita yang mendengar berita kehilangan enjin pesawat milik ketenteraan negara kita? Pasti suatu yang melucukan bukan?
Adakah kes-kes begini melibatkan orang politik ataupun pegawai-pegawai ketenteraan yang sememangnya dilatih dari segi ketenteraan yang mempunyai disiplin yang tinggi dan semangat cintakan tanahair yang menebal?
Apapun yang berlaku dan telah berlaku. Setelah lama berlalu kini baru disedari. Makin nampak kebobrokan kepimpinan PM kita yang baru ini. Sedikit demi sedikit kepincangan dipertontonkan tapi yang nyata semuanya berlaku di dalam kerajaan Umno, BN.
Kalau dipihak PR yang dilaporkan oleh media dan tv bodoh, ialah kes bagi lembu kepada masjid, kes beli bendara tak ada resit, kes nak pergi naik haji yang mana kalau di jumlahkan tak sampai pun RM1 juta.
Dalam kes yang terbaru ini, hampir semua menteri Umno jadi kelu lidah masing-masing. Inilah budaya pariah yang diamalkan oleh Umno. Budaya mempertahankan parti dan pemimpin mereka biarpun penyelewengan dan kedurjanaan mereka lakukan. Yang ada dalam kepala otak mereka ialah memburuk-burukkan pemimpin PR. Kerja mereka hanyalah mengapi-apikan semangat perkauman. Tapi najis yang bergelumang pada tumbuh pemimpin mereka buat tak tahu. Dalam kes enjin jet ini, Muhyuddin langsung tidak berdecit. Sejak menjadi TPM dia ni bukan main garangnya menyerang PR. Jika benar Umno beria-ia nak buat perubahan, kes enjin jet hilang ini peluang terbaik untuk memulihkan kredibiliti parti. Sayang sekali peluang keemasan ini tidak direbut. Yang ada hanya kenyataan najib...NO COVER UP . Siapa yang nak percaya? Kes ini berlaku pada 2007. Jadi dari tahun itu hingga 2009 di diamkan, apakah itu bukan cover up ?
Pemuda Umno yang sejak PRU12 suka benar berarak kebalai-balai polis buat laporan keatas PR juga jadi bisu. Seandainya intregriti merupakan salah KPInya, maka kes ini adalah peluang terbaik untuknya memulihkan keyakinan terhadap Umno. Kita masih teringat peranan dan fungsi pemuda dibawah kepimpinan Dato Seri Anwar, Dato Suhaimi Kamaruddin dan era sebelum mereka. Mereka tak heboh pun nak jadi menteri dan sebagainya. Pemuda hari ini sibuk kejar projek dan kejar perempuan. Sesekali buat kecoh menghentam PR. Itu saja yang mereka tahu.
Berbalik kepada kes enjin jet hilang, kita rasa simpati kepada PETRONAS. Sering diperkatakan kepada kawan-kawan, kita berlagak orang berada kerana adanya PETRONAS. Khazanah berupa nikmat memiliki emas hitam dibazirkan ikut suka hati mereka. Kehilangan RM50 juta bagi mereka perkara biasa. Bagi komesyen RM500 juta pun tak de hal. PKFZ rugi RM4 billion tak mengapa. Kos bina trek berkembar melibatkan penambahan kos berbillion ringgit mereka tak risau. Bayangkan mereka faraidkan harta negara (yang sebahagian besarnya sumbangan petronas) macam harta bapak mereka.
Inilah nasib rakyat dan negara apabila diperintah oleh golongan yang tidak amanah. Malangnya masih ramai (majoriti) orang melayu masih memilih golongan ini menguruskan harta negara.
Apa nak jadi dengan negara kita yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan. Masing -masing berebut-rebut mengumpul kekayaan.