Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

November 13, 2009

Tiada lafaz 'cerai talak tiga' dalam bai'ah

PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.

Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai'ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor.

"Presiden kata benda ini (bai'ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri."

"Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit." jelasnya.

Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia'ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu.

Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait 'cerai talak tiga' kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti.

"WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, iaitu Islam.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, " lafaz bai'ahnya dibaca di hadapan wartawan.

Jelasnya, bai'ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti.

Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini.

Dengan penjelasan tersebut, maka isu bai'ah yang menjadi modal Umno telah dapat di jawab dengan penuh bijaksana. Pas Kota Tinggi pernah berhadapan dengan isu calon yang berpaling tadah dalam pilihanraya umum satu masa dulu. Maka amatlah wajar bai'ah ini diteruskan bagi memberi komitmen sepenuhnya calon-calon Pas yang akan bertanding semasa pilihanraya umum nanti. Tanggungjawab di atas amanah Parti menjadi keutamaan.