Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

November 09, 2009

Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda

Dewan Pemuda PAS Johor memulakan langkah yang positif dalam usaha memperkasakan gerak kerja parti bagi berhadapan dengan pilihanraya umum yang ke tiga belas nanti. Penganjuran yang lebih menekankan soal aspek teknikal dalam setiap pilihanraya yang di sertai oleh Pas begitu bermanfaat sekali.

Seminar yang turut di hadiri oleh Dato' Ust. Abu Bakar Chik (AJK Pas Pusat) bersama dengan Sdr Ishak Bin Mohd Salleh (Pengarah JPP Pas Johor) mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada setiap pemuda di peringkat kawasan.

Dalam pembentangan kertas kerja yang pertama oleh Sdr Ishak Bin Mohd Salleh, beliau menekankan tentang kepentingan media baru yang perlu di kuasai oleh pemuda untuk mengimbangi dan menyaingi media arus perdana yang ketika ini begitu ghairah memporak perandakan semangat setiakawan di dalam Pakatan Rakyat. Sdr Ishak menegaskan betapa perlunya pemuda mempunyai ciri-ciri pejuang sebagai Islam yang mampu meneruskan risalah ini. Yang pertama iaitu bersikap kasih kepada ilmu. Pemuda Pas perlu mempunyai sikap sedemikian agar tidak ketinggalan dari segi keilmuannya untuk berdaya saing dan yang keduanya bersifat zuhud.





















Sementara itu, Dato' Ust Abu Bakar Chik dalam pembentangannya menegaskan bahawa konsep pilihanraya di Malaysia adalah satu jihad di mana ianya merupakan satu kaedah yang paling ampuh untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia. Demokrasi yang ada di Malaysia ini satu-satunya ruang yang ada bagi Pas untuk melebarkan pengaruh dan mendapatkan kuasa bagi meletakkan syiar Islam di tempat yang setinggi-tingginya.

Beliau menjelaskan ketika ini senario wakil-wakil rakyat Umno yang ada seumpama mereka yang mempraktikkan kaedah KBSM iaitu K untuk kenduri, B untuk bersalin, S untuk sakit dan M untuk mati. Bermakna Wakil Rakyat ini di letakkan dalam satu lingkaran tugas yang sedikit sahaja berbanding sepatutnya mereka bergerak dengan ruang yang lebih luas lagi. Tidak ada makna jika wakil rakyat ini sekadar hadir pada kenduri di dalam kawasannya sahaja, menziarahi rakyat di dalam kawasannya ketika bersalin, sakit dan mati.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa Umno merupakan parti yang mengamalkan sikap Assobiyah. Dalam masa yang sama meraka berlaku zalim terhadap bangsanya sendiri, melanggari hak-hak keistimewaan pribumi orang melayu. Contoh yang nyata isu royalti minyak di Kelantan dan sebelum ini di Terengganu. Mereka sanggup mengubah peta di lautan untuk kepentingan assobiyah mereka.






































Di akhirnya, Dato' Ust Abu Bakar Chik menyeru pemuda agar terus bangkit dan memperkasakan parti bagi menentang Umno yang terang-terang melakukan kezaliman. Beliau cukup teruja melihat akan kehadiran pemuda yang cukup komited untuk terus bersama dalam saf kepimpinan negeri bagi mencapai matlamat menawan Johor dalam pilihanraya umum yang akan datang.


~matahijauku~