Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

November 23, 2009

Biar Ketagih Rokok..Daripada Ketagih Utusan...hancurr..

 "Biar ketagih rokok daripada ketagih Utusan"kata kawan wa yang memang kaki rokok,bila wa tanya ngapa? Dia jawab "Ketagih rokok tak nyusahkan orang,tapi bila ketagih Utusan satu Malaysia kecoh,dengan orang-oarang Pas sekali pulak tu..."keluhnya lagi.

"Apa yang lu mengarut ni mamat?"tanya wa lagi..."Ada dikalangan ahli Pas yang dulu beria-ria memboikot Utusan dan Media Umno kini kembali sayang dan rindu terhadap akhbar tersebut,sehinggakan mereka terpegaruh dengan mainan isu-isu untuk menghancurkan Pas itu sendiri,udah tahu kerojenya melaga-lagakan kite (Pas) ngapa baca dan percaya pulak."

"Sedangkan Nik Aziz denga Husam Musa elok aje..kita pulak yang sibuk memanas isu ini,udah le..cari le keroje lain yeop.deme serang kita tahan,deme fitnah kita jawab..itu aje ke keroje orang Pas ni yeop,lama-lama keroje kite untuk masyarakat tak dibuat,bila pilihanraya lebuhhhh.."katanya sambil menghembus asap rokok daun yang baunya memahitkan tekak.

Mungkin isu yang diceritakan oleh mamat di atas ada hubungkait dengan berita di bawah :

Mingguan Malaysia ada mengeluarkan berita tentang perletakan jawatan oleh Husam dan beliau pula akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Mengulas mengenai perkara itu dalam mstar, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya.

"Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.

"Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri... kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan.

"Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: "Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat...

Sumber: sendiri-mau-ingatlah.blogspot