Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

July 09, 2009

PPSMI : Kemenangan Rakyat

Alhamdulillah…. Hasil jeritan dan air mata kepedihan yang mengalir akibat tusukan gas pemedih mata rakyat Malaysia, petang tadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan PPSMI akan dibakul sampahkan menjelang tahun 2012.

Walaupun pelbagai andaian dibuat kerana kerajaan memilih tahun 2012; ada pendapat mengatakan sebagai umpan kepada pengundi di Manek Urai, pendapat lain mengatakan pengumuman ini dibuat sekadar untuk menyejukkan keadaan hasil penentangan rakyat yang berterusan; namun apa yang pasti peristiwa ini membuktikan bahawa suara yang bersatu dan melaungkan bantahan dengan jitu mampu menggugat kerajaan.




Peristiwa ini jika dihebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan dihadamkan dengan sebaik mungkin, mampu memberikan kesedaran kepada seluruh warga tanahair ini bahawa kuasa rakyat adalah lebih besar daripada kuasa sebuah kerajaan. Rakyat Malaysia juga perlu diingatkan agar tidak menguntumkan senyuman kepuasan yang tidak putus-putus kerana ini cuma permulaan kepada sebuah perjuangan yang panjang dalam memastikan Malaysia sebuah negara yang adil dan berkebajikan.

Masih banyak isu dan akta draconian yang perlu disanggah sebelum cita-cita kita tercapai. Sekadar beberapa contoh isu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang berat sebelah, AUKU, rasuah, penyelewengan dan banyak lagi isu yang perlu diberikan perhatian oleh rakyat yang prihatin.

Memperkatakan mengenai akta-akta rimba di dalam negara, tidak sah jika tidak menyentuh mengenai ISA. Sehubungan itu menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menggembleng tenaga, mencurah keringat dan pemikiran dalam usaha kita untuk meletakkan akta ISA ini di dalam tong sampah yang sama dengan PPSMI.