Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 29, 2010

MELAYU TIDAK DAFTAR PEMILIH AKIBAT CARA UMNO BERPOLITIK


PAS berpandangan dengan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 Melayu dan 40 orang bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini gagal menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

PAS berpendapat perkara ini terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau. Orang Melayu yang dilanda dengan budaya ini memang mereka ini tidak akan memperdulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita. Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini. Maka Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak memperdulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei. Nampaknya strategi tempang telah makan tuan, sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi.

PAS berpedapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang Melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar. Sejarah membuktikan orang Melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan Islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheikh al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik. Akhirnya orang Melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah. Keadaan berlaku sebaliknya apabila Umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung fungsi masjid sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul. Maka sekarang terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi.

PAS melihat gagalnya orang Melayu mendaftar kerana umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi. Politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihanraya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta tidak ada kesedaran politik. Mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama. Semua ini kesilapan Umno yang mematikan tunas kesedaran politik di kalangan mahasiswa. Sedangkan mereka ini adalah generasi pelapis negara, sekarang siapa yang rugi.

PAS menyeru supaya ahli PAS yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi. Semua jentera parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan. Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mandaftar sebagai pengundi. Tekankan bahawa dafar mengundi adalah wajib. Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa Umno BN tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

June 28, 2010

Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno. Kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang tempoh hari adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal. Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal.

Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

PAS yakin mereka yang berlatar belakang dalam Umno tidak ke mana akhirnya. Mereka hanya akan menjadi kupang tembaga, digunakan ketika hendak melawan hujah PAS itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali Pas ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut.

PAS yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Sekadar menyebut beberapa nama dalam umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno. Mana pergi nama-nama seperti Dr Hamid Osman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (Bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA, Madinah, Phd UK), Dr Yusuf Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Pas merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqin, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang umno bersama-sama dengan umno untuk karam sama. Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersetongkol dengan Umno. Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunai.

Pas yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Cabaran 40 Ulama Umno

Gegak gumpita 1 Malaysia dikhabarkan 40 Ulama muda menyertai Umno walaupun selepas itu terdapat hingar menyatakan tiga di antara mereka dipergunakan oleh Umno seperti mana yang di siarkan dalam Harakahdaily.

Cabaran menanti Ulama muda ini bukannya semuadah seperti Imam Muda yang di tayangkan oleh program TV berbayar. Cabaran yang perlu di pikul ulama muda yang menyertai UMNO ialah menghapuskan budaya politik wang, budaya berjuang untuk projek, budaya untuk kepentingan diri sendiri yang sudah menjadi darah daging dalam UMNO selama ini.

Kita ingin melihat peranan yang di mainkan oleh ulama dalam Umno ini dalam membuat kenyataan yang menentang keputusan-keputusan yang menyalahi agama. Sebelum ini apabila ada perkara yang tidak betul, ulama UMNO membisu dan hanya membawa perkara tertentu sahaja. Seperti kemasukan ulama yang lepas, mereka hanya duduk dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak boleh hendak berbuat apa.

Beberapa ulama yang terkenal yang memang sudah berada dalam UMNO/BN juga tidak mampu mempengaruhi sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan di semua peringkat. Yang paling ditunggu-tunggu apakah kemasukan ulama muda ini mampu membentuk satu Biro Ulama dalam Umno yang tugasnya sebagai penasihat kepada parti yang sekular itu?

Kita tunggukan episod yang selanjutnya.

June 26, 2010

Demo Bantah Judi Bola



Kota Tinggi, Jumaat 25 Jun 2010 bertempat di perkarangan masjid Jamek Kota Tinggi, PAS bersama-sama PKR dan NGO yang peka akan kelulusan judi bola oleh kerajaan Umno, BN tampil turun berdemo menyatakan bantahan terhadap keputusan tersebut. Kerajaan Umno, BN yang sewenang-wenangnya meluluskan lesen judi kepada kumpulan Berjaya menimbulkan perbagai persoalan di kotak pemikiran rakyat.

Namun yang menjadi persoalannya, demo yang diadakan bagi membantah tindakan Umno, BN ini mendapat tentangan daripada pihak keselamatan yang telah diperkudakan oleh pemimpin Umno, BN. Seolah-olah Umno, BN merestui kelulusan judi bola tersebut. Contoh yang nyata bagaimana demo yang di adakan di Kota Tinggi telah di ganggu dan di rampas oleh pihak keselamatan bagi menjaga keselesaan pemimpin Umno, BN.



Seusai sahaja solat Jumaat, sempatlah juga Saudara Onn Jaafar berucap menghentam kelulusan judi bola tanpa menyebut sepatah perkataan pun nama pemimpin Umno, BN hatta nama Umno mendapat perhatian daripada jemaah. Bersama-sama edaran maklumat membantah kegiatan judi bola yang turut di edarkan kepada jemaah bagi menyatakan sokongan terhadap kelulusan judi bola ini.



Namun belumpun sempat Saudara Mazlan Aliman berucap, kelihatan pasukan keselamatan yang berpakaian preman menghampiri peserta demo lantas merampas kesemua risalah, load heller dan banner yang ada tanpa apa-apa perundingan. Tindakan tersebut menampakkan bahawa Umno, BN betul-betul memperkudakan pasukan keselamatan bagi menutup kelemahan mereka dan kegemaran mereka akan aktiviti judi bola ini.





Sayang seribu kali sayang, sepatutnya anggota keselamatan ini di tugaskan menjaga dan mengawal kegiatan judi daripada berleluasa. Sebaliknya mereka digunakan untuk menjaga dan menyekat orang yang ingin menyatakan penentangan dan benci akan kegiatan judi bola yang telah Umno, BN luluskan.






Inilah topeng Umno, BN sebenarnya...Islam hanya pada label sahaja.

Judi Bikin Umno Bergolak, Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato' Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain. Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.

Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas. Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar
negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi. Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis. PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.

PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini. Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.

PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan yang jahil ini. Organisasi PAS disemua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini dikawasan masing-masing.

PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi. Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Najib Takut Dengan Kartun Zunar


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun. Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka.

Rakyat perlu tahu apa yang Kerajaan sembunyikan dari mereka. Zunar yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes Kapal Selam, Dasar-dasar Najib, Pergaduhan Pemimpin Umno-BN, Kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam bentuk kartun oleh Zunar.

Beliau juga antara pengkartun yang berjaya menelanjangkan kebobrokan Mahathir dan Pak Lah serta Menteri-menteri mereka seperti Rafidah, Samy Vellu dan sebagainya sebelum ini dalam bentuk kartun.

Kartun adalah antara karya seni yang menarik, mudah diterima dan difahami oleh pelbagai lapisan rakyat, khususnya golongan muda. Di negara-negara luar, kartun-kartun satira sebegini bebas di diterbit dan disiarkan sama ada dipihak Kerajaan atau pembangkang.

PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya.

Ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan serta kartun-kartun lain diakhbar milik Umno-BN pun tak mampu menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar. Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan Imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja.

PAS akan terus menyokong usaha Zunar dan rakan-rakan pengkartunnya. PAS berharap agar KDN bersikap terbuka dan realitik serta tidak tunduk pada tekanan pemimpin politik dalam BN dalam bertindak.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

June 25, 2010

Presiden PAS Pengganas? Kerajaan Perlu Beri Penjelasan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan
Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama. Tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007 Presiden PAS memenangi samannya ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror. Akhbar ini telah bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta ini selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba mengugat PAS sebelum ini. PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti ini.

Pas yakin fitnah ini juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan Pas. Ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas, maka musuh Pas cuba menggambarkan Presiden Pas sebagai pengganas. Pas yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin Pas bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas.

Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama Umno, dan tidak mustahil kewujudan tuduhan ini akan dijadikan peluang oleh Umno untuk mengamit beliau bersama parti itu bagi mengelakan ancaman ISA. Ini adalah tidak profesional dan memalukan.

PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada Presiden PAS dan mereka yang terlibat. Pihak Polis perlulah melengkapkan siasatan mereka sebelum tuduhan sebegini dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.

PAS tidak mahu imej Polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional. Orang yang tidak bersalah ditangkap sedangkan orang yang bersalah membunuh Nurin Jazlin, Norita dan sebagainya masih belum ditangkap hingga ke hari ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

JI : PAS mahu Kerajaan tahan dan dakwa, bukan sibuk buat berita

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan pihak Kerajaan dan ketua Polis Negara bahawa institut pengajian tinggi negara ini kini sudah dimasuki oleh Jamaah Islamiah (JI) yang dilabelkan sebagai kumpulan penganas oleh Amerika.

Berita ini diperbesarkan dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam negara. PAS kesal kerana isu sebegini sepatutnya diselesaikan secara rahsia bagi memastikan mereka-mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan dapat dibanteras dan tidak melarikan diri.

Hebahan media ini hanya memberikan rasa takut kepada rakyat dan peluang untuk pengganas menyembunyikan atau melarikan diri. PAS sangsi dengan dakwaan yang dibuat kerana setelah seminggu berita ini berlegar di media massa pihak Polis masih gagal membuat sebarang
tangkapan, sedangkan PDRM adalah antara yang terhebat di dunia untuk memburu penjenayah..

Pas juga merasa bimbang kalau perkara ini dihebahkan akan mengundang campur tangan asing ke atas negara ini seperti yang pernah dialami di Afghanistan. Apa yang merugikan negara ialah kemungkinan pelabur-pelabur takut untuk datang kerana negara kita diancam kumpulan
pengganas.

Kementerian Pengajian Tinggi juga mulai panik dan turut mengistiharkan mahu memerangi pengganas yang dilaporkan wujud kalangan Pelajar dan pensyarah.

Jika perkara ini benar, bermakna negara kita, Universiti kita sudah lama tidak selamat. PAS mahu Kerajaan dan Polis berhenti bermain politik dan menyelesaikan isu ini secara profesional. Pihak Polis perlu membuktikan dakwaan ini dengan membuat tangkapan dan dakwaan
segera di Mahkamah.

PAS menolak pengunaan Akta ISA bagi mereka yang dituduh kerana sehingga ke hari ini penggunaan ISA didapati tidak releven dan hanya menjadi alat bagi menutup kelemahan Kerajan dalam membuat dakwaan. Sewajarnya mereka yang dituduh didakwa di Mahkamah dan dibicara sebagaimana cara Indonesia menghadapi gerakan penganas di negara mereka.

Pas tidak mahu isu ini dipolitikkan untuk menampakkan tidak selesaan dalam negara supaya menakutkan rakyat yang sudah tidak percaya dengan kerajaan BN. Jika zaman Pak lah dulu, orang sibuk persoalkan isu peningkatan Jenayah, kini zaman Najib isu pemerdagangan orang, isu
Kongsi Gelap dan Ah Long, Sindiket judi haram, pengedaran dadah antarabangsa dan pengganas mulai kembali berkuasa.

Bagi PAS, apa yang menjadi keutamaan adalah tindakan pihak Polis sendiri. Mereka perlu pantas dalam bertindak dan menjaga keselamatan rakyat, tanpa perlu dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Komitmen semua pihak dalam memastikan negara ini selamat perlu dipertingkatkan dan PAS menyeru semua ahli dan penyokong untuk turut sama menyertai usaha membasmi jenayah di kawasan masing-masing. PAS menolak sebarang aktiviti keganasan dan Islam juga tidak mengajar umatnya untuk menzalimi diri dan orang lain.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

June 23, 2010

Isu Kapal Selam, Jet dan banyak lagi, buktikan Najib jadi beban Umno-BN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan pendedahan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menang di Sibu kerana bijak memainkan isu terutamanya isu Kapal Selam Scorpene dan kehilangan dua enjin Jet TUDM.

Pendedahan yang dibuat ketika pertemuan dengan ahli-ahli Umno di Bagan Datoh Ahad lepas sebenarnya membongkar kelemahan Najib sendiri kerana dua isu ini berlaku ketika zaman beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Ahli Umno dan BN kena melihat fakta ini. Najib kini menjadi beban kepada mereka. Jika Pak Lah dulu dijatuhkan kerana dikatakan menjadi punca kekalahan BN akibat sikapnya yang tidak tegas dan mengutamakan keluarga, kini Najib juga bakal membawa petaka yang sama kepada BN menjelang PRU-13.

Umno-BN tidak mampu menafikan dakwaan dan fakta yang dibentangkan oleh Pakatan. Malah kes rasuah kapal selam yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis menghantui Najib. Kebocoran yang berlaku kepada kapal selam itu turut memalukan sistem pertahanan negara dikalangan negara ASEAN. Malah kematian Altantuya yang dikaitkan dengan urusniaga Kapal selam ini juga masih menjadi misteri dan rakyat hingga kini tidak tahu siapakah sebanranya Sirul Azhar dan Azilah Hadri. Bagaimana wajah mereka, kenapa hendak disembunyikan.

Dua enjin Jet yang dicuri juga belum dipulangkan ke negara ini. Dan paling tidak boleh diterima rakyat, dua enjin ini hilang dari kawalan ketat pihak keselamatan negara. Dalam erti kata lain, keselamatan negara kini tidak lagi berada pada tahap yang sepatutnya.

Malah dakwaan terbaru bahawa wujudnya gerakan JI di IPT dalam negara jelas menunjukan ketidakseriusan Najib menjaga rakyat. Bagaimana gerakan ini masih boleh wujud? Benarkah ada gerakan ini lagi? Kenapa Polis belum mampu buat tangkapan tapi sibuk buat dakwaan dalam media?

Najib turut dilihat kehilangan punca dalam mengawal pemilikan aset negara kepada pelabur asing. Tekanan ekonomi dan pasaran antarabangsa membuatkan Najib mati akal dan terdesak mewujudkan dasar-dasar yang menjual negara seperti Dasar Liberalisasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baru.

Rakyat tidak melihat perubahan besar kepada organisasi Kerajaan dan cara kerja mereka. tetapi rakyat penat mendengar berita aset negara yang mahu digadai dengan pakej 60:40 seperti yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR), Tanah KTM di Singapura dan terbaru di Kg. Bharu. Hingga kini Kerajaan BN tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap projek pembangunan ini.

Rancangan membina reaktor nuklear juga kabur dan kerajaan dilihat mahu membuat keputusan sendiri. Begitu juga dengan cadangan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Tindakan mahu diambil tanpa adanya pelan tindakan alternatif yang jelas. Kerajaan banyak berbincang tindakan afermatif sahaja.

Kerajaan Najib juga akhir-akhir ini dilihat tidak mesra rakyat dan menolak Parlimen sebagai wakil suara rakyat. Keputusan-keputusan besar dibuat hanya dengan merujuk kepada Kabinet seperti keputusan pemberian lesen judi bola baru-baru ini.

PAS meminta agar semua jentera PAS, semua jentera Pakatan agar terus membongkar kelemahan pentadbiran Najib. Hanya Pakatan sahaja menjadi harapan rakyat untuk membongkar segala pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh Najib dan Kerajaannya.

Dalam masa yang sama, Jentera PAS dan Pakatan juga tidak boleh leka dan menganggap kelemahan Najib ini sudah cukup untuk tumbangkan BN. Semua ahli dan penyokong perlu bekerjasama dan menunjukan kekuatan dan kemampuan Pakatan kepada rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

June 22, 2010

DEMO Bantah Judi