Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 25, 2010

JI : PAS mahu Kerajaan tahan dan dakwa, bukan sibuk buat berita

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan pihak Kerajaan dan ketua Polis Negara bahawa institut pengajian tinggi negara ini kini sudah dimasuki oleh Jamaah Islamiah (JI) yang dilabelkan sebagai kumpulan penganas oleh Amerika.

Berita ini diperbesarkan dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam negara. PAS kesal kerana isu sebegini sepatutnya diselesaikan secara rahsia bagi memastikan mereka-mereka yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan dapat dibanteras dan tidak melarikan diri.

Hebahan media ini hanya memberikan rasa takut kepada rakyat dan peluang untuk pengganas menyembunyikan atau melarikan diri. PAS sangsi dengan dakwaan yang dibuat kerana setelah seminggu berita ini berlegar di media massa pihak Polis masih gagal membuat sebarang
tangkapan, sedangkan PDRM adalah antara yang terhebat di dunia untuk memburu penjenayah..

Pas juga merasa bimbang kalau perkara ini dihebahkan akan mengundang campur tangan asing ke atas negara ini seperti yang pernah dialami di Afghanistan. Apa yang merugikan negara ialah kemungkinan pelabur-pelabur takut untuk datang kerana negara kita diancam kumpulan
pengganas.

Kementerian Pengajian Tinggi juga mulai panik dan turut mengistiharkan mahu memerangi pengganas yang dilaporkan wujud kalangan Pelajar dan pensyarah.

Jika perkara ini benar, bermakna negara kita, Universiti kita sudah lama tidak selamat. PAS mahu Kerajaan dan Polis berhenti bermain politik dan menyelesaikan isu ini secara profesional. Pihak Polis perlu membuktikan dakwaan ini dengan membuat tangkapan dan dakwaan
segera di Mahkamah.

PAS menolak pengunaan Akta ISA bagi mereka yang dituduh kerana sehingga ke hari ini penggunaan ISA didapati tidak releven dan hanya menjadi alat bagi menutup kelemahan Kerajan dalam membuat dakwaan. Sewajarnya mereka yang dituduh didakwa di Mahkamah dan dibicara sebagaimana cara Indonesia menghadapi gerakan penganas di negara mereka.

Pas tidak mahu isu ini dipolitikkan untuk menampakkan tidak selesaan dalam negara supaya menakutkan rakyat yang sudah tidak percaya dengan kerajaan BN. Jika zaman Pak lah dulu, orang sibuk persoalkan isu peningkatan Jenayah, kini zaman Najib isu pemerdagangan orang, isu
Kongsi Gelap dan Ah Long, Sindiket judi haram, pengedaran dadah antarabangsa dan pengganas mulai kembali berkuasa.

Bagi PAS, apa yang menjadi keutamaan adalah tindakan pihak Polis sendiri. Mereka perlu pantas dalam bertindak dan menjaga keselamatan rakyat, tanpa perlu dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Komitmen semua pihak dalam memastikan negara ini selamat perlu dipertingkatkan dan PAS menyeru semua ahli dan penyokong untuk turut sama menyertai usaha membasmi jenayah di kawasan masing-masing. PAS menolak sebarang aktiviti keganasan dan Islam juga tidak mengajar umatnya untuk menzalimi diri dan orang lain.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat