Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?

Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

June 08, 2010

BEBERAPA PERISTIWA HUBUNGAN RAPAT KERAJAAN UMNO/BN DENGAN ISRAEL

Apabila Datuk Seri Anuar Ibrahim selaku Ketua pembangkang membangkitkan bahawa 1 Malaysia ialah dicadangkan oleh syarikat Apco Woldwide yang juga merupakan penasihat kepada penubuhan 1 Israel. Maka kita melihat pemimpin umno macam cacing kepanasan. Selama ini mereka menuduh Ketua Pembangkang di parlimen ini ialah ejen Yahudi dan banyak berkawan dengan tokoh Yahudi di peringkat antarabangsa. Apabila Datuk Seri Anuar membangkitkan isu ini di dalam parlimen maka pihak kerajaan menuduh ini adalah fitnah daripada pembangkang.

Datuk Seri Najib mengatakan bahawa 1 Malaysia telah dituduh oleh pihak pembangkang sebagai idea pihak luar, ini ialah kerana mereka iri hati dengan pencapaian 1 Malaysia yang begitu menyakinkan rakyat. Sehingga sekarang orang sudah popular dengan salam 1 Malaysia dan perkahwinan 1 Malaysia (Utusan Malaysia online 5/4/10)

Persoalannya bukan kita cemburu dengan nama 1 Malaysia. Kita tidak pernah merasa bimbang dengan slogan retorik politik umno/bn kerana bertujuan supaya rakyat lalai dengan slogan. Semua rakyat sudah makruf umno ialah parti yang kaya dengan slogan, tetapi faqir dengan isi. Mereka menjadikan slogan ini sebagai candu untuk rakyat terutama rakyat yang hanya menjadikan televisyen RTM sebagai sumber maklumat. Kita yakin slogan 1 Malaysia akan berkubur bersama dengan penjawatnya. Sama seperti wawasan 2020 mati dengan berundurnya Tun Dr Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri. Kalau dulu setiap saat lagu wawasan 2020 menjadi zikir di televiseyen dan radio, sekarang mana papan tanda wawasan 2020. Begitu juga dengan Islam Hadhari, mati bersama dikafan dengan pengasasnya Tun Abdullah Badawi. Kalau dahulu semua jabatan kerajaan kena mengikuti kursus Islam hadhari. Sekarang mana slogan tersebut.

Kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab segala tuduhan Datuk Seri Anuar Ibrahim mengenai penglibatan Apco dengan 1 Malaysia. Sedangkan Datuk Seri Anuar Ibrahim telah membuktikan dengan dokumen yang lengkap menceritakan siapakah di belakang organisasi APCO. Sebaliknya pihak kerajaan mengatakan pihak APCO telah menafikan penglibatan APCO dengan 1 Malaysia. Bila pula kerajaan Malaysia boleh pecaya dengan penafian yang dibuat oleh APCO yahudi ini. Bilakah si yahudi ini bercakap benar. Kalau nabi-nabi pun mereka langgar perjanjian dan menipu para nabi, tambahan pula pemimpin umno/bn lagi mereka boleh tipu. Sepatutnya pihak Datuk Seri Najib kena menjawab segala tuduhan ini dengan ilmiah dan berfakta. Rakyat Malaysia sedang menunggu-nunggu apa jawapan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan.

Sebaliknya pihak kerajaan telah putuskan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan mengaitkan 1Malaysia dengan 1 Israel," kata Datuk Seri Nazri Aziz (Utusan On line 1/4/10)

Sebenarnya keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi adalah begitu merbahaya kepada keselamatan negara. Tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik. Kalau kerajaan tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, kedudukan ekonomi, perhubungan, taraf hidup rakyat, hal ehwal keselamatan negara dan sebagainya. Ini bermakna kita memudahkan kerja yahudi zionis hendak menguasai negara.

Perlu diingat Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

Sebenarnya hubungan Israel dan Kerajaan Malaysia sudah wujud melalui beberapa peristriwa di bawah. Ini boleh menjadi bukti memang kerajaan Umno/bn tidak menghirau sensitiviti umat Islam

· Pada tahun 1996, seorang ahli perniagaan negara ini telah ke Israel bagi tujuan perniagaan, walaupun negara tidak boleh membenarkan rakyat melawat negara Israel. Tetapi oleh kerana ia mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi umno maka ia tidak diambil apa-apa tindakan.

· Pertemuan haram' pertama dilakukan pemimpin BN khususnya Umno dengan pemimpin Zionis Israel oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin di Perancis pada 1995.

· Manakala krew TV3, sebuah stesen TV milik tidak langsung Umno menjadi rakyat Malaysia pertama masuk ke Israel melalui lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion, Tel Aviv beberapa tahun kemudian.

· Sementara pada tahun 1997, Malaysia telah menjemput pasukan kriket Israel untuk bertanding di negara ini dalam satu kejohanan kriket. Sehingga demontrasi rakyat membantah pertandingan tersebut. Hampir 250 orang ditangkap dan empat orang disabitkan hukuman penjara iaitu Datuk Mahfuz Haji Omar, YB Salahudin Ayub, Ustaz Minghad Mahmud dan Pak Amjal. Alasan Dr Mahathir waktu itu ialah untuk berdakwah kepada puak Israel yang datang ke negara ini.

· Sementara pada tahun 2003, syarikat latihan penerbangan Airod telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat Israel bagi tujuan latihan.

· Pada tahun 2005 dalam satu persidangan Aman, bendera Israel telah dinaikkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), katanya.

· Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Zahid Hamidi yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Pertemuan itu walaupun ringkas menimbulkan pelbagai persoalan memandangkan negara tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Jika Zahid beralasan mahu menyampaikan pandangan Malaysia terhadap isu Timur Tengah, kenapa tidak dibawa melalui Kementerian Luar.

· Akhir sekali padaa tahun 2008 kedatangan pasukan dari kelab Chelsea iaitu jurulatihnya Avram Grant dan pemain pertahanannya Tal Ben-Haim (kedua-duanya merupakan warganegara Israel) datang "sebagai satu pasukan" sebagai alasan mewajarkan kehadiran mereka ke Malaysia nyata bercanggah dengan prosedur dan polisi luar negara Malaysia yang jelas tidak mengiktiraf kedaulatan Israel dan kemasukan mana-mana warganegaranya ke negara ini.