Satu lagi program ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Tinggi. Teruskan perjuangan, ayuh bersama kami.
Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi
Pilihan Anda di PRU 13?
Ruang Aduan
November 30, 2012
November 12, 2012
Program Terkini : Jom Ngeteh
Pada sebelah malamnya, akan di adakan ceramah yang akan di adakan di Felda Pasak.
October 29, 2012
MCA Bantu Dedahkan Umno Yang Sebenar
Kenyataan
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang
Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah
menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa
UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN
dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah
menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun. Hakikatnya ialah, bahawa
UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan
adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri
merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping
diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam
dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam
masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga TETAPI
segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat
yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang
dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas
dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan
dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.
HUDUD
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan “Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah di naskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang PAS”. Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman :
الأحزاب .
Maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab – 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.
PAS DAN DAP PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud. Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.
PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang – undang termasuk Hudud di bawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS
Para Pemimpin Dan Ahli PAS Diminta Hadapi Serangan UMNO-MCA-Perkasa Dengan Berhemah & Ingat Operasi Lalang
PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi
UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus.
Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS
perlu menjaga etika dalam membalas serangan.
Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa
menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.
Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita
memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.
Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk
menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.
Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang
Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam
dipersendakan,
Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka
terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka
tentang Islam.
MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta
memahami sensitiviti umat Islam.
Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan
emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara
dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.
Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan
berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah.
Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan
terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.
PAS mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang
dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
October 07, 2012
Program Makan Malam
September 20, 2012
HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU FILEM ’INNOCENCE OF MUSLIM’
Saudara/ Saudari,
HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU
FILEM ’INNOCENCE OF MUSLIM’
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah
dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Johor pada
16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 1433 telah membuat keputusan untuk
mengadakan Himpunan Sejuta Umat,
sebagai penzahiran bantahan kita terhadap penerbitan sebuah filem yang bertajuk
’Innocence
of Muslim’.
3. Tujuan
utama perhimpunan tersebut adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita
serta umat manusia seluruhnya terhadap filem yang kandungannya menghina Nabi
Muhammad SAW.
4. Sehubungan dengan itu, seluruh pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat serta para pendokong perjuangan Islam
sekalian, diseru hadir ke himpunan tersebut yang akan diadakan seperti berikut
:
Tarikh :
21 September 2012 (Jumaat)
Masa :
Selepas Solat Jumaat
Tempat :
Masjid Jamek Taman Perling
5. Keprihatinan dan kerjasama baik saudara/saudari dalam menjayakan himpunan
di atas sangat dihormati dan
diucapkan Jazakallahu Khairan Khatira.
Sekian, Wassalam.
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
Bagaimana Artis Melakar Masa Hadapan?
Saya ingin
membuat respon daripada kenyataan Presiden Seniman, Saudara Zed yang ghairah
mengutuk beberapa artis yang berada dalam PR. Begitu juga keluhan yang
disuarakan oleh Pengarah Filem, Hafsham Othman semasa dalam Dialog Industri
Kandungan Kreatif 2012 yang menyebut bahawa golongan artis perlu bersatu bagi
menghadapi buli oleh gergasi industri hiburan tanahair. Kedua-dua kenyataan itu
sebenarnya manifestasi golongan karyawan dalam menghadapi dunia di luar layar
dan pentas. Mungkin artis dan para karyawan berjaya di atas pentas dan layar
tetapi gagal bila berpijak di bumi nyata.
Yang paling
ironinya, para artis dan karyawan salah menyalah antara pihak-pihak yang
berbeza fikrah. Kita tidak boleh menghentikan perbezaan kerana itulah warna
dalam kehidupan. Yang paling utama bagaimana untuk mengurus perbezaan dan
seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan berkarya. Saranan untuk para artis
bersatu adalah slogan politik. Politik adalah satu cabang seni yang cukup berbeza
dengan seni lakonan ataupun drama. Oleh itu, berhati-hatilah para artis dan
karyawan jika berbicara soal politik. Ini kerana politik negara kita masih
dalam proses menuju kematangan (baca; tidak matang).
Siapakah yang
dimaksudkan oleh Hafsham sebagai gergasi industri hiburan tanahair yang sering
membuli para karyawan dan artis? Ia
mungkin stesyen media perdana dan juga syarikat rakaman, penerbit dan pemasaran
karya kreatif itu sendiri. Para karyawan
dan artis sebenarnya adalah sama seperti penonton dan masyarakat umum. Produk
kreatif yang ditawarkan dalam pasaran dinikmati oleh masyarakat. Dan golongan
karyawan dan artis itu sendiri hidup dalam masyarakat.
Bagaimana bentuk
produk kreatif yang tersedia ada di pasaran pada hari ini? Adakah ia merupakan
satu hiburan yang memberi santapan mata, nafsu atau akal? Secara umumnya, industri hiburan kita meriah
tetapi rohnya telah ‘mati’ dan kehilangan fungsi sebenarnya. Hiburan kini
menjadi alat propaganda dan doktrin politik kapitalis dan pemikiran yang sempit. Pemikiran masyarakat dipaksa
menelan dogma-dogma palsu bikinan penguasa dan pemain gergasi industri. Ayu
Utami dalam novelnya ‘Bilangan Fu’ menyebut,orang pintar sangat terseksa bila
menonton televisyen. Setiap segmen, adalah adegan yang memperbodohkan penonton.
Hari ini, penguna industri hiburan mengalami penderaan pemikiran yang sangat
teruk. Lebih-lebih menjelang pilihanraya yang bakal meletup.
Samada para
karyawan ataupun artis dan juga masyarakat pengguna, mereka sebenarnya
terperangkap dalam kerangka kapitalis yang berwajahkan populariti, glamour,
perundangan dan dasar-dasar kerajaan. Bahkan ada yang lebih menyakitkan ialah
kapitalis berwajah agama. Filem-filem atau produk kreatif berbentuk agama yang
dipersembahkan dalam bentuk ‘dakwah murahan’ juga termasuk dalam mata rantaian
kapitalis yang lebih kreatif mencipta keuntungan.
Ada ruang-ruang
tertentu, para karyawan dan artis perlu memikul rasa tangungjawab yang lebih
besar. Mereka bukan sekadar pemain tambahan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Kerana itu, para karyawan dan artis mesti memiliki prinsip hidup dalam diri
mereka sendiri. Dari proses pemilihan skrip atau lirik, kaedah lakonan dan
persembahan, pemasaran dan sebagainya perlu diambil berat oleh mereka. Jangan
kerana memiliki bakat atau kecantikan yang kononnya dikurniakan oleh Allah
s.w.t., maka produk kreatif para karyawan dan artis menyalahi syariat, sarat
dengan maksiat dan menyerang kepercayaannya sendiri.
Apabila mendapat
tempat pada mana-mana majlis anugerah, ucapan syukur dan Alhamdulillah tidak
pernah lekang daripada bibir. Wal hal, kemenangan itu sebenarnya satu
kemalangan ngeri dalam hidupnya. Kita selalu mendengar, para pelakon yang
tertentu berkata, mereka hanya berlakon mengikut skrip yang ada. Penyanyi hanya
menyanyikan lirik yang sedia ada. Lukisan atau ukiran yang dicipta hanya untuk
memenuhi permintaan pasaran. Menang terlalu mudah sesetengah para karyawan dan
artis melakukan helah bela diri untuk mengesahkan kreativitinya di tengah
masyarakat.
Apabila ‘saham’
para karyawan dan artis merundum, mereka akan ditinggalkan sebatang kara.
Miskin, merempat dalam industri dan juga kehidupan yang sebenar. Tragedi yang
berlaku pada seniman agung P. Ramlee seharusnya menjadi iktibar bagaimana hal
yang sama tidak berulang. Kehilangan P. Ramlee begitu dirasai selepas
ketiadaannya. Sebaliknya semasa beliau hidup berkarya, ramai para kapitalis
yang menghisap darah atas kreativiti seniman agung itu. Tanpa menafikan ada
beberapa kelemahan sendiri yang wujud dalam diri seniman agung mengurus
kerjayanya sebagai seniman.
Masyarakat pada
keadaan tertentu juga harus dipersalahkan kerana terus meraikan kesongsangan
dalam hidup. Maksiat dipuja, usaha kebaikan tidak diberikan galakan. Tanpa
disedari membentuk pemikiran hedonism murahan dalam masyarakat. Untuk menyatukan persatuan-persatuan seniman
ataupun para pendokong karyawan samalah sukarnya menyatukan parti politik yang
berbeza kepentingan. Masing-masing ada kekuatan dan cuba melindungi kelemahan
yang ada. Itu normal. Tetapi yang lebih utama, bagaimana persatuan seniman dan
karyawan membawa prinsip kreativiti yang memberikan kebajikan yang menyeluruh
pada kehidupan para pengiatnya. Mendapat manfaat di dunia, selamat di akhirat.
Cubalah elakkan daripada
mengulangi retorik ahli politik atau para pendakwah simplistik seperti dengan
kata-kata; ‘Balik ke pangkal jalan’, ‘Islam jalan penyelesaian’.
Retorik-retorik ini memerlukan langkah-langkah yang lebih realistik. Proses
penterjemahan Islam sebagai agama yang memberi kerahmatan seluruh alam seharusnya
dicernakan dalam pelbagai bentuk. Inilah
cabaran yang perlu dipikul oleh semua pihak.
Minggu lepas,
Dinsman menghantar sms bertanya bagaimana jika lakonan yang melibatkan lelaki
dan perempuan remaja diadakan di dalam ruang masjid? Drama itu bernafaskan
skrip yang Islamik. Jawapan yang diberikan oleh Dr. Mujahid Yusu melegakan
kami. Dalam berkarya kita perlu menjaga adab-adab, termasuk adab dalam masjid.
Lakonan boleh dilakukan di ruang lain seperti serambi, bilik khas ataupun
perkarangan masjid. Itu lebih baik untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar
jika dilakukan dalam ruang solat.
Setidak-tidaknya
Dinsman dan rakan-rakannya berjaya memecah sedikit tembok stigma masyarakat
tentang peranan masjid. Berpuluh-puluh kali para penceramah menegaskan peranan
masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat. Tapi bagaimana? Masjid terus menjadi
tempat ritual umat Islam mendapat ‘ketenangan’. Sedang dalam masa yang sama,
masyarakat di luar masjid sedang menderita sakit yang cukup kronik. Pendekatan-pendekatan
ini perlu dilakar bersama antara para pendakwah, pemimpin masyarakat (termasuk
JK Masjid), para karyawan dan seluruh masyarakat. Untuk masa hadapan yang lebih
bermakna.
Dr. Muhaimin Sulam
Timb. Pengerusi Lujnah Seni dan Budaya PAS Pusat
merangkap AJK PAS Pusat.
September 11, 2012
MEDIA PROPAGANDA BN SEMAKIN HODOH
Setiap hari rakyat menatap dada akhbar, skrin televisyen dan suara radio yang
dikumandangkan ia sarat dengan propaganda politik UMNO/BN sedang berkempen.
Kempen politik di negara 1Malaysia ini sangatlah hodoh kerana ia hanya
propaganda sebelah pihak tetapi kejelikan itulah yang berlangsung sejak 55
tahun mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini.
Permainan propaganda politik menjadi lebih hodoh di zaman
langit terbuka ini kerana sewaktu mereka cuba memperbodohkan rakyat seluruhnya,
bahan serangan balas tersebar dengan lumayannya di alam maya.
Apabila media BN mencanangkan ‘kebiadapan’ segelintir peserta himpunan Janji Bersih menghina foto Perdana Menteri lalu diambil tindakan, pihak lawan mereka punya menyiarkan foto bagaimana gambar Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan dipijak, dikencing dan dibakar tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh polis.
Selepas media BN mendedahkan penunjuk punggung terhadap gambar Perdana Menteri akan diambil tindakan, pihak lawan mereka pula mendedahkan kelucahan Pemuda UMNO beraksi ala liwat, Puteri UMNO menonggeng punggung, senaman punggung di hadapan rumah Datuk Ambiga dan aksi simbol lucah oleh seorang Menteri Besar BN; semuanya tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis.
Sebaik media BN mengecam kerajaan Selangor kerana tidak mengundang Sultan di majlis sambutan ambang merdeka, pihak lawannya juga mendedahkan kebiadapan kerajaan BN Pusat yang tidak mengundang Yang DiPertuan Agong di sambutan ambang merdeka yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Apabila media BN menceritakan bahawa kumpulan anti Anwar diserang di hadapan ibu pejabat KeADILan, pihak lawannya mendedahkan dengan bukti audio video bahawa kumpulan tersebut yang mula mencetuskan provokasi dan membuat kacau secara agresif.
Selepas media BN mengecam Anwar kerana berucap dalam masjid (kononnya memperalatkan masjid untuk politik) maka media maya menyiarkan foto semua pemimpin-pemimpin BN yang berucap dalam masjid, termasuk juga Rosmah bersama sebahagian Puteri UMNO yang tidak menutup aurat mengadakan program politik dan berucap dalam masjid.
Semua pantun bersambut, semua soalan berjawab. Langit terbuka menjadi masalah besar BN melakukan propaganda sehingga media-media utama yang mereka kuasai kelihatan betul-betul bodoh kerana hanya bergantung nyawa dengan khalayak yang berfikir tidak menggunakan akal serta tiada maklumat kedua lalu menelan bulat-bulat setiap propaganda yang ditaburkan. Lagi masalah besar bagi BN ialah golongan yang jahil isu semasa ini makin mengecil dalam masyarakat.
Cabaran kedua yang dihadapi BN ialah ketidakupayaan menyembunyikan sesuatu yang merugikan mereka. Apabila Perkasa dan UMNO menyerang masjid, mengganggu tazkirah dan didakwa membaling selipar ke dalam masjid, tiada satu pun siaran media utama negara berani menyiarkan insiden tersebut. Tetapi video keganasan kumpulan itu tersebar seantero dunia melalui You Tube. Semua golongan rasional yang menyaksikan video itu dipasak kebencian yang meluap-luap menyaksikan kebiadapan kumpulan itu menyerang masjid.
Sewaktu bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan dicurah cat oleh kumpulan samseng anti Pakatan, tidak ada juga media utama yang menjadi perkakas BN berani menyiarkan insiden itu. Peristiwa itu cuba disembunyikan namun di alam maya ia tersebar sepantas kilat seluas-luasnya. Tiba-tiba insiden tersebut menjadi pemangkin melonjakkan kehadiran orang ramai ke setiap ceramah Anwar yang sedang menjelajah ke seluruh negara.
Tidak ada sebuah pun media utama dalam negara yang menyiarkan walaupun satu sudut yang terpencil Himpunan Hijau anti Lynas yang diadakan di Raub, Pahang namun media maya menyiarkan himpunan yang dihadiri puluhan ribu manusia itu. Begitu juga dengan semua himpunan besar anjuran kerajaan negeri Pakatan dan parti-parti komponen Pakatan sama ada jamuan Aidil Fitri atau ceramah umum.
Kejatuhan saham FGVH, kenaikan harga minyak Petrol Ron 97, pertambahan indeks jenayah, pergolakan di Sabah dan Sarawak, pertelingkahan dalaman UMNO serta seribu satu keburukan yang membabitkan BN dan kerajaannya yang disembunyikan semuanya terdedah di media maya.
Kebijakan dalam membuat propaganda ialah sehingga orang ramai terkesan tetapintidak tahu itu propaganda. Malangnya BN, semua propaganda mereka yang dimainkan oleh media terserlah sangat bahawa ianya fitnah, pembohongan, putarbelit, penggelapan dan manipulasi. Maka ia adalah propaganda yang gagal.
Rakyat nampak BN mengada-ngada apabila ada yang dipaksa untuk berterima kasih, isu kecil dibesarkan, laporan polis terhadap spekulasi dibuat, eksploitasi racisme dalam menonjolan isu bahkan pemberian bahkan sumbangan untuk rakyat jelata juga sangat mudah difahami bahawa ‘ianya rasuah politik!’ justeru hilang rasa terima kasih.
Setiap hari apabila Buletin Utama TV3 atau RTM menyiarkan laporan versi sebelah pihak dalam beritanya, hakikatnya ia sedang membakar perasaan jutaan rakyat negara ini yang sedang menyaksikan propaganda bodoh yang sungguh menyakitkan hati itu. Mereka berjaya menyemarakkan kebencian di kalangan pengikut tegar mereka di samping menyemarakkan kebencian sebahagian besar rakyat terhadap mereka sendiri iaitu BN dan media propagandanya.
September 05, 2012
August 30, 2012
August 15, 2012
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS- HUDUD : DAP MENENTANG, UMNO MENOLAKNYA
Pendahuluan : Sumber memahami ajaran Islam
Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.
Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram. Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.
Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam di antaranya hukum Hudud. Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk pelbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat. Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka.
Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120 :
Maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.
Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, di antaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan. Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.
Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah. Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat :14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi :
Maksudnya : Orang-orang A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: “Kami telah Islam”. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam
Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah : 42) :
Maksudnya : Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar di tanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.
Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya. Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.
Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.
PAS dan dasarnya
PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza. Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : “Orang Islam itu wajib bertanggungjawab di atas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal”.
Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini. Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad. PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.
Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud. Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud. Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO. Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini. Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan “Hudud PAS” atau “belum tiba masanya” walau pun berlalu masa setengah abad.
PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA di bawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.
Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum. Dengan jasa baik YBM Tengku Razaleigh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama. Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab. Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti. Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan di bawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?
Hudud ditolak oleh UMNO
Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan. Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS ?
Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.
Hakikatnya ialah tema “Hudud” ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

June 22, 2012
HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA
Dimaklumkan bahawa program
Gelombang Hijau Peringkat Negeri Johor hampir sampai ke kemuncaknya. Sebagaimana
yang diuar-uarkan sebelum ini, Tuan Guru Mursyidul Am akan turun ke Johor bagi
mengisi beberapa aturcara yang telah disediakan.
Aturcara tersebut seperti berikut :
Tarikh
: 29
Jun 2012 (Jumaat)
Tema : Warna Hijau
Tema : Warna Hijau
Aturcara : Jamuan Anak
Kelantan Di Perantauan
Masa : 04.30 petang – 07.00 malam
Tempat : PPR Taman Kempas Permai
Kempas
Masa : 04.30 petang – 07.00 malam
Tempat : PPR Taman Kempas Permai
Kempas
Aturcara : Makan Malam Bersama Masyarakat Cina
Masa : 07.00 petang – 09.00 malam
Tempat : Restoran Grand Straits Garden Seafood
Danga Bay
Masa : 07.00 petang – 09.00 malam
Tempat : Restoran Grand Straits Garden Seafood
Danga Bay
Jualan kupon boleh di dapati di Pejabat Pas Kawasan Kota Tinggi.
Aturcara :
Tahlil
dan Ceramah Perdana
Masa : 07.00 malam – 12.00 malam
Tempat : Dataran Dahlia
Taman Dahlia, Johor Bahru
Masa : 07.00 malam – 12.00 malam
Tempat : Dataran Dahlia
Taman Dahlia, Johor Bahru
June 20, 2012
Kenyataan Media Presiden PAS- FGVH: Siri Pengkhianatan Melayu Terbesar
UMNO
meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama
menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam PPSMI
dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.
Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.
Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini. Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual. Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.
Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Pas menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan UMNO yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual dibawah pemerintahan UMNO BN hari ini.

Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
June 15, 2012
Gelombang Hijau Menuju Putrajaya
Assalamualaikum wrm wbt
Adalah
dimaklumkan bahawa Mesyuarat Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Johor yqng
telah diadakan pada 05 Jun 2012, telah membuat keputusan untuk mengadakan
program yang dinamakan GELOMBANG HIJAU
MENUJU PUTRAJAYA bermula pada 16 Jun 2012 sebagai lanjutan daripada Himpunan
Hijau Menuju Putrajaya yang diadakan di Kedah baru-baru ini.
Program tersebut
terbahagi kepada tiga segmen seperti berikut :
Tarikh : 16 Jun 2012 (Sabtu)
Tema Pakaian : Warna Hijau
Program : Jamuan Rakyat bersama Pemimpin PR
Masa : 11.00 pagi – 03.00 petang
Tempat : No 79 Jalan Besar
Tema Pakaian : Warna Hijau
Program : Jamuan Rakyat bersama Pemimpin PR
Masa : 11.00 pagi – 03.00 petang
Tempat : No 79 Jalan Besar
: Tongkang
Pechah
: Batu
Pahat
Tetamu :
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
: YB
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Kupon : RM10.00
Program : Hi-Tea bersama Presiden PAS
Masa : 04.30 – 06.30 petang
Tempat :
No 93 Jalan Panchor
: Bukit
Pasir
: Muar
Tetamu :
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
: YB
Haji Salahuddin Ayub
Program : Munajat dan Ceramah Perdana
Masa : 07.00 – 12.00 malam
Tempat :
No P17 Kampung Parit 2
: Sagil
: Ledang
Penceramah : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang
: YB
Haji Salahuddin Ayub
: Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed
KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Isu Tangguh Haji - Merumitkan Sesuatu Yang Mudah
Isu tangguh
haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro Umno.
Kenyataan
saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru “ahli PAS
yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya” – dalam kata yang lebih
spesifik – “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya” telah diputarkan seolah-olah
ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan
Malaysia.
Namun
begitu, ia tidak hairan – selepas kontroversi PTPTN yang menampar
muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk
ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai
isu Scorpene – mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.
Bajet 2013
yang disebut bajet pilihanraya akan diumum pada September 28. Tarikh Hari Raya
Haji adalah 26 Oktober.
Sudah ada
bayangan pilihanraya umum 1985 di musim haji bakal berulang.
Isu tangguh
haji ini sebenarnya mudah – betulkah PRU-13 akan diadakan di musim haji?
Masalahnya
tiada yang tahu.
Apakah
mungkin PRU-13 diadakan di musim haji?
Masalahnya
ialah mungkin.
Apakah yang
perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji?
Salahkan
perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU-13
diadakan di musim haji.
Adakah
orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunai haji? Calon,
wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihanraya akan terus juga dengan
niat menunai haji.
Tiada yang
bertanya.
Walhal,
soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan
pilihanraya di musim haji?
Jawapannya
jelas tidak.
Apakah
jaminan ia tidak berlaku?
Tiada.
Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan “SEKIRANYA”
Umno demi untuk menang, mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus
dengan PRU-13 yakni “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah
pilihanraya” disarankan tangguh haji.
Golongan
ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji – mereka adalah veteran. Dalam
Umno tak pasti pula.
Isu ini
adalah mudah.
Kalau yang
cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan
komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan
haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.
Tapi Umno
merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana
menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihanraya.
Segalanya
akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.
Tiada yang
risau ingin menunai haji.
Tiada yang
risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihanraya.
Bahkan,
untuk seluruh warga yang bekerja, samada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh
merancang sebaiknya dengan tarikh pilihanraya diketahui.
Namun
penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.
Mereka
perlukan talian hayat – mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang
boleh mengalih perhatian.
Betulla
juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik
ke perdana menteri.
So, bila
perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak
tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?
Tuan
Ibrahim Tuan Man
Ketua
Penerangan PAS Pusat
KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Jaminan PM Diperlukan Untuk Hilang Keresahan Bakal Jamaah Haji
PAS
mendesak Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada
musim haji tahun ini.
Jaminan
tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai
pengundi.
Perdana
Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam
situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon,
wakil calon dan pengarah pilihanraya.
Selagi
tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat
atau menangguhkannya dulu.
Kalau
mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon,
wakil calon dan pengarah pilihanraya. Tambahan pula, seandainya pilihanraya
diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat
Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi.
Ini sudah
tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar
mengundi. Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak
rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati.
Tindakan
Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam rahsia tarikh pilihanraya telah
menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar.
Keadaan ini
amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai
pihak.
PAS melihat
kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya
membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi
satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN.
Ustaz Dato' Tuan
Ibrahim Tuan Man
Ketua
Penerangan PAS Pusat
June 08, 2012
Artikel Presiden PAS :BILAKAH TARIKH PILIHANRAYA?
Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak.
Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia. BN yang berketuakan Umno
mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara,
daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah,
menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah
pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh
pilihanraya.
Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengandalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya. Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum. Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan. Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum. Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.
Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya. Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur. Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.
Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.
Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN. Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan. Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi. Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.
Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.
PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional. Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan. Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.

PRESIDEN
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
May 29, 2012
Kenyataan Media Presiden PAS : Mengapa PAS bersama Bersih 1, 2 dan 3
Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut
Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya
ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci
daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa
besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan
bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)
Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “. Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.
Ucapan Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......”. Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.
Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.
Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.
Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai. Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.
Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.
Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.
Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.
Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.
PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.
Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.
Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: ”Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya “.
Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.
Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.
PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.
Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah“. Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.
PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.
Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.
Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Subscribe to:
Posts (Atom)