Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

August 27, 2009

Himpunan Pemuda Pas Johor

Analisis : Yang tersirat dan tersurat di PRK N11

SATU pengajaran yang boleh ditimba Barisan Nasional (BN) berikutan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-13 ialah cuba elak daripada menggunakan isu perkauman untuk menambat hati pengundi.

Memang benar ada trend menunjukkan bahawa pengundi Melayu di Malaysia masih berbelah bahagi dalam sokongan mereka kepada BN, khususnya Umno, dan ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan, bulan lalu.

Namun, tidak semua pengundi Melayu Permatang Pasir mengundi berdasarkan corak pengundian yang dilihat parti itu dalam pilihan raya kecil Manek Urai, kata pengamat dan aktivis politik di Malaysia.

'Strategi menimbulkan isu perkauman dan agama, serta menyerang peribadi pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai pengkhianat orang Melayu menimbulkan kesan sebaliknya ke atas BN,' kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr P. Sivamurugan, ketika dihubungi sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir diumumkan kelmarin.

Sebaliknya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, rasuah, ketelusan, integriti dan moral yang diketengahkan pembangkang lebih melekat di hati pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Calon BN, Rohaizat Othman, yang dibelenggu pelbagai skandal, kalah di tangan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Mohd Salleh Man, dengan majoriti 4,551 undi.

Ustaz Mohd Salleh mendapat sokongan 9,618 undi manakala Rohaizat hanya mampu menarik 5,067 undi.

Majoriti undi Ustaz Mohd Salleh mungkin rendah sedikit berbanding majoriti 5,433 undi yang diraih bekas penyandang kerusi DUN itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, juga daripada PAS, yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu, dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Namun, ia boleh dianggap satu kemenangan besar kepada PAS jika diambil kira peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi kelmarin, kata Dr Sivamurugan.

Kelmarin, 73.1 peratus atau 14,832 daripada 20,350 pengundi berdaftar di Permatang Pasir keluar mengundi, berbanding lebih 82 peratus yang keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar, semasa dihubungi berkata rakyat sukar menerima pendekatan BN-Umno yang sering menimbulkan isu perkauman dan menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), khususnya Datuk Seri Anwar dan Mursyidul PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikatakan seorang ulama palsu.

Permatang Pasir terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kawasan pimpinan Datuk Seri Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kira-kira 72 peratus pengundinya adalah orang Melayu, hampir 26 peratus pengundi Cina, dan bakinya pengundi kaum lain.

Tindakan BN-Umno memainkan politik perkauman menjauhkan mereka daripada para pengundi Cina, manakala percubaannya memujuk pengundi Melayu dengan memaparkan PAS sebagai parti yang terlalu bertolak ansur dalam melaksanakan nilai Islam dan menjadi konco kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang anti-Islam gagal.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata beliau kecewa dengan sikap pengundi kawasan Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kekalahan BN menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

'Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat,' katanya.

Pengarah Pilihan Raya BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata penduduk Permatang Pasir 'sudah memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera'.

Namun, Dr Sivamurugan menekankan bahawa Rohaizat setakat mampu meraih 5,067 undi - lebih rendah berbanding 5,571 undi yang diraih calon Umno, Ahmad Sahar Shuib, pada pilihan raya umum tahun lalu.

'Ini menunjukkan bahawa penyokong BN sendiri pun tidak mahu mengundi beliau,' ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata pihaknya akan mengkaji semua faktor yang membawa kepada kekalahan BN bagi memastikan ia berjaya dalam pilihan raya pada masa depan.

'Dari satu segi kita dapat kurangkan majoriti undi parti lawan dan dari satu segi lain kita dapati ada faktor-faktor yang telah menyebabkan kekalahan kepada BN.

'Faktor-faktor ini harus diteliti dan diperbaiki supaya usaha kita pada masa depan akan lebih berjaya,' ulas Datuk Seri Najib, sambil menambah bahawa beliau 'tahu apa sebabnya'.

Kajian itu memang perlu dilakukan BN dengan segera.

BN kalah tujuh daripada lapan pilihan raya kecil sejak peristiwa 'tsunami' politik yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 tahun lalu.

Jika BN mahu mengelakkan kejadian 'tsunami politik' 2008 itu daripada berulang pada pilihan raya umum Malaysia ke-13, maka satu kajian jujur dan telus terhadap faktor-faktor yang menyebabkan kekalahannya dalam tujuh pilihan raya kecil itu harus dijalankan secara serius dan terperinci.

Strategi dan taktik pilihan raya baru perlu diterokai, manakala pendekatannya pula perlu diubah supaya lebih sesuai dengan trend perkembangan dan selera politik generasi pengundi masa kini di Malaysia.

Jika tidak, BN berpotensi menghadapi 'bencana politik' lebih mengejutkan berbanding apa yang berlaku pada 8 Mac 2008.

Di petik dari KLpos.com


August 25, 2009

Dimana letaknya perlaksanaan Syariah

Isu Kartini, seorang model yang ditangkap atas dakwaan meminum arak baru-baru ini menimbulkan kekocohan sekali lagi. Beliau yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan dia ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Keputusan mengejut Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan meminum arak yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini menimbulkan kekecohan di rumah bapanya di sini semalam, selepas model sambilan itu berkeras mahu dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman.

Kekecohan berlaku kerana Kartika Sari enggan keluar daripada van Jaip yang hanya bergerak sejauh 200 meter dari rumahnya di Kampung Jawang Utara, di sini, manakala bapanya, Shukarno Mutalib enggan menerimanya apabila pegawai Jaip menyerahkan semula anaknya.

Ketika pegawai Jaip berunding dengan bapanya, Kartika Sari duduk dalam van selama kira-kira sejam mulai jam 9.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi sambil diperhatikan ramai penduduk kampung yang sebelum itu mengadakan solat hajat memohon wanita itu tabah menghadapi hukumannya.

Di satu pihak pula, kenyataan Menteri Dalam Negeri mengenai hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Selama Umno yang memerintah Malaysia dan acap kali melaungkan merekalah parti yang memperjuangkan Islam dengan berbagai-bagai konsep Islam seperti Islam Hadhari, masih tidak adakah perlaksanaan untuk menegakkan hukuman berlandaskan syariah? Atau selama ini tiada penguatkuasaan dalam hukuman syariah ini. Islam yang ada pada Umno hanyalah untuk menarik sokongan pengundi sahaja bagi membolehkan kuasa terus ada di tangan mereka tanpa berusaha bersungguh-sunguh untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi di dalam perundangan negara.

~matahijauku~

Tahniah atas kemenangan ini





























BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Calon PAS Mohd Salleh Man, 52, hari Selasa memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu memperolehi 9,618 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.25 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.

Sebaik Mohd Salleh diumumkan sebagai pemenang, kedengaran penyokong yang berada dalam dewan itu bersorak kegembiraan.

Antara pemimpin yang dilihat berada di Dewan Perdana itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman. Selepas diumumkan sebagai pemenang, Mohd Salleh turun dari pentas dan menjamah kurma untuk berbuka puasa. Calon BN tidak kelihatan di dewan itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas kerana serangan jantung.

DUN Permatang Pasir merupakan kubu PAS di Pulau Pinang dan satu-satunya kerusi yang dimenangi parti itu sejak tiga penggal lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi setelah memperoleh 11,004 undi.

Pada pilihan raya umum itu, 82.6 peratus daripada 20,350 pengundi keluar mengundi manakala pada pilihan raya kecil kali ini, sebanyak 73.1 peratus daripada 20,290 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

-- BERNAMA

August 24, 2009

Penjelasan DSAI Mengenai ADUN Lunas

Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri.

Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini.

Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya.

Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.

Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)

Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.

Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?


ANWAR IBRAHIM

ADUN Lunas, keluar dari PKR!

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar dari PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak (UMNO).

Beliau, yang juga EXCO Pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.


Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan Perdana Menteri".

Beliau akan terus kekal dengan jawatan EXCO Pelancongan Kedah kerana soal pelantikan EXCO negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN, S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.

Menjelang hari pengundian

Kenali calon Pas di Permatang Pasir.



August 22, 2009

Selamat Berpuasa

PAS Kawasan Kota Tinggi mengucapkan Selamat Menyambut Kehadiran Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Kami mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan pada semua. Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan yang barakah ini dengan pengisian yang bermanfaat.


August 21, 2009

Pendedahan Berani

Sesuatu yang perlu di ambil perhatian.






August 20, 2009

Pembongkaran Rakan Kongsi

Saudara Yusri menunjukkan dokumen sambil di perhatikan SB


















Saudara Yusri dikelilingi SB




















10.08 pg : Yusri Ishak sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi..
Beliau (Yusri Ishak) sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi dan telah menandatangani cek..
Rohaizat berbincang untuk mengambil alih tanah..

10:13 pg : Rakan-rakan peguam Yusri sedang dalam proses mengambil tindakan undang2 kerana kes yg beliau dikambing hitamkan..
Yusri menafikan bahawa beliau melarikan dan pecah amanah terhadap kewangan syarikat ,ini kerana akaun diupdate setiap pagi dan sekiranya berlaku abnormal terhadap akaun, tentulah laporan polis akan dibuat ketika itu..

10:27 pg : Yusri tidak takut dgn pendedahan ini demi membersihkan nama beliau dari dikambing hitamkan...beliau juga bersedia utk berada diatas pentas terbuka untuk menyatakan apa yg sebenar berlaku..dan menidakkan fitnah tersebut

10:30 pg : salinan dokumen/surat dari koperasi dan semua yang terlibat akan disiarkan

10:34 pg : Berlaku gangguan sekarang. SB sudah merapat...

10:50 pg : Encik Yusri Ishak kini berada dalam keadaan selamat dan kini sedang berada di markas Induk PAS untuk sidang meda akhbar, yang akan turut berada disana ialah YB Mahfuz, DSAI dan lain-lain pimpinan

10:55 pg : Sidang LIVE ini akan berakhir pada jam 11 pagi..selepas ini beliau akan bersama media di Markas Induk pula..harap maklum !