Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

December 15, 2011

Jom Pangkah PAS

December 06, 2011

TOLONG MELAYU, UMNO SEPERTI PENCURI MENJERIT PENCURI


Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini. Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tertinggal ke belakang.

Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah, kepincangan laporan audit negara. Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat.
Bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat. Mereka memahami bahawa Umno perlukan undi melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.
Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP. Persoalannya DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008. Siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini?
Tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.
Dibawah ini disenaraikan pegkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai “tazkirah” untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.
Siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16/10/2009.
Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke 6). Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.
Siapa yang bertanggungjawab melesap saham Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion(2005)?

Siapa yang pernah menjual Syarikat BERNAS (Syarikat Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36%.

Umno melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion, Menterinya Datuk Anuar Musa daripada Umno.
Umno khianat kepada pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Wang rakyat hangus hampir RM 5 bilion.
Siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995)..
Siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar berdekatan lebuhraya.

Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hopokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.

December 01, 2011

Sambutan Deepavali bersama PKR


Apa yang melucukan YDP Kota Tinggi ni?

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sedang menyampaikan ceramahnya pada malam tersebut. Beliau menyeru rakyat terus bangkit menentang kezaliman dan penipuan Umno, BN dalam PRU 13 nanti.


Agak-agak SB ramai tak malam tersebut?

Masyarakat India tidak ketinggalan bersalaman dengan Kak Wan.


Program Bersama Bob Lokman

Walaupun keletihan dengan perjalanan yang jauh, dari Kota Bharu terus ke Kota Tinggi tidak melemahkan semangat Sdr Bob Lokman untuk memberikan ceramahnya pada malam tersebut.

Satu penghijrahan yang begitu bermakna dalam hidup beliau. Menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang Allah beri untuk kerja-kerja Islam. Teringat akan kata-kata beliau iaitu ketika dulu, beliau mengajak anak-anak muda, orang ramai ke arah kemaksiatan tiada satu pun tindakan yang di kenakan kepadanya. Tetapi apabila beliau ingin menebus kesilapannya yang terdahulu dengan ingin mengajak orang ramai kembali ke landasan Islam, maka beliau di ugut untuk di tangkap dan berbagai-bagai lagi sekatan yang di hadapinya.

Sebahagian daripada hadirin tidak ketinggalan merakamkan kenangan bersama Sdr Bob Lokman seusai sahaja ceramahnya.




Felda Kian Bergelora – Najib Nak Terus Bela ‘Biawak Hidup’?

Kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FELDA Global Venture Holdings (FGVH), yang dimiliki 100% oleh FELDA.

Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak sewaktu membentang belanjawan negara bergegar-gegar memaklumkan bahawa peneroka bakal mendapat durian runtuh bilamana Felda akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pertengahan bulan 2012 nanti.

Di bawah pentadbiran Najib, cadangan untuk menyenaraikan FGVH akan memperlihatan peneroka di bawah KPF terpaksa melepaskan 51% kepentingan mereka di FHB - yang mencatatkan keuntungan RM760 juta tahun lepas untuk duduk di bawah FGVH dan memegang 61 peratus dalam FGVH, yang anak-anak syarikat antarabangsanya telah dilaporkan kerugian RM500 juta sehingga 2010.

Bagaikan kedengaran guruh di langit dengan pengumuman Najib, maka Isa Samad yang menjadi 'key person' yang diharap menjayakan hasrat yang pernah dibantah rakyat era Tun Dr Mahathir ini terus mengisytiharkan beberapa langkah ke arah 'meruntuhkan durian' tersebut.

Antaranya memasukan dirinya menjadi pengerusi KPF, mengambilalih kesemua ladang Felda Plantation untuk dipajak selama 99 tahun, menggerakkan aset Felda di semua lot kosong dalam Felda dan pelbagai caturan lain untuk memastikan hasrat menjadikan saham Felda antara yang tertinggi apabila dilancarkan.

Namun, hasrat tersebut disedari oleh beberapa pimpinan peneroka yang terlihat ada agenda tersembunyi pihak berkepentingan dalam usaha ini. Mereka bangkit membantah bukan kerana menolak durian runtuh, tetapi demi masa depan generasi Felda, tanah milik Felda dan pendapatan peneroka yang menjadi ahli KPF.

Apa tidaknya, FGVH sebuah syarikat yang terus membuat kerugian beratus juta ringgit dan bergantung hidup pada Felda Holding Berhad (FHB) bakal ‘menelan’ telur emas peneroka, FHB di dalam struktur baru dari penstrukturan semula dan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Pada minda mereka terfikir bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh ‘menelan’ sebuah syarikat yang maju dan terbukti ‘profitability’nya?

Belum reda desakan agar Isa Samad digugurkan daripada jawatan Pengerusi Felda, kini wujud pula tuntutan daripada warga Felda untuk mengetahui berapa gaji dan elaun yang dibayar kepada beliau dan ahli lembaga pengarah Felda yang ditugaskan bersungguh-sungguh ingin merampas tanah Felda Plantation untuk dipajakkan.

Bantahan cara pentadbiran Isa Samad dalam mengurus Felda oleh beberapa pimpinan utama telah menimbulkan polemik cabar-mencabar. Terbaru, ialah tindakan menuntut permohanan maaf dan terhadap Isa akibat penghinaan kepada pengerusi peneroka Felda Saudara Shamsuddin Othman.

Bukan itu sahaja, peneroka kini bangkit melalui Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) untuk memberikan amaran bahawa saman akan dikeluarkan jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian ke BSKL dapat menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka seluas 360,000 hektar kepada FGVH dengan pelbagai syarat tidak munasabah dan jumlah nilai pajakan yang sangat kecil iaitu RM500 juta sahaja berbanding RM2 bilion yang diperolehi sekarang.

Mereka mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput untuk berbicara sebelum pengumuman dibuat, dan mengapa ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan peneroka dalam usaha FGVH mengambilalih aset Felda khususnya KPF.

Senario ini membuktikan apa yang dibimbangi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ternyata ada kebenarannya, kerana apalah makna bagi peneroka dan persatuan peneroka bilamana mereka dikesampingkan dalam sebarang agenda besar berkaitan Felda.

Hura-hara yang timbul kini nampaknya akan menyebabkan hasrat Najib untuk 'meruntuhkan durian' tidak akan menjadi kenyataan. Persoalan besar kini ialah apakah haji Najib terus bersedia memikul ' biawak hidup' yang menimbulkan kemarahan warga pengurusan dan Felda, atau adakah beliau berani untuk menyahkan Isa dari Felda. Mungkin persoalan ini bukan hanya perlu ditanya kepada Haji Najib, tetapi elok juga ditanya kepada Hajah Rosmah.

RUU Himpunan Aman, Ikutilah Saranan Umar bin Abdul Aziz

PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.

PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan.

Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.

RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.

Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.

Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.

Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu.”

November 17, 2011

Ceramah Bersama Bob Lokman

Umno Berselindung Atas Nama Mempertahankan Melayu dan Islam

Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.

Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.

Namun, apa yang penting ialah “Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?”

Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.

Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno.

Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.

1. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

2. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

3. Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

4. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

5. Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

6. Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

7. Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno.

8. Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?

Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, “Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung.” Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan ‘Asal bukan Umno’ akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang.

Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC.

Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka.

Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.

Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?

Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.

November 01, 2011

Kecelaruan PPSMI Bukti Kelemahan Kerajaan BN

Kemelut PPSMI adalah ujian yang sedang diperhatikan betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara; sehingga sebuah badan NGO boleh membuat ugutan kepada kerajaan.

Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik.

Dalam kes PPSMI, PAS melihat isu ini berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN. Rakyat melihat bilamana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.

Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun.

Ini menyebabkan negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

Namun, rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang.

PAS kecam Soi Lek Cetus Polemik Agama

PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang akhir-akhir ini banyak menceroboh dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama.

PAS menyangkal keras kenyataan bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

Apa yang mendukacitakan ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.

Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam.

Tindakan bacul ini akan hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA, sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa.

Lebih malang kini, Umno yang menjadi tulang belakang BN bersikap diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponan BN terhadap ajaran Islam. Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno mengambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan.

October 27, 2011

Laporan Audit tak berkesan, BN hanya faham bahasa “Peti Undi”

Inilah kesimpulan dari Laporan Audit 2010 yang sekali lagi menegur kelemahan ketara dalam pengurusan kewangan negara terutamanya dalam pengurusan projek dan membeli perkakas.

Walaupun Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat pelbagai teguran setiap tahun, namun perkara yang sama terus dilakukan, yakni budaya ketirisan, keborosan dan pembaziran yang disemai BN terus subur tanpa sebarang kekesalan.

Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).

Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya.

Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding.

Selain itu, juga dilaporkan kesanggupan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Antara yang paling menjengkelkan ialah pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

MARA (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.

Selain itu, syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Pada skop yang lebih besar, hutang negara meningkat 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion di 2009, dan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%.

Semua di atas menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN, jesteru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini.

Kekecewaan ini akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab.

October 12, 2011

Tak Perlu Naik Elaun, Tapi Pastikan Peruntukan Kepada AP Adil Dan Saksama

Pada saat Perdana Menteri dan ahli parlimen (AP) membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

Kenaikan elaun AP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain. Keadaan ini bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah. Kos kekal ini hanya boleh diatasi dengan peningkatan pendapatan negara, sekiranya gagal ia akan menambah bebanan kepada golongan bawahan pada masa hadapan.

Apakah kewajaran untuk menimbulkan cadangan menaikkan elaun AP yang telahpun mempunyai pelbagai kemudahan dalam menjalankan tugas sebagai AP dalam masa kehidupan rakyat masih dalam keadaan perit?

Cadangan menaikkan elaun AP ketika rakyat susah ini ibarat kata ‘berat rakyat yang junjung, ringan wakil rakyat yang jinjing.’ Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan ‘mengutamakan yang senang.’

Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak AP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun AP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat.

Rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup samada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, sepatutnya perlu diberi lebih perhatian berbanding AP oleh kerajaan.

Apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun AP, tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan AP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil. Ini adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.

Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap AP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka.

October 11, 2011

Rakyat Perlu Teruskan Agenda Perubahan

Seperti yang dijangka, BN telah membentangkan satu bajet morfin yang bersifat kesenangan sementara. Kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu.

Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.

Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya.

Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak. Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan.

Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas PRU13? Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini?

Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6% cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13.

Selain itu, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13, tiada peruntukan yang diumumkan untuk PERMATA yang diketuai isteri kesayangan PM – akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

Segala apa yang diberi sekarang yang kononya atas nama ‘negara berkebajikan ala Umno BN’ hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat. Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar.

Namun, semua langkah ‘menelan’ ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang.

Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.

PAS mengingatkan rakyat agar meneruskan agenda perubahan politik negara sebagai kesinambungan PRU12.

October 09, 2011

PAS Desak Jabatan Koperasi Siasat Tan Sri Isa Samad


PAS mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agong sebagaimana peruntukan undang-undang koperasi.

Perlantikan ini bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga.

KPF ini adalah milik peneroka dan pada pandangan mereka, kepimpinan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.

Selain itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011. KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Oleh itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli.

Apa yang menyayatkan hati warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan diri sendiri untuk menerajui KPF didakwa hanya berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.

Lebih menghinakan bagi warga dan kakitangan Felda ialah perlantikan tersebut dikatakan berlaku ketika Datuk Dzulkifli tidak ada dalam negeri.

Tindakan ini mencerminkan sikap sebenar pengerusi baru Felda ini yang terang-terang tidak menghormati kepimpinan koperasi Felda yang sedia ada sehingga menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli KPF.

Kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda – banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan Felda telah dibuat.

Antaranya:

1. Pinjaman RM6 billion daripada KWSP untuk tujuan yang tidak diketahui sehingga kini. Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion.

2. Pencagaran keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah.

Dan kini, beliau telah mencetuskan satu lagi kontroversi dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF.

Peneroka dan kakitangan Felda kini mula bimbang dengan masa depan KPF kerana ia bakal diuruskan oleh seorang pemimpin Umno, yang Umno sendiri pernah menghukumnya kerana terlibat dalam politik wang suatu masa dulu.

Demi masa depan KPF, ahli-ahli KPF perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa Samad kerana telah melanggar akta koperasi dalam perlantikan tersebut.

October 01, 2011

PENDIRIAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)


1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)’s STAND

30 SEPTEMBER 2011

1. PAS would like to stress that its struggle and actions are within the framework of democracy and the provisions of the Federal Constitution. These include the basics such as the position of Islam as the Federal religion, the guarantee for the freedom to practise other religions, the sovereignty of the Malay language as the National Language while maintaining the rights to one's mother tongue, the status of the Malay Rulers, as well as the special rights of the Malays and Bumiputera and the rights of all other communities as guaranteed under the Federal Constitution.

2. PAS reiterates its commitment towards comprehensive reforms in the country through a people's charter agreed upon under what is called Pakatan Rakyat Common Policy Platform and the Orange Book.

3. In all its actions as well as policies of PAS whether at party or governmental level, PAS strongly subscribes to the struggle for a benevolent state which demands for the universal justice of Islam to be enjoyed by all, and rejects in the strongest terms any acts of injustice to any citizen.

4. The differences with DAP with regard to the Syariah Criminal Enactment are based on the interpretation that it runs contrary to the provisions of the Federal Constitution. Matters of interpretation are subjective, as there are clear differences in the understanding between the legal experts of both parties, particularly in finding a solution. For PAS, the solution will ultimately lie with a court of law.

5. In line with Syariah Criminal Enactment II (1993) and Syariah Criminal Enactment (2003) respectively passed by the state assemblies of Kelantan and Terengganu, PAS is of the view that the state government has the power to translate these enactments into law. The question of whether the Federal government is agreeable or not is secondary and one that needs to be solved in a suitable and logical setting. The people of Kelantan chose PAS on the basis of its Islamic ideals, and as such, their right to practise their religion must be acknowledged. Any attempt otherwise goes against the spirit of democracy which has been mutually agreed. As for the Enactment, it is now up to the Kelantan state government to proceed with the next step.

Muzakarah Terbuka Untuk Betulkan Persepsi Buruk Terhadap Perundangan Islam


Isu Hudud merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihanraya. Isu hudud bukan isu politik, tapi ia seringkali dipolitikkan untuk menimbulkan polemik dalam masyarakat, sehingga golongan yang bukan ahli dan golongan bukan Islam turut campurtangan dalam membahaskannya.

Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya.

Umno sebagai parti pemerintah selama 54 tahun tidak pernah berusaha, tidak pernah menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan mahupun sedikit bayangan bagi melaksanakannya. Sikap sambil lewa dengan memberi pelbagai alasan rekaan untuk tidak melaksanakan perintah Allah ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai tanggapan buruk terhadap sistem perundangan Islam dan ajaran Islam secara langsung.

Sehubungan itu, PAS mencadangkan satu muzakarah terbuka secara ilmiah bagi memberi kesedaran kepada seluruh rakyat serta bagi mengatasi kekeliruan yang timbul dalam masyarakat.

Dicadangkan muzakarah ini hendaklah dihadiri oleh para mufti bagi mewakili Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja, Umno mewakili parti pemerintah dan PAS sebagai parti yang mendesak agar undang- undang ini dilaksanakan.

Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak.

Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak.

September 23, 2011

Pakatan Rakyat Jangan Terperangkap Dengan Isu Yang Sengaja Diwujudkan

Muktakir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang.

Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA… semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung.

Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan mengiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini.

Walaupun ada-kalanya kita terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN.

Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum. Tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan.

Gerak kerja rayuan undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Dakwa Mohamad Sabu Bukti Janji Najib Langsung Tidak Boleh Dipercayai

Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan sangka buruk rakyat bahawa sememangnya janji Perdana Menteri (PM) Umno tidak boleh dipercayai.

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul ‘Pengukir Nama Johor’, kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim di tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.

Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa ‘negara pernah dijajah British’.

Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.

Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?

Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh MPN, tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.

Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?

Secara mudahnya ini yang berlaku - “Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada ‘Mohamad Sabu menyokong komunis’ dan menyebarkannya ke merata tempat.”

Sedangkan, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera.

Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu?

Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik? Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata.

Antara janji PM Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta ISA baru-baru ini ialah tiada tangkapan kerana politik akan dilakukan.

Belumpun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.

Kini, rakyat boleh menilai sejauhmana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bilamana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA.

Apabila berdepan, Umno BN menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan Najib untuk memansuhkan ISA, tapi di belah belakang, mereka pula hendakkan dua akta baru yang menggantikan ISA mesti mempunyai roh ISA.

Dari sudut politik, flip-flop Umno dan percanggahan kenyataan antara menteri-menteri Umno telah memperlihatkan kepada rakyat sebenarnya Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan demi rakyat.

Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa “kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat.”

Rakyat perlu bangkit bagi membawa perubahan total dalam pilihanraya umum yang akan datang. Untuk menghapuskan akta yang zalim, kita perlu hapuskan dahulu pemimpin yang zalim. Tidak mungkin rakyat akan mendapatkan keadilan dari sistem yang tidak adil dan orang yang secara sengaja mengumumkan secara terbuka bahawa, “Aku tidak pandai menipu.”

Makin Dikutuk, Makin Ditiru Buku Jingga

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.

Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka". Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda " kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat."

PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan.

Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.

“Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" - berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka.

PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.

Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.

Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.

Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.

Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi Umno BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan.

Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.

Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, ‘Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang Umno yang lemas ini.’ InsyaAllah.

Layanilah Orang Tua Itu

Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka.

Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itu adalah satu tanda orang yang anda sedang bicara itu sudah tua.

Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang yang sedang anda bicara itu muda.

Ini antara petanda usia seseorang.

Memang realiti orang yang lama akan seronok berbicara apa yang telah mereka lalui, memberi gambaran suka dan duka. Seperti kisah-kisah kehidupannya di zaman Jepun, susahnya kehidupan dahulu, dan seronoknya zaman remaja dia, nostalgia harga barang murah, kenakalan zaman remajanya dulu yang tidak seperti kenakalan remaja sekarang dan sebagainya.

Itulah putaran kehidupan, dan kalau anda bertemu dengan orang tua begini, layanlah perbualannya dengan baik, sekali-sekala sampuklah cakapnya, agar dia rasa seronok. Kerana itulah keindahan orang tua.

Begitulah keadaan yang sedang dialami oleh Umno sekarang yang seronok jumpa bekas-bekas polis, tentera dan bekas- bekas pegawai pencen.

Kepada bekas anggota tentera, polis dan pegawai pencen layanlah Umno seadanya. Kerana sebagaimana biasa, hanya menjelang pilihanraya umum bahawa mereka teringat pada anda, dan selepas PRU13 ini, mungkin Umno sudah tidak jumpa anda lagi.

Seperti biasa, kalau tetiba dia janjikan sesuatu, dengar sajalah… dah 12 kali, takkan tak kenal perangai ini lagi. Jangan bantah nanti dia kecil hati, tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang- kadang, dia tak ingat apa yang dia janji. Kena ingat itu, ini boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi kerana mempercayai janjinya.

Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya tapi menutup segala kemungkarannya.

Kalau anda berbual dengan pimpinan Umno sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin ajalnya sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan tuduh anda tidak menghormati orang tua.

Kini Umno menghimpunkan generasi lama, barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima ‘cerita reka’ mereka.

Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya. Tak apalah anda pun dah faham, dia kan dah tua.

September 17, 2011

PAS Hormati Keputusan Muhyiddin, Nasihat Umno Berhenti Londehkan Hipokrasi Sendiri

Tindakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sanggup berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengecewakan banyak pihak kerana sebelum ini, beliaulah yang secara yakin menyuruh Mohamad untuk bertaubat seolah-olah pasti apa yang Utusan Malaysia laporkan terhadap kenyataan Mohamad Sabu adalah benar.

Walaupun demikian, ingin ditegaskan bahawa debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah, dan bukannya untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. Jadi seharusnya, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat.

Meskipun Muhyiddin menolak, namun PAS tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina beliau sebagaimana yang dilakukan oleh graduan Oxford Ketua Pemuda Umno kerana PAS yang mengundang beliau, maka kita perlu hormati keputusan beliau samada untuk terima atau tolak.

Orang ramai ingin mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno telah begitu hebat menghentam dan mengkritik serta memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Sabu. Apa tidaknya isu ini dibelitkan sehinggakan ada seorang Menteri Besar terpaksa menidakkan kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya 7 tahun lalu demi menyelamatkan putar-belit yang semakin hilang arah.

Sikap demikian tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana PAS, yang telah menyatakan 8 pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini.

Cuma PAS nasihatlah kalau undangan debat ilmiah tidak sanggup diterima, Umno haruslah berhenti londehkan hipokrasi sendiri di depan rakyat lagi dengan hanya berani di belakang; tapi bilamana diajak bersemuka, tak sanggup pula.

Selain itu, PAS juga bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Khaled Nordin dan Tun Dr Mahathir bahawa perlunya ada kajian semula terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana terdapat fakta yang dihilangkan dalam sejarah.

Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat, terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti samada perkataan ‘Merdeka’ patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957 apabila Majlis Professor Negara (MPN) dan Dr Mahathir telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya negara kita tidak pernah dijajah.

September 10, 2011

DEBAT “ ISU SIAPA PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN NEGARA “

1. Dalam isu sejarah perjuangan kemerdekaan negara, akhir-akhir ini ia menjadi satu polemik
yang diperdebatkan secara terbuka melalui media massa. PAS melihat isu ini tidak wajar
dipolimikkan sebegitu rupa hanya kerana dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang menyentuh isu Mat Indera sama ada ia pejuang kemederkaan atau petualang negara.

2. PAS bertanggungjawab dalam isu ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden PAS tersebut.
Sehubungan dengan itu, di atas pertanggungjawaban isu ini PAS berhasrat menganjurkan satu debat secara terbuka antara Tuan Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO. PAS berpandangan kedua-dua mereka adalah layak untuk berdebat atas status kedua-duanya adalah Timbalan Presiden kepada parti masing-masing.

3. Tajuk debat yang dicadangkan “ SIAPA PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN NEGARA ”

4. Pihak PAS menyerahkan kepada pihak YAB Tan Sri Muhyiddin bagi menentukan tarikh
perdebatan tersebut. PAS mencadangkan tempat untuk diadakan debat tersebut adalah di Stadium Melawati, Shah Alam. Walau bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini.

5. PAS juga mencadangkan demi keadilan kepada semua rakyat di Malaysia, agar debat bersejarah ini disiarkan secara langsung menerusi RTM atau siaran TV swasta.

6. Penganjuran debat ini penting bagi merungkai isu yang menjadi polemik hangat dan
menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Debat ini diharap dapat
membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang
dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan.

7. Pihak PAS juga menerima siapa sahaja di kalangan NGO, Persatuan Akademik atau Institusi
Pengajian Tinggi yang bersedia bekerjasama bagi menjayakan debat ini.

8. Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut
cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak.

September 08, 2011

KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Sini Suruh Gugur Kerakyatan Mat Sabu, Sana Bagi Beribu Kerakyatan Untuk Warga Asing


Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?

Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai “bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik” pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee “fening, fening.”

September 06, 2011

Ceramah Bersama Timbalan Presiden Pas


PAS Kota Tinggi pada Isnin, 5 September 2011 bertempat di perkarangan Dataran Pasti Al-Falah 2 telah mengadakan jamuan hari raya dan ceramah politik pada malamnya di tempat yang sama. Program pada malam tersebut turut di hiasi dengan kehadiran Saudara Azhan Atan, Juara Akademik Nasyid TV9 dengan membaca petikan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pembuka majlis.

Majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid oleh murid-murid PASTI Kota Tinggi. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh YDP PAS Kota Tinggi, Tuan Haji Kamaldin Bin Tahir yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam majlis jamuan dan ceramah tersebut. Dalam masa yang sama, YDP turut menyentuh isu-isu tempatan dan terkini untuk di kongsi bersama dengan para hadirin.



Penceramah kedua iaitu Tuan Hj Aminolhuda, TPJ PAS Johor yang turut sama pada malam tersebut. Dalam ceramahnya beliau menyeru agar masyarakat kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Bertepatan dengan bulan Syawal, beliau menyarankan agar tarbiah bulan Ramadhan dapat di hidupkan terus dan bukan sahaja terhad dalam bulan Ramadhan sahaja. Dengan itu, keimanan dan ketaqwaan dapat ditingkatkan lagi.




Yang terakhir, Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengisi slot terakhir malam tersebut. Seperti yang di nanti-nantikan oleh hadirin yang menantikan penjelasan daripada Timbalan Presiden PAS tersebut berhubung dengan isu yang hangat ketika ini iaitu isu komunis dan kemerdekaan.

Beliau menyatakan bahawa program kemerdekaan yang di anjurkan oleh kerajaan Umno, BN lebih menjurus kepada perayaan bersifat kepartian Umno dan bukan perayaan menyambut kemerdekaan dalam bentuk kemenangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan. Apa yang saban tahun di tonjolkan adalah tokoh-tokoh pemimpin Umno dalam ulangtahun kemerdekaan tanahair dan menafikan tokoh-tokoh lain yang telah berjasa sebagai pejuang kemerdekaan.

Isu Mat Indera adalah rentetan daripada penafian rejim Umno, BN dalam merayakan hari kemerdekaan. Justeru itu, perayaan kemerdekaan di sambut dingin oleh rakyat yang mula sedar akan mainan politik Umno,BN dalam menafsir erti kemerdekaan mengikut kamus versi Umno,BN yang terdorong oleh fahaman penjajah.

Tuan Haji Mohamad Sabu akhirnya menunjukkan sebuah karya daripada Yayasan Warisan Johor melalui bukunya Pengukir Nama Johor yang meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan nama-nama mereka yang telah berjasa di dalam negeri Johor. Sumbangan Mat Indera di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan bukannya petualang seperti yang di tekankan oleh pemimpin Umno, BN sebelum ini.

Malah buku tersebut juga di naungi oleh Menteri Besar Johor sendiri dalam sumbangan Prakata pada buku tersebut yang antara lain ada menyatakan " Saya yakin kehadiran buku ini bukan sahaja sebagai satu pengiktirafan terhadap jasa bakti para pejuang kemerdekaan tanah air, tetapi juga sebagai sumber rujukan yang bermakna kepada generasi muda untuk mengenali dengan lebih dekat tokoh-tokoh tersebut dalam pembangunan bangsa dan negara ".

Dalam Pendahuluan editor buku tersebut, Abu Bakar A. Hamid ada menyatakan berhubung dengan tulisan Ismail Haji Adnan yang tidak ragu-ragu menggolongkan Mat Indera sebagai pejuang bukan petualang dan membariskannya bersama-sama pejuang Melayu yang lain seperti Datuk Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Saleh dan Rosli Dobi.

Semuga dengan pendedahan sebegini dan penafian Umno, BN mengenai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang di golongkan petualang oleh penjajah Inggeris akan memperlihatkan di mana kedudukan Umno, BN sebenarnya yang mana kenyataan tersebut lebih mirip kepada penjajah Inggeris dan lebih tepat di katakan Umno, BN adalah kesinambungan daripada rantai-rantai perjuangan penjajah Inggeris.