Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

August 30, 2010

Terbukti lagi siri kebodohan Umno...


Dalam sibuk mengatakan kesucian mesjid tidak boleh dicemari dengan pakaian yang tidak menutup aurat, sekali ini menampakkan kejahilan Umno. Bersangka baik, agaknya Big Mama sedang memberi tazkirah bagaimana untuk merompak harta negara dengan lebih efisien atau pun cara-cara memakai selendang mengikut perspektif Islam Hadhari.




Yang ini pula, cuba memperlihatkan ketokohan sebagai pemimpin Islam Hadhari tersohor. Peruntukan mana yang telah digunakan, dah laa tu, memalukan pulak tu. Mana perginya Ulama Umno ni? Benda macam ni pon takut nak tegur ke?

PAS beri amaran pada Zainudin Maidin

Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 PAS minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia PAS menyebelahi Indonesia supaya
‘mengambil’ Malaysia.

Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.

PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan
mengemukakan saman kepada beliau.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Siapa Yang Jahil?


Dalam kemelut polemik politik yang hebat diperkata dan di jaja oleh media talibarut Umno, BN mengenai kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa menyampaikan tazkirah di Surau Al-Huda Kajang memberi gambaran awal bagaimana dangkalnya dakwaan Umno, BN selama ini. Kalau alasan beliau menyampaikan 'tazkirah' dengan tidak menutup aurat, bagaimana pula dengan Big Mama?

Kalau mereka menegah surau atau masjid di politikkan, bagaimana pula dengan Najib yang berpolitik di masjid? Apa, Umno buat semua boleh dan halal tetapi jika PR dinafikan pula. Memang dasar Umno yang menjajah lebih teruk dari penjajah dahulu.

August 27, 2010

PAS Sokong Kelantan Saman Petronas, Seru Ahli Turun Beri Sokongan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyaman syarikat petroleum negara, Petronas berhubung kegagalan syarikat itu melunaskan bayaran royati 5 peratus kepada negeri berkenaan.

Ini adalah bukti keseriusan Kerajaan yang dipimpin PAS untuk mengembalikan hak rakyat yang selama ini dinafikan oleh Petronas melalui tekanan kerajaan BN. Akta 144 Petroleum Development Act 1974 memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan Kelantan menuntut hak royalti ini yang mana setiap bayaran hendaklah dimasukan kepada Perbendaharaan negeri bukannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan atau mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan lainnya.

Petronas juga sewajarnya menghentikan aktiviti carigali minyak selagi mereka tidak membayar wang royalti berkenaan.

Dalam hal ini juga, PAS meminta agar Kerajaan Negeri mengheret sekali Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan yang membuat keputusan bagi menghalang Kelantan menerima hak royalti berkenaan. Kabinet Kerajaan BN bertanggungjawab dalam menafikan hak Rakyat Kelantan.

PAS menyeru agar rakyat, khususnya anak-anak Kelantan dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini untuk sama-sama memberikan sokongan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan exco Kerajaan negeri yang akan menghantar writ saman berkenaan.

PAS juga menyeru ahli dan rakyat berdoa dibulan Ramadhan ini untuk kesejahteraan negeri Kelantan dan rakyat disemua negeri-negeri yang dizalimi kerajaan BN. Sesungguhnya doa orang yang sedang berpuasa dan dizalimi itu adalah doa-doa yang akan dimakbulkan Allah sama ada didunia atau di akhirat.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Saman 11 Juta: PAS Ucap Tahniah Kepada Peneroka Felda


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan yang sekali lagi memenangi tuntutan saman mereka kepada Felda yang bernilai RM 11juta di Mahkamah Persekutuan untuk kali kedua. Pada pertengahan Januari lalu Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan pertama tetapi Felda berkeras mahu kes ini dibicarakan semula oleh panel lain.


PAS mengucapkan syabas kepada kesabaran dan keberanian para peneroka ini yang menjadi perintis kepada kebangkitan warga Felda diseluruh negara. Kini beberapa peneroka Felda di seluruh negara juga sedang berusaha menyaman Felda, antaranya adalah 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta dan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (SEPAKAT) yang mengemukakan tuntutan berkaitan:


1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka.


2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda.


3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka.


4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960)


5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda.


6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka.


7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).


PAS menyokong usaha peneroka Felda ini untuk mendapatkan hak mereka dan membongkar penyelewengan dalam organisasi Felda.


PAS juga kesal kerana dalam kes Felda Kemahang tiga ini, pada 1 Nov 2002, satu ugutan dibuat dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Ummah Felda, Kemahang yang dihadiri Pengerusi Felda Kemahang Tiga dan Datuk Mustapa Mohamed (MT Umno) yang ketika itu Ahli Parlimen kawasan Jeli. Para peneroka ini diugut untuk dibuang dari rancangan skim kelompok FELDA jika masih meneruskan kes ini di mahkamah.


PAS berharap perkara ini tidak berlaku dan pihak Felda haruslah menghormati keputusan mahkamah.


Kini warga Felda tidak perlu lagi menjadi hamba kepada Felda dan mereka perlu berani untuk dapatkan hak mereka. Mereka juga bebas untuk memilih parti mana yang mereka sukai untuk diundi dalam Pilihanraya akan datang dan PAS sedia memberikan bantuan kepada mereka. Umno ternyata telah gagal memperjuangkan hak mereka, dan PAS bersedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan untuk melindungi hak mereka.



Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Tun Mahathir Ugut Melayu


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah. PAS berpandangan Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini. Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS. Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada Umno. Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham.

Tun Masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung Umno sahaja. Seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu. Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tatanegara.

Dulu pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju. Hujah ini sudah lapok, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas. Rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu antaranya, berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pendalaman. Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meretokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan Pegawai Persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat. Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa. Sekarang kenapa beliau begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakat beliau mengaut kekayaan negara. Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak akan selamat.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

August 23, 2010

Jangan Naik Tarif Air Dan Cukai Tanah



Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri. Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian. Pelik, Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Sepatutnya beliau sebagai Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini. Sebaliknya otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak. Persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah,ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.

PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh SYABAS. Malahan beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor. Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu. Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. Inilah otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat. Selangor juga menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak RM6 bilion.



August 22, 2010

Sudah Sampai Masanya PAS Ganti Umno.


Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Umno yang bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini. Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009.

Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi bumiputera.

PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam genggaman Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.

PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengali babakan projek yang dapat melalui “hak istimewa orang Umno”. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kemana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 billion lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti bumiputera sudah melebihi 30%.

PAS pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.

PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman Pas di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat. Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka dalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah. Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Awas Operasi Lalang Edisi 1 Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia PAS bimbang suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas. Keadaan ini berlaku selepas PRU 2008, apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Datuk Sri Dr Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera. Datuk Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres Cina yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%.

Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno. Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin Umno dan NGO Melayu. Beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar.

PAS bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika Umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah. Tiba-tiba Lee Kim Sai Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan bumiputera juga dipertikaikan. Pada ketika itu pemimpin Umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan Lee Kim Sai. Ada di kalangan pimpinan umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru. Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan.

Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin PAS, DAP dan NGO yang disumbat di Kamunting. Ada beberapa pemimpin Umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan.

PAS mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambing hitamkan pembangkang, kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN. Jangan gunakan ISA dan operasi lalang, bertarunglah dalam gelanggang demokrasi di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah. Pemimpin Umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan Melayu malahan juga telah ditolak oleh orang Melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat






Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru


Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. PAS mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk :


· Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai


· Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153


· Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan


· Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum

Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama.


PAS berpandangan sekiranya Tan Sri Harussani Zakaria tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Sebagai seorang tokoh agama mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.


PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

August 16, 2010

Pemimpin BN Kena Terima Nasihat Koh Tsu Koon

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik cadangan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menasihati parti politik supaya membuang budaya politik negatif dan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan harmoni. Beliau dengan ikhlas menyatakan perkara ini terjadi terutama selepas PRU 2008, di mana politik dendam antara satu sama lain.

PAS mengharapkan supaya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membawa idea ini ke Majlis Tertinggi Barisan Nasional supaya anggota komponan BN pandai menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi yang telah memilih parti-parti yang bertanding. Adat perlawanan ada pihak kalah, dan pihak menang. Hormatlah semangat federalisme yang telah diterima pakai di negara ini. Buanglah sifat tidak menghormati undang-undang dan perjanjian seperti hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

PAS menasihatkan supaya Umno dan BN belajarlah menjadi pembangkang yang baik, seperti yang PAS alami. Pemimpin BN perlu belajar daripada PAS dalam sepak terajang politik. PAS pernah bersama dengan kerajaan di peringkat pusat pada tahun 1970, sehingga ditendang keluar daripada BN. PAS pernah memerintah di Kelantan, kemudian kalah, setelah memerintah 18 tahun sejak 1959. Berkat kesabaran maka rakyat memberi kepercayaan kembali pada tahun 1990 hingga kini. Pas pernah menang di Terengganu 1959 kemudian jatuh melalui undi tidak percaya 1961, kemudian menang 1999 dan kalah 2004. Inilah roda putaran perjuangan PAS dalam sebuah negara demokrasi. Walaupun PAS sedar perjalanan demokrasi yang penuh tempang namun PAS tetap menyuburkan demokrasi, kerana ini adalah satu jalan untuk PAS merealisasikan cita-cita perjuangan PAS. Malangnya sikap ini tidak ada kepada Umno/BN, yang tidak sabar dan tidak tahu menjadi pembangkanag. Pemimpin BN kena sedar bahawa sebuah kerajaan ada ajal, terimalah hakikat ini. Perjuangan seperti roda , ada ketika berada di atas dan ada ketika berada di bawah.

PAS mengharapkan nota peringatan yang diberikan oleh Presiden Gerakan akan memberikan satu sinar baru dalam politik Malaysia. Biarlah tunjuk kematangan berpolitik setelah negara hendak menyambut kemerdekaan kali ke 53. Janganlah berpolitik seperti negara baru mengenal tamadun dan kemajuan.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Tun Dr Mahathir Ketinggalan Keretapi

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan Tun Dr Mahathir orang yang ketinggalan kereta api dalam ulasan politik negara pada hari ini. Beliau menuduh bahawa kerjasama PAS dan DAP tidak ikhlas, hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. Hebat sungguh Tun Dr Mahthir yang boleh membaca keikhlasan PAS, mungkin makamnya sudah sampai ke maqam mushahadah yang boleh tilik hati perut orang. Apakah salah PAS dan Pakatan Rakyat berpakat untuk menegakkan keadilan yang dilihat oleh semua kaum, dasar BN tidak lagi menjamin keharmonian dan pengagihan kekayaan kepada mereka yang berhak dibela. Umno yang tidak dapat menyembunyikan penindasan sesama bangsa dan agama. Perjuangan “Umno putera” seolah khazanah negara ini milik mereka sahaja.

Tun Dr Mahathir memberi pandangan kononnya PAS tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat, beliau hendak samakan sikap jahat yang ada pada beliau dengan apa yang ada kepada PAS. Janganlah perangai buruk beliau hendak disamakan dengan PAS. Ketika beliau berkuasa dahulu, Tun Dr Mahathir jika bercakap di pentas antarabangsa, memang hebat. Beliau pernah mendapat gelaran “Adi Wira Jagat” oleh puak pengampu dalam Umno. Beliau menjadi hero mengecam dunia barat yang tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan negara yang beliau pimpin waktu itu demokrasi dimatikan dan beratus mereka yang ditangkap dan disumbat dalam penjara kemunting tanpa bicara di bawah ISA. Zaman beliau permit Harakah digantung penerbitan, ceramah diharamkan, royalti di Terengganu ditarik balik, mufti dipecat, ulamak dikecam, bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat ditarik.


PAS berpandangan Tun Dr Mahathir semakin resah dengan perkembangan politik negara, yang sudah meninggalkan pemikiran politik perkauman yang beliau warisi. Generasi muda yang terdedah dengan maklumat terbuka mahu mewujudkan kerajaan yang telus dan adil. Paling menakutkan sekali ialah jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat pusat, inilah yang menjadi mimpi ngeri beliau. Maka beliau cuba hendak menimbulkan keraguan kepada pengundi Cina terhadap kejujuran PAS. Dalam masa yang sama menakutkan pengundi Melayu supaya menjauhi PAS, kerana menjadi kuda tunggangan DAP.

PAS berpendapat Dr Mahathir seorang yang cukup kecewa dengan parti yang beliau pernah terajui selama 22 tahun. Beliau cuba hendak mengalihkan isu yang melanda negara pada hari ini samaada dari segi politik, ekonomi, kehakiman dan keruntuhan sosial di kalangan remaja. Kita mendoakan semoga Allah panjangkan umurnya untuk melihat kesan daripada dasar yang beliau laksanakan dan warisi kepada pengganti beliau sehingga rakyat dihimpit dengan berbagai masalah di negara ini.

Sebelumnya Tun Dr Mahathir cuba hendak bela secara membuta tuliKerajaan BN kerana pelaburan langsung asing (FDI) yang lari daripada negara ini. Beliau mengatakan kebanyakan negara dan syarikat asing tidak mempunyai wang untuk dilaburkan di luar negara, sebaliknya mereka juga ingin melabur di negara sendiri berikutan kadar pengangguran yang tinggi di tempat masing-masing. Walaupun hakikatnya di negara-negara jiran FDI lebih baik daripada Malaysia. Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.


Beliau membela hanya kerana mahu berterima kasih kepada Najib kerana melantik anak beliau Mukriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Kementerian yang bertanggungjawab menarik pelaburan asing ke dalam negara. Tun Dr Mahathir juga kena membuktikan supaya Tun Abdullah Ahmad Badwi tidak menempelak beliau, kerana dulu beliau mengecam jikalau Tun Abdullah letak jawatan maka Umno dan negara akan maju. Sekarang Tun Abdullah mampu senyum dan biarkan Tun Mahathir terjun dengan labunya. Yakinlah PAS mampu menggantikan Umno di negara ini insyaAllah.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

August 09, 2010


Assalamu’alaikum dan salam pejuangan,

1. Saya cukup kesal dengan perbuatan pihak-pihak tertentu yang telah menaikkan kain rentang di seluruh negeri Johor yang kononnya dinaikkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang memberikan ucapan tahniah di atas perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Negeri Johor.

2. Dengan tanpa rasa bersalah mereka telah meletakkan gambar Tuanku Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di dalam kain rentang tersebut sehingga saya difahamkan bahawa Astro Awani telah menyiarkan Sultan Johor telah murka dengan perkara ini .

3. Saya telah mendapat maklumat bahawa PKR Negeri Johor telah membuat laporan polis terhadap perkara ini dan mahukan polis membuat siasatan segera.


4. Tindakan biadap seperti ini perlu dihentikan segera kerana ia akan merosakkan imej Sultan Johor yang dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata dan tidak mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak.

5. Saya bimbang tindakan jahat ini dilakukan untuk merosakkan hubungan istana Johor dengan PR yang semakin diterima oleh rakyat Johor khususnya dengan perlantikan Dr Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR yang baru.


6. Tindakan awal PKR Johor membuat laporan polis adalah tindakan yang tepat untuk membersihkan pandangan masyarakat kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong tindakan tersebut.

7. Kita akan menanti hasil siasatan yang bakal diumumkan nanti.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Menyambut Bulan Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan. Sebentar lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan 1428 H. Maka, sudah semestinya, sebagai seorang Muslim –- sebagaimana dituntunkan oleh Rasulullah Muhammad Saw --– kita menyambutnya dengan suka cita dengan keimanan penuh. Kita tidak akan melaksanakan sesuatu dengan baik, kecuali jika kita mempersiapkan diri dengan baik pula. Begitupun dalam menyambut bulan Ramadhan. Rasulullah dan para shahabat sangat bersemangat tiap kali menyambut datangnya bulan Ramadhan. Mereka dengan sangat serius mempersiapkan diri agar bisa memasuki bulan Ramadhan dan melakukan segala amalan di dalamnya dengan penuh keimanan, keikhlasan, semangat dan kesungguhan. Maka, jelas sekali keberhasilan kita dalam menjalani seluruh amal shaleh pada bulan Ramadhan dan akhirnya dapat meraih seluruh kebaikan bulan Ramadhan, sangat dipengaruhi oleh sejauh mana kita mempersiapkan diri.

Persiapan paling penting yang harus kita lakukan adalah persiapan mental dan ilmu. Mempersiapkan mental artinya menyiapkan jiwa kita dengan cara membangkitkan suasana keimanan dan spirit, atau semangat ketakwaan pada diri kita. Cara yang paling manjur adalah dengan memperbanyak ibadah, khususnya puasa sunnah sebagaimanya dicontohnya oleh Rasulullah, dengan memperbanyak puasa Sya'ban, bahkan menyambungnya hingga bulan Ramadhan. Ummul Mukminin, Aisyah ra. menuturkan:

«مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ»

Aku tidak melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh, kecuali Ramadhan dan aku tidak melihat Beliau lebih banyak berpuasa dibandingkan dengan pada bulan Sya'ban (HR al-Bukhari dan Muslim).

«كَانَ أَحَبَّ الشُّهُورِ إِلَى رَسُولِ اللهِ أَنْ يَصُوْمَهُ شَعْبَانُ ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ»

Bulan yang paling Rasul saw. sukai untuk berpuasa di dalamnya adalah Sya'ban, kemudian Beliau menyambungnya dengan (puasa) Ramadhan. (HR Abu Dawud, an-Nasa'i dan Ahmad).

Rasullah memposisikan puasa Sya'ban itu sebagai persiapan untuk menjalani Ramadhan. Anas ra. menuturkan bahwa Nabi saw. pernah ditanya:

«أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ»

Puasa manakah yang paling utama setelah puasa Ramadhan? Rasul pun menjawab, "Puasa Sya'ban untuk mengagungkan Ramadhan." (HR at-Tirmidzi).

Maka, berpuasa sunnah di bulan Sya'ban memiliki keutamaan yang sangat besar, lebih besar daripada puasa pada bulan lainnya. Sedemikian penting dan utamanya sampai 'Imran bin Hushain menuturkan, bahwa Rasul saw. pernah bertanya kepada seorang Sahabat:

«هَلْ صُمْتَ مِنْ سُرَرِ هَذَا الشَّهْرِ شَيْئًا يَعْنِيْ شَعْبَانَ قَالَ لاَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ فَإِذَا أَفْطَرْتَ مِنْ رَمَضَانَ فَصُمْ يَوْمَيْنِ مَكَانَهُ»

Apakah engkau berpuasa pada akhir bulan ini (yakni Sya'ban)?" Laki-laki itu menjawab, "Tidak." Lalu Rasulullah saw. bersabda kepadanya, "Jika engkau telah selesai menunaikan puasa Ramadhan, maka berpuasalah dua hari sebagai gantinya." (HR Muslim).

Apa hikmah dari puasa Sya'ban itu? Usamah bin Zaid pernah bertanya kepada Rasulullah saw:

«يَا رَسُول اللهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُوْمُ مِنْ شَهْر مِنْ الشُّهُور مَا تَصُوم مِنْ شَعْبَان، قَالَ : ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفَلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَان، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ»

"Ya Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Sya'ban." Rasul menjawab, "Bulan itu (Sya'ban) adalah bulan yang dilupakan oleh manusia, yaitu bulan di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan itu adalah bulan diangkatnya amal-amal manusia kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amal-amalku diangkat, sementara aku sedang berpuasa." (HR Abu Dawud dan an-Nasa'i; disahihkan oleh Ibn Khuzaimah).

Pendek kata, puasa sunnah di bulan Sya'ban, di samping akan mendapatkan pahala yang besar dan keutamaan di sisi Allah, juga merupakan sarana latihan guna menyongsong datangnya Ramadhan. Al-Hafizh Ibn Rajab mengatakan, "Dikatakan tentang puasa pada bulan Sya'ban, bahwa puasa seseorang pada bulan itu merupakan latihan untuk menjalani puasa Ramadhan. Hal itu agar ia bisa memasuki puasa Ramadhan tidak dengan berat dan beban. Sebaliknya, dengan puasa Sya'ban, ia telah terlatih dan terbiasa melakukan puasa. Dengan puasa Sya'ban sebelumnya, ia telah menemukan lezat dan nikmatnya berpuasa. Dengan begitu, ia akan memasuki puasa Ramadhan dengan kuat, giat dan semangat."
Para ulama di masa lalu sangat memperhatikan pelaksanaan semua amal kebaikan pada bulan Sya'ban. Mereka, sejak memasuki bulan Sya'ban, telah memperbanyak membaca al-Quran, menelaah dan memahami isinya dan men-tadabbur-i kandungannya. Bahkan Habib ibn Abi Tsabit, Salamah bin Kahil dan yang lain menyebut bulan Sya'ban ini sebagai Syahr al-Qurân.

Mari Sambut Ramadhan
Sebentar lagi bulan Ramadhan akan tiba. Mari kita gunakan waktu yang bersisa di bulan Sya’ban ini untuk betul-betul menyiapkan diri memasuki bulan Ramadhan. Ajaklah diri, keluarga dan orang-orang yang ada di sekitar kita guna menyongsong datangnya bulan Ramadhan. Perbanyak puasa sunnah, baca al Qur’an dan telaah kandungannya, perbanyak sedekah dan amal shaleh lainnya, termasuk bergiat melakukan shalat tahajjud. Agar kita nanti mampu menjalani Ramadhan dengan penuh makna, maka hendaknya kita pun sejak sekarang menyiapkan diri melakukan amal kebaikan yang akan kita lakukan selama bulan Ramadhan.


Bulan Ramadhan adalah bulan ketaatan. Bulan Ramadhan adalah bulan murâqabah. Ramadhan juga adalah bulan pengorbanan di jalan Allah. Di dalamnya setiap muslim dituntut untuk berkorban dengan menahan rasa lapar dan dahaga demi meraih derajat taqwa. Taqwa adalah puncak hikmah dari ibadah shaum pada bulan Ramadhan. Perwujudan taqwa secara individu tidak lain adalah dengan melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun perwujudan taqwa secara kolektif adalah dengan menerapkan syariah secara kaffah dalam seluruh aspek kehidupan. Puasa Ramadhan tentu kurang bermakna, jika tidak ditindaklanjuti oleh pelaksanaan syariah secara kaffah dalam kehidupan, karena justru itulah sesungguhnya wujud ketaqwaan yang hakiki.

Terakhir, marilah kita simak dan renungkan kembali penggal pesan-pesan Rasulullah yang disampaikan di penghujung bulan Sya’ban, sesaat sebelum memasuki bulan Ramadhan:

Wahai manusia, kalian telah dinaungi bulan yang agung, bulan penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai suatu kewajiban dan shalat malamnya sebagai sunnah. Siapa saja yang ber-taqarrub di dalamnya dengan sebuah kebajikan, ia seperti melaksanakan kewajiban pada bulan yang lain. Siapa saja yang melaksanakan satu kewajiban di dalamnya, ia seperti melaksanakan 70 kewajiban pada bulan lainnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan sabar; sabar pahalanya adalah surga. Ia juga bulan pelipur lara dan ditambahnya rezeki seorang mukmin. Siapa saja yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, ia akan diampuni dosa-dosanya dan dibebaskan lehernya dari api neraka. Ia akan mendapatkan pahala orang itu tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.

Para Sahabat berkata, "Kami tidak memiliki sesuatu untuk memberi makan orang yang berpuasa puasa?" Rasulullah saw menjawab:

Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka berpuasa meski dia hanya memberi sebutir kurma, seteguk air minum atau setelapak susu.

Ramadhan adalah bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Siapa saja yang meringankan hamba sahayanya, Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka. Perbanyaklah pada dalam Ramadhan empat perkara, dua perkara yang Tuhan ridhai dan dua perkara yang kalian butuhkan. Dua perkara yang Tuhan ridhai adalah kesaksian Lâ ilâha illâ Allâh Muhammad Rasûlullâh dan permohonan ampunan kalian kepada-Nya. Adapun dua perkara yang kalian butuhkan adalah: kalian meminta kepada Allah surga dan berlindung kepada-Nya dari api neraka. (HR Ibn Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi di dalam Syu'âb al-Imân).

Kenali Musuh Kita


BIODATA IBLIS
------------------

PENGENALAN DIRI

Nama : Iblis La’natullah
Tarikh Lahir : Sejak ia enggan sujud kepada Adam setelah diperintah
Status diri : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati yang lalai
Tuju arah Perjalanan : Bengkang-bengkok (tidak ada haluan)
Tempat tinggal tetap : Neraka Jahanam (tempat paling celaka)
Isteri Di Dunia : Wanita yang tidak menutup aurat
Kaum Kerabat : Semua golongan tirani (Taghut)

STATUS PERNIAGAAN

Modal Pusingan : Angan-angan kosong
Tempat Pertemuaan : Pasar
Musuh/saingan : Setiap orang Islam
Dalil/Hujah : Fatamorgana (maya)
Moto Kerja : Segala warna, seperti sesumpah, segala tempat yg ada warna
Kesukaan : Orang yang lalai mengingati Allah
Yang melemahkan : Melemahkannya Istightar
Lambang Koporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas dan bilik air
Sifat-Sifatnya : Muzabah, mengikut angin. Menurut keperluan
Rakan Kongsinya : Golongan Munafiq
Sumber Rezeki : Harta Haram
Bilik Operasi : Tempat-tempat najis dan maksiat
Jenis Perkhidmatan : Menyuruh orang supaya mungkar dan mengalakkan kemungkaran
Arahan : Selalu mengarah manusia melakukan perkara2 yang tidak baik
Jawatan : General Manager golongan Al-Maghdhubi Alaihim dan Al-Dhavan
Tempoh Perkhidmatan : Sampai Hari kiamat
Hala Perjalanan : Jalan ke neraka
Laba Perniagaan : Habaan Manthura (masuk angin keluar asap)
Teman Sejawatan : Orang yg berdiam diri, tidak menyatakan kebenaran
Rangka Kongsi Laba : Syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia
Jenis Tunggangan : Dosa dan segala jenisnya
Kaedah Berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip
Makanan Yg Disukai : Daging org mati (Ghibah)
Yang Ditakuti : Mukmin yang bertaqwa
Yang Dibenci : Orang yg selalu mengingati Allah ( Lelaki /Perempuan)
Daya Tahan : “ Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah “
Perangkap : Wanita
Kegemaran : Menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya : Supaya semua orang jadi kafir
Ajalnya : Pada waktu tertentu menjelang kiamat.