Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Kota Tinggi

Salurkan Sumbangan Dana Pilihanraya Anda ke Parti Islam Se-Malaysia  Kawasan  Kota Tinggi
No Akaun : 01-069-01-003759-0

Pilihan Anda di PRU 13?


Ruang Aduan

E-mail Address: *
Nama Pengadu *
Nombor Telefon *
E-mail Address
Alamat Pengadu *
Aduan *
Adakah anda bersetuju untuk mendedahkan identiti anda sekiranya diperlukan? *YA
TIDAK

* RequiredBuild Contact Forms

October 23, 2008

KWSP Jadi Mangsa Lagi!

RM5b nak kena lanyak lagi untuk menyelamatkan saham syarikat2 yang 'undervalued'. Bukan main besar lagi jumlah itu. 5 ribu juta = 5,000,000,000.00...itu bilang dengan ringgit, kalau rupiah? Jenuhlah!

Aku bengang setiap kali syarikat besar ada masalah duit KWSP jugak yang di tibai! Nanti bila syarikat tu semua dah sihat, harga barang atau perkhidmatan depa tak juga turun. Lagi mau naik ada laa. Contoh TNB dan pemegang konsesi lebuhraya. Masa depa sakit kita rakyat dok bantu, bagilah kat depa duit simpanan hari tua kita. Tapi bila dah sihat, tangan kita depa pulas suruh bayar itu dan ini.

KWSP baru naik sikit bagi dividen tahun lepas. Tapi rasanya tahun ni, dividen kita turun baliklah nampaknya. Kita dipaksa mencarum dalam KWSP tapi tidak diberi kuasa untuk menentukan apa kita boleh buat dengan duit itu. Seeloknya, dalam panel pelaburan KWSP ada wakil dari pencarum untuk bersuara. Dia mungkin boleh dilantik dari persatuan pengguna atau NGO atau orang akademik. Penal pelaburan KWSP itu akan menentukan polisi dan arah tentunya pelaburan yang dibuat. Jika kerajaan memerlukan bantuan KWSP, ia perlu melalui proses pengesahan dari panel tersebut. Dengan cara ini sahaja dapat membendung pengambilan sesuka hati oleh pihak kerajaan untuk membela syarikat2 kroni yang sakit.

Dulu masa menaikkan harga petrol kerajaan mendakwa dapat menjimatkan RM4b dan duit itu akan dilaburkan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam Malaysia. Tapi sampai sekarang kita tak nampak sistem pengangkutan awam kita meningkat mutunya. Kemalangan jalan raya tak reda-reda pun. Ramai yang mati disebabkan oleh faktor jalanraya yang merbahaya!.

Jadi mana perginya RM4b dulu. Ghaib! Ada yang kata dah dimakan dek harga minyak dunia yang melambung. Ada gak yang kata dah kena tibai dek kaki sapu dalam gomen. Yang tentunya kita rakyat melopong sambil bayar tol, minyak, beras, gula , ikan dll dengan harga yang lebh mahal. Daripada bagi RM5b tu pada syarikat yang dah memang kaya, kenapa tidak diberikan pada rakyat marhein. Dengan cara menggunakan duit itu untuk membendung kenaikan harga barang keperluan. Naikkan jumlah subsidi untuk barangan ruji kita. Kuranglah sikit penderitaan kita nanti. Tapi itu cuma tinggal harapan sajalah......

Lim Guan Eng Istihar DUN Penanti "Serambi Mekah"


Negeri Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN. Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon. Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang. Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang.

Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng. Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu di P.Pinang setelah sekian lama menjadi `budak suruhan' dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini. Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.

Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang. Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam. Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu.

Malang sekali, propaganda mereka ternyata gagal lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan PKR saling bekerjasama dan mempertahankan bentuk pentadbiran Lim Guan Eng. Saya percaya sekiranya Lim Guan Eng berterusan sedemikian, maka impian UMNO/BN untuk menawan kembali P.Pinang agak sukar dicapai. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberikan sepenuh kerjasama dan buah fikiran yang berguna kepada kepimpinan P.Pinang sekarang. Kita harus bersyukur kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat kini telah diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah beberapa negeri.

Meskipun masih terlalu muda dan awal untuk menilai keseluruhan pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, namun kita telah mula dapat melihat betapa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dan menguruskan negeri masing-masing jauh lebih baik dari UMNO/BN. Mudah-mudahan ketelusan dan keadilan kepada rakyat yang dipraktikkan oleh Lim Guan Eng akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada semua kerajaan negeri. Di samping itu, ketelusan dan keadilan yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini akan mampu dijadikan panduan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka di masa-masa akan datang.

[Jauh benar nampaknya beza antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Sebab itulah ada orang mengatakan "Lebih elok bersahabat dengan orang-orang Cina dan India dalam Pakatan Rakyat daripada berkawan dengan orang-orang Melayu dalam UMNO. Sebabnya, orang Cina dan India dalam Pakatan Rakyat menghormati, mendengar, serta mencontohi ulamak. Melayu dalam UMNO pula lebih gemar menghina, menolak dan mengkritik pandangan ulamak". Maka itu, ingatlah wahai sahabat-sahabatku, berpolitik hanya di dunia namun mati jua kita akhirnya nanti. Maka siapakah yang harus kita ikut orang Melayu Islam yang tolak Islam dan Ulamak atau bangsa lain yang menerima Islam dan mencontohi ulamak?. Tanyakan soalan ini kepada rakan-rakan anda yang masih karat UMNO. Bukti jelas, bila sudah berkuasa Islam entah ke mana, Islam Hadhari pula yang menjelma. Jangan biarkan mereka terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana].